Anda di halaman 1dari 5

NAKHODA TANGGANG

Si Talang dan isterinya Si Daruma tinggal di sebuah kampung yang terpencil. Kehidupan
mereka sangat miskin. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Si
Tanggang suka berburu dan mendayung sampan. Pada suatu hari, dia mendayung sampan
menyusuri sungai sehingga sampai ke muara. Di muara sungai , terdapat sebuah kapal
sedang berlabuh. Nakhoda kapal itu tertarik hati apabila melihat kecekapan Si Tanggang
mendayung sampan lalu mengarahkan orang suruhannya menangkap Si Tanggang.
Akhirnya, Si Tanggang ditangkap dan telah dibawa belayar. Semasa dalam pelayaran, Si
Tanggang melakukan semua kerja di atas kapal itu. Kerajinannya telah menambat hati
nakhoda lalu mengambilnya sebagai anak angkat. Akhirnya, nakhoda telah mengahwinkan
Si Tanggang dengang anaknya. Kemudian Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang baru
dan digelar Nakhoda Tanggang. Pada suatu petang, setelah jauh belayar, Nakhoda
Tanggang telah mengarahkan anak kapalnya berlabuh di muara sungai. Kebetulan pula
tempat kapal berlabuh ialah kampung asal Nakhoda Tanggang. Beberapa orang penduduk
kampung ternampak Nakhoda Tanggang lalu memberitahu ibunya. Ibunya segera datang
untuk menemui Nakhoda Tanggang kerana dia terlalu merindui anaknya itu. Namun begitu,
Nakhoda Tanggang berasa malu untuk mengaku bahawa perempuan tua itu ibunya. ini
kerana keadaan ibunya yang miskin dan uzur. Nakhoda Tanggang telah menghalau ibunya.
Ibunya, Si Deruma berasa sangat sedih dan pilu kerana Si Tanggang anak yang dilahirkan
dan disusuinya telah melukakan hatinya. Dia memandang ke langit sambil mengangkat
kedua-dua belah tangan dan berseru,"Oh,Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang
bahawa akulah ibu kandungannya." Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup dengan
kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing dipukul ribut. Keadaan pada
masa itu sungguh cemas. Ketika itu barulah Nakhoda Tanggang berasa sangat kesal. Dia
insaf bahawa Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. " Oh ,Ibu! Ampunkanlah
anakanda ....," teriak Nakhoda Tanggang, tetapi sudah terlambat. Gelombang yang kuat
telah memecahkan kapalnya. Setelah ribut reda, kapal yang pecah dan anak-anak kapal
termasuk Si Tanggang telah bertukar menjadi batu. Itulah balasan kepada anak yang
derhaka.

