Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN MASALAH KAJIAN DALAM PENULISAN TESIS

Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan masalah
merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya panel akan menyoal
mengapa penyelidik hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik tentunya telah bersedia
untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru itu, penyelidik perlu boleh
menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan.
Masalah penyelidikan ialah bidang keprihatinan seseorang penyelidik, keadaan yang ingin
dibaiki, kesusahan yang hendak diatasi, dan soalan yang hendak dicari jawapannya. Maka,
masalah itu boleh jadi sesuatu yang belum selesai, elemen tidak puas hati, perubahan yang
diinginkan, atau sesuatu yang masih belum tercapai sebagaimana yang diharapkan. Pendek
kata, masalah penyelidikan ialah tentang perkara yang hendak disiasat, serta hendak diperoleh
jawapannya.
Masalah penyelidikan mesti ditentukan, atau ditetapkan supaya kepentingan, rasional dan
signifikan melaksanakan sesuatu penyelidikan menjadi ketara. Masalah mungkin terlalu besar
dan luas. Dengan itu penyelidik perlu membuat saringan, serta tapisan bagi mengecilkan skop
masalah penyelidikan untuk disejajarkan kepada jenis data yang hendak dikutip, serta kaedah
analisis data yang bakal dibuat.
Penapisan masalah penyelidikan memungkinkan penyelidik membuat klasifikasi pemboleh
ubah secara khusus dan objektif. Gambaran masalah yang menggunakan perkataan-perkataan
besar seperti "keberkesanan", prestasi", dan "proses pembelajaran" hendaklah diketepikan. Hal
ini disebabkan penyelidik bakal berhadapan dengan kekangan kewangan, lojistik dan sumber
dalam proses mentadbirkan sesuatu penyelidikan.
Sebagai contoh, "keberkesanan" merujuk kepada usaha membandingkan sesuatu proses
dengan hasil yang tercapai. Penyelidik boleh mengecilkan skop masalah kepada dua pemboleh
ubah sahaja, iaitu proses yang sedang berlaku dan hasil yang diinginkan sahaja. Katakan
prosesnya ialah tempoh persekolahan hingga waktu petang; hasilnya ialah pelajar mengantuk
dan lesu dari segi emosi, jasmani, dan mental.
Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang
dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik.
Bagaimana menyampaikan pernyataan masalah dalam penulisan? Berikut diterangkan cara
menyampaikan pernyataan masalah untuk tajuk Pelaksanaan Inkuiri Penemuan dalam
Pendidikan Sains. Ia merupakan suatu penyelidikan berbentuk kajian tinjauan.

1) Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang


penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum.

digunakan

dalam

kontek

2) Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang mendapati


bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan kelebihan kepada
pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi
dan
sebagainya.
Penyelidik
perlu
menyertakan sebanyak yang mampu kajian-kajian dalam dan luar negara yang
berkaitan.

3) Penyelidik perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu/masalah yang ingin
dikaji. Nyatakan kelemahan/ masalah/ kekangan yang dihadapi dan ia memerlukan
penyelesaian melalui penyelidikan yang dijalankan.

4) Penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan senario yang
dibincangkan untuk mengatasi isu/masalah yang dihadapi. Di sini lah kita perlu
menjawab soalan, so what???. Maksudnya apa yang diperoleh dari penyelidikan yang
dijalankan. Ia mestilah sesuatu yang boleh menghasilkan kejayaan selepas kajian
dilaksanakan.

5) Kelima : Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah-hujah yang


disampaikan. Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat penting
dijalankan dari perspektif penyelidik

Senarai Semak Menetapkan Masalah Penyelidikan


1

Penyelidik memiliki pengetahuan / akses maklumat tentang masalah yang dikenal pasti

Penyelidik memiliki sumber (tenaga, masa, perbelanjaan) yang mencukupi

Penyelidik mengenal pasti responden (30 - 50 sampel untuk kaedah tinjauan)

Masalah yang dipilih bersifat jelas / mudah mendapat data

5
Masalah yang dipilih adalah penting, paling tidak mengubah cara penyelidik menanggapi
sesuatu fenomena
6

Memberi gambaran awal tentang jenis data dan kaedah analisis data

Menyatakan secara khusus tentang pemboleh ubah dan populasi yang diselidiki

Anda mungkin juga menyukai