Anda di halaman 1dari 51

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

TAJUK :
SALAH LAKU MORAL DALAM KALANGAN PELAJAR SEBUAH SEKOLAH
PENDIDIKAN KHAS

PENSYARAH :

PELAJAR :
NOOR FAKHRYYAH BT ISMAIL
(PGA 100149)
SARJANA PENDIDIKAN ISLAM

KANDUNGAN

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

BAB

PERKARA

BAB 1

MUKA SURAT

PENGENALAN
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
1.9
1.10

Pendahuluan
Latar Belakang Kajian
Pernyataan Masalah
Kerangka Konsep
Kepentingan Kajian
Tujuan Kajian
Objektif Kajian
Soalan Kajian
Skop dan Batasan
Definisi Operasional
1.10.1 Salah Laku Moral
1.10.2 Pelajar
1.10.3 Sekolah Pendidikan Khas
1.11 Penutup

BAB 2

5
6
6
8
9
9
10
10
10
11
11
12

TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan

13

2.2 Pendidikan Khas

13

2.2.1 Latar Belakang Pendidikan Khas

13

2.2.2 Definisi Pendidikan Khas

15

2.2.3 Objektif Pendidikan Khas

15

2.2.4 Falsafah Pendidikan Khas

16

2.2.5 Program Pendidikan Khas KPM

17

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

2.3 Pekak Dan Bisu

18

2.3.1 Definisi Pekak

18

2.3.2 Faktor Pekak

20

2.3.3 Jenis Cacat Pendengaran

23

2.3.4 Darjah Kecacatan Pendengaran

23

2.3.5 Faktor Bisu

25

2.4 Kajian-Kajian Lepas Yang Berkaitan

26

2.4.1 Isu Golongan Pekak dan Bisu

26

2.5 Penutup

BAB 3

27

METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan

28

3.2 Reka Bentuk Kajian

28

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

29

3.4 Instrumen Kajian

29

3.5 Kajian Rintis

31

3.6 Prosedur Pengumpulan Data

32

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

3.7 Penutup

34

Rujukan

35

BAB 1
PENGENALAN

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

1.1

Pendahuluan

Pada masa kini, tingkah laku golongan pelajar dan remaja


khususnya semakin mencabar dengan pelbagai masalah dalam
negara. Gambaran keruntuhan moral dalam kalangan ahli masyarakat
khususnya pelajar-pelajar sekolah, muda mudi hari ini di semua
peringkat digambarkan menerusi perlakuan seks bebas, kehamilan
luar nikah, pembuangan bayi, kesalahan juvana, penagihan dadah,
pembakaran sekolah dan sebagainya semakin meningkat. Masalah
salah laku moral ini juga dapat dilihat berlaku dalam kalangan pelajar
di bidang pendidikan khas.
Menurut Jamila K.A. Mohamed (2009), pendidikan khas adalah
pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan
pelajar dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara
tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya
secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai
tahap berdikari yang tinggi serta kejayaan hidup yang memuaskan.
Pelajar pendidikan khas yang dimaksudkan adalah pelajar
bermasalah pendengaran atau pekak, pelajar bermasalah penglihatan
atau buta dan pelajar bermasalah pembelajaran (Learning Disorder).

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

1.2

Latar Belakang Kajian

Kajian ini bertajuk

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar

Sebuah Sekolah Pendidikan Khas. Kajian ini akan melihat secara jelas
adakah benar pelajar-pelajar pendidikan khas juga terlibat dengan
masalah salah laku moral. Ini kerana isu ini turut dibincangkan di
dalam Seminar Mengenai Isu dan Keperluan Warga Pekak Islam.
Walau bagaimanapun, tidak terdapat perangkaan atau statistik yang
jelas

yang

menunjukkan

sejauh

mana

masalah

ini

berlaku.

Diharapkan masalah ini tidak begitu serius sebagaimana dalam


kalangan masyarakat normal.

1.3 Pernyataan Masalah

Menurut Abdul Munir (2009), orang pekak memiliki minat dan


kecenderungan yang sama dengan orang normal. Antara kegemaran
tersebut ialah dari aspek sosial seperti berpakaian, berhibur, makan
dan minum. Oleh sebab itu, kita dapat melihat golongan ini berada
bersama kumpulan mereka di pusat membeli belah atau tamantaman sebagai aktiviti santai mereka pada hujung minggu.

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

Ibu bapa yang mempunyai anak yang pekak dikatakan tidak


memahami

kehendak

dan

keperluan

mereka

apabila

mereka

meningkat dewasa. Hal ini juga mungkin menjadi faktor kepada salah
laku moral yang dilakukan oleh pelajar pekak bagi meluahkan rasa
tidak puas hati mereka.
Mohd Salleh Lebar (1999) mendapati kebanyakan kanak-kanak
pekak mempunyai tingkah laku negatif dan kurang menggalakkan
dari segi pertumbuhan mental dan sosial. Tingkah laku tersebut
secara tidak langsung boleh memberi masalah dan cabaran kepada
pihak guru besar, guru-guru keperluan khas, guru kelas dan juga ibu
bapa.
Pengalaman penulis mengajar di sebuah sekolah pendidikan
khas mendapati pelajar pekak tidak terlepas dari masalah salah laku
moral yang diperkatakan oleh masyarakat hari ini. Mereka tidak
terlepas daripada terlibat dengan pelbagai masalah disiplin di sekolah
seperti merokok, mencuri, melompat pagar untuk keluar membeli
rokok, menyimpan gambar dan video lucah dan lain-lain.
Pelajar perempuan juga tidak kurang hebatnya dengan kisah
cinta dan keluar sekolah untuk berdating. Pelajar dilihat kurang
menghormati guru, ibu bapa atau orang yang lebih tua. Terdapat
pelajar yang memanggil guru dengan panggilan nama sahaja tanpa
menggunakan gelaran yang sepatutnya. Persoalannya, apakah faktor
pelajar bermasalah pendengaran ini berkelakuan begini? Adakah
kerana guru tidak pandai mengajar atau pelajar sendiri tidak
7

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

memahami apa yang diajar oleh guru. Pelajar pekak berkomunikasi


dengan guru dan masyarakat persekitarannya melalui bahasa isyarat.
Namun begitu tidak semua guru dan masyarakat belajar bahasa
isyarat dan dapat menggunakan bahasa isyarat dengan sempurna.
Penulis

berpendapat

pelajar

tidak

faham tentang

agama

disebabkan oleh masalah pendengaran yang dialami oleh pelajar.


Mereka mendapat input yang kurang berbanding pelajar normal atau
pelajar khas lain seperti buta atau Learning Disorder (LD). Kosa kata
yang terhad ini menyumbang kepada ketidakfahaman tentang hukum
hakam seterusnya menyebabkan mereka melakukan apa sahaja
aktiviti tanpa perlu memikirkan halal dan haram.
Nazri

Mahmud

(2004)

mengatakan

remaja

pekak

yang

mengikuti kelas agama secara berterusan boleh berubah menjadi


baik. Mereka dapat membezakan antara dosa, pahala, patuh kepada
arahan ibu bapa dan guru, menghargai masa, berbudi mulia,
bersopan santun, bekerjasama, saling membantu, tidak menipu, tidak
mencuri dan tidak melepak di pusat membeli belah. Penulis percaya,
terdapat beberapa lagi langkah penyelesaian yang boleh diusahakan
bagi memberi kefahaman agama kepada pelajar pekak dan bisu.
Walau bagaimanapun, menerusi kajian ini kita akan dapat
memastikan

bentuk

salah

laku

moral,

faktor

sebenar

yang

menyebabkan pelajar pekak terlibat dengan masalah akhlak dan juga


mencari jalan penyelesaiannya.

