Anda di halaman 1dari 12

FORUM REMAJA 2016 SEKERAT ULAR, SEKERAT BELUT, ITUKAH BAHSA

KITA ?

Pengerusi

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Assalamualaikum


warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1
Malaysia. Selamat datang saya ucapkan kepada sidang
hadirin yang saya muliakan. Bersua kembali kita dalam
ruangan Forum Remaja di Dewan Bahasa dan Pustaka pada
petang yang indah dan ceria ini.
SEKERAT ULAR, SEKERAT BELUT, ITUKAH BAHASA
KITA? : Demikian tajuk diskusi kita pagi ini. Sekerat Ular,
Sekerat Belut kami jadikan wahana untuk kita mendekati isu
dan persoalan yang amat hebat melanda masyarakat
mutakhir ini. Sebagaimana yang kita maklumi, isu bahasa
belakangan ini
banyak mengundang perhatian pemimpin
negara kita, cendiakawan bahasa, tokoh akademis dan
sebagainya. Gelanggang wacana kita pada pagi ini akan
cuba mengupas persoalan ini dari pelbagai perspektif dan
sudah pasti harapan saya agar cetusan idea dan hujahhujah bernas daripada ahli panel akan dapat dihayati oleh
sidang hadirin dalam dewan yang penuh berkat ini. Insya
Allah.
Baiklah bagi membuka tirai wacana kita pagi ini, molek
rasanya kita berkenalan terlebih dahulu dengan ahli-ahli
panel yang kita jemput khas. Di sebelah kanan saya, segak
lagi bergaya orangnya, Saudara Abang Akmal Irfan bin
Abang Abdul Razak. Selamat datang saudara. Di sebelah kiri
saya, saya perkenalkan Anira Hamimi binti Awang Selamat
datang saudari. Manakala ahli panel yang hujung sekali,
saudara Kennedy anak Chat. Apa khabar saudara?
Dan saya sendiri, Siti Khoirunisaa binti Zailani akan
bersama-sama sidang hadirin selama lebih kurang 20 minit
untuk mengupas dan menelusuri tajuk ini secara lebih
mendalam.
Baiklah ahli panel sekalian, Sekerat Ular, Sekerat Belut,
Itukah Bahasa Kita. Bagaimana saudara
Abang Akmal
melihat tajuk ini dalam konteks penggunaan bahasa baku

pada hari ini?


Silakan saudara.
Panel 1
(Abg
Akmal)

Terima kasih saudari Pengerusi. Terima kasih juga saya


ucapkan
kepada
penganjur
forum
remaja
kerana
mengundang saya sebagai ahli panel ini. Saya kira tajuk
diskusi pagi ini amat cantik, bunyinya agak sastera tetapi
amat relevan dalam konteks kita membicarakan isu bahasa
dalam kalangan masyarakat.
Sudah pasti, warga dewan tertanya-tanya mengapakah
peribahasa Sekerat Ular, Sekerat Belut digunakan untuk
menggambarkan senario penggunaan Bahasa Melayu kita
pada hari ini. Pakar Bahasa Melayu yang juga Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan,
menggunakan peribahasa ini untuk menggambarkan trend
penggunaan bahasa masa kini yang tidak baku. Bahasa
seumpama ini bukan sahaja merosakkan bahasa malah
membantutkan perkembangan bahasa itu sendiri.
Menurut Kamus Dewan peribahasa terbitan DBP, peribahasa
ini membawa maksud orang yang bermuka dua atau tidak
berpendirian. Pengertian ini amat sesuai dan cocok dengan
sikap kebanyakan pengguna Bahasa Melayu yang suka
sekali mencampuradukkan dua bahasa atau lebih apabila
berkomunikasi.
Peribahasa
inilah
digunakan
untuk
memerihalkan senario penggunanan Bahasa Melayu masa
kini. Mereka seolah-olah hilang panduan bahasa apa yang
harus dan patut digunakan. Realitinya, kalau keadaan ini
terus dibiarkan berlaku, ke mana perginya ketulenan,
keaslian dan kesejatian bahasa kita?
Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim turut berpendapat
mesej hanya berjaya disampaikan sekiranya penggunaan
bahasa itu pandai mengungkapkannya, yakni pandai
menggunakan bahasa dengan tepat, betul dan berkesan.
Jikalau penguasaan bahasanya lemah, yakni tidak tahu akan
peraturan-peraturan tatabahasa lantas membuat beberapa
kesalahan sudah pasti akan menghasilkan bahasa yang tidak

bermaya, maka bahasa yang terhasil ialah bahasa rojak.


