Anda di halaman 1dari 37

TAJUK 1 : BUDAYA DAN KEPEL

BAGAIAN KELOMPOK

KANDUNGAN
Pengertian dan Konsep Budaya Serta
kepelbagaian kelompok di Malaysia
Jenis dan Demografi Kelompok

1.1 Pengertian dan Konsep


Budaya
Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan
masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan
agama penganutnya.
Perkataan budaya berasal daripada cantuman
perkataan Sanskrit dan Melayu yang
membawa pergertian: Kecergasan Fikiran
dan Akal.
Budaya memberi maksud seseorang individu
itu menggunakan segala kekuatan kuasa,
tenaga dan pengaruh semula jadi bagi
membantu menjana pemikiran mereka.

1.1 Pengertian dan Konsep Budaya


Budaya merupakan kebolehan seseorang
individu menggunakan kekuatan, tenaga
dan akal fikiran ke arah meningkatkan
kecergasan akal fikiran bagi menangani
sesuatu permasalahan.
Penyelesaian yang boleh diterima oleh
semua anggota masyarakat akan menjadi
amalan bersama.
Amalan yang diterima ini seterusnya
dijadikan Budaya dalam kehidupan mereka.

1.1 Pengertian dan Konsep Budaya

diamalkan dalam kehidupan masyarakat kita diberikan pelbagai takrif mengikut


kesesuaian dengan latar sosial masyarakat di sesuatu kawasan.

merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa


dan agama penganutnya.

boleh diterima oleh semua ahli masyarakat dan menjadi amalan bersama.

1.1 Pengertian dan Konsep Budaya


Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai keseluruhan
cara hidup masyarakat yang merangkumi cara
bertindak, berkelakuan dan berfikir.
Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke
masyarakat yang lain.
Namun begitu, terdapat juga beberapa persamaan
yang wujud dalam masyarakat dari segi bahasa,
objek
kebendaan,
amalan
agama,
sistem
kekeluargaan,
nilai
kesenian
dan
lain-lain.
Persamaan ini dikenali sebagai Pola Kebudayaan
Sejagat.

Takrifan Pakar
Nik Safiah Hj Abdul Karim budaya adalah
tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa
menggerakan jiwa.
Mohd. Taib Osman satu himpunan
kelengkapan intelektual dan kebendaan
yang manpu memenuhi biologi dan
kemasyarakatan serta dapat
menyesuaikannya dengan keadaan
sekeliling.

Takrifan Pakar
E.B. Tylor budaya merupakan keseluruhan
komplek yang mengandungi ilmu pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang,
adat dan sebarang bentuk kebiasaan.
Malinowsky (A Scientific Theory of Culture) -suatu tindak balas terhadap keperluan manusia.
Budaya secara umum adalah cara atau gaya hidup
sesebuah masyarakat atau bangsa. Ia meliputi
semua aktiviti harian manusia dan berperanan
membezakan bangsa-bangsa tersebut.

Takrifan Kamus
Kamus Dewan (2005) kemajuan fikiran, akal budi
(cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya.
Budaya juga diklasifikasikan sebagai cara hidup
yang diamalakan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,
politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan
nilai.
Dictionary of philosophy (1996) The way of life of
people, including their attitude, values, beliefs, arts.
Sciences, modes of perception, and habit of thought
and activity

Kesimpulan
Dari segi bahasa :Ia merupakan satu cara
hidup yang diamalkan dalam kehidupan
bermasyarakat pada masa kini.
Dari segi istilah : Ia merujuk kepada satu
cara hidup yang diamalkan oleh
kebanyakan orang termasuk pemikiran,
nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat
berfikir seseorang menghadapi sesuatu
perkara atau situasi.

Keseluruhannya
Budaya boleh dikaitkan dengan pengalaman
interaksi sosial individu dengan masyarakat
sekeliling.
Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara
pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh
diwarisi.
Budaya adalah hak masyarakat yang akan
menentukan bentuk tingkah laku mereka.

Dalam Kontek Pendidikan Semasa


Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya
masyarakat.

Murid-murid akan dididik untuk berbudaya sebagaimana yang


dikehendaki oleh masyarakat.

Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di


sesebuah sekolah.

Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan


formal dalam kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum.
Guru seharusnya berupaya merealisasikan hasrat KPM untuk
melahirkan murid yang bakal mampu memberi sumbangan kpd
pembangunan masyarakat yang tidak menyebelahi budaya yang
telah diterima bersama

Dalam Kontek Pendidikan Semasa


Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan keseluruhan
aspek yang mengandungi unsur budaya asal.

Unsur budaya asing yang meliputi budaya kaum lain atau


sukuan yang sesuai dan tidak bercanggah, diterima dalam
budaya masyarakat di Malaysia.

Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsi


oleh semua rakyat.

Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam


kepelbagaian kelompok di Malaysia dan terus diamalkan untuk
mengangkat martabat negara.

Pola dalam budaya dikategorikan kepada


beberapa aspek yang boleh dinyatakan
seperti berikut :
Wajib iaitu individu hanya mempunya satu cara untuk
melakukannya.
Preferred iaitu yang lebih digemari.
Tipikal iaitu ada beberapa cara melakukannya tetapi
tidak satupun digemari tetapi satu daripadanya lebih
kerap dilakukan.
Alternatif iaitu ada beberapa cara melakukannya
tanpa ada sesuatu yang digemari.
Terhad iaitu cara melakukan sesuatu itu dibenarkan
tetapi untuk orang tertentu sahaja.

Bersifat
sejagat

Boleh
diwarisi

Mempuny
ai unsur
simbolik

Boleh
dikongsi

Boleh
dipelajari

Sentiasa
berubah

Ciri-ciri
Penting
Budaya

Mempuny
ai
pandang
semesta

Komponen Budaya
Material
Ciptaan
masyarakat yg
nyata dan konkrit

Bukan Material
Ilmu pengetahuan
Kepercayaan

Peralatan dan
kelengkapan hidup

Adat istiadat
Nilai
Peraturan berkaitan dengan
tingkah laku
Cerita rakyat
Lagu atau tarian tradisional

Unsur utama Budaya


Simbol atau lambang
Apa saja yang mempunyai makna kepada sesuatu
masyarakat

Bahasa
Pelambangan dan simbol
Membolehkan ahli berhubung secara lisan dan bukan lisan
Transmisi dapat dilakukan

Nilai dan kepercayaan


Standard yang digunakan untuk menilai keadaan
masyarakat

Unsur utama Budaya


Norma
Peraturan dan ketentuan yang menjadi kebiasaan yang
dijangkakan akan dipatuhi oleh semua ahli masyarakat
Norma proskriptif- apa yang tidak boleh dilakukan
Norma preskriptif- apa yang boleh dilakukan

Teknologi, resam dan moral


Teknologi-artifak atau kaedah yang digunakan dalam kehidupan
seharian; gagasan pengetahuan praktis dan peralatan
meningkatkan keberkesanan penggunaan tenaga serta
mengubah persekitaran untuk kegunaan manusia
Resam-adat atau peraturan yang berkaitan dengan hukum adat
Mores-norma yang lebih kuat dan tiada toleransi jika tidak
dipatuhi

Kepentingan Memahami Konsep


Budaya kepada Guru
Pemupukan
Kesedaran
Kebangsaan
dan
Kenegaraan dalam kalangan murid berasaskan
ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan
mental.
Guru perlu menerapkan nilai murni dalam
masyarakat
supaya
mereka
kelak
dapat
menyesuaikan diri dengan Budaya masyarakat.
Kita perlu menyatukan penduduk berbilang etnik
yang mempunyai Budaya berlainan di bawah satu
bentuk Identiti Nasional yang khusus tetapi
dapat diterima oleh hampir semua golongan etnik
di negara ini.

Pengalaman penjajahan telah


meninggalkan pelbagai kesan terhadap
masyarakat kita.
Ilmu Kolonial telah mencipta himpunan
maklumat dan analisis mengenai Etnisiti
iaitu Etnik.
Masalah Perhubungan yang timbul di
kalangan Etnik adalah berpunca daripada
Interaksi Sosial yang tidak mesra serta
kebudayaan yang berbeza-beza.

