Anda di halaman 1dari 2

Huraian tujuan penyelididkan

Dalam pendidikan, para guru hendaklah mahir meramal dan


membuat jangkaan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti pedagogi.
Ini merupakan kemahiran yang penting untuk membantu guru
menentukan tahap atau aras yang hendak diajar kepada murid.
Kajian tindakan merupakan satu kaedah yang boleh membantu guru
meramal corak pembelajaran dan ia hendaklah dijalankan
menggunakan disiplin-disiplin yang telah ditetapkan dalam
menjalankan kajian.
Kajian juga berperanan untuk mencari kaedah yang paling berkesan
untuk memperbaiki prestasi murid di dalam kelas. Ia juga digunakan
untuk memperbaiki teknik pengajaran yang diaplikasikan oleh guruguru di dalam kelas. Tidak semua sekolah memiliki suasana
pembelajaran yang optima serta sesuai dengan latar belakang murid.
Oleh hal yang demikian,
satu kajian boleh dijalankan untuk memperbaki kualiti pembelajaran
di dalam kelas. Kajian sebegini hendaklah mengambil kira teori-teori
yang mampu mengoptimakan aktiviti di dalam kelas. Guru hendaklah
menilai sejauh mana peningkatan pencapaian murid melalui
perbandingan selepas dan sebelum kajian. Aspek kualitatif dan
kuantitatif merupakan perkara yang penting dalam menjadi panduan
untuk menilai hasil kajian.
Kajian ini juga digunakan untuk membantu guru memahami sesuatu
suasana yang terjadi di dalam bilik darjah. Adakalanya masalah
disiplin akan menimbulkan banyak persoalan. Melalui kajian sebegini,
guru akan mempu menjelaskan mengapa sesuatu masalah terjadi di
dalam kelas. Guru juga dapat menggunakan kajian untuk
menjelaskan prestasi murid di dalam kelas, apakah faktor
penyumbang dalam mengalakkan minat murid untuk belajar.
Guru adakalanya menyediakan laporan. Laporan tersebut hendaklah
dihuraikan dengan jelas dan logik. Dalam keadaan ini, kajian yang
mudah berperanan untuk menghuraikan maklumat yang terdapat di
dalam laporan tersebut. Beberapa set ujian boleh dijalankan untuk
memperoleh data yang menyokong sesuatu maklumat.
Sememangnya di dalam usaha mendidik, banyak halangan dan

cabaran yang dihadapi oleh para pendidik (guru). Kajian dilihat


sebagai satu jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul di
dalam bilik darjah. Kajian yang dilajankan bertujuan untuk mencari
kaedah yang sesuai untuk menghadapi sesuatu masalah. Aspek
refleksi dilihat sebagai medium penilaian untuk menguji sejauh mana
sesuatu kaedah itu berkesan. Sekiranya kajian tersebut kurang
memuaskan, satu kitaran kajian lagi boleh djalankan untuk
memperbaiki kajian yang telah dilaksanakan sebelum ini.