Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Kajian tindakan bertujuan untuk memberikan atau meningkatkan kualiti amalan yang
dilakukan oleh responden yang dikenal pasti dan melaluinya hasil daripada sesuatu
intervensi sosial dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, pendekatan penyelidikan
menggunakan kajian tindakan juga bertujuan untuk menilai amalan penyelidik sendiri
sama ada proses pengajaran yang dilaksanakan boleh mencapai objektif yang
ditetapkan. Menurut Creswell (2005), kajian tindakan merupakan reka bentuk kajian
yang paling banyak digunakan kerana reka bentuk yang praktikal.
Para penyelidik meneroka isu dan permasalahan dengan tujuan untuk mendapatkan
jalan penyelesaian terhadap masalah dan seterusnya diperkembangkan hasil intrevensi.
Melalui kajian tindakan juga, penyelesaian terhadap pelbagai masalah ketika
melaksanakan amalan dalam bilik darjah dan membuat penambahbaikkan terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi meningkatkan profesionalisme
perguruan. Kajian tindakan berbentuk inkuiri refleksi melalui tindakan praktik atau
intervensi dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif bagi mendapatkan data
terkumpul dan dianalisis secara deskriptif.
Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang boleh digunakan dalam penilaian
prestasi

dan

amalan

penyelidik

khususnya

guru-guru

untuk

meningkatkan

profesionalisme bidang perguruan. Menurut Othman Lebar (2011), sesetengah kajian


tindakan berasaskan kumpulan dan sesetengahnya berasaskan individu. Matlamat kajian
tindakan menurutnya bagi sesetengah orang melihatnya sebagai meningkatkan amalan
individu. Manakala yang lain melihatnya sebagai mengubah amalan dan pengamal. Isu
ini menjadi perbincangan yang sering diperdebatkan.

1.0DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

Secara amnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh
pengamal, baik secara individu mahupun bersama pengamal lain; untuk mengubah dan
menambah baik amalan sedia ada. Dalam bidang pendidikan, pengamal boleh terdiri
daripada seorang guru, pentadbir atau seseorang kaunselor sekolah, atau individu lain
yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun,
lazimnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan oleh guru
untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru boleh
menyelidik kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya untuk
meningkatkan lagi keberkesanan pengajarannya.
Kurt Lewin (1947) telah mengenalkan maksud action research semenjak
1944, dan mula diperkenalkan mulai tahun 1946 dalam kertas kerjanya Action
Research and Minority Problems yang menjelaskan bahawa kajian tindakan sebagai :
A comparative research on the conditions and effects of variation forms of social
action and research leading to sosial action that uses a spiral of steps, each of which
is compased of a circle of planning, action, and fact finding abaout the result of the
action.
Mills (2000) berpendapat kajian tindakan ialah searang inkuiri sistematik
yang dilaksanakan ole guru, pengkaji, pengetua atau kaunselor dalam persekitaran
pengajaran dan pembelajaran bagi mengumpul maklumat tentang cara sesuatu sekolah
beroperasi, bagaimana mereka mengajar dan sebaik mana pelajar mereka mendapatkan
celik akal (insight), membentuk amalan refleksi dan menambah baik mutu pelajar
mereka yang terlibat didalamnya. Mills menegaskan, kajian tindakan adalah kajian
yang dijalankan oleh guru untuk mereka sendiri, dan bukannya dijalankan oleh orang
lain ke atas mereka.
Ebbut (1985) - Ebbut mendefinisikan kajian tindakan sebagai suatu
penyelidikan yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk
mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka
sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut. McNiff (1988) McNiff mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki
atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru2

guru menyedari amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan


tersebut, dan bersedia untuk mengubahnya. Kajian ini melibatkan guru dalam inkuiri
yang dijalankan oleh mereka, di samping melibatkan guru-guru lain.
Calhoun (1993) - Calhoun menyatakan bahawa kajian tindakan boleh
dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kajian tindakan individu (individual action
research), di mana kajian tindakan dilaksanakan oleh guru secara bersendirian; kajian
tindakan kolaboratif (collaborative action research), iaitu penyelidikan yang
dilaksanakan oleh sekumpulan guru dengan individu di institusi pengajian tinggi atau
yang setaraf dengannya; school wide action research, iaitu penyelidikan yang
melibatkan seluruh staf atau guru bersama konsortium sekolah. McBride & Schostak
(1994) - kajian tindakan merupakan refleksi tentang pengajaran sendiri yang dilakukan
dalam satu putaran perubahan, di mana fokus utama adalah untuk memperbaiki
amalan kendiri.