Kembali kepada saudari Pengerusi.

Pengerusi

Terima kasih saudara Abang Akmal atas kupasan saudara


sebentar tadi. Pernah juga saya terbaca rencana yang ditulis
oleh ahli linguistik Awang Sariyan. Sememangnya beliau
menegaskan bahawa bahasa seseorang itu dikatakan baku
hanya apabila berjaya menguasai sistem ejaan, peristilahan,
sebutan serta tatabahasa. Sekiranya seseorang tidak
menggunakan bahasa yang betul atau mencampuradukkan
bahasa maka berlakulah fenomena bahasa rojak dalam
kalangan masyarakat kita.
Untuk ini, ingin saya menjemput saudari Anira Hamimi untuk
mengulas tentang virus bahasa rojak yang semakin merebak
dengan senyap.

Panel 2
(Anira
Hamimi)

Terima kasih saudari pengerusi. Untuk membuka tirai


perbincangan kita, ingin saya memberi sedikit pandangan
tentang pengaruh bahasa ibunda dari aspek sebutan yang
membawa kepada fenomena bahas rojak.

Pengalaman saya sebagai pelajar di sekolah saya sendiri,


saya dapat melihat bahasa ibunda memberi pengaruh yang
besar dari segi sebutan. Majoriti rakan saya daripada kaum
Cina menunjukkan kegagalan dalam membezakan fonem /e/
dan // semasa bertutur. Sebagai contoh, perkataan yang
dibaca dengan fonem / / seperti /cedok/, /enak/ dan /petak/
seringkali disebut sebagai /cedok/, /enak/ dan /petak/.
Manakala perkataan /pesanan/, /lebah/ pula disebut
sebagai /pesanan/ dan /lebah/.
Antara rakan saya yang menerima pengaruh bahasa asing
juga kerap membuat kesilapan dari segi sintaksis. Misalnya
mereka gemar menggunakan ayat Apa nama kamu? yang
dalam Bahasa Inggeris berbunyi What is your name?
padahal yang betul ialah Siapa nama kamu?
Fenomena ini berlaku kerana Bahasa Cina dan Bahaasa
Inggeris yang berasal dari rumpun bahasa lain mempunyai
rumus tatabahasa yang tersendiri
telah mempengaruhi
pengguna secara tidak langsung. Keadaan ini telah menjadi
penyumbang kepada permasalahan penggunaan bahasa
dalam kalangan masyarakat Cina sehingga wujudnya bahasa
rojak kerana terdapat percampuran dua bahasa yang
berbeza
Kembali kepada pengerusi
Pengerusi

Terima kasih saudari Anira Hamimi. Ya, semestinya apa yang


dikatakan oleh saudari Anira Hamimi sebentar tadi memang
betul.
Isu bahasa bukanlah satu isu yang baharu kita dengar.
Sebaliknya, pada satu ketika dahulu, ia merupakan satu
persoalan yang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak
sehingga terpampang di dada akhbar.
Hadirin sekalian, dalam era globalisasi masa kini, maklumat
dunia berada di hujung jari kita. Jadi, ada pihak berpendapat
fenomena bahasa rojak berpunca daripada pihak media

massa. Apa pandangan saudara Kennedy dalam hal ini?


