Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pendahuluan
Guru bukanlah satu profesion yang sekadar mengajar dan mendidik anakanak murid bahkan guru jugalah yang menjadi agen pelaksana dasar-dasar kerajaan
dalam meningkatkan kualiti pendidikan melalui Transformasi Pendidikan Negara.
Malahan, keruntuhan sesebuah ketamadunan masyarakat juga seringkali dilihat
bagaimana sesebuah sistem pendidikan itu dilaksana dan di bahu-bahu gurulah
yang memainkan peranan yang sangat penting dalam memikul tanggungjawab ini.
Tambahan pula, dewasa ini cabaran dan beban tugas guru kian bertambah
dari hari ke hari seiring dengan perkembangan arus globalisasi. Contohnya, guru
yang kurang berkemahiran dalam teknologi akan menghadapi masalah dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kesannya, murid
kurang berminat terhadap pembeljaran menyebabkan objektif pengajaran tidak
dapat dicapai dengan baik dan ini akan mempengaruhi pencapaian murid-murid di
sekolah. Justeru, guru perlu memiliki sifat kekentalan jiwa dalam meningkatkan ilmu
dan kemahiran di samping mempunyai keperibadian yang tinggi dan sanggup
berkorban memberikan sumbangan terhadap dunia pendidikan.
2.0 Konsep-Konsep yang Mempengaruhi Amalan Profesionalisme Keguruan Malaysia
Menurut pendapat yang dikemukakan oleh Ornstein dan Levine (1993),
kerjaya guru adalah satu profesion yang mulia dalam melaksanakan fungsi-fungsi
sosial yang penting. Guru dianggap sebagai satu profesion kerana guru dilihat
mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam dalam satu-satu mata pelajaran
yang diajar, peka dengan gaya belajar murid serta mempunyai inisiatif dan usaha
dalam meningkatkan profesioanalisme keguruan. Menurut Ornstein dan Levine
(1993), terdapat 4 ciri profesion seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

Rajah 1 Ciri-ciri Profesion

Menguasai ilmu
pengetahuan yang
mendalam.

Kebenaran diberi
kepada profesion
oleh masyarakat
untuk beroperasi.

Ciri-ciri
Profesion

Kecekapan dan
kepakaran dalam
bidang tertentu.

Adanya kod etika


untuk mengawal
tingkah laku.

Menurut Nussbaum (2011) menyatakan guru di seluruh dunia memasuki bilik


darjah setiap hari dan cuba mewujudkan sebuah persekitaran sekolah yang
kondusif. Guru yang profesional ialah guru yang pakar dalam selok belok
pembelajaran murid. Ini bermakna proses menjadikan seseorang guru menjadi lebih
kompeten perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap
profesionalisme dan kompetensi guru dilaksanakan secara berterusan. Oleh itu,
insan yang bergelar guru perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui
latihan-latihan yang berterusan. Hal ini penting bagi para guru dalam mendepani
arus dan cabaran semasa terutamanya perkembangan Sains dan Teknologi yang
kian berkembang dengan sangat pantas. Contohnya, transformasi pendidikan kini
yang menekankan kaedah pengajaran terkini melalui pembelajaran berasaskan
komputer, internet dan laman web memerlukan guru yang betul-betul mahir dalam
mengendalikannya.
Walau bagaimanapun, jika dilihat guru dari perpspektif bukan profesional
maka tugas guru tidak terhad kepada individu yang mempunyai latihan ikhtisas
semata-mata. Individu yang tidak mempunyai latihan ikhtisas juga layak digelar

guru selagi individu tersebut menjalankan tugas mengajar Syed Ismail Mustapha &
Ahmad Subki Miskon, 2013). Maka, tidak sewajarnya golongan pentadbir sekolah
seperti

guru

besar

dan

guru-guru

penolong

kanan

yang

mentadbir

dan

menguruskan hal ehwal sekolah tidak layak digelar guru dan tidak berkelayakan
untuk mengajar. Oleh itu, dari sini kita dapat lihat dengan jelas bahawa segala
keputusan dan tindak-tanduk seseorang guru tidak boleh dibuat sewenangwenangnya.

