Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Penyelidik adalah satu perkataan yang memberi bayangan bahawa


seseorang individu mengkaji sesuatu perkara untuk mencari dan menyelesaikan
dalam dirinya. Penyelidik adalah orang yang bertanggungjawab melakukan
penyelidikan berlandaskan kaedah-kaedah yang benar dan sahih. Menurut Rudduck
dan rakan (1985), penyelidikan ialah melaksanakan siasatan secara sistematik
terhadap perkara yang ingin diketahui. Ini bermakna penyelidikan yang dilakukan
adalah berkaitan dengan perkara yang menimbulkan tanda tanya (masalah) hingga
tercetusnya

persoalan-persoalan

dan

akhirnya

ingin

diselesaikan

untuk

mendapatkan persoalan itu.


Ramai antara ilmuwan, profesor, pensyarah dan profesion yang lain
melaksanakan penyelidikan. Tujuannya hanya satu, untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi seterusnya menambahbaik kemahiran sedia ada. Namun begitu,
adakah profesion keguruan terlepas daripada melakukan penyelidikan? Jawapannya,
tidak. Guru juga tidak terlepas daripada melakukan tinjauan dan penyelidikan di
sekolah. Sebagai guru, proses ini adalah sangat penting untuk memperbaiki mutu
pengajaran terkini. Konsep guru sebagai penyelidik turut dibincangkan dalam
literatur pendidikan guru terutamanya berkaitan dengan reformasi pendidikan dan
peningkatan profesionalisme guru.
Penyelidikan yang guru laksanakan dinamakan penyelidikan tindakan.
Secara umumnya, kajian tindakan diasaskan oleh Kurt Lewin pada tahun 1940 an
(Chow F. M et al., 2011). Beliau merangka kajian tindakan sebagai satu inkuiri oleh
sekumpulan orang yang mengalami masalah. Inkuiri yang diketengahkan adalah
berfokus kepada dinamika kumpulan. Lewin berpendapat bahawa sumbangan
penyelidik dalam inkuiri tidak boleh diabaikan jika ingin memahami dan menambah
baik tindakan sosial.
Terkini, terdapat perbincangan yang menyeru agar guru-guru mengamalkan
budaya penyelidikan. Amalan ini perlu dijadikan satu budaya memandangkan guru
kurang melaksanakan penyelidikan secara berperingkat. Artikel yang berikut

menyeru agar guru-guru melaksanakan penyelidikan tindakan dengan lebih kerap.


Sumber artikel adalah dari Utusan Online bertarikh 22 Julai 2011 oleh Azizi Majid.

Dalam era masa kini masyarakat di sekeliling begitu peka dan sensitif dengan isu
pendidikan dan keguruan di Malaysia. Masyarakat mempersoalkan profesionalisme
keguruan itu sendiri. Profesionalisme keguruan itu akan dilihat dari dua sudut
penting. Pertama, ia akan membincangkan tentang kualiti apa yang guru lakukan,
menurut perlakuan dan garis panduan yang mengawal perlakuan tersebut. Kedua,
ia akan berkait rapat dengan bagaimana perasaan guru yang dilihat dari kacamata
orang

lain

seperti

statusnya,

kedudukan

dan

tahap

ganjaran

di

atas

keprofesionalnya itu. Masyarakat akan membuat pemerhatian dan andaian sendiri


terhadap profesionalisme keguruan yang selalunya akan mencetuskan kontroversi
yang akhirnya terpaksa cuba disanggah oleh kalangan kita yang memikul dan
menyandang gelaran seorang guru.
Di dalam pembangunan profesionalisme keguruan itu, ia berakar umbi dari tindakan
guru mencari jawapan yang sahih dan jitu menerusi kajian tindakan. Tanpa data
yang sempurna dan berasaskan kajian yang sistematik akan menyukarkan kita
untuk mempertahankan diri. Akibatnya, masyarakat lebih mudah mempercayai apa
jua yang disogokkan oleh andaian yang dibuat menerusi pemerhatian sahaja,
sesuatu yang kurang tepat untuk menggambarkan sesuatu isu. Akhir-akhir ini
pelbagai isu pendidikan disajikan kepada kita melalui media massa. Kita akan dapat
mengetahui dan menyelesaikan isu tersebut sekiranya terdapat data yang
sistematik dikumpulkan (melalui penyelidikan) dan dengan ini dapat menangkis
sebarang prasangka buruk terhadap profesion ini.
Sekiranya kita tidak dapat mengemukakan bukti yang empirikal, akhirnya, secara
umum profesionalisme keguruan itu sendiri dipandang rendah oleh masyarakat.
Dan usaha untuk memartabatkannya akan mengambil masa yang panjang. Hasil
dapatan pada hari ini mungkin akan menjadi usang atau tidak releven pada hari