Panel 3
Terima kasih saudari Pengerusi, saya memang setuju dengan
(Kennedy) pendapat saudari Pengerusi tadi iaitu pengaruh media
massa terutama apabila masyarakat kini amat bergantung
pada media elektronik dalam kehidupan seharian .
Warga dewan sekalian, perkembangan terkini jelas
menunjukkan semakin merebaknya penggunaan bahasa
rojak seperti peribahasa sekerat ular, sekerat belut ini di
radio dan di televisyen. Pengguna bahasa terutama
juruhebah dan pengacara tidak peka terhadap penggunaan
bahasa yang betul. Banyak bahasa yang bercampur baur
yang boleh menjadi ikutan para penonton dan pendengar,
terutamanya, golongan muda yang akhirnya merosakkkan
bahasa melayu.
Keadaan diburukkan lagi apabila terdapat segelintir
penerbit,
pengarah
dan
penulis
yang
kurang
menitikberatkan soal penggunaan bahasa yang betul.
Mereka kurang memikirkan apakah impak daripada
penggunaan bahasa yang cacat, sebaliknya lebih berminat
untuk menghasilkan sesautu yang menjanjikan keuntungan.
Jadi di sini kita dapat melihat semangat golongan ini untuk
memartabatkan Bahasa Melayu amatlah rendah.
Kembali kepada saudari Pengerusi.
Pengerusi

Terima kasih saudara Kennedy atas informasi yang amat


berguna ini.
Hadirin sekalian, tadi kita telah melihat beberapa keadaan
yang membawa kepada masalah bahasa rojak. Ahli panel
sekalian, ada sesiapa yang
ingin menambah sedikit
sebanyak dalam hal ini?

Panel 1
(Abg
Akmal)

Saudari pengerusi ingin saya mencelah sedikit berdasarkan


pengalaman saya sendiri tentang masalah bahasa rojak ini
dalam kalangan pelajar.

Pengerusi

Nampaknya

perbincangan

kita

bertambah

rancak

ya?

Silakan saudara Abang Akmal.


Panel 1
(Abg
Akmal)

Terima kasih saudari Pengerusi. Pengalaman saya sebagai


pelajar di sekolah saya sendiri, kadang kadang saya
mendapati bahawa guru sebagai pendidik juga merupakan
penyumbang kepada bahasa rojak.
Contohnya, penyampaian oleh guru yang diselang-seli
dengan bahasa dialek ataupun bahasa ibunda cikgu itu
sendiri semasa membuat sesi kaunseling dengan murid
atau semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Saya
faham bahawa tujuan cikgu menggunakan bahasa rojak
ialah supaya dapat memberi penjelasan yang lebih tepat
dan jelas serta memudahkan tentang sesuatu konsep yang
ingin disampaikan kepada murid. Namun bergitu tanpa
disedari, sikap ini akan melahirkan murid yang lemah dalam
penggunaan
bahasa
standard.Sekiranya
perkara
ini
berlanjutan dalam tempoh masa yang panjang, pasti akan
menjejaskan penguasaan bahasa dalam kalangan murid.
Warga Dewan sekalian, pada hemat saya, bahasa dialek
yang digunakan di sesebuah daerah atau sesuatu kelas
sosial yang berbeza daripada bahasa standard dari segi
loghat, pelat daerah dan negeri juga memberi pengaruh
yang kurang baik. Contohnya, orang Kelantan mempunyai
dialek mereka sendiri, begitu juga dengan orang negeri
Sarawak yang mempunyai bahasa dialek tersendiri.
Walaupun pengguna bahasa sedar bahawa dialek adalah
tidak baku tetapi bagi mereka, bahasa dialek amatlah
memudahkan ketika berkomunikasi. Jika hal ini berterusan,
saya khuatiri bahasa dialek akan menjadi lebih dominan,
lama kelamaan Bahasa Melayu akan menghadapi cabaran
yang lebih besar. Sudah pasti tuan-tuan dan puan-puan
bersetuju dengan pendapat saya.
Kembali kepada saudari Pengerusi.

