Anda di halaman 1dari 4

MOTOR SANGKAR TUPAI

1. - Motor ini mempunyai pemegun / stator yang berbelit iaitu satu belitan
mewakili satu fasa.
2. Pemegun stator ini berfungsi sebagai;
i. Tempat meletak belitan stator
ii. Berfungsi sebagai teras besi pada motor.
iii.Berlamina serta berlapis-lapis bagi mengurangkan arus pusar atau eddy
current.
iv.Arus pusar yang tinggi akan menyebabkan stator/pemegun
menjadi panas dan menyebabkan belitannya terbakar.
v. Sebagai teras sambungan bekalan daripada luar sama ada
sambungan bintang atau delta.
vi. Sebagai tempat untuk menghasilkan medan magnet berputar
sebelum bertindakbalas dengan rotor.
PRINSIP KENDALIAN
Seperti mana kita tahu belitan medan/belitan pemegun pada motor aruhan
3 fasa terdiri daripada 3 belitan bagi setiap fasa yang mana terpisah
sebanyak 120.
Apabila bekalan 3 fasa dibekalkan pada belitan pemegun,medan magnet
akan terbentuk pada setiap belitan dan membentuk satu medan magnet
yang sentiasa berputar pada pemegun.
Penghasilan medan magnet ini adalah disebabkan turun naiknya arus di
pemegun mengikut gelombang frekuensi bekalan.
CIRI-CIRI MOTOR SANGKAR TUPAI
Mempunyai kelajuan yang tunggal dan kelajuan seakan-akan sama dengan
ciri-ciri kelajuan motor medan magnet.
Tork permulaan amat rendah dan power faktor permulaan amat rendah.
Faktor kuasa ini akan bertambah sehingga beban penuh/full load dan
nilainya mencapai tahap 0.85/0.90.

MOTOR ROTOR BERLILIT


Motor ini juga dikenali sebagai motor gelang gelincir atau Slip ring motor
dan wound Rotor Induction Motor.
Binaannya adalah sama dengan motor aruhan 3 fasa jenis sangkar tupai
cuma bahagian rotornya/pemutar disambungkan kepada 3 perintang luar
menerusi gelang gelincir.
Daripada gelang gelincir/slip ring ini ia akan disambungkan ke litar luar
dengan menggunakan 3 berus karbon sebagai perantaraan.
PRINSIP KENDALIAN
Sepertimana yang berlaku pada motor aruhan 3 fasa sangkar tupai,apabila
pemegun/stator mendapat bekalan 3 fasa ia akan menghasilkan medan
magnet berputar di pemegun dengan kelajuan Ns.
Dengan berlakunya proses aruhan saling diantara stator dan rotor, maka
arus teraruh akan teraruh di rotor berbelit dan menyebabkan rotor mula
berputar dengan kelajuan Nr.
Sekiranya pada masa itu,perintang yang disambungkan pada rotor pada
tahap maksima ,maka kadar putaran rotor adalah pada tahap paling
minima tetapi kilas motor adalah tinggi.
CIRI-CIRI MOTOR ROTOR BERLILIT
Kelajuan motor ini boleh dikawal kelajuannya dengan menggunakan
perintang boleh laras yang disambung pada bahagian pemutar.
Kelajuan pemutar tinggi Nilai rintangan rendah.
Kelajuan pemutar tinggi Nilai rintangan tinggi.
Kawalan kelajuan dengan menggunakan perintang boleh laras tidak berapa
baik kerana banyak kehilangan kuasa berlaku pada perintang tersebut.
Kelajuan kawalannya hanya 50% daripada kelajuan segerak motor.
Kilas/tork motor ini adalah agak baik.
Penyelenggaraan motor ini adalah agak mahal.
Bagi menyongsangkan arah putaran motor,ia hanya dilakukan dengan
menukarkan urutan fasa bekalan motor ini.

MOTOR SEGERAK
Motor segerak sebenarnya adalah pengulang-alik tetapi ia dijalankan
sebagai sebuah motor.
Nama motor ini diperolehi daripada kelajuan segerak yang dimiliki motor ini
iaitu Ns = Nr.
Oleh itu motor ini tidak mempunyai gelinciran.
Kelajuan motor ini berubah mengikut frekuensi dan bilangan kutub atau
diringkaskan dalam formula berikut:
Motor ini mempunyai kelajuan yang malar dan ia tidak boleh bergerak dengan
sendiri kerana ia memerlukan penggerak sama ada daripada luar atau dalam
motor
PRINSIP KENDALIAN
Apabila bekalan tiga fasa dibekalkan pada pemegun motor, medan magnet
berputar akan terhasil pada pemegun tersebut dengan kelajuan Ns putaran
per-minit.
Putaran medan magnet ini tidak berguna bagi menghasilkan arus aruhan di
pemutar kerana pemutar akan digerakkan oleh satu penggerak daripada
luar yang berputar mengikut arah putaran medan magnet.
Kelajuan putaran pemutar (Nr) itu mestilah sama dengan kelajuan medan
magnet / kelajuan segerak (Ns).
Setelah kelajuan pemutar dan segerak hampir sama,bekalan a.t akan
diberikan ke pemutar melalui gelang gelincir.
Fluks magnet yang terhasil di pemutar akan bertindakbalas dengan medan
magnet berputar.
Seterusnya akan berputar selaju putaran segerak
( kelajuan medan magnet berputar ) iaitu Ns = Nr.
Walaupun penggerak pemutar ditanggalkan, motor masih berputar kerana
ini disebabkan oleh tindakan saling kunci di antara medan magnet berputar
dengan medan magnet di pemutar.
Daya yang menguncikan pemutar dengan pemegun diistilahkan sebagai
daya kilas tarik ke dalam ( perapat )
Bagi motor segerak, pemutarnya mempunyai batang pengalir sangkar
tupai dan motor segerak ini dijalankan mengikut kendalian motor aruhan
sangkar tupai sebelum bekalan a.t dibekalkan pada pemutar apabila
pemutar hampir menyamai kelajuan segerak.
Tetapi cara ini terbatas pada motor yang berukuran sederhana sahaja.
PENGGUNAAN MOTOR SEGERAK
Oleh kerana motor segerak tidak boleh hidup dengan sendirinya,ia hanya
digunakan di tempat perusahaan sahaja.
Penggunaan yang paling utama ialah sebagai alat untuk membaiki faktor
kuasa disamping kerja-kerja lain seperti;
i. menjalankan mesin bancuhan bahan mentah kerana
kelajuannya malar samada berbeban atau berbeban penuh

seperti pengisar dan pembancuh simen.


ii.Menjalankan beban yang berterusan seperti pemampat empar.
iii.Set motor-janakuasa.
iv.kipas pengalih udaraan utama.
v. pam
vi. Pemutar pemampat salingan.
vii.Pemutar pendorong-kapal elektrik.