Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

________________________________________________________________
PROGRAM PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS
PPD LAHAD DATU
________________________________________________________________

TARIKH :
20 - 22 MEI 2016
TEMPAT :
PUSAT KO-KURIKULUM
ANJURAN :
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
PPD LAHAD DATU.

1.0

PENGENALAN
Perkhemahan merupakan wadah yang penting dalam membentuk dan
menyatukan

padukan

komuniti.

Untuk

itu,

program

perkhemahan

ini

diadakan bertujuan untuk menggalakkan integrasi antara murid berkeperluan


khas terdiri daripada sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) di daerah Lahad Datu. Melalui pelaksanaan program ini juga,
latihan kemahiran sosial antara individu yang berbeza latar belakang dapat
diterapkan khususnya murid dipupuk untuk mengenali silang budaya murid
yang lain. Kewujudan program ini juga memberi manfaat yang berharga
khsusnya kepada murid berkeperluan khas dalam membentuk semangat
kerjasama antara ahli dalam satu kumpulan seterusnya dapat digunakan
pada kehidupan selepas bersekolah.
Umumnya, perkhemahan PPKI ini dilaksanakan mengikut konsep
pembelajaran murid di dalam bilik darjah khasnya dalam pengurusan diri dan
tingkah laku murid disamping penerapan asas akademik. Hal ini dapat dilihat
melalui kandungan program yang dirancang dengan menggunakan konsep
belajar sambil bermain yang menekankan aspek penaakulan dan kemahiran
membuat keputusan secara pantas mengikut tahap kemampuan murid PPKI.
Secara langsung program ini juga dapat ditafsirkan sebagai pembelajaran di
luar bilik darjah yang menggabungkan kandungan mata pelajaran yang diajar
dalam PPKI. Disamping itu, program ini juga dapat menyemai dan memupuk
emosi berseronok sepertimana yang terkandung dalam Falsafah Kebangsaan
Pendidikan negara (FPK). Oleh itu program ini juga diharap dapat membentuk
kerjasama antara guru dan ibu bapa khsusnya untuk sama-sama mendidik
murid berkeperluan khas.

2.0

MATLAMAT
Program perkhemahan peringkat zon Lahad Datu ini dilaksanakan
untuk memberi keyakinan diri murid-murid pendidikan khas membentuk jati
diri khususnya dalam menerokai keperlaun sosial mereka. Selain itu,
perkhemahan ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim
antara murid dan guru serta ibu bapa.

3.0

OBJEKTIF
3.1

Membentuk keyakinan diri dalam memenuhi kehendak sosial

3.2

Membentuk jati diri murid pendidikan khas

3.3

Mewujudkan

kerjasama

antara

murid

pendidikan

khas

dalam

menjalankan sebarang aktiviti


3.4

Merapatkan hubungan silaturahim antara murid dengan murid, antara


guru dengan guru dan antara guru dan murid.

4.0

5.0

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM


TARIKH

: 20 22 MEI 2016

HARI

: Jumaat Ahad

TEMPAT

: Pusat Ko-Kuirkulum

TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran A

6.0

KUMPULAN SASARAN.
Murid-murid PPKI PPD Lahad Datu.

7.0

STRUKTUR ORGANISASI

PENASIHAT

: En. Umin Saidi (Pegawai PPD Lahad Datu)

PENGERUSI

: En. Datu Suhaimi (Penyelia Unit PPKI dan Swasta

Lahad
Datu)
NAIB PENGERUSI

: Pn. Rohana Jaafar


En. Azli Matasan

PENYELARAS PROGRAM

: En. Kasman Kalumpang

SETIAUSAHA

: Pn. Norsareha Cholleng

BENDAHARI

: Pn. Janarineseh Aripin

AHLI JAWATANKUASA
AJK PENYEDIAAN TAPAK

: SK SAHABAT II

AJK PERALATAN

: SK SAPAGAYA & SK SAHABAT 16

AJK SIJIL PENYERTAAN

: SMK TERUSAN

AJK DOKUMENTASI / BUKU ATUCARA

: SK PEKAN LAHAD DATU

AJK PUBLISITI / PENGACARA MAJLIS

: SK SAPAGAYA

AJK HADIAH DAN CENDERAHATI

: SK. PEKAN LAHAD DATU

AJK KESELAMATAN / KEBAJIKAN

: SK BATU 6

AJK PROTOKOL

: SMK SEGAMA & SMK DESA KENCANA

AJK JAMUAN VIP

: SK. SAHABAT 16

AJK KEBERSIHAN

: SMK TUNGKU

AJK TEKNIKAL DAN PENGADIL

: SK. SAHABAT 02 & SK. BATU 6

AJK PENDAFTARAN

: SMK DESA KENCANA

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

1
2
3
4
5
6

Kertas mahjong
Tali
Tali rapiah
Warna lilin
Beras
Bawang merah /

7
8

putih
telur
Perencah nasi

goreng
Tomato dan timun

10
11
12

KUANTIT
I
12
5 (5m)
5 (10m)
7
1 (10 kg)
2 kg

HARGA
SEUNIT
RM 1.00
RM 16
RM 5
RM 5
RM 26
RM 10

KOS (RM)

1 kotak
12

RM 12
RM 1

RM 12
RM 12

1 kg

RM 5

RM 5

RM 20
RM 3

RM 160
RM 3
RM 50
RM 452

Hamper
8
Straw dan getah
1 paket
lain - lain
JUMLAH KESELURUHAN

RM
RM
RM
RM
RM
RM

36
90
25
35
26
10

10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan
mencapai matlamat dan objektif yang dihasratkan. Oleh itu kerjasama dan
komitmen yang tinggi daripada semua pihak amatlah penting. Kami
mengucapkan terima kasih di atas kerjasama daripada pihak tuan bagi
meneliti perkara ini dan kami memohon pertimbangan sewajarnya daripada
pihak tuan untuk meluluskan perlaksanaan program ini dan peruntukan yang
diperlukan.

Disediakan oleh :
.............................................
(Kasman Kalumpang)
Penyelaras Program
Perkhemahan PPKI
PPD Lahad Datu

Tarikh :

Disemak dan
diluluskan oleh :
..........................................
(En. Datu Suhaimi)
Pengerusi
Penyelia Unit PPKI dan Swasta
PPD Lahad Datu

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai