Anda di halaman 1dari 1

Kepada Ibu / Bapa / Penjaga:

Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan telah dipilih untuk menyertai aktiviti
Click! 5.0 Camp! Click 5.0 camp ialah camp Bahasa Inggeris yang dapat mencungkil bakat
keusahawanan dalam diri pelajar sekaligus dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang
isu-isu di dalam komuniti. Peserta akan bekerjasama di dalam kumpulan untuk membuat
projek khusus yang berguna untuk komuniti setempat. Kem ini juga akan memberi fokus
kepada banyak kemahiran Bahasa Inggeris seperti komunikasi, kepimpinan, pengucapan
awam dan penyelesaian masalah.
Kem ini mempunyai tiga fasa yang akan dijalankan dalam jangka masa 4-5 bulan.
Fasa yang pertama akan diadakan pada 6 - 8 Mei 2016. Kem ini dijalankan selama 3 hari 2
malam di Kota Kinabalu dimana 50 orang pelajar dari seluruh Sabah akan berkumpul
bersama dengan membawa bersama cadangan projek mereka dan mereka akan mempelajari
bagaimana merealisasikan projek tersebut. Fasa kedua pula ialah pelaksanaan projek tersebut
and fasa yang ketiga ialah Pusingan Akhir dimana pasukan terbaik yang dipilih akan
membentangkan projek mereka kepada para juri.
Kem ini ditaja oleh U.S. Department of State, U.S. Embassy Kuala Lumpur,
Leadership Empowerment and Development Institute (LEAD), Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM), Fulbright English Teaching Assistants (ETA) dan Malaysian-American
Commission for Educational Exchange (MACEE). Oleh kerana program ini mendapat
sokongan yang begitu menggalakkan daripada pelbagai organisasi ini, kemudahan tempat
tinggal, makanan dan pengangkutan semasa kem tersebut akan disediakan. English Teaching
Assistant (ETA) dan seorang guru penasihat akan hadir bersama untuk memberikan sokongan
kepada para peserta semasa kem itu dijalankan.
Kem ini memberikan peluang keemasan kepada pelajar untuk mendapat pengalaman
menjadi usahawan muda dan juga memahami bagaimana menjalankan projek jangka panjang
dan memperbaiki taraf hidup komuniti pada masa yang akan datang. Peserta juga akan dapat
menjalin hubungan dengan para peserta lain di seluruh Sabah yang dapat membantu
memberikan pendedahan dan idea untuk bidang yang akan mereka ceburi di masa yang akan
datang. Kem ini juga akan dapat membantu memperbaiki kemahiran Bahasa Inggeris /
pengucapan awam di dalam suasana yang selamat dan kondusif. Terdapat banyak lagi
keistimewaan dan kelebihan program ini tetapi yang paling penting ialah, ia dapat
memberikan kemahiran yang diperlukan sebagai pemimpin di kelas, sekolah dan komuniti
pada amnya.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Cikgu Rena
(0198532977) atau Cikgu Aza Evianna (019 8923005)

Anda mungkin juga menyukai