Kong Zhi Meminta Tunjuk Ajar Budak Kecil


Kong Zhi merupakan seorang sasterawan dan tokoh pemikir yang terkenal pada zaman
dahulu. Pada suatu hari, Kong Zhi dan anak muridnya pergi ke suatu tempay dengan
menaiki kereta kuda. Dalam perjalanan, mereka bertembung dengan seorang budak yang
berumur enam tahun. Budak itu sedang bermain di tengah jalan. Anak muriod Kong Zhi
yang melihat keadaan ini mengarahkan budak itu supaya ke tepi. Budak kecil itu menjawab,
" Di sini ada sebuah kota, elok tuan cari jalan lain untuk lalu dari sini." Anak murid Kong Zhi
nampak ada sebuah kota batu yang telah dibina di atas tanah. Anak murid Kong Zhi berasa
lucu dan berkata, " Budak nakal, cepat beri laluan! " Budak kecil itu berkeras untuk tidak
beralih. Dia berkata, "Boleh, dengan syarat tuan dapat menyatakan kebenaran. Adakah kota
saya perlu elakkan kereta tuan, atau tuan yang perlu elakkan kota saya? Sejak dahulu lagi,
keretalah yang berjalan mengelilingi kota, mana ada kota yang beri laluan kepada kereta!"
Kong Zhi yang tertarik dengan percakapan budak itu turun dari kereta kuda dan berkata,
"Kata-kata kamu memang benar, tetapi kami kesempitan masa. Bolehkah kamu berikan
kami laluan?" Budak kecil itu pula berkata lagi," Saya dengar tuan seorang yang
berpengetahuan luas. Kalau tuan dapat menjawab soalan saya, saya akan beri laluan
kepada tuan." Kong Zhi bersetuju dengan cadangan itu. Budak kecil itu menunjukkan ke
arah langit dan bertanya,: Kita boleh nampak bintang di langit. Berapa banyakkah bintang di
langit?" Kong Zhi menjawab, " Tetapi bintang di langit terlalu banyak. Bagaimanakah boleh
kita mengiranya?" Budak kecil itu berkata lagi, " Bintang di langit banyak. Matahari pula satu
sahaja. Pada waktu pagi, matahari menjadi besar, tetapi kecil semasa tengah hari. bolehkah
tuan memberitahu saya, bilakah matahari paling dekat dan paling jauh dari kita?" Kong Zhi
terkejut mendengar soalan nudak kecil itu. Beliau berfikir sejenak. Kemudian beliau berkata,
" Saya sangat menyesal. Walaupun saya berpengetahuan, tetapi masih tidak cukup. Silalah
beri tunjuk ajar kepada saya." Budak kecil itu melihat Kong Zhi begitu bersopan, lalu dia pun
memberikan laluan kepada mereka. Sejak peristiwa itu, Kong Zhi mengajar muridnya
supaya mengaku jika tahu dan jangan berpura-pura tahu jika tidak tahu. Kita sepatutnya
meminta tunjuk ajar daripada sesiapa sahaja yang berpengetahuan kerana ilmu tiada
batasnya

Ahli Sihir Yang Angkuh


Thenaliraman tinggal di sebuah pekan di India. Pada suatu hari, datang seorang ahli sihir
termasyhur di pekan itu lalu mencabar penduduk di pekan itu. " Wahai penduduk kampung,
saya seorang ahli sihir terkemuka di India. Adakah sesiapa antara anda yang berani
mencabar saya? Saya boleh melakukan atau menunaikan apa-apa sahaja yang anda
pohon." Thenaliraman pun tampil ke hadapan dan berkata, " Wahai Tukang Sihir, saya ingin
mencabar anda. Bolehkah Tukang Sihir menunaikan permintaan saya?" "Boleh, mintalah
apa-apa sahaja , akan saya kabulkan permintaan anda," kata Tukang Sihir. "Baiklah Tukang
Sihir, saya akan melakukan sesuatu dengan mata saya tertutup, tetapi Tukang Sihir
melakukannya dengan mata yang terbuka," kata Thenaliraman. " Ha! Ha! Ha! Mudahnya
permintaan anda," kata Tukang Sihir. Thenaliraman pun duduk bersila dan menutup
matanya. Dengan menggunakan tangan kanannya, dia mengambil segenggam pasir dan
melemparkan ke arah matanya. " Baiklah Tukang Sihir, sekarang tunjukkanlah kehandalan
Tukang Sihire dengan melakukan seperti yang saya lakukan tadi dengan mata yang
terbuka," kata Thenaliraman. Tukang Sihir itu terdiam, Dia tahu bahawa dia tidak boleh
melakukan seperti yang diminta. Tukang Sihir itu sedar akan kesalahannya yang terlalu
bersikap angkuh. Dia meminta maaf kepada Thenaliraman dan terus meninggalkan pekan
itu