Pengerusi

Terima kasih saudara Abang Akmal. Daripada penerangan


saudara Abang Akmal tadi peribahasa berbunyi guru
kencing berdiri, murid kencing berlari amatlah sesuai untuk

menggambarkan senario yang diterangkan oleh saudara


Abang Akmal tadi.
Hadirin sekalian, sememangnya perkara ini sebenarnya
sudah menjadi duri dalam daging dalam kalangan
masyarakat kita sehingga menjadi satu trend untuk
berbahasa rojak dalam pergaulan seharian. Yang menjadi
percaturan minda kita ialah, apakah kesan atau impak
terhadap Bahasa Melayu sekiranya keadaan seperti ini tidak
diselesaikan. Saya pasti saudara Kennedy ingin berkongsi
pendapat saudara dalam hal ini.
Silakan saudara.
Panel 3
Terima kasih saudari Pengerusi. Pada pendapat saya, bahasa
(Kennedy) selain berfungsi sebagai alat untuk berkomunikasi turut
dipandang sebagai identiti, aset atau modal budaya sesuatu
bangsa.
Bahasa Jiwa Bangsa. Tanpa bahasa, identiti sesebuah
bangsa tidak dapat dikenali. Bukan itu sahaja, bahasa juga
penting sebagai wahana untuk mempertahankan jati diri
bangsa dan negara serta membentuk tamadun dan budaya
itu sendiri. Sebagai negara yang berbilang kaum, peranan
Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan perlu dipandang
dengan lebih serius. Maksud saya, jika bahasa rojak tidak
diberi perhatian kesannya amatlah padah.
Pertama, mutu Bahasa Melayu akan merosot baik dari segi
aspek lisan ataupun aspek tulisan. Hal ini akan memberi
kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa
undang-undang dan budaya bangsa kita.
Kedua, Bahasa Melayu dianggap tidak bernilai dan tidak
berguna lagi, lambat-laun akan ditelan arus zaman.
Ketiga, kesan ini paling menyedihkan iaitu jati diri bangsa
melayu turut hilang.
Itu sahaja pandangan dari saya, Pengerusi. Kembali kepada
saudari Pengerusi.
Pengerusi

Terima

kasih

saudara

Kennedy.

Nampaknya

topik

perbincangan kita semakin menarik. Hadirin sekalian, saya


rasa hakikat ini sudah mula disedari oleh segelintir
masyarakat dan melahirkan kebimbangan mereka. Mereka
tidak sanggup melihat bahawa Bahasa Melayu yang
dominan pada hari ini akan menjadi dialek klasik seperti
mana nasib Bahasa Sanskrit dan Bahasa Latin sekiranya
tidak ada usaha daripada pihak-pihak tertentu. Hadirin
sekalian, adakah ini yang kita mahu? Adakah kita sanggup
melihat Bahasa Melayu akan gugur menyembah tanah suatu
hari nanti ?
Oleh hal yang demikian, kita harus berikhtiar untuk mencari
jalan penyelesaian bak kata pepatah di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan
Saudari Anira Hamimi, Nampaknya ada sesuatu yang ingin
dikongsi bersama?
Panel 2
(anira)

Terima kasih saudari Pengerusi. Pada hemat saya, kita harus


balik kepada tempat yang paling dekat dengan kita iaitu
keluarga. Institusi keluarga sebagai agen sosialisasi yang
paling awal memainkan peranan yang amat penting dalam
memperkasakan usaha dalam mengatasi masalah bahasa
rojak.
Dalam hal ini, yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah
membudayakan anak-anak dengan budaya membaca sejak
kecil lagi. Sekiranya usaha ini dilakukan secara berterusan
anak-anak akan berminat menulis ayat dan bercakap dalam
bahasa yang baku. Dalam era dunia tanpa sepadan ini,
anak-anak dengan muda terdedah kepada pelbagai
perkataan dan istilah yang kurang baik dalam percakapan
harian mereka. Di sinilah ibu bapa berperanan menyediakan
bahan bacaan yang berbentuk ilmiah di samping
menekankan aspek-aspek penggunaan bahasa yang betul
kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
Selain institusi keluarga, saya juga berpendapat anggota
masyarakat seperti saya dan warga dewan sekalian turut

