Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN ALUAN

PENOLONG REKTOR SEMPENA


FIESTA KERJAYA 2016
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pengacara majlis.
1. YBhg Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh, Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu
2. YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Safri bin Ya, Ketua Pusat Pengajian Siswazah
3. YBrs Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohamed, Ketua Pusat Pengajian Fakulti
Pengurusan dan Perniagaan UiTM Kelantan
4. YM Tengku Muhaini Tuan Mat, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Komputer
dan Matematik UiTM Kelantan
5. YBrs Puan Nurazleena Ismail, Ketua Pusat Pengajian iNED UiTM Kelantan
6. YBrs. Puan Azizah Mohd Yusof, Pegawai Psikologi UiTM Kelantan
7. Penyeleras-penyelaras, pensyarah-pensyarah, ketua-ketua bahagian, wakil-wakil
NGO dan yang dikasihi mahasiswa UiTM Kampus Kota Bharu
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg
Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh atas kesudian untuk hadir dan merasmikan Fiesta
Kerjaya UiTM 2016 pada hari ini. Kami cukup faham dengan kepadatan jadual Datuk
dan kami amat berbesar hati Datuk dapat meluangkan masa untuk memenuhi jemputan
kami pada hari ini.
Kehadiran Datuk pada hari ini sebenarnya memberi satu impak yang besar kepada
kami warga UiTM Kampus Kota Bharu kerana Datuk telah memberi sumbangan yang
besar kepada UiTM Kota Bharu. Untuk makluman semua, Datuk Fatmi adalah antara
yang menyokong penubuhan UiTM Kampus Kota Bharu 10 tahun yang lalu.

Dalam kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima
kasih kepada pihak industri dan agensi kerajaan yang terlibat dalam memberikan
sokongan kepada penganjuran program ini.
Ucapan syabas dan tahniah juga diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa
Pelaksana Fiesta Kerjaya UiTM 2016 di atas komitmen dan kesungguhan yang telah
dipamerkan bagi memastikan kelancaran perjalanan persiapan program sehinggalah
terlaksananya program karnival ini dengan jayanya.
YBhg Datuk dan para hadirin,
UiTM Kota Bharu sentiasa seiring dengan UiTM Induk dalam melahirkan graduan yang
bermutu tinggi. Justeru, pada hari ini, kita mengadakan Fiesta Kerjaya UiTM 2016
dengan memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengetahui fokus pekerjaan
selepas selesai pengajian kelak.
Program pada hari ini juga selari dengan Amanat Tahun Baru Naib Canselor baru-baru
ini yang menekankan hal berkenaan kebolehpasaran graduan. Diharapkan melalui
program seperti ini, para mahasiswa dapat serba sedikit petunjuk untuk ke dunia
pekerjaan nanti.
Dalam kita berusaha untuk mencapai kecemerlangan, harus diingatkan antara elemen
yang perlu diberikan perhatian serius adalah penerapan Kemahiran Insaniah (KI) dalam
pembelajaran dan aktiviti pembangunan pelajar termasuklah kokurikulum.
Ini kerana, penekanan terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan
program-program yang dianjurkan oleh universiti merupakan satu kaedah yang
berkesan dalam mengasah kemahiran generik dalam kalangan pelajar. Aktiviti
kokurikulum dan program yang dirancang khas oleh pihak universiti menjadi pelengkap
kepada kitaran pendidikan yang melibatkan domain intelektual yang merupakan wadah
bagi pembinaan jasmani, emosi dan rohani.

Di samping itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti tersebut akan dapat menerapkan
beberapa elemen penting seperti disiplin kendiri, kepemimpinan, etika, komunikasi,
penampilan diri, keusahawanan, kreativiti, inovasi dan kecintaan terhadap alam semula
jadi. Ia juga secara tidak langsung dapat membentuk dan menyediakan pelajar menjadi
graduan yang memenuhi tuntutan pasaran kerja masa kini.
YBhg Datuk dan para hadirin,
Saya tak berniat untuk berucap panjang. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan
jutaan terima kasih kepada YBhg Datuk dan juga tahniah kepada Kelab Inspirasi
dengan kerjasama ABRI Maju Resources kerana berjaya menganjurkan program
seperti ini.
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.