2.0JENIS JENIS KAJIAN TINDAKAN

Beberapa pandangan diperolehi bergantung kepada tujuan dan skop kajian. Menurut
Mills (2000), terdapat dua jenis reka bentuk kajian tindakan yang sering dibincangkan
iaitu kajian Tindakan Amalan (Practical Action Research) dan Kajian Tindakan
Penyertaan ( Participatory Action Research). Rajah dibawah menunjukkan reka
bentuk kajian tindakan Mills (2000).

Kajian Tindakan

Amalan
-

Mengkaji amalan setempat


Melibatkan inkuiri berasaskan
individu atau pasukan
Menfokuskan kepada
pembangunan guru dan
pembelajaran murid
Melaksanakan pelan kajian
Melahirkan guru sebagai
penyelidik.

Penyertaan
-

Mengkaji isu-isu sosial yang


menghalang kehidupan individu
Menekankan kesaksamaan
kolaborasi
Menfokus kepada perubahanperubahan yang meningkatkan
kualiti kehidupan
Melahirkan penyelidik yang
bebas

Bagi Calhoun (1993) pula, beliau membahagikan kajian tindakan kepada tiga
senario iaitu kajian tindakan individu (individual action research), kajian tindakan
kolaboratif (collaborative action research) dan kajian tindakan seluruh sekolah
(school wide action research). Kajian tindakan individu adalah kajian yang
dilaksanakan secara individu manakala kajian tindakan kolaboratif pula dilaksanakan
oleh kumpulan guru secara sukarela dengan pensyarah universiti. Kajian tindakan
seluruh sekolah adalah kajian yang melibatkan seluruh kakitangan dan guru sekolah
secara bersama melaksanakan kajian.

McNiff et al (2002) membahagikan kajian tindakan kepada tiga pendekatan


iaitu, pertama, pendekatan interpretif (interpretive approaches) iaitu pendekatan yang
mengakui kewujudan pengamal sebagai peserta kajian yang sebenar di dalam kajian;
kedua, pendekatan teoritik kritikal (critical theoritic approaches) iaitu pendekatan
yang membolehkan orang menjadi sedar tentang kekuatan sejarah dan budaya yang
telah mempengaruhi mereka dan situasi serta proses membuat teori adalah terhad pada
kenyataan secara retorik daripada wujud dalam amalan mereka sendiri; dan ketiga,
pendekatan teori hidup (living theory approaches) iaitu pendekatan yang
menggalakkan pengamal sendiri yang mengemukakan penghuraian dan penjelasan
mereka bagi pembelajaran mereka sendiri.

Walau apapun jenis atau senario ataupun pendekatan kajian tindakan yang
dikemukakan, tujuan utama seharusnya adalah untuk menambahbaikkan amalan secara
sistematik. Malahan tiga jenis kajian tindakan yang diutarakan boleh dilihat sebagai
peringkat-peringakat perkembangan dalam amalan kajian tindakan . Kajian tindakan
boleh dimulakan dengan kajian tindakan teknikal, perlahan-perlahan berkembang
kepada kajian tindakan praktikal dan seterusnya kepada kajian tindakan bebas.

3.0TUJUAN KAJIAN TINDAKAN

Menurut Lomax (1994), menggunakan kajian tindakan sebagai penyelidikan


pendidikan diman guru merupakan penyelidik yang menjalankan penyelidikan
bertujuan memperkembangkan profesionalisme perguruan dirinya sendiri. Kajian
tindakan juga bertujuan memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui
perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalannya, menjadi
lebih kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalanya (Niff
1988).
Selain itu, Menurut Carr dan Kemmis (1986), terdapat dua tujuan utama pelaksanaan
sesuatu kajian tindakan: (a) Menambah baik - merujuk kepada penambahbaikan
dalam tiga peringkat iaitu: penambahbaikan terhadap amalan,

penambahbaikan

kefahaman terhadap amalan oleh pengamal dan penambahbaikan terhadap situasi di


mana amalan diamalkan. (b) Melibatkan - merujuk kepada penglibatan pengamal
yang mengamalkan sesuatu bidang
Kesimpulannya. Kajian tindakan juga merupakan satu inkiuri penemuan yang
dijalankan secar sistematik oleh guru, guru besar, guru pembimbing dan guru-guru lain
yang berkepentingan dalam sesuatu PdP bagi mengumpul maklumat tentang
perjalanan sekolah mereka, bagaimana pengajaran dilaksanakan dan bagaimana murid
belajar untuk memahami pengajaran guru. Pelaksanaan kajian tindakan menggunakan
pendekatan yang sistematik dalam memperkenalkan inovasi dalam PdP. Penghasilan
pengetahuan tentang pembelajaran yang baru diharap dapat mempertingkatkan amalan
PdP guru dan melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya
iaitu menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat
refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan
dan kemajuan serta menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin
diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil
dan keberkesanan usaha itu.