memikul tanggungjawab dalam usaha membudayakan


bahasa baku. Masyarakat seharusnya menyanjung tinggi
bahasa kebanggsaan kita dan mengelakkan diri daripada
menggunakan bahasa rojak.
Sesungguhnya kita memerlukan disiplin, komitmen dan
kesedaran yang tinggi. Masyarakat harus mengikis sikap
bahawa Bahasa Melayu itu kolot dan tidak standard. Alasan
yang menyatakan Bahasa Melayu tidak mempunyai
perbendaharaan kata yang cukup untuk mengungkapkan
sesuatu idea tidak boleh diterima. Hal ini demikian kerana
Bahasa Melayu cukup bersifat terbuka dan sanggup
menerima perkataan-perkataan daripada bahasa lain seperti
Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia, Bahasa Arab bagi
memperkaya perbendaharaan katanya. Ringkasnya, sikap
masyarakat perlu diubah supaya masalah ini dapat diatasi.
Itu sahaja
Pengerusi.
Pengerusi

daripada

saya.

Kembali

kepada

saudari

Terima kasih saudari Anira Hamimi. Sidang hadirin yang


dihormati, dalam era ledakan teknologi maklumat dan
komunikasi ini, media massa sebagai wadah penyampaian
maklumat yang cepat lagi berkesan. Masyarakat terutama
remaja amat mudah dipengaruhi oleh media elektronik.
Untuk ini, saya ingin menjemput saudara Kennedy melihat
isu ini daripada perspektif media massa.

Panel 3
Terima kasih pengerusi. Warga dewan sekalian, mari kita
(kennedy) lihat sama-sama dalam kehidupan seharian media massa
merupakan salah satu saluran untuk memberi informasi
terkini kepada kita. Sudah tentu media massa penting dalam
usaha mengurrangkan masalah bahsa rojak dan bahasa
singkatan.
Kini, masyarakat amat dipengaruhi oleh media elektronik
terutama bagi golongan remaja sekiranya program
televisyen , filem dan drama menggunakan bahasa rojak.
Paparan media elektronik ini mudah dipelajari oleh remaja
apatah lagi remaja merupakan golongan yang mempunyai

naluri yang tinggi untuk mencuba sesuatu. Pada hemat


saya, program-program televisyen yang mengandungi
penggunaan bahasa rojak tidak harus ditayangkan. Sebagai
contoh, program Akademi Fantasia, One In A Million dan
Gengstarz yang banyak menggunakan bahasa rojak harus
ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan.
Itu saja pandangan saya. Kembali kepada saudari Pengerusi.
Pengerusi

Terima kasih saudara Kennedy atas pandangan tadi. Hadirin


sekalian, kadangkala terlintas dalam fikiran saya, untuk
memartabatkan Bahasa Melayu, sesungguhnya cabarannya
amat besar. Hal ini ditambah lagi dengan kewujudan gaget
elektronik moden seperti telefon pintar yang membolehkan
kita mengekses apa-apa sahaja pada bila-bila masa dan di
mana-mana sahaja. Pengeksesan yang begitu mudah
menyebabkan keadaan yang tidak terkawal lantas amat
sukar untuk mengurangkan fenomena bahasa rojak
Saudara Abang Akmal, memandangkan penggunaan Bahasa
Melayu yang gramatis amat afdal dalam mengangkat
martabat bangsa Bahasa Melayu, pihak kerajaan telah
merancang beberapa modus operandi agar martabat Bahasa
Melayu dapat dikembalikan. Saudara Abang Akmal, bolehkah
saudara memberi sedikit pandangan?

Panel 1
(Abg
Akmal)

Terima kasih saudari Pengerusi. Saya dapat melihat bahawa


pihak kerajaan tidak pernah berputus asa dalam mengadakan
kempen kesedaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu.
Kempen kesedaran telah dilancarkan melalui media massa yang
merupakan satu komponen yang paling mudah unutk
menyebarkan informasi. Dengan kerjasama Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) dan badan bukan kerajaan, kempen ini telah
berjalan dengan lancar.