Guru pentadbir berhak memberikan amaran dan mengenakan

kesalahan tatatertib terhadap guru yang melanggar peraturan. Contohnya, guru


yang tidak mengikut etika pemakaian ke sekolah seperti kain pelikat, singlet dan
selipar akan dikenakan kesalahan tatatertib. Justeru, satu kod etika yang dikenali
sebagai Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia telah dikuatkuasakan bagi
memastikan guru mengikuti nilai-nilai profesion ketika dalam menjalankan tugas.
Ekoran itu, guru yang berintegriti dari sudut moral akan dapat dibentuk
melalui penghayatan Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia dengan setulustulusnya. Hal ini penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
para guru perlu sedar bahawa gurulah yang sebenarnya memikul satu akauntabiliti
yang besar (Syed Ismail Syed Mustapha & Ahmad Subki Miskon, 2013). Menurut
sarjana Barat, J. L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat
menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis
perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang. Justeru, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) juga tidak terkecuali mempunyai etika kerja tersendiri
dalam memartabatkan profesion perguruan.
Guru yang tidak beretika merupakan guru yang mempunyai tingkah laku
yang negatif serta memandang eteng terhadap tugas dan tanggungjawabnya
sebagai seorang pendidik. Contohnya, guru yang datang ke sekolah sekadar keluar
masuk kelas dan menunggu masuknya gaji bulanan tanpa mempedulikan isu-isu
pendidikan, dan hal ehwal sekolah bukanlah seorang guru yang baik. Malahan guru
seperti ini juga dikatakan tidak beretika kerana bersikap terlalu mementingkan diri
sendiri sehingga menyebabkan setiap tindak-tanduk yang dilakukannya akan
merugikan institusi sekolah amnya dan anak-anak didiknya itu sendiri. Oleh itu,
sewajarnya guru perlu memahami dan menghayati segala garis panduan dalam Kod
Etika Perguruan Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan sepenuh
tenaga dan semangat juang yang tinggi. Hal ini penting dalam usaha untuk

memastikan setiap murid menerima keperluan pendidikan yang seimbang seperti


tempat belajar yang selesa dan keberkesanan pengajaran daripada seorang guru
yang cekap, bertanggungjawab dan penyayang.
Kesimpulanya, faktor-faktor seperti akauntabiliti, integriti dan pematuhan
terhadap

kod

profesionalisme

etika

dalam

keguruan.

kalangan
Guru

guru

yang

sangat

benar-benar

mempengaruhi
menyedari

amalan

kepentingan

tanggungjawab selaku pendidik serta berinisiatif dalam memperkembangkan


kerjayanya ialah seorang guru yang profesional. Profesionalisme keguruan adalah
sangat penting dalam membantu negara melahirkan modal insan yang kamil
seterusnya melonjakkan martabat pendidikan negara di persada dunia. Pendidikan
boleh diibaratkan sebagai kunci kepada usaha membangunkan masyarakat dan
negara. Masyarakat yang terdidik secara menyeluruh, seimbang dan dapat
menyumbang kepada pembangunan negara secara lestari adalah produk daripada
pendidikan berkualiti yang selaras dengan keperluan negara pada masa kini dan
akan datang (Mohamed Nor Che Nor, 1990).
3.0 Perkembangan Cabaran Kepemimpinan Sekolah
Pendidikan merupakan satu wadah yang amat penting bagi masyarakat
dalam memajukan taraf hidup dan potensi diri. Lebih-lebih lagi sistem pendidikan
negara dewasa kini sedang menghadapi pelbagai cabaran dalam mendepani arus
globalisasi dan perkembangan teknologi yang semakin pantas. Oleh itu, sistem
pendidikan perlu ditambah baik mengikut peredaran semasa seiring perkembangan
abad ke-21. dan usaha-usaha yang strategik amat diperlukan dalam meningkatkan
amalan pendidikan ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang.
Cabaran terbesar negara dalam sistem pendidikan ialah cabaran dalam
menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti dan berpengetahuan luas berkenaan
dengan pembelajaran abad ke-21. Perkara ini penting dalam melahirkan pelajar
yang cemerlang dan selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
...masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang
bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang
kepada dunia sains dan teknologi pada masa depan... (Mahathir Mohamad, 1998)

Mengikut Atan Long (1984), guru turut berperanan sebagai pengurus dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Justeru, guru kini
menghadapi cabaran abad ke-21 dalam merancang dan membina pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. bukan itu sahaja, guru juga ketua dalam mewujudkan
bilik darjah yang kondusif. Perkara ini dilihat sebagai satu kepentingan dalam
memenuhi keperluan pembelajaran masa kini bagi guru menerapkan kemahirankemahiran abad ke-21 dalam kalangan murid.
Dalam memenuhi aspirasi seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru
hari ini haruslah menyedari tugas dan amanah yang amat penting untuk mendidik
generasi yang akan dewasa nanti (Sharil, 2003). Bagi memenuhi aspirasi kerajaan
dalam

melahirkan

bertanggungjawab

modal
dalam

insan

kelas

mencorakkan

pertama,
pengajaran

maka
dan

sewajarnya

guru

pembelajaran

yang

bertaraf dunia. Guru hendaklah sentiasa peka dengan perkembangan semasa


seiring dengan arus globalisasi dan perkembangan Sains dan Teknologi. Pengajaran
berpusatkan guru ataupun dikenali sebagai pendekatan tradisional Chalk and Talk
sudah tidak wajar dilaksanakan di dalam bilik darjah masa kini. Hal ini berikutan,
potensi murid tidak dapat dikembangkan secara optimum. Apa tidaknya, kaedah
tersebut

dianggap

terlalu

berpusatkan

guru.

Pada

kebiasaannya,

pengaruh

autokratik guru dalam pengajaran dan pembelajaran menyebabkan murid seolaholah belajar dalam keterpaksaan. Oleh itu, perkara sedemikian akan membantutkan
perkembangan murid secara menyeluruh.
Metiri Group (2003) menjelaskan tentang kemahiran abad ke-21 sebagai
kemahiran yang sangat penting diterapkan dalam diri murid di era ekonomi digital
semata-mata untuk memenuhi tuntutan perubahan pesat yang berlaku. Kemahiran
ini adalah sangat bernilai diterapkan oleh guru dalam kalangan murid dan pekerja
bagi memenuhi kehendak industri dan negara pada masa akan datang. Justeru,
anjakan paradigma perlu dilaksanakan dalam memastikan guru turut menguasai
kemahiran tersebut kemudiannya disampaikan secara menyeluruh kepada muridmurid melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Partnership for 21st
Century Skills (2007) menyatakan antara ciri-ciri pelajar abad ke-21 ialah:
Rajah 2 Ciri-ciri murid abad ke-21

Kemahiran

berfikiran

kritikal

Kemahiran

menyelesaikan masalah

Kemahiran

Ciri-ciri murid abad ke-21

berkomunika

si
Kemahiran
berkolabora

Kemahiran
menguasa
i subjek
teras

Kemahiran
dalam media,

si

teknologi
maklumat dan
komunikasi

Berikutan itu, tugas guru abad ke-21 dipandang tinggi dan diiktiraf bukan
saja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, peyubur perpaduan dan pembangun
sahsiah malah sebagai ejen perubahan dalam membentuk corak pendidikan yang
ideal dengan peredaran zaman. Antara cabaran terbesar dihadapi oleh guru pada
abad ke-21 ialah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Hal ini dapat
dilihat dengan jelas apabila rata-rata murid di seluruh negara adalah tergolong
dalam generasi Y. Bahkan, terdapat sebahagian murid kini yang dilihat lebih celik
teknologi berbanding gurunya sendiri. Malahan, betapa sedihnya apabila mendapati
perkembangan teknologi itu sendiri telah menyebabkan nilai dan didikan sahsiah
kepada murid-murid seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan sahaja. Murid
dilihat tidak berminat terhadap pembelajaran sekadar nasihat dan teguran sematamata. Oleh itu, ini merupakan satu cabaran buat guru dalam mengaplikasikan
elemen

merentas

kurikulum

seperti

penggunaan

inovasi

teknologi

dalam

pengajaran dan pembelajaran.


Bagi menghadapi cabaran ini, guru perlu mempersiapkan diri dengan
kemahiran menggunakan teknologi terkini. Guru seharusnya melihat teknologi itu
satu mekanisme bagi memenuhi keperluan dan mempupuk minat murid terhadap

pembelajaran. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui gaya kepimpinan guru yang
bersifat terbuka dan demokratik dalam pengajaran dan pembelajaran. Beberapa
penyelidikan telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat
merevolusikan

teknik

pengajaran

guru,

kaedah

murid

belajar

dan

secara

keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.


Buktinya, pada bulan Januari hingga Jun 2007 sahaja, sebanyak 123,725 buah
komputer telah dibekalkan ke seluruh sekolah di Malaysia dan 2,043 buah sekolah
menengah telah dibekalkan dengan 8,172 unit komputer, 2,043 buah pencetak
digital untuk tujuan pihak pengurusan sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2007).
Walau bagaimanapun, menurut Ting Kai Chu (1998) mendapati, secara
keseluruhannya guru yang muda mempunyai sikap yang positif terhadap komputer
berbanding guru yang lebih berusia. Ini adalah kerana guru-guru muda ini telah
terdedah dengan komputer sama ada di sekolah mahupun di universiti sedangkan
golongan guru yang lebih berusia tidak mengalaminya. Dapatan yang sama juga
diperoleh oleh Mukama dan Andersson (2007), iaitu guru-guru yang berusia enggan
untuk berubah ke arah pengintegrasian komputer di sekolah berbanding guru-guru
baru yang lebih mesra dengan teknologi maklumat. Oleh itu, wujud satu cabaran
bagi pihak sekolah dalam memastikan setiap guru adalah memiliki kemahiran celik
teknologi. Namun, hal ini dapat diatasi dengan sikap demokratik dan kerjasama
antara guru melalui perkongsian kepakaran dan kemahiran menerusi bengkel
latihan, mentor mentee dan sebagainya.
Selain itu, cabaran ini juga berpunca daripada kekangan-kekangan yang
dihadapi guru dalam menghadiri latihan literasi komputer. Malah, menurut Robiah
dan Juhana (2002), dalam proses mengimplementasikan program berasaskan
komputer di sekolah, guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad dan
biasanya dilakukan dengan tergesa-gesa. Selain daripada itu, proses memahirkan
guru untuk menjayakan Program Penggunaan Teknologi memerlukan kos dan
memakan masa yang panjang. Mengikut Charp (2003) guru memerlukan tiga tahun
untuk mahir dalam penggunaan teknologi. Menurutnya tahun pertama untuk
menguasai sumber teknikal, tahun kedua untuk meneroka kurikulum dan tahun
ketiga untuk memperkemaskan aplikasi pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.

