Anda di halaman 1dari 2

KELAB ROBOTIK SK BUKIT BANDARAYA

KERTAS CADANGAN MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN DARIPADA


PIBG SK SUBANG JAYA UNTUK MELANTIK JURULATIH LUAR
UNTUK MELATIH PASUKAN ROBOTIK BAGI MENYERTAI PERTANDINGAN
ROBOTIK NRC TAHUN 2010.
___________________________________________________________________________
1.

TUJUAN
1.1

2.

3.

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon pertimbangan pihak PIBG


Sekolah Kebangsaan Subang Jaya untuk menyediakan peruntukan kewangan
bagi Kelab Robotik melantik jurulatih luar bagi melatih murid yang terbabit
untuk menyertai pertandingan robotik NRC peringkat negeri pada bulan Julai
nanti.

OBJEKTIF
2.1
Dapat digunakan untuk melatih murid-murid yang terbabit untuk latihan
sebelum dan semasa pertandingan robotik tersebut.
2.2

Dapat memberikan pengetahuan kepada murid-murid cara penyediaan robot,


aplikasi dan undang-undang pertandingan yang patut dipatuhi.

2.3

Dapat memberikan pengetahuan kepada murid yang dipilih tetang robot bagi
membantu guru penasihat Kelab Robotik SKSJ melatih murid-murid yang lain
dalam Kelab Robotik SKSJ.

IMPLIKASI KEWANGAN
Kelab Robotik SKSJ memohon untuk melantik seorang jurulatih luar bagi melatih
pasukan robotik SKSJ secara runding terus dengan jurulatih tersebut dengan anggaran
kos sebanyak RM1200 sepanjang 5 bulan latihan. Anggaran kos ini adalah
berdasarkan harga yang telah dibincangkan.Latihan itu akan dijanlankan sebanyak 2
kali sebulan selama 1 jam pada setiap perjumpaan. Pecahan kos terperinci adalah
seperti berikut:
1. 1 jam perjumpaan = RM 120.00 X 2 kali sebulan = RM 240.00
RM 240.00 sebulan X 5 bulan = RM 1200.00.

4. SYOR
Adalah dicadangkan pihak PIBG mempertimbangkan dan bersetuju dengan cadangan
Kelab Robotik SKSJ memohon peruntukan kewangan untuk melantik seorang jurulatih
luar bagi melatih pasukan robotik SKSJ secara runding terus dengan jurulatih tersebut
dengan anggaran kos sebanyak RM1200.00 sepanjang 5 bulan latihan.
Disediakan oleh:
__________________
(AYOB B. RASHID)

Guru Penasihat Kelab Robotik SKSJ.