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

Tmbah isi lg &reference


1.4 Kepentingan Kajian

Penulis mendapati kurangnya pendedahan kepada masyarakat


umum tentang isu dan permasalahan bagi orang kurang upaya.
Mereka sebenarnya terdiri daripada pelbagai kecacatan seperti
penglihatan, pendengaran, spastik, autisme, learning disorder dan
sebagainya. Jika kita bergaul dan menyelami kehidupan seharian
mereka, kita akan dapati isu dan permasalahan yang dihadapi hampir
sama dengan masyarakat yang sempurna fizikal dan mental. Walau
bagaimanapun, oleh kerana mereka merupakan kaum minoriti, isu-isu
seperti ini jarang sekali ditonjolkan di tengah masyarakat. Penulis
berpendapat, kita perlu memberi perhatian yang sewajarnya dan
cuba membantu masalah sosial yang dihadapi oleh mereka.

1.5 Objektif Kajian

Objektif-objektif kajian yang ditetapkan adalah seperti berikut :


1. Mengenalpasti bentuk-bentuk salah laku moral dalam kalangan
pelajar pendidikan khas
2. Mengenalpasti faktor-faktor berlakunya salah laku moral dalam
kalangan pelajar pendidikan khas
9

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

3. Mengenalpasti bentuk-bentuk penyelesaian masalah salah laku


moral yang boleh dijalankanu

1.6 Soalan Kajian

Soalan-soalan kajian adalah seperti berikut :


1. Apakah bentuk-bentuk salah laku moral dalam kalangan pelajar
pendidikan khas
2. Apakah faktor-faktor berlakunya salah laku moral dalam
kalangan pelajar pendidikan khas
3. Apakah bentuk-bentuk penyelesaian masalah salah laku moral
yang boleh dijalankan
1.7 Skop Dan Batasan

Kajian ini mempunyai skop dan batasan yang telah ditetapkan


iaitu dari segi sampel kajian, hanya pelajar yang bermasalah
pendengaran atau pekak dan bisu sahaja dipilih. Pelajar kategori
bermasalah pembelajaran (Learning Disorder) tidak termasuk dalam
sampel kajian. Kajian ini juga hanya melibatkan sampel yang
beragama Islam dan tidak termasuk sampel yang bukan Islam.

1.8 Definisi Operasional


10

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

1.8.1 Salah Laku Moral

Salah laku mengikut kamus Oxford Fajar edisi ketiga bermaksud


kelakuan yang tidak sopan atau kelakuan buruk atau menguruskan
sesuatu dengan tidak cekap. Salah laku juga disebut tatatertib atau
disiplin. Moral menurut Syed Omar Syed Agil (1995), sikap, perbuatan
dan percakapan yang baik yang merupakan terjemahan daripada
pandangan

dan

keyakinan

sesuatu

masyarakat

atau

individu

mengenai perkara asas dalam kehidupan yang diperolehi sama ada


daripada

sumber

keagamaan,

pengamatan,

pengalaman

atau

eksperimen.

Penulis menyimpulkan salah laku moral merupakan masalah


disiplin dan sosial yang sering berlaku di sekolah seperti mencuri,
terlibat dengan rokok dan dadah, hubungan seks dan vandalisme.

1.8.2 Pelajar

Sampel dalam kajian ini ialah pelajar tingkatan empat dan lima
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor.
Pelajar ini berumur dalam lingkungan 16 hingga 20 tahun. Pelajar
11

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

yang dimaksudkan juga adalah pelajar yang mempunyai masalah


pendengaran (pekak dan bisu) yang mempunyai kad OKU daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pelajar Learning Disorder (LD) tidak
dilibatkan dalam kajian ini.

1.8.3 Sekolah Pendidikan Khas

(Rujukan)Sekolah Pendidikan Khas yang dimaksudkan di sini


ialah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam,
Selangor

yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan

tingkatan empat dan lima yang mengikuti kursus-kursus kemahiran


vokasional dan seni reka. Terdapat 12 kursus kemahiran yang
ditawarkan iaitu Artist Desktop Publishing, Pembantu Penyedia
Makanan, Pendandan Rambut Muda, Pembuat Pakaian Wanita,
Mekanik Pembantu Penyaman Udara, Juru Elektrik Rendah, Juru Batik
Lukis, Pemasangan Badan Motosikal, Juru Kimpal, Chamber Maid
(Perhotelan), Pembuat Perabot dan Juru Bina Bangunan.
Sekolah ini mempunyai dua kategori pendidikan khas iaitu cacat
pendengaran (pekak dan bisu) serta Learning Disorder (LD). Walau
bagaimanapun, sampel dalam kajian ini hanya meliputi pelajar pekak
dan bisu sahaja. Pelajar LD tidak termasuk dalam sampel kajian.

12

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

1.9 Penutup

Bab ini membincangkan perkara-perkara asas tentang kajian ini


seperti pernyataan masalah, obektif kajian, kepentingan kajian ini
dilksanakan serta skop dan batasan kajian. Masalah salah laku moral
yang dihadapi perlu diberi perhatian segera oleh semua pihak.

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

13

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

Bab ini akan menjuruskan perbincangan berkaitan literaturliteratur dalam dan luar negara berkaitan konsep pendidikan khas,
falsafah pendidikan khas, konsep pekak dan bisu serta jenis-jenisnya.
Dalam bab ini juga kita akan melihat masalah-masalah serta isu-isu
yang dihadapi oleh golongan pekak dan bisu.

2.2 PENDIDIKAN KHAS

2.2.1 Latar Belakang Pendidikan Khas

Sebelum tahun 1926, kanak-kanak luar biasa tidak mendapat


sebarang pendidikan khas yang rasmi (Chua, 1977). Pada peringkat
awal, badan kebajikan masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO)
memainkan peranan menjaga kanak-kanak khas ini. Minat terhadap
Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920 an dalam
kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolahsekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa
Kabinet

yang

mengkaji

Perlaksanaan

Dasar

Pelajaran

melalui

Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu
penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan
Pendidikan

"Dengan

Khas

adanya

di

Malaysia.

kesedaran

Perakuan

bahawa
14

ini

menyebut;

kerajaan

seharusnya

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat, adalah


diperakukan

kerajaan

hendaklah

mengambil

alih

sepenuhnya

tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang


mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu, penyertaan oleh
badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak
cacat hendaklah terus digalakkan."
Jabatan

Pendidikan

Khas

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 (Laporan Tahunan Kementerian


Pendidikan, 1995) yang mana pada asalnya hanyalah sebuah Unit
Pendidikan Khas di bawah Bahagian Sekolah-sekolah. Kini ia telah
berfungsi sebagai sebuah jabatan yang berasingan dan beroperasi
bersendirian. Ini diikuti dengan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996.
Mengikut Seksyen 40, Menteri Pendidikan

hendaklah mengadakan

pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan atau di mana-mana


sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh Menteri sebagai
sesuai dan bermanfaat. Dalam perutusan tahun Baru 2001 YB Menteri
Pendidikan

telah

memaklumkan

bahawa

kementerian

turut

memperluaskan peluang pendidikan kepada anak-anak istimewa.


Mereka perlu mengikuti pendidikan bersama-sama dengan rakan lain
di sekolah biasa dan juga di sekolah teknik dan vokasional bagi
mengembangkan bakat mereka dalam bidang kemahiran yang sesuai
sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan di negara kita.
(Kamarol Zaman Saban, 2002).

