Anda di halaman 1dari 5

SINOPSIS

Setelah berkahwin Merah Gajah dengan Puteri Betong, dikurniakan 2 orang anak lelaki bernama Merah Silau dan
Merah Hasum. Selama ini Merah gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut keemasan di tengah
kepala sehinggalah beliau terpandang semasa isterinya sedangmenyikat rambut.
Merah Gajah hendak mencabut tetapi dihalang oleh isterinya. Semasa isterinya tidur, Merah gajah mencabut rambut itu
lalu keluarlah darah dari liang rambut tersebut. Sebaik darah berhenti, Puteri Betong pun hilang.Berita Puteri Bentong
diketahui ayahandanya, Raja Muhammad lalu dibunuh menantunya. Berita pembunuhan Merah Gajah diketahui oleh
ayahandanya, Raja Ahmad lalu berlakunya peperangan antara kedua kerajaan mereka.Kedua-duanya meninggal dunia.
Merah Silu dan Merah Hasum meninggalkan negeri Semerlang. Mereka sampai di negeri Beruana dan membuka
perkampungan di sana. Suatu hari ketika MerahSilu bermain di sungai, beliau melihat banyak ikan dan meminta orang
membuat bubu untuknya.
Setelah bubu ditahan dan diangkat, dipenuhi dengan cacing selama 3 hari berturut-turut. Lalu Merah Silu mengambil
keputusan merebur cacing tersebut dan dengan takdir Allah cacing itu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi
perak.
Suatu hari Merah Silu mengupah orang membuat lubang untuk menangkap dan mengurung kerbau liar, dan berita itu
sampai kepada Merah Husam lalu meminta Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak mengikut katanya.Merah Silu
meninggalkan negeri itu dengan membawa semua harta dan kerbaunya hingga sampai ke Karang. Penduduk di situ
meminta beliau tidak berada di sana kerana kerbau beliau memusnahkan tanaman penduduk.Merah Silu keluar dari
karang dan sampai ke Buluh Tenang dan bertemu Megat Iskandar lalu mempelawa merah Silu tinggal di sana. Merah
Silu bermohon kepada Megat Iskandar agar menjadi bapa angkatnya.Merah Silu gemar menyabung ayam, sesiapa
yang kalah dibayar taruhan dan diberikan kerbau oleh beliau. Pada penonton juga diberikan seekor kerbau.
Megat Iskandar bercadang menjadikan Merah Silu raja Rimba Jerun namun Tun Aria Benong tidak bersetuju. Setelah
Merah Silu diangkat menjadi raja, datang Sultan Maliku 1-Nasar ke RimbaJerun lalu berlakunya peperangan. Sultan
Maliku berundur ke Benua dan diserang selepas itu oleh Merah Silu di sana menyebabkab baginda berundur ke
rimba.Merah Silu menamakan Benua itu sebagai Pertama Terjun.
Merah Silu memerangi lagi Sultan Maliku1-Nasar sehingga beliau berundur ke Gunung Telawas tetapi Sultan Maliku
berjaya melepaskan diri. Merah Silu menamakan tempat itu Kubu.Sultan Maliku terus berundur dari Pekersang ke
Kumat.Berita tentang Sultan Maliku di ketahui oleh Megat Iskandar lalu menyerang Sultan Maliku sehinnga
kalah.Seorang Hulubalang Sultan Maliku iaitu Tuan Aria Benong lari ke Barus dan ditangkap oleh raja Barus. Akhirnya
Merah Silu dirajakan oleh Megat Iskandar sebagai raja di Rimba Jerun.

TEMA
Cerita ini mengemukakan kehebatan dan kepahlawanan anak raja yang bernama Merah Silu.
PERSOALAN

Perselisihan faham sesama adik-beradik

Peperangan dan permusuhan dua negara

Perkara yang di luar logik akal

Keberanian anak raja untuk merantau dan mencari kawasan baru untuk dijadikan negeri jajahan.

Sikap raja yang gemar berjudi

Peperangan sebagai cara untuk meluaskan jajahan


WATAK
Merah Silu

Anak pertama Merah Gajah dengan Puteri Betong.

Adindanya bernama Merah Hasum.