esok. Era sekadar membaca dan mengkaji sumber maklumat daripada dapatan
orang lain, sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Warga pendidik negara ini harus
berani mengkaji dan menyelidik bagi menghasilkan sesuatu dapatan yang baru
seterusnya mengorak langkah menyerlahkan profesion perguruan negara. Pelbagai
teori pendidikan yang dibekal kepada bakal pendidik semasa latihan di institusiinstitusi latihan adalah berperanan untuk membimbing para guru memahami
sesuatu situasi dalam proses pendidikan.

Hakikatnya, seseorang pendidik yang menjadikan penyelidikan sebagai budaya


kerjanya merupakan seorang yang kaya dengan pengetahuan dan kemahiran hasil
daripada pembacaannya yang meluas dan mendalam. Dengan kata lain, budaya
menyelidik dan budaya membaca adalah sinonim, bagaikan aur dengan tebing.
Guru yang berciri dan berperibadi penyelidik dapat melahirkan warga guru yang
yakin dengan tugas dan peranan mereka sebagai pengurus bilik darjah. Mereka
juga mampu membuat diagnosis terhadap prestasi pelajar serta membuat penilaian
kendiri dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Melalui peranannya
sebagai penyelidik dan pengamal yang reflektif, seseorang pendidik berupaya
menyelesaikan pelbagai isu yang dapat menyelesaikan masalah di bilik darjah.
Bidang-Bidang Dalam Penyelidikan Pendidikan Empat domain asas yang menjadi
rujukan kepada penyelidikan pendidikan ialah (Shumway, 1980);
Tingkah laku pengajaran
Mata pelajaran
Tingkah laku pembelajaran
Penyusunan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Penyelidikan pendidikan boleh juga diklasifikasikan sebagai suatu proses
penyiasatan terhadap fenomena dalam pendidikan (phenomena investigated).
Fenomena yang sering menjadi tumpuan penyelidikan pendidikan merangkumi
bidang-bidang berikut;
Proses pengajaran

Proses pembelajaran
Aspek kognitif
Kaedah pengajaran dalam bilik darjah
Sahsiah pelajar
Motivasi dalam pendidikan
Kepimpinan dalam pendidikan
Pengurusan kewangan sekolah
Program untuk pelajar khas seperti kurang upaya dan gifted
Perkembangan kurikulum
Kokurikulum (sukan dan pasukan berunifom)
Bimbingan dan kaunseling
Pemulihan
Penilaian program
Polisi dan dasar pendidikan
Pengurusan bilik darjah
Penggunaan TMK dalam pendidikan
Pengurusan sumber pendidikan
Teknologi Pendidikan (bidang yang luas seperti penggunaan dan penghasilan media,
reka bentuk pengajaran dan sebagainya)
Isu gender dalam pendidikan
Pendidikan Jarak Jauh
Pendidikan Sepanjang Hayat

KEPENTINGAN MENYELIDIK
Setiap hari, guru perlu melakukan pelbagai keputusan yang berkait rapat
dengan pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pengurusan bilik darjah (Noriati
A. Rashid et al. 2010). Sebenarnya, semasa melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran, guru telah terlibat secara tidak langsung dengan proses penyelidikan
seperti merancang pengajaran, membantu murid dalam proses pembelajaran,
menguruskan bilik darjah, menilai hasil kerja murid dan memberikan maklum balas
pencapaian murid-murid kepada ibu bapa. Walaupun ia menyerupai proses
pengajaran, namun jika dinyatakan semula dengan cara dan kupasan yang berbeza
dan lebih ilmiah serta mengaplikasikan reka bentuk kajian, melaksanakan pelan
tindakan, memerhati, mengumpul data, menganalisa data dan mengubahsuai
strategi