15

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

2.2.2 Definisi Pendidikan Khas

Menurut Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) pendidikan
khas merujuk kepada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu
kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak
mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka
tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah
biasa. Kanak-kanak luar biasa adalah seperti kanak-kanak yang cacat
penglihatan, cacat pendengaran, terencat akal, cacat fizikal dan
termasuk kanak-kanak yang pintar cerdas.
Nooraini Hassan (1999) pula menyatakan pendidikan khas
bermakna kaedah-kaedah yang berbentuk khusus untuk memenuhi
keperluan khas bagi kanak-kanak yang mengalami pelbagai jenis
kekurangan. Kaedah-kaedah tersebut meliputi juga aspek-aspek
pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan
berteraskan rumah, hospital dan institusi.
Menurut Zalizan (1990), kanak-kanak dengan keperluan khas
ialah mereka yang memerlukan pengubahsuaian dalam amalanamalan pendidikan dan peruntukan pendidikan khas supaya mereka
berpeluang untuk mencapai perkembangan optimum.

16

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

2.2.3 Objektif Pendidikan Khas

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan beberapa


objektif penubuhan Jabatan Pendidikan Khas iaitu :
1. Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk muridmurid berkeperluan khas
2. Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap
murid berkeperluan khas
3. Menyediakan

peluang

untuk

mengembangkan

bakat

dan

potensi murid berkeperluan khas


4. Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang
mencukupi dan terkini
5. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih
dalam bidang pendidikan khas.

2.2.4 Falsafah Pendidikan Khas

Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) meringkaskan beberapa
perkara dalam membentuk falsafah pendidikan khas iaitu :

17

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

a. Setiap kanak-kanak luar biasa adalah seorang kanak-kanak


yang

mempunyai

hak-hak

sama

terhadap

penerimaan,

pemahaman dan pendidikan seperti kanak-kanak lain.


b. Perbezaan-perbezaan individu yang luas, wujud antara kanakkanak dalam setiap bidang keistimewaan.
c. Tapisan (screening), pengenalpastian dan penempatan awal
dalam program Pendidikan Khas adalah diperlukan
d. Pendekatan multidisiplin pada kajian kes komprehensif pakarpakar pendidikan, perubatan, sosiologi dan psikologi
e. Kejayaan sesuatu perkhidmatan Pendidikan Khas

akan

bergantung pada kriteria-kriteria penempatan yang sesuai


f. Program-program tidak harus dimulakan atau diteruskan tanpa
kakitangan terlatih yang cekap
g. Kurikulum bahan-bahan dan alat-alat khas diperlukan
h. Objektif-objektif tertentu dengan tegasan ke atas pembelajaran
akademik atau vokasional atau sosial dan bakat atau potensi
murid.

2.2.5 Program Pendidikan Khas KPM

Program

Pendidikan

Khas

Kementerian Pelajaran Malaysia

dilaksanakan melalui:

Sekolah

Khas

bagi

murid

bermasalah

penglihatan

dan

bermasalah pendengaran dan pembelajaran (menengah).

Program

Pendidikan

berkeperluan

khas

Khas

Integrasi

bermasalah
18

untuk

pembelajaran,

murid-murid
bermasalah

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

pendengaran

dan

bermasalah

penglihatan.

Program

ini

diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan


sekolah

menengah

teknik/vokasional

yang

menggunakan

pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan


separa inklusif.
Program Sekolah Pendidikan Khas ditadbir sepenuhnya oleh
Jabatan Pendidikan Khas manakala Program Pendidikan Khas Integrasi
dan Program Pemulihan Khas ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan
Pelajaran

Negeri.

Program Pendidikan Khas Integrasi Teknik dan Vokasional pula


ditadbirkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal manakala Jabatan
Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang
berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.

2.3 PEKAK DAN BISU

2.3.1 Definisi Pekak

Menurut Hamdi Ishak (2010) pekak digunakan dalam dua


keadaan iaitu; pertama, mereka yang benar-benar tidak dapat
mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dengan baik dan
bisu digunakan kepada mereka yang tidak dapat mengujarkan
19

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

sebarang bunyi. Kedua, pekak sebagai bahasa kiasan ditujukan


kepada mereka yang enggan menerima nasihat atau mereka yang
tidak mengambil perhatian.
Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon dalam Mohd Salleh Lebar
(1999) menjelaskan bahawa kanak-kanak pekak sebagai seorang
yang rosak pendengaran kerana dalam kebanyakan contoh, ia
mempunyai pendengaran separa. Kanak-kakak ini luar biasa kerana
tidak dapat bertindak balas terhadap bunyi-bunyi di sekelilingnya.
Zainal Abidin (1995) mengatakan pekak bermaksud tidak
nyaring, benak, tuna karna, bengap (kerana masuk air dalam telinga),
congek, tidak dapat mendengar dengan baik, agak tuli, kurang baik
pendengaran. Bisu pula dikaitkan dengan orang yang tidak dapat
mengujarkan sebarang bunyi kerana kerosakan alat bersuara atau tuli
semula jadi.
Che Ismail bin Che Lah (2008) mengemukakan American
National Standards Institute mentakrifkan masalah pendengaran
sebagai perbezaan keupayaan individu untuk mengesan suatu bunyi
berbanding dengan piawai yang ditetapkan. Nilai audiometrik desibel
sifar (0 dB) adalah nilai tahap pendengaran yang merujuk kepada
pengesanan purata bunyi dalam nilai isyarat suatu frekuensi, seperti
500 Hz, 1000 Hz, 2000 Hz dan sebagainya. Amnya, seseorang
individu

dikatakan

mempunyai

pendengaran

yang

normal

jika

keupayaannya untuk mengesan bunyi adalah diantara 0 dan 15 ke 20


dB tahap masalah pendengaran (dB HL)
20

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan pekak menjadi


perbahasan pengkaji di bidang pendidikan, psikologi dan perubatan.
Sebahagian ilmuan berpendapat perkataan pekak ini tidak wajar
digunakan kerana jarang terdapat orang yang benar-benar pekak.
Malah golongan pekak juga tidak menyukai digelar begitu. Golongan
yang dikatakan pekak ini kebiasaannya masih boleh mendengar
walaupun pada tahap yang sangat sedikit.
Menurut Hamdi Ishak (2010) istilah bermasalah pendengaran
atau hearing impaired lebih sesuai bagi digunakan merujuk kepada
semua tahap kehilangan pendengaran seseorang. Namun, oleh
kerana pekak telah menjadi penggunaan yang popular, ramai yang
mengguna pakai perkataan ini.

2.3.2 Faktor Pekak

Hamdi

Ishak

(2010)

dan

Che

Ismail

Che

Lah

(2008)

mengemukakan beberapa faktor berlakunya pekak. Setiap satunya


mempunyai kesan tertentu terhadap perkembangan setiap individu.
Pekak boleh disebabkan oleh faktor persekitaran sebelum lahir, ketika
lahir dan juga selepas lahir. Pekak juga boleh berlaku kerana
keturunan (faktor genetik) atau berbagai sebab lain iaitu ;
a. Kerosakan telinga luar

21

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

Cuping telinga berfungsi untuk menerima, mengumpul dan


mengarahkan bunyi ke saluran telinga. Bentuknya adalah seperti
kelongsong yang agak besar bagi membolehkannya menerima bunyi
dari pelbagai sudut. Bunyi yang diterima dipusatkan dan dibawa ke
dalam telinga melalui saluran auditori hingga ke gegendang telinga.
Kerosakan pada mana-mana bahagian telinga luar boleh menjejaskan
pendengaran seseorang, umpamanya ada individu yang telinga
luarnya tertutup sejak lahir atau dilahirkan tanpa cuping telinga
sedangkan

anggota

telinga

lain

tidak

terjejas.

Keadaan

ini

menyebabkan bunyi tidak dapat disalurkan kepada auditori untuk


dihantar ke bahagian lain dalam proses pendengaran.
b. Kerosakan telinga tengah
Masalah pendengaran kategori ini berpunca daripada kerosakan
yang berlaku pada gegendang telinga iaitu apabila gegendang telinga
tidak

bergetar

terutamanya

dalam

kalangan

warga

berusia.