Merah Silu menjadi yatim piatu sejak kecil.

Merah Silu berusaha mencari petempatan baru untuk dijadikan sebagai negeriselepas kedua-dua orang datuknya Raja
Ahmad dan Raja Muhammad meninggaldunia dalam peperangan.

Merah Silu menjadi kaya-raya apabila cacing gelang-gelang yang memenuhi bubunya bertukar menjadi emas dan
perak.

Kegemaran Merah Silu ialah menangkap kerbau liar dan menyabung ayam.

Merah Silu kerap menang dalam beberapa siri peperangan.

Merah Silubersikap pemurah kerana memberikan seekor kerbau kepada setiaporang yang datang menyaksikan
pertandingan ayam sabung.

Merah Silu ditabalkan sebagai raja di Rimba Jerun oleh Megat Iskandar.
Merah Hasum

Adinda kepada Merah Silu.

Setelah kematian ibu baps, baginda bersama-sama dengan Merah Silu merantaumencari petempatan baru.

Merah Hasum tidak suka akan sikap Merah Silu yang gemar memikat kerbau.

Merah Hasum tidak menghormati kakandanya, sanggup mengusir kakandanya hanyakerana tidak sefahaman.
Merah Gajah

Merah Gajah ialah ayahanda kepada Merah Silu dan Merah Hasum.

Isteri Merah Gajah bernama Puteri Betong.

Merah Gajah tidak mendengar kata, mencabut rambut keemasan yang ada di tengah-tengah kepala Puteri Betong dan
tindakannya itu menyebabkan isterinya mangkat.

Baginda matidibunuh oleh ayahanda mentuanya, Raja Muhammad yang marahterhadap perbuatan Merah Gajah yang
mencabut rambut emas Puteri Betonghingga menyebabkan kematiannya.
Puteri Betong

Puteri Betong ialah anakanda Raja Muhammad.

Puteri Betong merupakan bonda Merah Silu dan Merah Hasum.

Suami Puteri Betong bernama Merah Gajah.

Baginda mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah-tengah kepalanya.

Puteri Betong meninggal dunia apabila rambut emasnya itu dicabut oleh MerahGajah.
Megat Iskandar

Megat Iskandar ialah saudara kandung kepada Megat Kedah dan Sultan Maliku'l-Nasar.

Megat Iskandar seorang yang pengasih dan baik hati.

Megat Iskandar sanggup menerima Merah Silu yang tiada tempat perlindungan dan tinggal di Buluh Telang
PLOT

Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.

Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, diceritakan tentang Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong dan
dikurniai dua orang anak, iaitu Merah Siludan Merah Hasum. Puteri Betong mangkat selepas sehelai rambut emasnya
dicabutoleh Merah Gajah. Peristiwa itu telah mencetuskan perbalahan keluarga hinggamencetuskan peperangan antara
dua buah negara.

Plot terus berkembang apabila Merah Silu dan Merah Hasum keluar dari negeri asal mereka, Semerlanga kerana
keluarga mereka sudah porak-peranda. Mereka merantau dan membuka negeri Beruana. Di sinilah Merah Silu menjadi
kaya-raya apabila cacing gelang-gelang dalam bubunya bertukar menjadi emas setelah direbus.

Pada bahagian perumitan, Merah Silu keluar dari Beruana kerana adindanya tidak suka akan sikapnya yang dikatakan
suka melakukan kerja yang sia-sia. Merah Silu terus merantau hinggalah bertemu dengan Megat Iskandar di Buluh
Telang. Megat Iskandar sangat mengasihinya hingga mahu mengangkat Merah Silu sebagai raja disitu. Namun,
cadangan itu dibantah oleh Tun Aria Benong.

Plot mencapai kemuncak atau klimaks apabila Sultan Maliku'l-Nasar datang ke negeri Buluh Telang dan menyerang
Merah Silu setelah baginda dilantik sebagai raja.Peperangan tersebut berlanjutan hingga ke beberapa tempat.6. Pada
bahagian peleraian, Sultan Maliku'l-Nasar kalah dalam peperangan tersebut.Baginda berundur ke Kumat tetapi akhirnya
diserang oleh Megat Iskandar. Akhirnya,Merah Silu ditabalkan secara rasmi sebagai Raja Rimba Jerun.
LATAR
Latar Tempat

Di Semerlanga.
Negeri asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum mereka keluar merantau.