4.0 KONSEP DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

i.

Konsep Kajian Tindakan


Kemmis dan Mc Taggart (1988), menggariskan beberapa konsep penting dalam
kajian tindakan iaitu:
a) Kajian tindakan adalah suatu pendekatan bagi menambah baik atau
membaiki

pendidikan

dengan

cara

melakukan

perubahan

dan

mempelajarinya akibat daripada perubahan tersebut.


b) Kajian tindakan adalah bersifat penglibatan (participatory) iaitu berusaha
ke arah memperbaiki amalan mereka sendiri.
tindakan dilakukan melalui kitaran refleksi kendiri (self-

c) Kajian

reflectivespiral) iaitu suatu kitaran gelungan yang terdiri daripada


merancang, melaksana, menilai, mereflek dan seterusnya merancang sekali
lagi, melaksana, menilai, mereflek.
d) Kajian tindakan dilakukan secara kolaboratif iaitu melibatkan mereka yang

bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan dan bagi memperbaiki


suatu amalan pendidikan.
e) Kajian tindakan melibatkan aktivti menyimpan rekod, mengumpul dan

menganalisis pertimbangan (judgement), reaksi dan tanggapan terhadap apa


yang berlaku sebagai bukti.
f) Kajian tindakan melibatkan penggunaan jurnal peribadi iaitu kita merekod
perkembangan dan refleksi kita tentang proses pembelajaran.
g) Kajian tindakan melibatkan penyelidik dalam membuat analisis kritikal

(critical analysis) terhadap situasi (bilik darjah, sekolah, sistem) mereka


bekerja. Kajian tindakan dimulakan secara kecil (start small) dan kemudian
ke arah perubahan yang lebih besar.
h) Kajian tindakan bermula dengan kitaran kecil (small cycles) yang terdiri

daripada merancang, bertindak, menilai, mereflek supaya dapat membantu


untuk mentafsir isu, idea dan tanggapan dengan lebih jelas.

Sebelum penyelidikan layak dikenali sebagai kajian tindakan, Grundy dan


Kemmis (1981) telah menyenaraikan tiga prasyarat yang perlu dipatuhi iaitu:

a) Projek tersebut menjalankan kajian ke atas satu amalan sosial yang


dilihat sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki.
b) Projek berjalan mengikut satu kitaran pusingan iaitu setiap
pusingan terdiri daripada turutan aktiviti merancang, bertindak,
memerhati dan mereflek yang dilaksanakan secara sistematik dan
berhubung kait.
c) Projek tersebut dilaksanakan oleh orang yang bertanggunjawab ke
atas setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjeksubjek

kajian

tanpa

kehilangan

kawalan

ke

atas

projek

penyelidikan.
Henry dan Henry (1982) sebaliknya pula telah mengubah suai tiga prasyarat
kajian tindakan yang dikemukan oleh Grundy dan Kemmis ( 1981) untuk
diaplikasikan ke dalam bidang pendidikan. Mereka berpendapat suatu projek
penyelidikan layak dilabelkan sebagai kajian tindakan sekiranya memenuhi
syarat-syarat berikut:
a) Projek yang berbentuk kolaborasi sama ada antara guru dengan
guru, guru dengan pelajar atau guru dengan ibu bapa.
b) Projek dijalankan harus merangka suatu perancangan yang boleh
dilaksanakan, dipantau dan direkodkan dalam bentuk kitaran serta
mempunyai dinamika dalaman untuk menjana kitaran-kitaran
berikutnya.
c) Projek harus mempunyai keupayaan memberi sumbangan pada
proses pengajaran dan pembelajaran secara jelas.

ii.

