Anda di halaman 1dari 2

1.

Keselamatan Diri - Pastikan Anda Sentiasa Mengambil Langkah-langkah Menjaga


Keselamatan Diri Sendiri
     
Apa yang anda harus lakukan:

1.1 Pilih beberapa orang kawan ataupun sekurang-kurangnya seorang menjadi teman yang rapat sepanjang masa brada
di Tanah Suci.

1.2 Beritahulah masalah kesihatan anda kepadanya supaya ia dapat membantu anda pada masa yang diperlukan.

1.3 Hendaklah sentiasa bersama-sama jika pergi ke mana-mana.

1.4 Beritahu teman-teman anda yang sebilik apabila anda hendak keluar berjalan dan juga tempat yang hendak dituju.
Beritahu juga bila anda akan pulang.

1.5 Patuhilah arahan-arahan yang diberi oleh pegawai-pegawai GSA anda.

1.6 Sentiasalah memakai lencana/gelang nama anda semasa pergi ke mana-mana.

1.7 Ingatilah jalan pulang ke tempat penginapan anda. Kenalilah tanda "landmark" atau nama-nama jalan.

Jangan lakukan perkara-perkara yang berikut:

1.8 Jangan keluar berjalan bersendirian.

1.9 Jangn hadiri sebarang ceramah yang disampaikan di luar mesjid dalam bahasa asing yang anda tidak faham.
Berkmungkinan besar anda akan mendengar beberapa propaganda atau syarahan menentang pemerintah.

1.10 Jangan benarkan orang yang tidak dikenali mengangkat beg anda.

1.11 Jangan bersembahyang atau duduk dekat dengan tempat binaan atau tempat merbahaya apabila berada di dalam
masjid.

1.12 Jangan bersembahyang atay duduk dekat pintu-pintu masuk ke masjid. Anda boleh dipijak jika berlaku "stampede"
(berlari beramai-ramai dalam keadaan kacau-bilau)

2. Keselamatan Di Masa Kebakaran


     
Tanggungjawab Bersama

2.1 Mengenal dan mengelakkan bahaya yang biasanya boleh menyebabkan kebakaran adalah tanggungjawab bersama.
Setiap daripada kita perlu mengetahui tentang langkah-langkah mengelakkan dari berlakunya kebakaran yang boleh
menusnahkan harta benda da nyawa.

2.2 Apa yang perlu anda ketahui ialah:


2.2.1 Jalan-jalan yang selamat dan pintu-pintu keluar.
2.2.2 Tempat berkumpul (kira-kira 50 meter jaraknya daripada bangunan/khemah yang terlibat)
2.2.3 Letaknya alat isyarat kebakaran da alat pemadam api.

2.3 Punca kebakarn
2.3.1 Bahaya mncis atau puntung rokok yang menyala
2.3.2 Bahaya elektrik
2.3.3 Bahaya benda yang terlalu panas atau masakan yang tidak dijaga.

2.4 Tindakan mencegah kebakaran


Lakukanlah yang berikut:
2.4.1 Sediakan tempat puntung rokok dan pi yang hampir padam dari papi tembakau.
2.4.2 Matikn api puntung rokok, api yang hampir padam dari paip tembakau dan api lidi mancis yang bernyala.
2.4.3 Matikan atau cabut "plug" alatan elektrik yang tidak digunakan.
2.4.4 Dapatkan nasihat seorang yang berkelayakan bagi sebarang pemasangan elektrik.

Jangan lakukan perkara-perkara yng berikut:


2.4.5 Jangan merokok I tmpat yang di larang merokok.
2.4.6 Jangan buang puntung rokok sembarangan.
2.4.7 Jangan menghisap rokok di atas katil jika sudah rasa mengntuk.
2.4.8 Jangan tinggalkan rokok yang masih menyala di tempat habuk rokok.
2.4.9 Jangan memasang trlalu banyak sambungan pada sesebuah socket elektrik.
2.4.10 Jangan biarkn suis alat-alat elektrik tidak dimatikan. Cabutlah jika tidak digunakan.
2.4.11 Jangan tinggalkan masakan di atas dapur yang menyala.
2.4.12 Jangan tinggalkan seterika panas di atas pakaian.
2.4.13 Jangn metakkan bahan-bahan yang boleh terbakar berhampiran dengan bal lmpu.
2.4.14 Jangan biarkan wayar elektrik menyentuh permukaan benda yang panas.

2.5 Apa mesti dibuat jika berlaku kebakaran:


Anda mestilah:
2.5.1 Jangan gugup dan jangan berlari tidak tentu arah.
2.5.2 Pemerintah semua orang keluar dari bilik dengan segera di mana kebakaran berlaku.
2.5.3 Mint bantuan orang-orang lain yng ada dn cuba padmkan kebakaran jika anda pasti tidak membahayakan diri anda.
2.5.4 Tinggalkan bangunan dengan segera jika kebakaran tidak dapat dikawal. Gunakan jalan keluar yang selamat.
Jangan gunakan lif.
2.5.5 Berkumpul di tempat yng I tetapkan apabila berada di luar bangunan. Laporkan diri kepada pegawai-pegawai GSA
anda.

MENYELAMATKAN NYAWA DI MASA KEBAKARAN ADALAH PENTING DARI MENYELAMATKAN HARTA BENDA
ANDA.

2.6 Jika anda terperangkap dalam sebuah bilik:


2.6.1 Hubungi operator telefon.
2.6.2 Dapatkan perhatian orang-orang di luar bangunan.
2.6.3 Basahkan pakaian di badan supaya tidak mudah terbakar.
2.6.4 Bagi perlindungan tambahan, basahkan sehelai selimut atau cadar dan balut badan dan kepala dengannya.
2.6.5 Bashkan tuala ataupun cadar dan selitkan di bawah pintu untuk mencegah asap daripada masuk ke bilik.
2.6.6 Jika anda trperangkap di dalam asap, rendahkan diri dan merangkaklah ke tempat yang selamat. Udara yang dekat
dengan lantai itu lebih bersih.

2.7 DI TEMPAT BERKUMPUL


2.7.1 Anda mestilah memberitahu kepada pegawai-pegawai GSA jika ada seseorang yang masih berada di dalam
bilik/bangunan
2.7.2 Pegawai-pegawai GSA akan memeriksa semua jemaah-jemaahnya dengan menggunakan senarai jemaah dan
mendapatkan maklumat terutama mengenai ereka yang masih terperangkap di dalam bilik/bangunan.
2.7.3 Pihak pegawai-pegawai GSA akan segera berhubung dengan pegawai-pegawai MUIS bagi melaporkan segala
maklumat yang relevan.
2.7.4 Pegawai-pegawai GSA dan pegawai MUIS akan memberi segala mklumat penting kepada pihak berkuasa
mencegah kebakaran setibanya mereka di tempat kebkaran agar lngkah menyelamat salanjutnya segera dilakukan.

BERI MAKLUMAT YANG BETUL KEPADA PEGAWAI ANDA.

APABILA TIB DIHOTEL/TEMPAT PENGINAPAN ANDA MESTILAH AMBIL TAHU JALAN-JALAN YANG SELAMAT DARI
BAHAYA KEBAKARAN UGA MENGAMBIL TAHU DI MANA LETAKNYA ALAT-ALAT PEMADAM API DAN CARA
MENGGUNAKANNYA.

Anda mungkin juga menyukai