Di Beruana.
Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Situ dan Merah Hasum.

Di Kerbau Kampung.
Tempat Merah Situ memikat kerbau liar.

Di hulu Sungai Pasangan dan di hulu Karang.


Tempat persinggahan Merah Situketika dalam perjalanan selepas mengambil keputusan keluar dari tempat
MerahHasum.

Di Buluh Telang.
Peristiwa Merah Situ bertemu dengan Megat Iskandar.

Di Benua, di Pertama Terjun, di Gunung Telawas, dan diKumat.

Sultan Maliku'l-Nasar melarikan diri selepas berlaku peperangan dengan Merah Silu.

DiRimba Jerun.
Merah Silu ditabalkan menjadi raja oleh Megat Iskandar.
Latar Masa

Latar masanya adalah ketika Puteri Betong mengandungkan Merah Silu hingga Baginda mati dibunuh oleh ayahanda
mentuanya, Raja Muhammad yang marah terhadap perbuatan Merah Gajah yang mencabut rambut emas Puteri Betong
hingga menyebabkan kematiannya.

Merah Silu dewasa dan dirajakan oleh Megat Iskandar di Rimba Jerun.
Latar Masyarakat

Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.


Contohnya, MerahSilu telah ditabalkan sebagai raja di Rimba Jerun.

Masyarakat bangsawan yang gemar berperang. Contohnya, Raja Muhammad dan Raja Ahmad berperang hingga
banyak rakyat terkorban dan cedera.

Masyarakat yang gemar berpindah-randah dan membuka negeri baru. Contohnya,Merah Gajah dan Merah Hasum
meninggalkan negeri asal mereka, Semerlanga dan membuka perkampungan baru bernama Beruana.

Masyarakat yang percaya kepada mitos.


Contohnya, Merah Silu telah membawa pulang cacing gelang-gelang yang memenuhi bubunya selama beberapa
hari. Apabila direbus, cacing gelang-gelang itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya bertukar menjadi perak.

Masyarakat yang suka melakukan pekerjaan yang sia-sia.


Contohnya, Merah Silu suka memikat kerbau liar dan bersabung ayam.

Masyarakat yang menghormati keturunan raja.


Contohnya, Megat Iskandar amat menghormati Merah Silu hingga bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tuatua, dan segala rakyat di negeri itu untuk mengangkatnya sebagai raja.
NILAI MURNI

Nilai taat setia


Setiap rakyat haruslah menumpahkan taat setia kepada rajanya.Contohnya, rakyat jelata taat akan anak raja yang
bernama Merah Silu.

Nilai murah hati.


Kita haruslah bermurah hati kepada orang lain seandainya berkemampuan. Contohnya, Merah Silu menghadiahkan
seekor kerbau kepada mereka yang bermain sabung ayam dan orang yang datang menonton.

Nilai berdikari.
Sikap berdikari dapat mematangkan diri agar tabah dengan cabaranhidup. Contohnya, Merah Silu mencari negeri baru
kerana tidak mahu bersama-sama dengan adiknya Merah Hasum.

Nilai keberanian.
Semangat berani harus ada dalam diri pemimpin. Contohnya,Merah Silu berani menentang musuh-musuhnya dalam
peperangan.

Nilai baik hati.


Kita haruslah baik hati dan bersedia membantu insan yang memerlukan. Contohnya, Megat Iskandar menerima
kedatangan Merah Silu dengantangan terbuka dan membenarkan baginda tinggal di Buluh Telang
PENGAJARAN

Kita janganlah melakukan perbuatan yang dapat memudaratkan orang lain.

Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul di meja rundingan bukannyamelalui peperangan.

Janganlah suka menganiayai haiwan kerana haiwan adalah makhluk Tuhan yang bernyawa.

Kita hendaklah berani menentang musuh.

Nasihat yang baik perlu dijadikan teladan walaupun daripada orang yang lebihmuda.

Kita haruslah menghargai budi baik dan kepercayaan orang lain dengan sebaik mungkin.

Anda mungkin juga menyukai