Burung Layang-layang
Dalam sebuah hutan yang tebal, tinggal seekor burung layang-layang yang suka meniru.
Pada suatu petang, burung layang-layang telah mendengar suara teriakan daripada burungburung yang lain. "Ke tepi! Ke tepi! beri laluan kepada raja Burung. " Burung layang-layang
berasa hairan mendengar teriakan tersebut. Tidak lama kemudian, beberapa ekor burung
merak melalui kawasan itu. Burung layang-layang terpegun melihat kecantikan bururng
merak. Maka, timbullah perasaan pada burung layang-layang yang ingin menjadi seperti
burung merak. burung layang-layang menoleh ke kiri dan ke kanan lalu melihat beberapa
helai bulu burung merak tercicir di atas tanah. Apabila kumpulan burung merak telah berlalu,
burung layang-layang mengutip semua bulu merak yang tercicir di atas tanah dan
menyisipkan ke badannya. Apabila selesai, burung layang-layang berjalan di atas laluan
burung merak tadi.Burung-burung lain yang melihatnya berteriak," Ke tepi! Ke tepi! Berikan
laluan kepada Raja Burung." Burung layang-layang berasa sangat seronok dan berjalan
lebih pantas sehingga terlupa tentang bulu-bulu burung merak yang disisipkan di badannya.
Lalu, satu demi satu bulu burung merak tertanggal dan tercicir di atas tanah. Burung-burung
lain yang menyaksikan kejadian tersebut ketawa berdekah-dekah sambil berteriak, " Ruparupanya burung layang-layang menyamar menjadi Raja Burung." Burung layang-layang
berlalu dari situ sambil menundukkan kepalanya kerana berasa sangat malu. Semasa
berjalan dengan kepala bertunduk, burung layang-layang telah terlanggar burung merak.
Apabila burung layang-layang mendongak, dia mendapati burung merak sedang berdiri di
hadapannya dengan muka yang bengis. Burung merak berkata, " kami tidak suka kepada
burung yang cuba menyamar menjadi burung yang lain. Pergi dari sini!" Burung layanglayang segera terbang meninggalkan kawasan tersebut. Semasa terbang, burung layanglayang ternampak sekumpulan burung seakan-akan serupa dengan dirinya. Burung layanglayang mendekati burung dalam kumpulan tersebut. Seekor burung dalam kumpulan itu
bertanya, "Anda ahli baru dalam kumpulan inikah?" Burung layang-layang pun menjawab,
"Ya, saya ahli baru dalam kumpulan ini." Burung layang-layang berasa sangat gembira
kerana telah mendapat sahabat baru.

Kura-kura Yang Pintar


Pada zaman dahulu, di Pulau Borneo tinggal seekor kura-kura bujang yang yatim piatu. Dia
berkawan dengan seekor kera yang nakal dan tidak bertimbang rasa. Apabila Si Kera
tersebut mati, Si Kura-kura mengambil seruas tulang kera itu dan meminta Dewa Bubuk
membuat seruling untuknya. Si Kura-kura menjadikan seruling mainannya. Seruling itu
dibawanya ke mana-mana sahaja dan ditiup semasa dia kesepian. Kemerduan tiupan
seruling Si Kura-kura itu telah sampai ke pendengaran Raja Ungka. Raja Ungka
berkeinginan untuk memiliki seruling itu. Dia melakukan pelbagai cara untuk
memperdayakan Si Kura-kura. Setelah berjaya memperdayakan Si Kura-kura, Raja Ungka
dapat merampas seruling tersebut dan terus membawa seruling itu naik ke mahligainya ,
iaitu di kemuncak pokok Tapang Udang. Bagi Si Kura-kura. perbuatan Raja Ungka itu amat
melampau. Dia sedaya upaya berusaha untuk merampas kembali seruling kesayangannya
itu. Si Kura-kura mendapatkan pertolongan daripada Ketam Gergasi. Dalam usaha
merampas seruling tersebut, Raja Ungka mengalami kecederaan yang parah kerana disepit
oleh Si Ketam Gergasi. Raja Ungka yang parah telah menggunakan perkhidmatan beberapa
orang bomoh untuk merawatnya. Akhirnya , kecederaan itu membawa maut kepada Raja
Ungka. Itulah akibatnya yang diterima oleh Raja Ungka disebabkan sifat tamak haloba

Anda mungkin juga menyukai