Kerosakan pada mana-mana bahagian telinga tengah menyebabkan


seseorang itu akan mengalami masalah pendengaran yang lebih
teruk berbanding dengan kerosakan telinga luar. Terdapat beberapa
kes tulang kecil (osikal) tidak berfungsi, mengakibatkan bunyi tidak
dapat dihantar ke dalam telinga.
c. Kerosakan telinga dalam
Kerosakan pada telinga dalam merupakan kerosakan teruk yang
menyebabkan masalah pendengaran atau seterusnya tidak dapat
22

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

digunakan langsung. Antara puncanya koklea dan saraf auditori tidak


berfungsi. Keadaan inilah yang menjadikan seseorang itu pekak atau
tidak dapat mendengar dengan baik. Faktor-faktor tersebut ada yang
boleh dikawal oleh manusia dan ada juga yang tidak dapat dikawal
oleh manusia.
Menurut Freeman et al dalam Hamdi Ishak (2010), antara faktor
yang menyebabkan seseorang itu pekak ialah :
a. Berlaku

secara

semulajadi

atau

disebabkan

oleh

faktor

persekitaran (Aquired or Enviromental Causes)


Hal ini berlaku kerana terdapat beberapa jenis dadah yang
boleh merosakkan telinga (ototoxic), sama ada sebelum dilahirkan
atau selepasnya. Dadah ini termasuk antibiotik yang diambil bagi
mengawal jangkitan, sama ada melalui suntikan atau mulut. Selain
daripada itu, jangkitan penyakit merupakan sebab utama berlakunya
pekak. Kejadian atau penyakit paling utama yang diketahui ialah
Rubella dan Megalovirus Infection (di kalangan ibu mengandung),
meningitis dan kekurangan oksigen semasa lahir (di kalangan kanakkanak). Di samping itu beberapa bentuk kecederaan atau kemalangan
boleh merosakkan pendengaran seperti kecederaan tengkorak dan
sebagainya.

b. Keturunan atau sebab genetik (Hereditary or Genetic Causes)


23

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

Kebanyakan kes yang melibatkan pekak disebabkan oleh gen


yang tidak dapat diubah. Walau bagaimanapun ada juga masalah
pekak bermula selepas lahir dan ada kejadian masalah itu bertambah
teruk apabila kanak-kanak itu semakin dewasa. Terdapat pendapat
yang mengatakan bahawa separuh daripada kepekakan yang berlaku
kepada kanak-kanak adalah disebabkan oleh keturunan (walaupun
kadang-kadang tidak dapat dibuktikan).
c. Sebab-sebab yang tidak dikenal pasti (Unidentified Causes)
Berdasarkan kepada kajian ; para pengkaji melaporkan bahawa
12 peratus hingga 50 peratus kes yang berkaitan dengan pekak di
kalangan kanak-kanak tidak dapat dipastikan sebabnya.
Mohd Salleh Lebar (1999) menyatakan kanak-kanak yang cacat
pendengaran disebabkan oleh faktor berikut iaitu ;
a. Keturunan atau baka
b. Menghadapi masalah semasa mengandung seperti jangkitan
kuman, pengambilan dadah atau bahan kimia seperti kuinin dan
streptomycin, mengalami penyakit biri-biri dan kencing manis,
mengalami toksemia di peringkat akhir mengandung dan
kekerapan mengandung.
c. Masalah semasa lahir seperti kesukaran semasa melahirkan
bayi dan tekanan yang kuat pada telinga, kecederaan semasa
lahir, dan kelahiran tidak cukup bulan
d. Masalah selepas lahir iaitu mengalami penyakit seperti demam
campak, kemalangan yang melibatkan kecederaan pada telinga
dan terdedah pada bunyi yang kuat.
24

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

2.3.3 Jenis Cacat Pendengaran

Zaini Hashim dalam Hasnah Udin dalam Mohd Salleh Lebar


(1999) menjelaskan bahawa cacat pendengaran boleh dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu :
a. Cacat Bahagian Penerimaan (conductive deafness)
Kecacatan ini terjadi di bahagian telinga tengah seperti lubang
telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak ada
lubang telinga. Ia kemungkinan boleh dipulihkan dengan rawatan
seperti melalui pembedahan atau pengambilan ubat-ubatan.
b. Cacat Bahagian Tanggapan (perceptive deafness)
Kecacatan ini terjadi di bahagian telinga dalam dan berkaitan
dengan saraf pendengaran. Kecacatan yang disebabkan oleh saraf
sukar dirawat melalui pembedahan kerana ia melibatkan organ-organ
yang lebih rumit.

2.3.4 Jenis dan Darjah Kecacatan Pendengaran

Mohd Salleh Lebar (1999) menyatakan bunyi terbahagi kepada


dua bahagian asas iaitu keintensifan dan kekerapan. Keintensifan
25

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

menunjukkan

kekuatan

sesuatu

bunyi

dan

diukur

mengikut

desibels(dB). Sebagai contoh, bunyi daun-daun bergerak lebih kurang


20dB. Pertuturan seseorang ialah 60 dB. Bunyi hon kenderaan ialah
90 dB manakala bunyi jet dari jarak 100 kaki mencecah 140 dB.
Seandainya seseorang itu mengalami kecacatan yang lebih teruk
maka lebih tinggi lagi nilai pengukuran desibel. Orang yang tidak
menghadapi masalah pendengaran ialah 0 dB. Lazimnya terdapat
lima peringkat kadar kecacatan pendengaran :
a. Sedikit
Kadar pendengaran kategori ini ialah antara 27 dB hingga 40
dB. Biasanya kanak-kanak yang mengalami peringkat ini
menghadapi masalah mendengar bunyi yang perlahan atau
jauh. Ia dianggap tidak tenat.
b. Sederhana
Kadar pendengaran sederhana ialah antara 41dB hingga 55dB.
Kanak-kanak yang mengalami masalah pada peringkat ini,
boleh mendengar bunyi setakat 1 meter sehingga 1.5 meter
daripadanya.
c. Sederhana teruk
Kadar pendengaran sederhana teruk ialah antara 56dB hingga
70dB.

Terdapat kanak-kanak

pada

kadar

ini

menghadapi

masalah yang teruk untuk mendengar dengan jelas apa yang


dicakapkan oleh orang lain. Oleh itu sesiapa yang ingin
bercakap

dengan

kanak-kanak

pada

peringkat

ini

perlu

bercakap dengan kuat.


d. Teruk
Teruk ialah di sekitar 71 dB hingga 90dB dan dianggap kadar
pendengaran

yang

parah.
26

Kanak-kanak

yang

mengalami

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

masalah pendengaran pada peringkat ini biasanya menghadapi


kesukaran untuk bercakap dan dapat membezakan sedikit
sahaja

rangsangan

bunyi

yang

diterima.