Ciri-ciri kajian tindakan


Terdapat tiga ciri penting kajian tindakan yang membeakannya daripada
penyelidikan-penyelidikan lain. Ciri-ciri tersebut ialah (a) amalan reflektif
yang perlu ada pada pengamal bidang (b) penglibatan pengamal dalam
penyelidikan yang dijalankan (c) lingkaran penyelidikan yang dijalankan
secara berterusan.
8

a) Elemen Reflektif
Kajian tindakan membawa dua manfaat utama iaitu kajian tindakan
menggalakkan guru untuk mereflek amalan mereka dan seterusnya akan
menggalakkan perubahan terhadap amalan tersebut. Oleh itu, kajian
tindakan sebagai penyelidikan untuk menambah baik amalan oleh
individu pengamal yang memerlukan mereka sentiasa memikir kembali
segala tindakan yang dilakukan dalam amalan harian mereka. Seorang
guru yang profesional perlu sentiasa mengimbas kembali pengajarannya
setelah selesai mengajar sesuatu perkara. Tanpa mengimbas kembali
atau membuat refleksi terhadap terhadap aksi-aksi pengajaran yang
telah berlaku, kajian tindakan tidak boleh berlaku.
b) Elemen penglibatan
Satu ciri untuk kajian tindakan ialah individu yang melaksanakan
penyelidikan iaitu guru akan terlibat dengan penyelidikan tersebut.
Secara amnya, masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan masalah yang bersifat setempat (hatural setting) dan unik.
Ini memerlukan penelitian khusus oleh oleh guru yang terlibat. Hal ini
bermakna, hanya guru yang terlibat seharusnya bertanggungjawab ke
atas penyelesaian kepada masalah berkenaan.
Memandangkan hanya guru yang lebih memahami situasi yang
dihadapi, maka ia jugalah yang paling layak untuk menilai dan
mempertimbangkan tindakan yang seharusnya diambil. Disamping itu,
masalah yang dihadapi melibatkan guru sebagai individu yang memiliki
keupayaan , kepercayaan, pemikiran serta pengetahuan sedia ada yang
hanya diketahui oleh guru tersebut.
Oleh itu, bagi mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang
dihadapi, suatu penyelidikan wajar dijalankan oleh guru yang terlibat
bagi membolehkannya mengambil sesuatu tindakan yang lebih tepat
daripada penyelidikan yang dijalankan oleh guru yang terlibat bagi
membolehkannya mengambil sesuatu tindakan yang lebih tepat
daripada penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik luar.
c. Elemen lingkaran
9

Kajian tindakan bukanlah suatu penyelidikan yang berhenti aetelah


penyelesaian ditemui. Walaupun setiap kajian akan mempunyai suatu
penghujung, namun kajian tersebut merupakan penyelidikan yang
berlangsung dalam lingkaran yang berterusan. Lingkaran pertamamerancang,bertindak,

memerhati,

mereflek-tidaka akan

berhenti,

sebaliknya akan diteruskan dengan merancang tindakan seterusnya.


Kajian tindakan jarang sekali memberi penyelesaian muktamad
bagi sesuatu masalah yang dihadapi. Pada peringkat pemerhatian dan
refleksi, maklumat baru akan diperoleh bagi masalah yang dihadapi,
yang menuntut kajian tindakan. Ada kalanya beberapa masalah baru
akan timbul yang memerlukan penyelidikan lain dijalankan di bawah
penyelidikan sedia ada.

5.0 MODEL- MODEL KAJIAN TINDAKAN

Pelbagai model kajian tindakan telah diperkenalkan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu


seperti Stephen Kemmis, Elliot, Dave Ebbutt Jack Whitehead dan lain-lain membawa
konsep tersendiri. Model kajian tindakan yang popular seperti Model Kajian
Tindakan Lewin (1946), Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988),
Model Kajian Tindakan
1. Model Lewin (1946)
Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran
langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan
mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati
(observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran
10

seterusnya yang melibatkan merancang semula, bertindak , memerhati dan


mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Model kajian tindakan Lewin ini
ditunjukkan dalam Rajah 1.
Rajah 1.

2. Model Kemmis & McTaggart (1988)


Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan
yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah
pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau
bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan
memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial
reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan
bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 2.
Rajah 2.

11

3. Model Somekh (1989)


Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti
masalah atau fokus kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis
data dan membina hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksana pelan
tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan
menilai serta mengenal pasti folus penyelidikan yang baru.
Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana setiap
langkah diperjelas dengan lebih terperinci, bermula daripada langkah yang
mudah dan formal kepada langkah yang lebih terperinci. namun model ini
kelihatan agak rumit untuk diikuti kerana memerlukan guru untuk
mengikuti setiap langkah yang dinyatakan secara terperinci.
Rajah 3.

