Anda di halaman 1dari 1

HELANG DAN KURA - KURA

Pada suatu masa dahulu terdapat seekor kura-kura yang ingin terbang seperti
burung."Oh, alangkah seronoknya kalau aku dapat terbang seperti burung-burung
itu," kata kura-kura.Kura-kura cemburu setiap kali melihat burung-burung terbang
bebas di udara. Ia selalu termenung memikirkan akan keinginannya itu.
Pada suatu hari, kura-kura ternampak seekor burung gagak sedang berehat
di atas sebatang dahan pokok. Kura-kura segera menghampiri burung gagak itu. Ia
meminta gagak mengajarnya terbang."Kamu tidak boleh terbang kerana kamu tidak
mempunyai sayap," kata gagak.Kura-kura berasa kecewa mendengar kata-kata
gagak. Namun ia tidak mahu berputus asa. Tiba-tiba ia ternampak seekor helang
menghampirinya. Helang itu sebenarnya sedang mencari makanan."Dari tadi saya
perhatikan kamu termenung.
Apakah masalah kamu wahai kura-kura?" tanya helang."Sebenarnya saya
ingin terbang di udara seperti rakan-rakan kamu tetapi tidak ada yang ingin
menolong saya," kata kura-kura."Baiklah kura-kura, saya akan ajar kamu terbang,
kata helang."Betulkah kamu boleh mengajar saya terbang?" tanya kura-kura dengan
gembira.Helang memegang cengkerang kura-kura dengan kuat lalu membawanya
terbang di udara. Helang membawa kura-kura terbang tinggi. Kura-kura berasa
sungguh gembira kerana ia dapat terbang bersama burung-burung lain. Ia dapat
merasa angin yang sejuk. Ia juga dapat melihat pemandangan yang cantik.
Namun begitu, helang yang lapar itu membawa kura-kura ke suatu tempat. Ia
melepaskan cengkaman kakinya pada cengkerang kura-kura. Kura-kura melayanglayang jatuh ke tanah dan terhempas di atas batu. Badan kura-kura hancur berkecai.
Helang terus makan kura-kura itu dengan gembira.
Pengajaran dari cerita- Buat sesuatu perkara mestilah mengukur keupayaan diri
sendiri

Anda mungkin juga menyukai