Mereka

dapat

mendengar bunyi yang kuat pada jarak antara 30.5 sentimeter


daripadanya.
e. Tenat
Tenat merupakan peringkat yang paling serius. Kanak-kanak
yang mengalaminya menghadapi kesukaran untuk bercakap
dan mendengar walaupun bunyi yang diterima adalah kuat.
Kadar pendengarannya ialah 90dB.
2.3.5 Faktor Bisu

Dalam masalah bisu pula, golongan ini termasuk dalam


golongan yang menghadapi masalah kecacatan komunikasi. Terdapat
berbagai sebab yang menjadi punca masalah komunikasi menurut
Abdullah Yusof dalam Hamdi Ishak (2010), antara faktornya ialah :
a. Kecacatan fizikal seperti sumbing, lelangit terbelah, tongue
tie dan sebagainya.
b. Kecacatan pada bahagian

otak

yang

berkaitan

dengan

pertuturan dan pendengaran seperti afasia dan terencat akal.


c. Saraf tidak menggerakkan alat pertuturan juga boleh
mengakibatkan

kecacatan

dalm

komunikasi

kerana

alat

pertuturan tidak dapat berfungsi dengan betul. Antara saraf


yang terlibat untuk menggerakkan lidah dikenal sebagai saraf
Kranial ke-12
27

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

d. Kecacatan

pada

bahagian

telinga

menyebabkan

ketidakmampuan mendengar dan menghasilkan pertuturan


e. Persekitaran juga boleh membawa punca kepada kecacatan
berkomunikasi seperti persekitaran yang tidak merangsang
daya

berbahasa

kanak-kanak.

Akibatnya

kanak-kanak

berkenaan menjadi lambat dan terbantut.

2.5 KAJIAN-KAJIAN LEPAS YANG BERKAITAN

2.5.1 Isu Golongan Pekak dan Bisu

Menurut Abdul Munir (2009), orang pekak memiliki minat dan


kecenderungan yang sama dengan orang normal. Antara kegemaran
tersebut ialah dari aspek sosial seperti berpakaian, berhibur, makan
dan minum. Oleh sebab itu, kita dapat melihat golongan ini berada
bersama kumpulan mereka di pusat membeli belah atau tamantaman sebagai aktiviti santai mereka pada hujung minggu.
Ibu bapa yang mempunyai anak yang pekak dikatakan tidak
memahami

kehendak

dan

keperluan

mereka

apabila

mereka

meningkat dewasa. Hal ini juga mungkin menjadi faktor kepada salah
laku moral yang dilakukan oleh pelajar pekak bagi meluahkan rasa
tidak puas hati mereka.

28

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

Mohd Salleh Lebar (1999) mendapati kebanyakan kanak-kanak


pekak mempunyai tingkah laku negatif dan kurang menggalakkan
dari segi pertumbuhan mental dan sosial. Tingkah laku tersebut
secara tidak langsung boleh memberi masalah dan cabaran kepada
pihak guru besar, guru-guru keperluan khas, guru kelas dan juga ibu
bapa.
Nazri

Mahmud

(2004)

mengatakan

remaja

pekak

yang

mengikuti kelas agama secara berterusan boleh berubah menjadi


baik. Mereka dapat membezakan antara dosa, pahala, patuh kepada
arahan ibu bapa dan guru, menghargai masa, berbudi mulia,
bersopan santun, bekerjasama, saling membantu, tidak menipu, tidak
mencuri dan tidak melepak di pusat membeli belah. Penulis percaya,
terdapat beberapa lagi langkah penyelesaian yang boleh diusahakan
bagi memberi kefahaman agama kepada pelajar pekak dan bisu.
Nooraini Hassan (2004) membentangkan beberapa contoh salah
laku disiplin dalam kalangan pelajar pekak bisu. Antaranya ialah
tingkahlaku lucah ; berkhalwat dan bercumbuan, tingkahlaku seksual ;
pelacuran,

hubungan

tanpa

nikah,

meliwat

dan

mencabul

kehormatan, tingkahlaku kurang sopan ; minum arak, lelaki lembut,


merokok dan tingkahlaku jenayah ; membuli, mengugut, mencuri,
menceroboh hak sekolah, vandalisme dan salah guna dadah. Nor
Salimah Abu Mansor (2007) juga menyatakan pelajar pekak turut
terlibat dengan masalah keruntuhan akhlak.

29

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

Walau bagaimanapun, menerusi kajian ini kita akan dapat


memastikan

bentuk

salah

laku

moral,

faktor

sebenar

yang

menyebabkan pelajar pekak terlibat dengan masalah akhlak dan juga


mencari jalan penyelesaiannya.

Dakwah Terhadap Orang Pekak dan Bisu

Golongan pekak dan bisu merupakan ahli masyarakat yang tidak boleh
diabaikan. Mereka juga merupakan salah satu daripada objek dakwah yang
tidak boleh dipandang ringan atau disisihkan. Mereka perlu belajar dan beramal
dengan segala perintah Allah S.W.T setakat yang termampu. Dakwah
hendaklah disampaikan kepada semua golongan tanpa membezakan antara
yang sempurna dengan yang mempunyai kecacatan atau digelar Orang Kurang
Upaya (OKU). Firman Allah dlm Surah Al-Hajj (22:5) yang bermaksud :
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu)
tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka
(perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah
menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari
sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan
kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang
demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan kami);
dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung
itu) apa yang kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya;
kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu
dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada
di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada
pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak
mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu...
30

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

Ayat tersebut antara lain menunjukkan tidak semua manusia yang


diciptakan Allah S.W.T adalah sempurna kerana ada juga yang diciptakan tidak
sempurna seperti cacat dan kurang upaya pendengaran. Oleh itu, orang yang
sempurna hendaklah membantu dan membela nasib yang kurang sempurna.
Salah satu daripadanya adalah dengan menyampaikan ajaran Islam supaya
mereka juga dapat beriman dengan keimanan yang teguh setelah memahami
aqidah Islamiah serta mengamalkan ibadah dengan sempurna serta berakhlak
dengan akhlak yang mulia.

Ibadat Orang Pekak dan Bisu

Menurut Ab Aziz Mohd Zin et al (2009), orang kurang upaya


tidak terlepas dari taklifan menunaikan ibadat-ibadat utama seperti
solat, puasa, zakat dan haji mengikut kemampuan mereka. Dari aspek
ibadat solat, mereka wajib menunaikannya kerana ia merupakan
kewajipan yang paling utama bagi umat Islam sesudah mengucap
dua kalimah syahadah yang mesti ditunaikan selagi bergelar mukallaf
yang memenuhi syarat wajib solat, sekadar mengikut kemampuan
mereka. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah (2 :286) yang
bermaksud :
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya.
Firman Allah S.W.T lagi dalam surah Al-Hajj (22:78) yang bermaksud :

31

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan


dan susah payah dalam perkara agama.
Dalil-dalil

di

atas

membebankan

jelas

umatnya

menunjukkan
dengan

bahawa

sesuatu

Islam

yang

di

tidak
luar

kemampuannya. Malah, Islam memberi kelonggaran kepada umatnya


untuk melakukan kewajipan mengikut kadar kemampuan masingmasing apabila tidak berupaya untuk melaksanakannya seperti yang
diperintahkan. Contohnya, orang sakit diberi keringanan (rukhsah)
oleh Allah S.W.T untuk menunaikan solat sesuai dengan kemampuan.