1.2 Pengertian dan Konsep


Kepelbagaian Kelompok
Etnik
Maksud : manusia atau negara
Sekumpulan manusia yang mengidentifikasikan diri
mereka berlandaskan keturunan dan warisan budaya yang
sama
Rasa kepunyaan terhadap negara asal, makanan, bahasa,
muzik, agama, pakaian, nama keluarga dan adat
Etniksiti- rasa kekitaan suatu kumpulan etnik
Etnosentrisme-sikap atau kepercayaan budaya etnik
mereka lebih baik dan tinggi dari etnik lain

1.2 Pengertian dan Konsep


Kepelbagaian Kelompok

Ras

Kelompok manusia mempunyai persamaan dari


segi fizikal-biologikal: warna kulit, warna mata,
warna rambut
perbezaan etnik dan ras: etnik berasaskan faktor
budaya, ras berasaskan faktor biologi
Rasisme ada dua tahap:
Individu- ada ras tertentu berstatus lebih unggul
atau lebih rendah
Institusi- dasar dan pelaksanaan bersifat
diskriminasi mewujudkan ketidaksamaan pada
individu daripada ras lain

1.2 Pengertian dan Konsep


Kepelbagaian Kelompok
Minoriti
Kumpulan penduduk yang dianggap kumpulan lebih rendah
statusnya dan sering didiskriminasikan

Masyarakat
Kumpulan manusia berhubung secara tetap dan tersusun
menjalankan aktiviti secara kolektif serta merasakan bahawa
mereka hidup bersama
Ciri-ciri utama: berkelompok; berbudaya; mengalami perubahan
dan berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar)
Kelompok sosial paling besar

1.2 Pengertian dan Konsep Kepelbagaian


Kelompok
Kelompok
didefinisikan sebagai dua individu atau lebih,
yang berinteraksi , saling bergantung untuk
mencapai sasaran tertentu.
Dua jenis kelompok : kelompok asas dan
kelompok sekunder
Kelompok Asas

Kelompok
Sekunder

Interaksi bersemuka

Berterusan

terhad

Identifikasi peribadi
dengan kelompok

Kuat

Lemah

Hubungan antara ahli

Erat, lebih
berkekalan,
pelbagai bentuk

Renggang, terhad,
tidak berkekalan,
pertalian lemah

Klasifikasi Kelompok
Kelompok Tugas bersama-sama
menyelesaikan suatu tugas / pekerjaan.
Kelompok Kepentingan individu-individu
yang bekerjasama untuk mencapai
sasaran khusus yang diperhatikan.
Kelompok Persahabatan kelompok yang
ditetapkan secara bersama-sama kerana
memiliki satu atau lebih sifat yang sama.

Pengkelasan Kelompok dalam Ras


Masyarakat
HOMOSAPIENS

JENIS RAS RAS

CAUCASOID

MONGOLOID

NEGROID

AMERICAN
INDIAN

AUSTROLOID

Ciri-ciri Setiap Ras


1. Caucasoid (Orang-orang Eropah Putih)-bibir nipis, kulit
putih, mata besar, rambut lurus, tinggi, hidung mancung
2. Negroid (Orang-orang Ngero Hitam)-kaki kurus, rambut
kerinting, mata besar, bibir tebal, tinggi, kulit hitam
3. Mongoloid (Orang-orang Asia Kuning)-hidung peset, kulit
berwarna, badan kecil, mata agak kecil, rambut lurus
atau kerinting
4. American Indian (Orang Asli Amerika Red-Indian)hidung sederhana, kulit merah, bentuk muka bersegi,
rambut lurus, mata besar
5. Austroloid (Orang Asli Australia Kelabu)-kulit kelabu,
rambut kerinting, hidung besar, mata besar

1.3 Jenis dan Demografi Kelompok di


Malaysia
Demografi

demo bermaksud rakyat atau


penduduk di suatu kawasan.
grafein bermaksud menggambarkan
atau menulis tentang sesuatu perkara.
Demografi bermaksud tulisan atau karangan
tentang rakyat atau penduduk di sesuatu lokasi.