12

6.0 PROSES KAJIAN TINDAKAN

Terdapat pelbagai bentuk kajian tindakan yang boleh dijalankan. Walaupun kajian
yang dijalankan berbeza, namun setiap bentuk kajian mempunyai ciri am yang sama.
Kajian Tindakan dilaksanakan dalam bentuk gegelung yang merangkumi langkahlangkah dan aktiviti seperti tinjauan awal, merancang tindakan, pelaksanaan tidakan,
melakukan penilaian dan refleksi.
i.

Tinjauan Awal (Reconnaisance)


-

Mengenal pasti Masalah


Masalah kajian pada asalnya dimulakan dengan persoalan atau
tumpuan utama kepada penyaisatan pengkaji. Dalam mengenal pasti
masalah spesifik atau persoalan kajian, ia melibatkan soalan seperti
berikut:
a) Apa yang kita hendak ketahui?

13

b) Apakah soalan- soalan yang boleh ditanya untuk memahami


masalah tersebut?
c) Apakah yang hendak dikaji?
d) Mengapakan masalah atau persoalan iti penting?
:
-

Memahami masalah
Setelah masalah kajian dikenal pasti, langkah selanjutnya adalah
untuk memahami dan mengetahui tentang masalah tersebut secara
lebih terperinci. Oleh itu, maklumat perlu dikumpulkan dengan
pelbagai cara untuk mengetahui dan memahami masalah dengan
lebih baik.
Antaranya dengan mengadkan ujian pra, temubual atau analisis
dokumen yang berkaitan seperti rekod kemajuan pelajar, keputusan
ujian atau peperiksaan. Setelah maklumat tersebut dianalisis,
perancangan tindakan yang lebih sesuai bagi mengatasi masalah
yang dialami.

ii.

Merancang Tindakan
Setelah menbuat tinjauan

awal untuk memulakan langkah kajian

tindakan, penyelidik (guru) perlu membina rancangan untuk bertindak ke


arah penambahbaikan. Sebagai permulaan, penyelidik perlu menilai
situasi sedia ada bagi mendapatkan maklumat yang akan membantunya
merancang tindakan yang bakal diambil.
Perancangan kajian tindakan merupakan pemikiran tentang tindakantindakan yang akan dijalankan bagi maslaah yang telah dikenal pasti dan
difahami. Elliot (1991) dan Kemmis & McTaggart (1988) mencadangkan
langkah seperti berikut:
- Menulis penyataan fokus kajian
- Definisikan pembolehubah yang berkaitan
- Bentuk soalan kajian
- Jelaskan intenversi atau inovasi atau aktiviti yang dicadangkan.

iii.

Menjalankan Tindakan : Pemerhatian dan Analisis Data


14

Setelah membina rancangan tindakan, tiba masanya bagi pelaksanaan.


Penyelidik (guru) perlu menyemak kembali kertas jawapan pelajar bagi
mengenal pasti soalan-soalan yang gagal dijawab oleh kebanyakan
mereka, diikuti oleh ujian diagnostik bagi mengesan kesukaran serta
kekeliruan yang dihadapi oleh pelajar tentang topik yang diajar. Setelah
itu, penyelidik akan mengajar semula topik berkenaan dengan memberi
contoh-contoh yang lebih mudah difahami oleh pelajar serta disertai
dengan latihan dan bimbingan bagi setiap pelajar secara individu.
Semasa tindakan sedang diambil, penyelidik akan mula mengesan
perubahan dalam kalangan pelajar terbabit, jika ada. Tindak balas yang
diberikan oleh pelajar semasa pengajaran semula yang memberi fokus
terhadap aspek-aspek yang sukar difahami akan memberi maklum balas
kepada penyelidik.

iv.

Melakukan Penilaian dan Refleksi


Membuat refleksi bernaksud melihat sama ada terdapat perubahan dengan
adanya perubahan yang disokong oleh data yang diperoleh. Oleh itu,
pengkaji perlu menkaji dan meneliti data berkenaan dengan cermat.
Membuat analisis dengan menyemak data bagi mencari perkara-perkara
yang tak diduga.
Satu proses yang penting dalam tahap ini adalah refleksi yang
melibatkan analisis, sintesis, interpretasi : menjelas dan membuat
kesimpulan. Brookfield (1995) menjelaskan proses refleksi melibatkan
seseorang itu aktif mengimbas kembali segala permasalahan yang
dihadapi dan berusaha mempertimbangkan segala kemungkinan yang
akan berlaku serta bertungkus lumus mencari jalan bagi menyelesaikan
segala permasalahan tersebut.
Dengan erti kata lain, refleksi merupakan tindakan yang bertujuan dan
berhati-hati melalui penilaian secara kritikal yang melibatkan pengujian
strategi seseorang untuk memberi respon kepada sesuatu situasi atau
15