pengajaran

mengikut

keperluan

murid,

ia

lebih

menepati

takrifan

penyelidikan.
Mengapa guru perlu menyelidik? Elliot,1991 (dalam Kajian Tindakan: Konsep
& Amalan dalam Pengajaran oleh Chow F. M et al.) menegaskan bahawa guru-guru
memperoleh manfaat dengan melakukan penyelidikan terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran seperti:
Menyedari teori peribadi,melahirkan konsep nilai yang boleh dikongsi bersama,
mencuba strategi baru agar dapat merealisasikan nilai yang dipegang dalam
amalan,mendokumentasikan amalan mereka supaya mudah diakses dan difahami
oleh penyelidik yang lain dan membina teori pengajaran yang boleh dikongsi
melalui usaha penyelidikan.
Pada pendapat saya, sebagai seorang guru, tugas mendidik bukannya mudah.
Untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang berkaitan dengan tugas mendidik perlu
menggunakan pelbagai cara dan teknik yang bersesuaian. Sehubungan dengan itu,
penyelidik yang berkualiti seharusnya tidak berputus asa untuk terus mencuba
strategi yang baru dan sentiasa memperbaharui kemahiran selaras dengan
perkembangan murid-murid. Saya sebagai guru pelatih turut terlibat dengan
penyelidikan tindakan sebagai syarat untuk melayakkan saya menerima ijazah.
Syarat ini pada saya sangat bagus kerana ia sebagai alternatif dan pendedahan
awal kepada bidang penyelidikan ini dan seterusnya menjadikan ia sebagai amalan
apabila telah menjadi guru kelak.

Seruan memupuk budaya penyelidikan bukan bermula sejak kebelakangan ini,


malahan telah bermula sejak tahun 1993 di mana Dr. Wan Zahid (dalam kajian Guru
Sebagai Penyelidik: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kekerapan Aktiviti Kajian
Tindakan Di Sekolah oleh Lee S. G, 1997) menyarankan supaya guru-guru besar
menggalakkan guru-guru di sekolah masing-masing menjalankan kajian tindakan.
Saranan beliau adalah berikutan daripada usaha Kementerian Pelajaran Malaysia
pada masa itu yang memperkenalkan Projek PIER (Programme for Innovation,
Excellence and Research) yang salah satu tujuan utamanya adalah memupuk
budaya penyelidikan di kalangan pengurus pendidikan dan pendidik melalui kajian
tindakan. Ini membuktikan bahawa penyelidikan tidak dilaksanakan pada satu
tempoh masa saja tetapi adalah berterusan dan koheren.
Seruan demi seruan dihebahkan. Namun, adakah penyelidik itu sendiri sedar akan
kepentingan melaksanakan penyelidikan? Jawapannya ialah sebagai guru yang
berfikiran reflektif, sudah tentu mereka menganggap bahawa penyelidikan ini
sebenarnya sangat-sangat membantu diri, rakan sejawat dan juga masyarakat
dalam mengetahui sesuatu isu yang dikupas. Dalam melaksanakan penyelidikan,
guru akan melakukan pelbagai carian, melaksanakan pemerhatian, merekod data,
menganalisis dan melaporkan dapatan kajian masing-masing.
Tinjauan yang dilakukan adalah bersesuaian dengan amalan di bilik darjah.
Kepentingannya ialah guru dapat mempertingkatkan profesionalisme melalui
penyelidikan yang dilaksanakan. Saya berkata sedemikian adalah kerana guru
merupakan individu yang menguasai kandungan kurikulum subjek yang diajar serta
mengetahui cara pelaksanaannya. Ini bermakna, pengetahuan tentang kurikulum
mestilah berdasarkan tugas yang dilaksanakannya.
Pendapat saya, pengamal kurikulum seperti guru sepatutnya menjalankan kajian
berdasarkan tugas-tugas mengajar. Dengan kata lain, guru mesti memahami dan
menghayati matlamat serta hasil pembelajaran yang diharapkan daripada subjek
tersebut.
Seterusnya, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai. Namun begitu,
tidak semua hasil pembelajaran berjaya dicapai. Oleh itu, refleksi penting untuk
mengesan masalah yang dihadapi, membuat andaian punca wujudnya masalah
tersebut.bagi membuktikan andaian adalah benar, kajian perlu dilaksanakan secara

