Anda di halaman 1dari 2

CARA MEMBUAT SAMOSA

bahan-

bahannya (untuk kulit samosa)

- 2 cawan tepung
- 1/4 tsp garam
- 2 sudu besar minyak canola / sayuran (saya cuma guna minyak masak biasa)
- 3/4 cawan air
- 1 sudu besar minyak (untuk disapu atas setiap lapisan kulit samosa)
Cara-cara membuatnya:

Masukkan tepung, garam, minyak dan air ke dalam mangkuk. Uli hingga menjadi doh

yang lembut. Rehatkan doh dalam 1/2 jam.


Bahagikan doh kepada 6 bahagian, bulatkan. Gelek doh sehingga berdiameter 8 inci

(yang ni saya agak2 sahaja tak sukat betul2 pun).


Selepas itu, sapukan sedikit minyak dan tabur sedikit tepung buat sehingga habis 6
bahagian doh tadi dah lapiskan. setelah dilapiskan tekan dihujung doh yang telah kita

lapiskan (jangan tekan kuat sangat memadai sahaja untuk melekatkannya).


Selepas itu, kita gelek lagi doh yang telah dilapiskan sehingga berdiameter 12 inci

(agak2 saja).
Panaskan kuali leper dan masak sekejap diatas kuali dengan api sederhana. Bila

nampak warna da berubah balikkan doh. Masak dalam 2 minit aje.


Angkat dan potong doh tadi kepada 4 bahagian dan boleh lah di tarik sekeping2 seperti
kulit popia.
CARA MEMBUAT KUIH DENDERAM (ADHIRASAM)

Bahan-bahan

(1/2 adunan - 200 biji kecil)


1/2 kilo tepung beras
400gm gula merah
25gm tepung gandum
Minyak untuk goreng terendam

Cara-cara Membuatnya:
Masak gula merah bersama sedikit air, sama paras gula tadi. Masak hingga mendidih
dan pekat sedikit. Angkat dan tapis.
Satukan tepung beras dan tepung gandum dalam mangkuk, masukkan air gula yang
masih panas dan kacau dengan sudip kayu sedikit demi sedikit sambil di kacau rata.
Tutup mangkuk dengan kain dan perap semalaman, supaya gula merah menyerap
tepung sepenuhnya.
4 atau 5 jam periksa adunan, jika masih keras, tambahkan 1/2 atau 1 cawan air panas
dan uli hingga lembut. Adunan tidak terlalu keras atau lembut. Perap semula.
Ambil adunan sebesar guli, letakkan atas sekeping plastik, leperkan sedikit, guna lidi
atau chopstik untuk bulatkan bahagian tengahnya. (Cara K1, canai dan terap dengan
acuan biskut donat kecil di atas sekeping plastik yang di sapu sedikit minyak)
Panaskan minyak, goreng dengan api perlahan.
Kuih masak apabila kembang dan timbul di permukaan, angkat dan toskan.

Anda mungkin juga menyukai