tindakan. Langkah menilai dan merefleksi juga melibatkan pengambilan


keputusan tentang apa yang berlaku seperti melihat fokus kajian, peluang
dan kekangan yang terdapat disituasi, pencapaian dan limitasi langkah
pertama, mempertimbangkan kesannya ( termasuk kesan yang tidak
dijangka dan kesan sampingan), dan mula memikirkan implikasinya untuk
tindakan masa depan.

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN


Kajian tindakan mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah,
kerana di sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji
sistem P&P nya di kelas. Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan
untuk:

meningkatkan

keberkesanan

pengajaran guru, meningkatkan

prestasi

pencapaian murid, mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran


dalam sesuatu subjek, membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu
mata pelajaran.
Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang
berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh
dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap
baik ke tahap cemerlang Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau data yang boleh
dipercayai dari segi ketepatan dan kesahihannya, ianya mesti diperolehi melalui satu
prosedur dan proses yang sistematik. Jadi perbezaan yang terdapat antara guru yang
menjalankan kajian tindakan dan guru yang tidak menjalankan kajian tindakan adalah
dari segi kualiti produk yang dihasilkan. Kajian Tindakan juga memberi banyak
kepentingan kepada guru seperti:
i.

Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan


pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid dan

ii.
iii.

suasana dalam bilik darjah dan sebagainya


Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan
Dapat mempelbagaikan teknik pengajaran, memudahkan
pencapaian

kefahaman

pelajar

sekaligus

memahami

dan

memperbaiki amalan sendiri


16

iv.

Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja

v.

yang lebih aktif dan efektif


Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya
dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan membuat

vi.

penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.


Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat
perancangan untuk sebarang tindakan.

7.0 ISU-ISU BERKAITAN KAJIAN TINDAKAN

i.

Guru

tidak

bersungguh-sungguh

semasa

menyediakan

bahan

pengajaran sebelum sesuatu pengajaran itu dijalankan. Persediaan yang


dibuat hanyalah sekadar menulis malah hanya menyalin rancangan
pengajaran yang dibekalkan oleh sekolah ke dalam buku persediaan
mengajar. Selebih daripada itu tiada usaha untuk membuat sedikit
penyelidikan, penyediaan alat bantu mengajar (ABM) sama ada dalam
bentuk media cetak atau media elektronik. Guru hanya masuk kedalam
kelas dengan membawa buku teks dan buku persediaan mengajar.
Malah, ada juga yang langsung tak bawa apa pun.
ii.

Menjalankan sesi pengajaran secara lisan sahaja. Guru mengajar dan


murid mendengar. Guru menyoal dan murid menjawab secara beramairamai. Kerapkali kita dapat melihat murid yang menjawab soalan secara
beramai-ramai tidak menumpu perhatian kepada pengajaran guru. Jika
soalan dikemukakan secara individu, hanya murid-murid yang cerdas
sahaja yang akan dipilih. Adakala soalan yang dikemukakan tidak
sesuai dengan tahap kemampuan murid.

iii.

Pengajaran dijalankan secara otoritarian. Saya ajar awak dengar. Murid


tidak diberi kebebasan untuk bersoal jawab atau pun memberi pendapat.
Jika banyak sangat bertanya akan dimarahi guru.
Kegiatan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan tidak dijalankan
langsung. Murid-murid yang tidak menguasai sesuatu kemahiran yang
tidak diajar tidak diambil peduli

17

Rujukan
1. http://amsyar-zharfan.blogspot.my/2011/11/kepentingan-kajiantindakan.html
2. http://kelasperdagangan.blogspot.my/2012/09/konsep-kepentingankajian-tindakan.html
3. http://pomizi-research.blogspot.my/p/tujuan.html
4. Modul Kajian Tindakan : Norashiqin Mohd Idrus & Jamilah
Omar; UPSI
5. Pendidikan Teknikal Vokasional : Pendekatan Penyelidikan, Analisis
& Interpretasi ; Mohamed Nor Azhari Azman & Ramlee Mustapha;
2014, UPSI.

18

Anda mungkin juga menyukai