sistematik untuk memperbaiki masalah tersebut. Kepakaran sebagai seorang guru


berupaya ditingkatkan dalam perkembangan kurikulum dan refleksi pengajaran
seterusnya dapat melahirkan budaya profesional di sekolah.
Seterusnya, kepentingan penyelidikan adalah penyepaduan teori dan amali. Teori
pengajaran dan pembelajaran telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh pendidik seperti
Teori Behaviorisme, Humanistik, Kognitif dan Konstruktivis. Di samping itu, terdapat
juga

pelbagai

jenis

pendekatan,

strategi,

kaedah

dan

teknik

yang

boleh

dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penyelidikan,


guru boleh menyepadukan teori pengajaran dengan amalan. Sebagai contoh, guru
boleh mengaplikasikan teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner dalam bilik
darjah dan melihat sejauh mana ia memberi kesan terhadap pembelajaran murid.
Pada saya, tidak semestinya teori yang digunakan pada kali pertama terus berkesan
kepada murid-murid. Guru perlu mencuba pelbagai kaedah yang paling sesuai
dengan gaya pembelajaran murid.
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI AMALAN PENYELIDIKAN
Dalam penyelidikan yang dilakukan oleh Lee S. G (1997) beliau
mengemukakan faktor-faktor utama yang memenuhi kekerapan penyelidikan
tindakan yang dilaksanakan oleh guru-guru iaitu persepsi mereka terhadap
kepentingan penyelidikan, kemahiran melaksanakan penyelidikan, kesesuaian iklim
sekolah bagi melaksanakan penyelidikan dan cabaran yang dihadapi semasa
melaksanakan penyelidikan. Di samping itu, terdapat juga faktor-faktor lain seperti
faktor masa dan keterbukaan dalam mengakui kelemahan.

Pada pendapat saya, faktor-faktor yang dinyatakan sememangnya


membelenggu

guru-guru

yang

menyebabkan

mereka

tertangguh

untuk

melaksanakan penyelidikan. Contohnya, tidak ramai guru yang menyedari akan


kepentingan penyelidikan bagi jangka masa panjang. Ia membantu dari segi
merancang strategi dan kaedah yang bersesuaian sebelum menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Namun, berlainan pula dengan guru yang sedar
dengan kebaikan melaksanakan penyelidikan, sudah tentu mereka tidak teragakagak untuk memberikan komitmen sepenuhnya dalam bidang penyelidikan.

Kemudian,

faktor

kesesuaian

iklim

sekolah

turut

mempengaruhi

amalan

penyelidikan. Pada pendapat saya, jika tiada dorongan daripada ketua iaitu guru
besar, maka guru-guru kurang bermotivasi untuk melaksanakan penyelidikan.
Begitu juga dengan situasi yang tidak mendesak contohnya guru tidak menghadapi
masaalah pembelajaran yang berat dan sentiasa berjaya menyelesaikan setiap
masalah, maka dia berasa tidak perlu untuk membuat penyelidikan tindakan.
Disebabkan itulah Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr. Hashim Yaacob
(Berita Harian,12 Mei 2005) berkata, ketua organisasi iaitu guru besar atau
pengetua digesa membuat kajian tindakan bagi menjadikan ia budaya dalam
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Beliau berkata lagi,
penyelidikan membantu guru-guru membuat sesuatu keputusan yang lebih bijak,
berkesan dan profesional selain berupaya menguji keberkesanan sesuatu teori
pembelajaran dan kaedah P&P yang sesuai dengan persekitaran selain penerimaan
masyarakat

dan

murid-murid.