Demografi Mengikut Bangsa dan Etnik

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (11 Mei 2015)


Jumlah= 30,485.20
18,000.00
16,000.0015,479.60
14,000.00
12,000.00
10,000.00
8,000.00
6,642.00
6,000.00
3,672.40
4,000.00
2,411.40
2,012.60
2,000.00
267.40
0.00

Penduduk utama Malaysia adalah akibat pembentukan


Masyarakat Majmuk.
Masyarakat Majmuk terdiri daripada etnik Melayu,
Cina, India, Orang Asli dan Suku Kaum di Sabah dan
Sarawak.
Penduduk Asal atau Melayu yang mendiami alam
Melayu ini telah membina asas peradaban yang mantap
sebelum bertembung dan melalui Proses Difusi
Budaya.(Menerima Budaya orang lain ke dalam Budaya
sendiri).
Peradaban
Islam
serta
Peradaban
India
amat
mempengaruhi pembangunan peradaban Melayu di Asia
Tenggara.
Di Sabah, terdapat kira-kira 23 suku kaum etnik
manakala di Sarawak terdapat kira-kira 17 suku
kaum etnik yang menetap di sini.

Malaysia meletakkan Perpaduan Nasional sebagai


matlamat akhirnya.
Matlamat
akhir
proses
penyatuan
ini
ialah
terbentuknya satu Bangsa Malaysia yang terdiri
daripada satu masyarakat berbilang etnik yang
bersatu padu, sejahtera dan mempunyai identiti
nasional tersendiri.
Proses perpaduan negara dalam kalangan negara
yang berbilang etnik diwakili oleh parti politik etnik
masing-masing.
Mereka mengamalkan budaya, agama, bahasa dan
orientasi pemikiran masing-masing.
Perbezaan inilah dikatakan sebagai penghalang
kepada masalah dalam proses penyatuan, perpaduan
dan pembinaan bangsa Malaysia.

Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjejaskan


hubungan antara etnik.
Kemajuan ekonomi sahaja tidak memadai
tanpa
pembangunan
ekonomi
yang
seimbang.
Kementerian
Pelajaran
perlu
bertanggungjawab memupuk semangat
perpaduan sejak dari bangku sekolah lagi.
Murid perlu diberikan kesedaran tentang
kepentingan memahami hubungan Etnik.

. Antara usaha yang telah dijalankan


ke arah memupuk Perpaduan
Nasional yang telah dijalankan oleh
kerajaan adalah:
i. Penubuhan Jabatan Perpaduan
Negara
ii. Rukun Negara
iii. Dasar Ekonomi Baru
iv. Dasar Pendidikan Kebangsaan
v. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

vi. Gabungan Parti-Parti Politik.


vii. Integrasi antara Wilayah.
viii. Integrasi Semenanjung Malaysia dengan
Sabah/Sarawak.
Usaha kerajaan (Top-Down) sahaja tidak
memadai tetapi mesti digenapkan dengan
usaha
yang
berbentuk
(bottom-up)
menerusi
kerjasama
dan
sumbangan
daripada sektor swasta, sektor komuniti dan
semua parti politik.

Hubungan antara Kumpulan Kelas Sosial


yang berbeza seperti Kelas Atasan, Kelas
Menengah serta Kelas Bawahan perlu
ditingkatkan.
Hubungan Etnik merupakan satu ciri penting
yang mencorakkan Sistem Sosial di
Malaysia.
Walaupun tahap Perpaduan Nasional di
negara kita sukar diukur, Malaysia berjaya
mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.

Abdul Rahman Embong (2001),


menjelaskan bahawa bangsa yang
terdiri daripada semua kaum di
Malaysia yang terbentuk dalam
sejarah dan mempunyai perasaan
sebangsa dengan nama Kolektif
(Bangsa Malaysia) yang sama serta
berkongsi wilayah, ekonomi, Budaya
dan nasib masa depan dengan rupa
bangsa yang sepunya.

Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building)


melibatkan satu proses yang panjang dan
merupakan satu keperluan bagi Malaysia.
. Pembinaan Negara Bangsa (Nation
Building)
memerlukan
penyertaan
menyeluruh setiap anggota masyarakat dan
penglibatan sepenuhnya jentera kerajaan.
. Satu nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan
dan dihargai oleh seluruh warganegara
Malaysia.