Kesimpulannya, dalam persekitaran teknologi maklumat yang semakin


berkembang, guru seharusnya memainkan peranan sebagai ketua bilik darjah.
Matlamat ini menuntut sikap positif dan kepimpinan guru dalam mewujudkan biik
darjah yang kondusif. Penintegrasian pengetahuan melalui teknologi, maklumat dan
komunikasi dapat membantu guru meningkatkan ciri profesionalisme dan memupuk
sifat kempimpinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya akan
dapat memanfaatkan golongan murid.
4.0 Penutup
Secara

tuntasnya,

guru

seharusnya

mempunyai

kepimpinan

dalam

merancang corak pengajaran dan pembelajarannya sesuai dengan perkembangan


semasa. Guru yang mengamalkan sikap kepimpinan demokratik pengajarannya
amat diminati oleh murid-murid berbanding guru yang bersikap autokratik. Pada era
globalisasi dan dunia teknologi semakin berkembang kian hari demi hari, guru perlu
menyedari dunia pendidikan kini telah mengalami perubahan dan ianya berdepan
dengan cabaran baru. Justeru, guru selaku pengurus bilik darjah perlu mengubah
dan mengambil pendekatan baru dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21.
Perkara ini penting bagi memenuhi keperluan dunia pendidikan masa kini dalam
melahirkan modal insan kelas pertama yang dapat menyumbang sumbangan
kepada diri dan agama, keluarga, masyarakat dan negara.

RUJUKAN
Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin & M. Kushairi Jusoh. (2015). Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional. Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd. Selangor
Atan Long (1984). Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti
Charp, S. (2003). Professional Development. Journal Article Excerpt 30: 122-136.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Kad Laporan Pelaksanaan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

Levine and Allan C. Ornstein. (1993). Reforms That Can Work, American School
Board Journal, 31-34
Mahathir Mohamed. (1998). Multimedia Super Corridor. Subang Jaya: Pelanduk
Publication (M) Sdn. Bhd.
Mukama, E. and Andersson, S. B. (2007). Coping with change in ICT-Based Learning
Environments: Newly qualified Rwandan Teachers' Reflection. Journal of Computer
Assisted Learning 24: 156-166.
Metiri

Group.

(2003).

enGauge

21st

Century

Skills.

[Atas

Talian]

http://pict.sdsu.edu/engauge21st.pdf (September 20, 2011).


Mohamed Nor Che Nor (1990). Asas-asasPendidikan Satu Pengenalan, Petaling Jaya:
Flo Enterprise Sdn. Bhd.
Nussbaum, C. S. (2011). The Physical Environment Of The School: A Review Of
Research. Review of Educational Research, 49, 577-610.
Partnership for 21st Century Skills. (2007). Learning for the 21st Century: A Report
and

Mile

Guide

for

21st

Century

Skills.

[Atas

Talian]

http://www.p21.org/downloads/P21_Report.pdf (September 21, 2011). Prensky, M.


(2001). Digital Natives, Digital Immigrants. On the Horizon, 9(5).
Robiah dan Juhana. (2002). Keyakinan Guru-Guru Untuk Mengintegrasikan Teknologi
dalam Kurikulum. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan Sabah 4(2): 23-36.
Shahril @ Charil Marzuki. (2003). Ciri-ciri Kepimpinan Pengetua/Guru Besar Yang
Berkesan Yang Dapat Menghadapi Cabaran Dan Harapan Pada Abad Ke-21. Jurnal
Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon. (2013). Guru dan Cabaran
Semasa. . Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor
Ting, K. C. (1998). Attitudes of Teachers towards Information Technology in
Education in Miri. Master Thesis. Universiti Malaysia Sarawak.