Tambah

beliau

lagi,

pendidikan

berkualiti

memerlukan pengetua atau guru besar yang berkualiti bukan saja dari segi fizikal,
malah kebijaksanaan dalam mewujudkan interaksi antara guru, kakitangan dan
murid-murid.
Seterusnya, halangan dan kekangan yang dihadapi oleh guru-guru
menyukarkan mereka untuk menyelidik. Mungkin kerana faktor bebanan tugas yang
semakin

menimbun

pada

masa

kini

menyebabkan

mereka

mengabaikan

kepentingan menyelidik dan melupakan kebaikannya. Tidak dinafikan, faktor


kekangan masa mengakibatkan guru kurang mengamalkan penyelidikan.
Warga pendidik seharusnya tidak mengelak dalam melaksanakan penyelidikan ini
atas faktor-faktor seperti yang disebutkan tadi. Memetik kata-kata Timbalan
Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (EPRD) Kementerian
Pelajaran Malaysia, Amir Mohd Salleh (DJ Dolasoh, Berita Harian, 29 September
2009), setiap guru perlu mencontohi guru di negara maju seperti Amerika Syarikat,
Jepun dan Korea yang membuat kajian tindakan terhadap bidang kerjaya mereka. Ia
sebagai alat penilai dan perlu menganggapnya sebagai sebahagian daripada bidang
tugas untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan. Dengan kenyataan ini, maka terbuktilah bahawa untuk menuju ke arah
pendidikan bertaraf dunia, guru-guru yang perlu memulakan langkah untuk

melakukan transformasi agar kualiti pembelajaran semakin berkualiti dan bertaraf


dunia.

Maka, pendapat saya ialah guru-guru yang menginginkan pendidikan


bertaraf dunia tidak seharusnya mengabaikan dan menangguh pelaksanaan
penyelidikan ini kerana sudah tentu penyelidikan yang dibuat bukan saja
meningkatkan

kualiti

pengajaran

diri

sendiri,

bahkan

dapat

membantu

meningkatkan atau menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran guruguru lain yang menghadapi masalah yang sama.
IMPLIKASI PENYELIDIKAN
Sesuatu tindakan yang diambil sudah pasti ada pro dan kontranya. Tidak
terkecuali dalam melaksanakan penyelidikan ini. Kebaikan kajian tindakan ialah:
Membantu memperbaiki amalan proses pengajaran dan pembelajaran
Meningkatkan pemahaman dan ilmu pengetahuan tentang amalan bilik darjah.
Memberi tumpuan kepada isu/masalah semasa.
Membantu guru lain menyelesaikan masalah yang hampir serupa.
Merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan
Mempelbagaikan

kaedah

pengajaran

dan

pembelajaran

serta

memudahkan

pencapaian objektif pembelajaran.


Menyediakan guru agar menjadi penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru
dan sanggup menerima perubahan terhadap kurikulum.
Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang
perancangan dan tindakan.

Namun begitu, ada pendapat yang mengkritik kajian tindakan ini. Hodgkinson
(dalam kajian Lee S. G ,1997 yang bertajuk Guru Sebagai Penyelidik: Faktor-Faktor