Pada hemat saya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah


banyak memberi sumbangan ke arah memartabatkan citra
Bahasa Melayu. Contohnya melalui pelaksanaan kempen
Bulan Bahasa Kebangsaan pada setiap bulan Oktober. Bukan
itu sahaja
Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) turut

menyebar maklumat berkaitan perkembangan bahasa


terkini melalui Info Klik DBP yang diterbitkan bersama
dengan akhbar Berita Harian turut merupakan satu usaha
yang murni, malah penganjuran Forum Remaja pada hari ini
juga
antara
usaha
yang
amat
bermakna
untuk
memartabatkan Bahasa Melayu.
Dengan kewujudan kempen dan aktiviti kebahasaan ini,
diharapkan masalah bahasa rojak dapat dikurangkan dan
kemungkinan proses ini mengambil masa yang panjang.
Para hadirin sekalian, dalam pada itu hadirin sekalian,
kerajaan turut mewajibkan penggunaan bahasa yang
gramatis bagi papan-papan tanda. Hal ini perlu dipandang
serius kerana Bahasa Melayu menunjukkan identiti bangsa
Malaysia. Bayangkan jika pelancong asing datang ke negara
kita, mereka yang banyak membaca papan-papan tanda
akan terpengaruh oleh penggunaan bahasa yang salah
seterusnya masalah bahasa rojak menjadi lebih serius.
Itu sahaja daripada saya. Kembali kepada pengerusi.
Pengerusi

Terima kasih saudara Abang Akmal atas pandangan saudara


sebentar tadi.
Sidang hadirin sekalian. Kita ada sedikit masa lagi. Saudari
Anira Hamimi dengan ringkasnya, apa yang dapat saudari
simpulkan dari perbincangan kita tadi. Silakan saudari Anira
Hamimi.

Panel 2
(Anira)

Terima kasih pengerusi. sekerat ular, sekerat belut tajuk


diskusi kita amat bertepatan dengan senario penggunaan
Bahasa Melayu masa kini. Sebagaimana ciptaan Tuhan,
kalau benda itu diberi nama ular, biarlah ular itu memiliki
ciri-ciri atau sifat-sifat semula jadi seekor ular. Kenapa pula
harus berkepala ular tetapi berekor belut?
Satu hal yang kita perlu akui ialah peningkatan penggunaan
bahasa rojak dalam kalangan masyarakat seolah-olah
menggambarkan pihak keluarga, pihak media dan pihak
kerajaan belum cukup berusaha untuk memperkasakan

Bahasa Melayu. Harapan kami pihak-pihak tadi dapat


menjadi pemangkin dan landasan untuk mengubati penyakit
atau virus bahasa yang semakin meresap dalam minda
masyaraka t kita.

Justeru saya rasa kita semua sama-sama bertanggungjawab


terhadap masalah ini. Kita semua, termasuk warga dewan
sekalian harus insaf dan sedar akan peranan masing-masing
serta bersedia bekerjasaam dalam memartabatkan bahasa
kebangsaan kita.
Itu sahaja pandangan dari saya. Kembali kepada saudari
Pengerusi.
Pengerusi

Terima kasih saudari Anira. Nampaknya kita sudah sampai


ke penghujungnya. Selama lebih kurang 18 minit kita telah
mengupas isu bahasa rojak yang kita ungkapkan dalam
tajuk Sekerat Ular Sekerat Belut, Itukah Bahasa Kita? yang
menelusuri sejauh manakah permasalahan bahasa rojak
berleluasa dan apakah langkah-langkah harus diambil
sebelum terlambat.
Saya percaya kupasan dan pandangan-pandangan bernas
ketiga-tiga ahli panel tadi akan memberi manfaat kepada
kita semua. Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga
panel dan perhatian daripada hadirin sekalian. Sehingga
berjumpa lagi dalam forum yang akan datang. Insya Allah.
Wabillahi
Taufik
Walhidayah
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Tuhan dan yang
buruk itu datangnya dari kekhilafan kami sendiri.
Terima kasih