Anda di halaman 1dari 7

MANUSIA PERTAMA YANG MEMBUKTIKAN BUMI INI BULAT

Kapten Ferdinand akhirnya mati terbunuh di Kepulauan Cebu, Filipina. Dia gagal untuk
menyempurnakan pelayarannya dari Barat ke Barat tanpa berpatah balik dan akhirnya akan
terus sampai ke Barat. Tetapi Enrique, Sebastian del Cano, Pigafetta dan beberapa orang lagi
telah menjayakan misi itu.
Maka dengan itu, Enrique telah membuktikan bahawa bumi ini bulat. Kerana Enrique yang
telah Berjaya menamatkan misi pelayaran pada titik yang sama bermula dari Barat terus ke
Barat. Siapakah Enrique..?
Ya, Enrique sebenarnya orang melayu, orang kita. Atau nama melayunya Awang. Dia ialah
seorang tawanan perang yang dibawa dari Melaka ke Lisbon, Portugis. Awang ditukar nama
kepada Enrique bagi mengelakkan diskriminasi oleh kelasi kapal.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1521 yang jelas tercatat dalam buku sejarah yang dihasilkan
oleh orang Itali sendiri, bertajuk Ferdinand, Why They Became Famous. Kisah ini juga
terkisar didalam novel Enrique Mengundang Jauh dan Hatimu Untuk Siapa yang
dikarang oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.
Antara laporan sahih pengembara sezaman yang terbaik tentang pelayaran Magellan
mengelilingi dunia ialah laporan Antonio Pigafetta yang dikenali sebagai Primo Viaggio
Intorno al Mondo (First Voyage Around The World). Penerbitan edisi pertama dalam bahasa
Perancis pada 1525 berjudul Le voyage et nauigation, faict par les Espaignolz es Isles
Mollucques, manakala edisi Itali hanya terbit pada 1536.

Henrich atau Enrique, dikenali dalam sejarah pelayaran dunia sebagai Enrique of Malacca.
Beliau pada mulanya merupakan hamba kepada tokoh yang dinobatkan sebagai manusia
pertama mengelilingi dunia, Ferdinand de Magellan. Sebenarnya beliaulah manusia pertama
yang mengelilingi dunia dan mendahului rakan pelautnya yang lain untuk melengkapkan
pusingan 360 darjah dengan mengambil masa selama sembilan tahun (dari 1511 hingga
1521).
Catatan sejarah di Lisbon membuktikan bahawa Enrique sememangnya wujud, tetapi
kehadirannya samar memandangkan sebagai hamba, riwayat hidup dan pencapaiannya tidak
diketengahkan mahupun disanjung. Oleh sebab itu, Magellan diangkat dan dinobatkan
sebagai manusia pertama mengelilingi dunia dan fakta sejarah ini kekal hampir 500 tahun.
.
Bermulanya

sejarah

Sejarah besar itu bermula ketika Portugis berjaya menakluk Melaka pada 1511. kisah seorang
pahlawan Melayu digelar Panglima Awang atau Enrique dalam menyumbang sesuatu kepada
peradaban dunia, sebuah sejarah yang jarang diketahui ramai termasuk bangsa Melayu
sendiri.
Tewas dalam usahanya menentang Portugis yang cuba menjajah tanah airnya iaitu Melaka,
anak muda digelar Panglima Awang dan ratusan lelaki Melaka akhirnya ditawan dan
disumbat
ke
dalam
kapal
besar
milik
bangsa
Barat
itu.
Rakan-rakan lain ramai yang terkorban ketika membela tanah watan, betapa gagah dan
meluapnya semangat mengusir penjajah, akhirnya Panglima Awang dan rakan-rakannya
tewas dengan kelengkapan senjata senapang dan meriam Portugis.

Dalam kesayuan mengenangkan hilangnya tanah air tercinta akibat dijajah, pemuda Melaka
dirantai tangan dan kaki mereka serta dikurung di dalam kapal besar itu. Bagaimanapun
Panglima Awang diasingkan kurungannya daripada pemuda Melaka lain.
Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque
menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada
dirinya
seorang.
Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan
meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan
perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian
itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.
Pelayaran jauh yang memakan masa lama akhirnya merapatkan hubungan antara kapten

kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat
tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi
keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya
dibuka. Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat
pemuda itu tidak memberontak.

Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada Enrique,
bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan
kelasi
kapal
lain
dengan
pemuda
Melaka
itu.
Setiba di Lisbon, Ferdinand memastikan Panglima Awang terus bersamanya. Persahabatan
yang semakin erat menyebabkan kapten itu mengutuskan surat kepada Alfonso memohon
lelaki
Melayu
itu
dijual
kepadanya.
Keizinan diperoleh dan bermulalah hidup Panglima Awang di tanah asing yang jauh berbeza
budaya dan bentuk muka bumi berbanding Melaka. Panglima Awang ditugaskan
mengusahakan
ladang
epal
di
belakang
rumah
lelaki
Portugis
itu.
Peribadi mulia dan kegigihan ditunjukkan Panglima Awang semakin membuahkan
kepercayaan dan rasa hormat di hati Ferdinand malah turut menarik hati adik lelaki asing itu
iaitu Miriam. Hari yang terus berlalu mengeratkan hubungan hati antara dua bangsa itu malah
Ferdinand turut merestui hubungan cinta berkenaan.

Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama
Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan, kemahiran
dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand
tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah
kapten
kapal
itu.

Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua
negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal
sememangnya
dikenali
dan
dikagumi
orang
Sepanyol.

Di Sepanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan


apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta
kepada
Kerajaan
Sepanyol.
Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya
dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan Victoria.

Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi


Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin
belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada
Portugis.
Sebaliknya
Sepanyol
perlu
belayar
ke
Barat.
Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat
masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa mengambil
banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka
mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah
Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.

Yang menariknya, Antonio Pigafetta didapati mengikuti ekspedisi Magellan secara sukarela
dan bertindak sebagai jurutulis. Pigafetta yang berbangsa Itali belayar bersama-sama Enrique
yang dinakhodai oleh Magellan sendiri. Berikutan itu, laporan Pigafetta merupakan rakaman
pengalaman langsung setiap peristiwa yang berlaku dan disaksikan sendiri oleh penulisnya
sepanjang
ekspedisi
tersebut.
Pada 1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon
Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh
sakit
dan
mati.
Ramai
memberontak
dan
meminta
berpatah
balik.
Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran
sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki benua
baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes
(Strait
Of
Magellan)
yang
dinamakan
sempena
nama
Ferdinand.

Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke
Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah
leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke
bawah
dunia.

Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan


Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan
pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing

menyebabkan

kelasi

terpaksa

memburu

tikus

dan

lipas

sebagai

makanan.

Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan
Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan.
Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka
berakhir.
Mereka
tiba
di
Pulau
Mazzava,
Cebu,
Filipina.
Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka
ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk
pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan negeri tanah tumpah
darahnya
iaitu
Melaka
semakin
hampir.
Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka
ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira.
Bagaimanapun
satu
kesilapan
dilakukan.
Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai
keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka
kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.

Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu
kepingin
harta
dan
tanah
jajahan
baru
menerusi
pelayaran
itu.
Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada
Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan
ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.
Pengiktirafan itu turut menenggelamkan nama Melayu selaku bangsa pertama yang
mengelilingi bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk
bangsa
Melayu.
Mengikut catatan novel sejarah Harun Aminurrashid, Panglima Awang akhirnya kembali
semula ke Melaka selepas bertahun berada di tanah asing, menamatkan kisah perjalanan wira
Melayu
yang
tidak
didendang
itu.
.
Fakta

Panglima

Awang

Asal usul Panglima Awang sebelum ditawan Portugis masih kekal misteri malah nama
sebenarnya
dalam
Melayu
masih
tidak
diketahui.
Panglima Awang hanyalah gelaran diberikan Harun Aminurrasid dalam catatannya
mengenai sejarah lelaki itu. Selain Panglima Awang, tokoh pahlawan Melayu itu turut
dikenali sebagai Enrique, Henry The Black, Henrich, Ariberto, Espinosa dan pelbagai
lagi
mengikut
sebutan
sesuatu
bangsa.
Walaupun nama Panglima Awang tidak tercatat dalam manuskrip sejarah Melayu, namanya
tercatat dalam catatan sejarah pelbagai bangsa asing. Antaranya catatan Itali menyebutnya
sebagai seorang lelaki dari Melaka selain catatan Figafetta mengenai pelayaran itu sekali
gus
membuktikan
kewujudan
tokoh
itu.
Bagaimanapun ada juga ahli Barat yang cuba menutup sejarah kejayaan bangsa Melayu
dengan
menafikan
kewujudan
Panglima
Awang.
.
Menjadi

tanda

Tanya..

Diari Pigafetta hanya menyatakan 18 orang yang selamat kembali ke pelabuhan Sanlucar de
Barrameda, Sepanyol tetapi nama Enrique atau Panglima Awang tidak disenaraikan.
18 orang ini sampai pada 9 Jun 1522 dengan diketuai oleh Juan Sebastian Elcano dengan
kapal La Victoria. Elcano dianggap sebagai orang yang berjaya melengkapkan pelayaran
mengelilingi
dunia.
Diari Pigafetta tidak menyatakan dengan jelas sama ada Enrique of Melaka kembali ke
Melaka, kembali ke Sumatera atau menetap di pulau Cebu, Filipina.

Apakah mungkin Enrique telah dikristiankan oleh Ferdinand Magellan dan menjadi
orang Melayu pertama berjaya dimurtadkan?

Di manakah letakkan kubur Panglima Awang ini jika telah kembali ke Melaka?

Mengapa nama Enrique tidak termasuk dalam senarai 18 orang yang sampai ke
Serville, Sepanyol itu.

Mengapa sejarawan barat masih mengiktiraf Ferdinand Magellan sebagai orang


pertama mengelilingi dunia dan bukannnya Elcano dan 17 sahabat yang lain dan
seorang hamba Melayu bernama Enrique of Melaka atau Henry the Black?

sumber: http://republicofmonggol.blogspot.com/2011/07/manusia-pertama-yangmembuktikan-bumi.html#axzz1grlMA0KI

Anda mungkin juga menyukai