Yang Mempengaruhi Kekerapan Aktiviti Kajian Tindakan di Sekolah) mengkritik


kewibawaan guru untuk menjalankan penyelidikan. Pada pendapat beliau, guru
tidak mempunyai ilmu yang secukupnya untuk menjalankan penyelidikan yang
lengkap. Di samping itu, guru tidak mempunyai masa yang mencukupi disebabkan
bebanan tugas yang berat. Antara lain, beliau berkata sekolah tidak mempunyai
peruntukan untuk membiayai projek penyelidikan yang guru lakukan.
Saya tidak bersetuju dengan pandangan Hodgkinson tersebut. Pada pendapat saya,
faktor masa tidak menjadi masalah kepada guru kerana kebanyakan kajian adalah
berkaitan dengan masalah dalam bilik darjah. Maka, kajian juga dilaksanakan dalam
bilik darjah semasa guru-guru mengajar. Justeru, tidak timbul isu kekangan masa
untuk menyelidik. Mungkin laporan yang perlu disediakan memperuntukan masa
yang banyak untuk menyiapkannya. Tetapi, laporan boleh disediakan selain waktu
mengajar misalnya di rumah. Kemudian, pendapat beliau tentang guru tidak
mempunyai ilmu yang cukup. Ini adalah tidak benar sama sekali kerana banyak
seminar kajian tindakan yang dianjurkan untuk membantu guru lebih memahami
proses untuk menyediakan kajian tersebut. Di samping itu, terkini, kajian tindakan
telah diperkenalkan sejak di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan menjadi syarat untuk
melayakkan guru pelatih mendapat ijazah. Maka, pendedahan yang telah diberi
membuka ruang kepada guru-guru novis untuk meneruskan amalan penyelidikan
ini.
Bagi saya, melaksanakan penyelidikan tindakan tiada kelemahannya. Cuma guru itu
sendiri perlu pandai membahagikan masa antara tugas hakiki dengan tugas-tugas
lain. Jangan hanya fokus kepada bidang menyelidik, tetapi tugas mengajar
diabaikan.
CADANGAN/RUMUSAN
Di sini, saya ingin mencadangkan supaya budaya penyelidikan diberi
pendedahan sejak dari awal lagi supaya ia menjadi satu budaya di sekolah. Ini
bermakna, penyelidikan tindakan dijadikan sebagai tugasan di Institut Pendidikan
Guru (IPG) supaya guru pelatih menjadi mahir dari semasa ke semasa untuk
menjalankan penyelidikan tindakan. Apabila mengajar kelak, tiada timbul isu guru
kurang mahir dalam menyelidik kerana telah diberi latihan dan bimbingan yang
cukup semasa belajar. Rasionalnya cadangan saya ini ialah untuk melahirkan guru-

guru yang menyelidik agar dapat membantu meningkatkan mutu pendidikan di


negara kita.
Seterusnya, di sekolah, saya mencadangkan agar seorang guru
melaksanakan penyelidikan tindakan sekurang-kurang satu kajian dalam setahun.
Tujuannya adalah supaya mereka lebih peka dengan masalah dalam bilik darjah dan
bersama-sama untuk menyelesaikan perkara ini bersama-sama tanpa hanya
menyerahkan tugas kepada pihak lain. Justeru, pada setiap tahun, kaedah dan
strategi pengajaran akan berubah-ubah mengikut situasi dan tahap murid-murid di
samping meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran. Guru besar
perlu mewajibkan setiap guru untuk membentangkan dapatan mereka kepada
rakan sejawat yang lain. Dengan cara ini juga, sesi perbincangan akan diadakan
dan isu tersebut dibincangkan dengan lebih mendalam serta cadangan dan idea
baru dikemukakan supaya guru yang menyelidik itu mendapat maklum balas positif
dan negatif terhadap kajiannya.
Secara keseluruhannya, guru sememangnya tidak boleh lari daripada proses
penyelidikan yang berupaya menaik taraf kualiti pendidikan negara. Guru bukan
hanya berperanan untuk mengajar saja tetapi perlu memahami serta menghayati
tujuan dan matlamat pendidikan dengan berusaha untuk mencapai matlamat
tersebut. Selaras dengan perkembangan dunia globalisasi, sememangnya tugas
guru lebih mencabar. Sehubungan itu, guru perlu meningkatkan kepakaran
khususnya dalam mata pelajaran yang diajar. Peningkatan kepakaran ini salah
satunya boleh diperoleh daripada peranan guru sebagai penyelidik.
Akhir kata, penglibatan guru dalam bidang penyelidikan tindakan adalah
amat-amat digalakkan agar kualiti pendidikan semakin meningkat dan akan setaraf
dengan kualiti pendidikan di negara maju.

Bibliografi
Amir Hasan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan Edisi Ketiga. Tanjong
Malim: Quantum Books. Azman Ismail dan Nurul Inani Ibrahim (2010).
. Jurnal Kemanusiaan Bil 16, 1-3. Bandura, A. 1977. Social Learning Theory.
Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Boon, P. Y. (2002).
Amalan Reflektif Kearah Peningkatan Profesional Guru. Jurnal IPBA/ Jilid 3: Bil 2 Crow
dan Crow (1983).
Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007).
Dewan Bahasa dan Pustaka. Md Sani Ibrahim & Zuraidah Majid (2002).
Syed Ismail & Ahmad Subki (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai