Anda di halaman 1dari 6

Plot

i.

Permulaan
Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang jawatan pengawas
sekolah.
Pada bahagian ini juga diperkenalkan watak Badrul iaitu adik kepada Badri yang cuba mengusik
abangnya tentang jawatan pengawas yang baru disandang abangnya. Badri merasakan
tanggungjawab menjadi pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus
digalasnya.
Pada bahagian ini diperkenalkan watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri tetapi mereka
berbeza dari segi prinsip hidup.
Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu perselisihan pendapat tentang
personaliti Nadira antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan perdamaian.

ii.

Perkembangan
Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya untuk
berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang terbabit dapat ditangkap dan diserahkan
kepada guru disiplin.
Siew Mei menceritakan kegiatan negatif Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad prabayar
yang dicuri dari kedai ayah Meng Kong kepada pelajar sekolah. Jamil turut terlibat dalam
kegiatan tersebut.
Hubungan Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan tentang kegiatan
penjualan telefon bimbit kepada Badri.
Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh pihak polis ketika Shahrul keluar
dengan Nadira.
Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong menuduh
Idham mencuri telefon bimbit di kedai bapanya.
Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang dipasang di kedai dan di
stor milik Encik Tan oleh abang Siew Mei iaitu Ah Meng.
Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamil merahsiakan
keberadaan Jamil.
Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu juga dengan Kumar
yang telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya.
Badri, Siew Mei, Taufik, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM manakala Sahrul
mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan.
Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik memperoleh 7A dalam peperiksaan SPM.

Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah telefon bimbit
yang telah dirampas oleh pihak sekolah. Beliau juga memohon agar anaknya ditempatkan di
asrama sekolah agar anaknya berdisiplin dan memberikan tumpuan terhadap pelajaran.
Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru di
sekolah tersebut. Encik Tan juga meminta anaknya, Meng Kong agar memohon maaf kepada
pengetua atas kesalahan yang dilakukan.
iii.

Klimaks
Meng Kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman rotan
sebanyak tiga sebatan setiap seorang.
Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg
sekolah Meng Kong. Tujuannya adalah supaya Meng Kong dibuang dari asrama.
Peristiwa mengejutkan telah berlaku apabila cikgu Jailani menemui telefon bimbit di dalam beg
Badri.
Shahrul terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan kakinya tempang sebelah.

iv.

Peleraian
Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor
di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM.
Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan.
Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu.
Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki
kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur.
Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah
memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM.
Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi.
Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap
berjaya merenang gelora yang akan mendatang.

SBS 2016

Teknik Penceritaan
i.

Pemerian
Contoh: Badri tidak mengendahkan usikan adiknya. Dia menyuap nasi lemak dan mengunyahnya
perlahan-lahan.

ii.

Dialog
Contoh: Kalau Badrul buat salah, abang jangan tangkap, usik Badrul lagi.

iii.

Imbas kembali
Contoh: Jamil menjelaskan kehilangannya dari sekolah kerana telah berpindah ke Sarawak
ketika bertemu semula dengan Badri di resort kepunyaan Jamil.

iv.

Imbas Muka
Contoh: Kumar mengandaikan sekiranya Meng Kong mengambil stok baharu telefon bimbit dari
stor ayahnya pasti dia akan memperoleh keuntungan yang lumayan.

v.

Saspens
Contoh: Kehilangan Jamil di sekolah tidak dapat dijejaki oleh Badri dan rakan-rakannya
walaupun telah bertanya kepada ibu bapa Jamil.

vi.

Kejutan
Contoh: Shahrul dan rakan-rakannya terkejut apabila Badri tiba-tiba muncul di pondok tempat
mereka berbincang tentang penjualan telefon bimbit.

vii.

Monolog dalaman
Contoh: Shahrul mengucapkan terima kasih kepada Badrul dalam hatinya.

SBS 2016

Watak Utama
Badri
Anak sulung kepada Mak Siti.
Mempunyai seorang adik lelaki bernama Badrul.

Berperawakan kemas dan berwibawa dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang


pengawas.
Pengawas sekolah.
Seorang yang bertanggungjawab.
Contoh: Badri seorang yang bertanggungjawab kerana telah berjaya menyelesaikan masalah
disiplin seperti penjualan telefon bimbit di sekolah.