Solat bagi Orang Pekak dan Bisu

Biasanya individu yang dilahirkan pekak pastinya tidak boleh


bertutur dengan sempurna atau bisu. Jadi, cara solat mereka adalah
sama seperti solat orang bisu yang telah dibincangkan dalam kitabkitab feqah. Cara solat bagi orang pekak dan bisu sama seperti orang
normal dari sudut rukun niat dan jugan rukun anggota. Namun,
mereka ini diberi keringanan dalam rukun bacaan kerana tidak
mampu bertutur.
Sebagai contoh, takbiratul ihram yang merupakan rukun bacaan
yang

pertama

mewajibkan

individu

yang

mengerjakan

solat

melafazkan Allahu Akbar. Dalam hal ini, terdapat perbahasan fuqaha


tentang kewajipan rukun ini terhadap golongan bisu. Para ulama
32

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

Mazhab Syafii berpedapat orang bisu wajib menggerakkan lidah, bibir


dan epiglotisnya berdasarkan makhraj huruf lafaz tersebutsekadar
mengikut kemampuanya. Sekiranya tidak mampu berbuat demikian,
mereka hendaklah meniatkan takbir dalam hati. Manakala Mazhab
Hanafi pula mengatakan bahawa kewajipan rukun ini tergugur
daripada orang bisu kerana keuzuran mereka. Bahkan memadai
mereka meniatkan takbir dalam hati sahaja. Mazhab Hanbali pula
berpandangan bahawa kewajipan tersebut gugur daripada orang bisu
yang langsung tidak boleh bercakap. Mazhab Maliki pula berpendapat
jika seseorang itu terpotong lidahnya atau tidak boleh bercakap
kecuali huruf ba sahaja, maka kewajipan takbir gugur daripadanya.
Berdasarkan pandangan empat mazhab di atas, didapati
bahawa pandangan Mazhab Syafii adalah lebih berat berbanding dua
mazhab yang lain iaitu menyatakan bahawa orang bisu perlu
melakukan gerakan bibir mengikut makhraj huruf sekiranya mampu,
sebelum menggunakan cara isyarat hati jika sebaliknya. Pandangan
Mazhab

Syafii

dianggap

adalah

lebih

baik

untuk

diamalkan

berasaskan sabda Nabi S.A.W riwayat Nasai yang bermaksud :


Sesuatu yang aku perintah kamu buatlah sekadar mana kamu
mampu
Oleh itu, orang pekak yang tidak boleh bercakap wajib
menggerakkan lidah dan bibirnya mengikut makhraj huruf sekiranya
mampu

sebelum

menggunakan

kaedah

niat

dalam

hati

jika

sebaliknya. Kaedah niat dalam hati ini bermaksud mereka perlu


33

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

menggambarkan lafaz takbir secara bahasa isyarat dalam hati.


Sebaliknya,

jika

orang

pekak

tersebut

mampu

bertutur

atau

mengeluarkan bunyi walaupun sedikit, dia wajib menyebut lafaz


tersebut mengikut kemampuannya. Hukum ini juga turut terpakai
kepada rukun-rukun anggota yang lain yang terdapat dalam solat.
Haji bagi Orang Pekak dan Bisu

Menunaikan ibadat haji wajib ke atas setiap mukalaf yang


memenuhi syarat wajib haji. Antara syarat wajib haji ialah Islam,
berakal, baligh dan istitaah (berkemampuan) dari segi harta,
kesihatan tubuh badan dan keamanan dalam perjalanan.
Orang cacat penglihatan atau orang bisu atau pekak adalah
termasuk dalam lingkungan orang mukalaf selagi mereka sejahtera
dan waras dari segi fikiran dan fahaman. Oleh itu, sekiranya
memenuhi syarat-syrat wajib haji seperti yang dinyatakan, mereka
adalah wajib menunaikan haji.
Bagi

orang

cacat

dua

anggota

iaitu

penglihatan

dan

pendengaran serentak secara semulajadi serta tahap penglihatan dan


pendengaran yang sukar untuk memahami dan menerima penjelasan
berkaitan hukum hakam haji, maka dia tidak termasuk dalam
golongan mukalaf. Ini disebabkan mereka tidak ahliyah al-khitab dan
ahliyah al-ada (tidak ada kelayakan menerima dan melaksanakan

34

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

arahan Allah S.W.T ) Mereka diibaratkan seperti orang yang tidak


sampai ajaran Islam. Oleh itu, kewajipan haji terbatal ke atasnya.

Puasa bagi Orang Pekak dan Bisu

Menjalani ibadah puasa seperti juga ibadat haji, wajib ke atas


setiap mukalaf. Orang cacat penglihatan atau pekak atau bisu tetap
dikira mukalaf selagi mereka masih waras dan sejahtera fikiran dan
fahaman.
Oleh itu, orang buta, tuli dan bisu apabila cukup umur iaitu
baligh, wajib menunaikan puasa seperti mukalaf yang normal. Bagi
orang cacat pendengaran dan penglihatan dan percakapan (tuli, buta
dan bisu) serentak sejak lahir dan tahap kecacatan tersebut tidak
boleh dibantu dengan alat-alat bantuan untuk mengetahui dan
memahami huum-hukum puasa, bererti dikira tidak mukalaf seperti
orang yang tidak sampai ajaran Islam kepada mereka dan tidak
diwajibkan berpuasa. Namun, sekiranya kecacatan tersebut selepas
mumaiyiz atau baligh dan mereka sudah mengerti dan memahami
hukum

berkaitan

puasa,

adalah

diwajibkan

pengetahuan yang ada pada masa itu.

Zakat bagi Orang Pekak dan Bisu


35

berpuasa

setakat

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

Menurut Ab Aziz Mohd Zin et al (2009), syarat-syarat wajib


mengeluarkan zakat ialah Islam, cukup nisab seperti yang ditentukan
syarak dan genap setahun harta yang diwajibkan zakat. Berdasarkan
syarat-syarat itu, orang kurang upaya (OKU) sma ada terencat akal,
sindrom down, autisme atau cacat fizikal, penglihatan, pendengaran
dan percakapan adalah diwajibkan mengeluarkan zakat sekiranya
mereka ini mempunyai hartayang wajib dizakatkan dan cukup syaratsyarat seperti dinyatakan. Kecacatan tersebut tidak menghalang
mereka daripada wajib mengeluarkan zakat kerana zakat dikenakan
ke atas harta mereka.
Oeh itu, dapat disimpulkan orang yang kurang upaya juga
mempunyai taklifan-taklifan ibadat yang wajib ditunaikan sekadar
mengikut kemampuan mereka.

Dakwah Terhadap Orang Pekak dan Bisu

Pendakwah yang berjaya adalah yang dapat mengenal pasti


sasaran dakwah mereka dengan baik. Dakwah harus disampaikan
kepada semua golongan tanpa mengira warna kulit, keturunan
malahan pangkat mereka di dunia. Mengenal pasti sasaran sangat
penting kerana metod dakwah perlu disesuaikan mengikut sasaran.

36

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

Lebih-lebih lagi jika dakwah dilaksanakan kepada orang kurang


upaya.
Perbezaan dari sudut keupayaan golongan kurang upaya untuk
hidup dan bergaul secara normal dengan masyarakat setempat
menyebabkan keperluan pendakwah mengenali dan memahami
psikologi golongan ini menjadi lebih penting. Ini disebabkan orang
kurang upaya kebiasaannya bergantung pada rakan senasib dan
membentuk satu kelompok tersendiri. Kelompok ini pula jarang
disertai

oleh

orang

normal

kerana

mereka

kurang

menaruh

kepercayaan kepada orang luar. Keadaan ini berlaku kerana terdapat


jurang komunikasi dan tiada usaha untuk memahami kehendak dan
keperluan mereka oleh masyarakat awam.
Pendakwah sendiri kurang mengambil orang kurang upaya
sebagai

madu

(sasaran

dakwah)

mereka

kerana

leih

banyak

menumpukan perhatian pada masyarakat normal. Ini terbukti apabila


tidak ramai pendakwah yang mahir bahasa isyarat Malaysia atau
Inggeris yang menjadi bahasa perhubungan yang paling penting bagi
orang pekak.
Kekurangan ini membawa kepada kurangnya usaha dakwah
kepada

orang

pekak

dilakukan

seterusnya

menyebabkan

kelompongan guru yang mampu mengajar mereka beribadat dengan


betul yang menjadi matlamat utama dalam dakwah. Walhal kewajipan
mereka untuk beribadah menjadi tanggungjawab kepada setiap orang

37

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

yang mukalaf selagi mereka tidak kehilangan lebih daripada dua


pancaindera dan berakal.

Analisis Pelaksanaan Dakwah Terhadap Orang Pekak Bisu

Menurut Ab Aziz Mohd Zin et al (2009), perkembangan dakwah


berlaku dengan begitu rancak melalui pelbagai program dan aktiviti
kepada semua golongan sasaran. Walau bagaimanapun, penelitian
awal yang dilakukan mendapati dakwah yang melibatkan orang
kurang upaya masih kurang memuaskan berbanding dengan program
dakwah yang melibatkan golongan normal.
Kajian bagi mengesan bentuk pelaksanaan dakwah telah
dilakukan di institusi-institusi latihan, bengkel-bengkel terlindung dan
sekolah menengah pendidikan khas melalui metod temu bual dan
pemerhatian di institusi terpilih. Responden terdiri daripada pengetua,
pembimbing latihan, guru agama, pegawai pendidikan khas dan
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Data-data juga diperoleh melalui temu
bual terhadap responden daripada kalangan pelajar, pelatih dan
pekerja orang kurang upaya menggunakan soalan tidak berstruktur.
Pemerhatian yang dilakukan di institusi terlibat dengan orang
kurang upaya sekitar Semenanjung Malaysia menunjukkan tahap
pelaksanaan

dakwah

berada

38

dalam

tahap

kurang

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

memberangsangkan. Tinjauan ini

dibuat antaranya

di sekolah,

bengkel terlindung dan program-program melalui persatuan.


Kebanyakan sekolah menyediakan prograam pengajian agama
secara formal melalui subjek Pendidikan Islam dan kelas-kelas agama
secara berjadual. Kebanykan sekolah biasa yang mempunyai kelaskelas pendidikan khas (program integrasi) adalah untuk pelajar pekak
dan hanya sedikit sahaja sekolah yang mempunyai pelajar yang buta
dalam kelas khas kerana kebiasaannya pelajar buta dan cacat
anggota belajar di kelas biasa (program inklusif). Manakala sekolah
pendidikan khas pula mnempatkan pelajar dari pelbagai jenis
kecacatan termasuk masalah pembelajaran.
Walau bagaimanapun, terdapat banyak masalah yang dihadapi
oleh pihak sekolah. Dengan itu, carapengajaran dan pembelajaran
yang dilakukan hanya sekadar untuk memberi pengetahuan dan
masih

tidak

mampu

memenuhi

silibus

pengajaran

pendidikan

khaslantaran ketidakupayaan elajar pekak bisu menerima proses


pengajaran dan pembelajaran. Ketidakupayaan tersebut berlaku
kerana silibus yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sama seperti untuk
pelajar normal. Malah sebahagian pemberi maklumat yang terdiri
daripada guru-guru agama sekolah menyatakan ramai pelajar pekak
gagal dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
Menurut Ab Aziz Mohd Zin et al (2009), didapati penyertaan
pelajar kurang upaya terutamanya pelajar pekak dalam program
39

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

bersama pelajar normal adalah kurang efektif apabila kebanyakan


programnya

berbentuk

ceramah

yang

memerlukan

pembantu

bahasa.
Di bengkel-bengkel terlindung pula, aktiviti keagamaan hanya
dijalankan apabila terdapat pendakwah sukarela yang disediakan atau
bergantung pada guru agama yang dihantar oleh pihak tertentu
sepeti Jabatan Agama Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). Malah disebabkan alasan tertentu, terdapat bengkel yang
tiada kelasagama seperti di Bengkel Murni, Chuping, Perlis dan
Bengkel Jaya, Melaka iaitu jumlah pe;atihnya sedikit (tiga orang),
masjid berhampiran menjalankan aktiviti agama dan bengkel yang
sedang dalam proses perpindahan. Di bengkel Persatuan Pemulihan
orang Cacat Perak puladidapati hanya memberi kelas agama kepada
pelatih lelaki kerana tiada pendakwah wanita yang datang untuk
mengajar.
Secara keseluruhnnya, tidak banyak aktiviti dakwah yang
dilaksanakan

di

institusi

orang

kurang

upaya

dan

ia

sangat

bergantung pada alterntif yang diusahakan sendiri oleh institusi


tersebut.
Antara aktiviti atau contoh pelaksanaan dakwah terhadap orang
kurang upaya ialah kelas agama, kelas pendidikan Islam secara
formal, sambutan hari kebesaran Islam, aktiviti kourikulum, l\kem
ibadat dan penggunaan multimedia dalam dakwah.

40

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

Di kebanyakan institusi pendidikan khas di sekolah, para pelajar


akan menghadiri kelas Pendidikan Islam sebagaimana pelajarnormal
yang mengikuti silibus yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Malah mereka perlu menduduki peperiksaan Pendidikan
Islam PMR, SPM atau SPVM. Tetapi mereka tidak berkemampuan
menerima pengajaran yang terlalu berat dan berdasarkan keputusan
peperiksaan keseluruhan pendidikan khas mencapai angka sifar
dalam pendidikan Islam. Ini disebabkan pelajar sukar menerima atau
memahami pengajaran berbentuk abstrak seperti persoalan iman dan
sukar memahami sesuatu tajuk yang diajar berbanding pelajar
normal.
Rata-rata guru agama yang ditemui amat berharap pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan silibus khas Pendidikan
Islam untuk pelajar kurang upaya bagi tujuan menyampaikan ilmu
agama kepada mereka. Menurut Penyelaras program Pendidikan Khas
Sekolah Menengah Tasek Damai, Ipoh yang pernah memohon agar
soalan peperiksaan dimoderasikan untuk kemudahan pelajar dan
berharap pihak panel penyelarasan soalan Pendidikan Islam membuat
moderasi tersebut seperti yang dilaksanankan untuk mata pelajaran
Matematik dan Sains.

41

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

2.5 PENUTUP

Bidang pendidikan khas masih perlu diterokai kerana banyak


lagi ruang yang perlu ditingkatkan. Masalah salah laku moral yang
dihadapi oleh golongan pekak dan bisu terutamanya bagi pelajar
perlu ditangani segera supaya tidak berlarutan sehingga mereka
meningkat dewasa.

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Kajian ini mengkaji bentuk-bentuk salah laku moral, faktorfaktor berlakunya salah laku moral dan cadangan penyelesaian
masalah moral yang berlaku dalam kalangan pelajar sebuah sekolah
42

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

pendidikan khas. Kajian yang berbentuk kuantitatif ini menggunakan


reka

bentuk

tinjauan

dengan

menggunakan

soal

selidik

bagi

mendapatkan data kajian. Bab ini menerangkan secara terperinci


kaedah pelaksanaan kajian dijalankan dengan memfokuskan tempat
kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis dan
sebagainya.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian dijalankan dengan menggunakan kajian jenis deskriptif


berbentuk

tinjauan

menggunakan

set

soal

selidik.

Pengkaji

menyediakan item-item soalan dengan menggunakan skala 5 mata


untuk memperoleh jawapan dari responden. Skala lima mata ini
terdiri daripada pemberat yang berlainan iaitu sangat setuju, setuju,
tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Ianya diringkaskan
seperti mana yang ditunjukkan pada Jadual 1.