Seorang yang berdisiplin.


Contoh: Dia tidak pernah melanggar peraturan sekolah sepanjang bergelar pelajar melalui
pengetahuan adiknya.

Seorang yang menepati masa.


Contoh: pada pukul 6.40 pagi Badri tidak pernah terlewat menunggu bas awam untuk pergi ke
sekolah.

Seorang yang setia dalam persahabatan.


Contoh: Badri berkawan baik dengan Jamil walaupun beliau telah mengetahui bahawa Jamil turut
terlibat dalam kes penjualan telefon bimbit di sekolahnya.

Seorang yang berani menghadapi cabaran.


Contoh: Badri bersikap berani menghadapi cabaran dalam menangani masalah murid yang
berlagak ala samseng,dan sengaja melanggar disiplin sekolah.

Seorang yang rajin mengulang kaji pelajaran.


Contoh: Badri mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar.

Seorang yang berpendirian teguh. Contoh, Badri tidak menghiraukan tentang usikan rakanrakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.

Watak Sampingan
Shahrul
Murid dari kelas 5 Cergas.
Bersahabat baik dengan Kumar dan Meng Kong.
Berasal daripada keluarga berada.
Seorang yang ego.
Contoh: Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah
banglo.

Seorang yang materialistik.


Contoh: Shahrul telah terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri semata-mata
untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan berjenama.

SBS 2016

Seorang yang tidak menepati masa.


Contoh: Shahrul tidak menepati masa dan selalu terlewat ketika berjanji temu dengan Nadira.

Seorang yang suka berfoya-foya.


Contoh: Shahrul bercampur gaul dengan kumpulan budak-budak motor dan melepak di kompleks
beli-belah.

Seorang yang gemar makan makanan barat.


Contoh: Shahrul sering mengunjungi sebuah restoran barat di pusat beli-belah.

Seorang yang buruk sangka.


Contoh: Shahrul menganggap Badri berlagak menjadi pengawas.

Seorang yang panas baran.


Contoh: Shahrul mencekak kolar baju Kumar semasa memujuk Kumar mengikut arahannya
untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.

Seorang remaja yang mudah terpikat dengan gadis cantik.


Contoh: Shahrul berani membawa Nadira keluar bersiar-siar menaiki motosikal.

Nadira
Seorang pelajar perempuan.
Baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah ke Kuala Lumpur kerana mengikut
ayahnya bertugas di sana.
Merupakan sahabat Badri dan Jamil dalam kelas 5 Bestari.
Seorang yang tidak tegas pendirian.
Contoh: Nadira mudah dipengaruhi oleh Shahrul bahawa Badri turut terlibat dalam masalah
disiplin seperti membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun sebenarnya Badri telah dianiayai
oleh Shahrul.

Seorang yang mengalami kejutan budaya.


Contoh: Setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans
ketat dan baju senteng.

Seorang yang tidak mendengar nasihat.


Contoh: Nadira tidak mendengar nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang
suka menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah serta boleh menjejaskan masa
depannya.

Seorang yang suka membazirkan masa.


Contoh: Nadira sering membazirkan masa dengan bersiar-siar menaiki motosikal dan melepak di
kompleks beli-belah bersama-sama Shahrul.

Meng Kong
Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.
Sahabat kepada Badri.
Seorang anak yang tidak jujur.
SBS 2016

Contoh: Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit dari kedai ayahnya sendiri lalu
dijual kepada murid-murid di sekolahnya.
Seorang yang mata duitan.
Contoh: Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang
sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.

Seorang yang telah insaf akan kesalahan yang dilakukan.


Contoh: Setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV dia memohon
maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.

Seorang yang patuh dan taat kepada ibu bapa.


Contoh: Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh
bapanya.

Cikgu Jailani
Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.
Seorang yang tegas.
Contoh: Dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.

Seorang yang adil.


Contoh: Dia mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara
bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas dalam satu
pasukan.

Seorang yang rasional.


Contoh: Cikgu Jalani menyelidiki kes Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas dan kes
telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg sekolah Badri.

Seorang yang bertolak ansur.


Contoh: Walaupun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan
berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya Cikgu Jailani tidak menggantung
persekolahannya.

SBS 2016

Anda mungkin juga menyukai