Jadual 1 : Skala Tahap Persetujuan


Skor
1
2
3
4
5

Tahap Persetujuan
Sangat Tidak Setuju (STS)
Tidak Setuju (TS)
Tidak Pasti (TP)
Setuju (S)
Sangat Setuju (SS)

43

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi kajian adalah pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 lelaki


dan perempuan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
Shah Alam, Selangor yang beragama Islam. Pelajar ini merupakan
pelajar cacat pendengaran atau pekak. Pelajar yang bermasalah
pembelajaran atau Learning Disorder (LD) adalah tidak termasuk
dalam sampel kajian.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan bagi mengumpul data bagi kajian


kuantitatif ini adalah

soal selidik. Ia merupakan satu bentuk

instrumen atau alat formal

yang digunakan bagi memperolehi

maklumat secara langsung daripada responden berhubung sesuatu


perkara yang dikaji.
Soal selidik ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu bahagian A
Demografi Responden, Bahagian B, Aktiviti-aktiviti Harian Responden
dan Bahagian C, Faktor-faktor Salah Laku Moral.
Isi kandungan dalam Bahagian A adalah mengenai demografi
responden seperti jantina, umur, sekolah semasa di tingkatan 3,
negeri asal, bilangan adik beradik, pekerjaan ibu bapa, tahap
44

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

pendidikan ibu bapa, ahli keluarga lain yang mempunyai masalah


pendengaran dan menggunakan hearing aid atau tidak.
Bahagian B adalah bagi mengenal pasti objektif kajian yang
pertama iaitu bentuk-bentuk salah laku moral yang pernah dilakukan.
Soalan adalah terdiri daripada aktiviti harian responden seperti
amalan

solat,

membaca

doa,

mengikuti

aktiviti

sekolah

dan

sebagainya.
Bahagian C adalah bagi mengenal pasti objektif kajian kedua
iaitu faktor-faktor yang menjadi punca salah laku moral. Soalan
adalah terdiri daripada faktor latar belakang diri sendiri seperti tidak
tahu membaca dan tidak tahu berbahasa isyarat, latar belakang
keluarga, pengaruh rakan sebaya, permasalahan persekitaran sekolah
dan pengaruh media masa.
Pengkaji menyediakan item-item soalan dengan menggunakan
skala 5 mata untuk memperoleh jawapan dari responden. Skala lima
mata ini terdiri daripada pemberat yang berlainan iaitu sangat setuju,
setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju.

3.5 Kajian Rintis

45

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

Kajian rintis tidak dapat dilaksanakan kerana sesi persekolahan


baru

bermula

dan

pelajar

serta

guru

tidak

bersedia

untuk

melaksanakan sesi menjawab soal selidik. Pelajar-pelajar memerlukan


seorang guru yang mahir berbahasa isyarat untuk membacakan set
soal selidik menggunakan bahasa isyarat yang tepat bagi memastikan
pelajar benar-benar faham kehendak soalan dalam soal selidik
tersebut. Pengkaji percaya kefahaman pelajar terhadap konteks
soalan sangat penting bagi mendapatkan data yang tepat dan jitu.

3.6 Prosedur Pengumpulan Data

Kajian yang dilaksanakan adalah berdasarkan prosedur kajian


yang telah ditetapkan supaya objektif kajian dapat dicapai. Prosedur
kajian dimulakan dengan perbincangan bersama penyelia mengenai
masalah yang ingin dikaji. Perbincangan melibatkan perkara-perkara
seperti mengenal pasti masalah, tajuk dan objektif kajian. Selain itu,
perbincangan juga melibatkan pengumpulan maklumat berkaitan
masalah yang telah dibincangkan, mengenal pasti responden dan
kaedah yang digunakan untuk menganalisis data.
Pengkaji akan mendapatkan surat kelulusan terlebih dahulu dari
pihak Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Pejabat Pelajaran Daerah dan Surat
Pengesahan Status pelajar dari Universiti Malaya. Seterusnya pengkaji
46

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

perlu mendapatkan persetujuan dengan pihak pentadbiran Sekolah


Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam bagi menjalankan
kajian ke atas pelajar mereka.
Sebelum

kajian

sebenar

dijalankan,

kajian

rintis

akan

dilaksanakan oleh pengkaji bagi menentukan kebolehpercayaan item


soal selidik. Set soal selidik diberikan kepada 30 responden Tingkatan
4 di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam.
Seterusnya pengkaji akan mengumpulkan semua set soal selidik
untuk tujuan penyemakan dan penganalisisan data seterusnya
mendapatkan nilai Cronbach Alpha. Sekiranya nilai tersebut kurang
daripada 0.6, item soalan akan diubah suai bagi memastikan soal
selidik

tersebut

mempunyai

keasahan

dan

kebolehpercayaan.

Prosedur pengumpulan data diringkaskan sebagaimana dalam Rajah


1.

47

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

Rajah 1: Carta Alir Proses Penyelidikan

48

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

3.7 Penutup

Pelbagai kaedah pengumpulan data kajian boleh digunakan


dalam mengenalpasti bentuk dan faktor salah laku moral dalam
kalangan pelajar pekak. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini
kaedah penyelidikan kuantitatif menggunakan set soal selidik telah
dipilih bagi memastikan objektif kajian tercapai. Kaedah soal selidik
sebenarnya dapat memberikan dapatan kajian dalam jangka masa
yang cepat dan mudah serta dapatan kajian masih setanding dengan
kaedah pengumpulan data yang lain kerana ia dilakukan mengikut
langkah-langkah yang ditetapkan dalam pengkaedahannya.

49

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

RUJUKAN

Abdul Munir Haji Ismail. (2009). Dakwah kepada orang pekak di


Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Tesis Universiti Malaya.
Che Ismail Che Lah. (2008). Kajian masalah pendengaran dan
saringan mutasi A1555G Gen
DNA mitokondria (mtDNA) di
kalangan kanak-kanak bermasalah
pendengaran jenis
sensorineural tidak bersindromik di Hospital Sains Malaysia,
Tesis
Universiti Sains Malaysia.
Chua Tee Tee (1970) Pendidekan Khas di Malaysia. Kuala Lumpur :
Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) Pendidikan khas dan
pemulihan : Bacaan
asas. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hamdi Ishak (2004) Pekak dan bisu menurut Al-Quran (konsep dan
perbandingan). Tesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hamdi Ishak (2010) Pekak dan bisu menurut perspektif Islam. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jamila K.A. Mohamed (2009) Pendidikan khas untuk kanak-kanak
istimewa. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing.
K.A. Razhiyah (2005) Menjadi guru pendidikan khas. Kuala Lumpur :
PTS Professional Publishing.
Kamarol Zaman Saban (2002) Tekanan di kalangan guru-guru Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor .
Disertasi Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya.
Mohd Salleh Lebar (1999) Masalah pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak

berkeperluan

khas dalam pendengaran.

Selangor : Universiti Putra Malaysia


Nooraini Hassan (2004) Masalah sosial remaja pekak Islam masa kini
dari perspektif

orientasi Sekolah Menengah Pendidikan Khas


50

Salah Laku Moral Dalam Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Pendidikan Khas

Vokasional Shah Alam. Kertas

kerja Seminar Pertama Mengenai

Isu dan Keperluan Warga Pekak Islam.


Nooraini Hassan (1999) Pelajar kurang upaya pendengaran :
keperluan pendidikan vokasional. Tesis dan disertasi Universiti
Malaya

Nor Salimah Abu Mansor (2007) Bahasa Isyarat Malaysia (MySL)


sebagai wahana dakwah : Kepentingannya dalam penghayatan
agama warga pekak. Kertas Kerja Seminar Memartabatkan Bahasa
Isyarat Malaysia (MySL) Sebagai Bahasa Rasmi

Komuniti. KUSZA

Syed Omar Syed Aqil (1995) Wawasan pembangunan negara tahun


2020 : Pengindustrian, moral dan keilmuan. Kuala Lumpur : Institut
Perkembangan Minda.
Zainudin Sharif dan Norazmah Mohamad Roslan. (2011). Faktor-faktor
yang mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial di Sekolah
Tunas Bakti,

Sungai Lereh, Melaka.Journal of Educational

Psychology & Counseling.

Volume 1 115-140

Zalizan Mohd Jelas (2009) Pendidikan inklusif dan pelajar


berkeperluan khas. Bangi :

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

51

Anda mungkin juga menyukai