Anda di halaman 1dari 9

C A R A S O L AT TA U B AT

Fadhilat Taubat:
.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.
CARA SOLAT TAUBAT
1. Niat Solat Sunat Taubat:
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk
Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah
Tasbih berikut 40 kali:
Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo limiyn.
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau!
Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang
aniaya (zalim).
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan
beristighfar :

a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;


As-tagh-fi-rul-Laa-hil A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal
hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada
Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan
daku bertaubat kepada-Nya.
.
b. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
As-tagh-fi-rul-Laa-hil A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal haiyul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta Ab-di zhoo-li-mi laa
yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-an wa-laa mau-tan walaa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang
tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba
yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak
mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak
dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :

AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni


wa-a-naa ab-du-ka wa-a-naa a-laa ah-di-ka wa-wa-di-ka mas-tath0-tu, a-uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na-tu, a-buu u-la-ka
bi-ni-ma-ti-ka a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-nahu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau
yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya

mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku


terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala
kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala
nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan
dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang
mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.
5. Baca Doa Taubat
.

Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada


Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan
melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba
yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat
atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau
menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar
kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan
kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada
segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana
kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah!
Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku,
dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosadosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai
daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah

banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat


mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku
keampunan-Mu, kasihanilah daku.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala
dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

C A R A S O L AT TA H A J U D
Tujuan Solat Tahajjud
.
Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan
dugaan hidup.
.
.
Cara Mendirikan Solat Tahajjud
.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut
kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu
salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi
dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,: Amalan yang disukai oleh Allah,


adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.
(Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
.
1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

.
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon
ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepadaMu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan
janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan
petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya
Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang
telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.
2. Niat Solat Tahajjud:
(Ushalli sunnatat tahajjudi rakataini Lillahi taala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Taala..
.
3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

a)
Rakaat pertama:

Ayat Al-Kursi (7 kali)

Rakaat kedua:

Surah Al-Ikhlas (11 kali)

Atau;
b)
Rakaat pertama:
Rakaat kedua:

Ayat Al-Kaafirun
Surah Al-Ikhlas

Atau;
c)
10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud
Baginda.)
.
.
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat
terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

.
.
5. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca
oleh Rasulullah SAW ini:

.
.
6. Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

.
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan
bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala
pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta
segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya
langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu
adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu
adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabinabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya
hari Kiamat itu benar.
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku
beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali,
dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku
berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang
terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku
nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha
Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau!
Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan
Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat
dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan
ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji
hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!
.
.
KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
.

Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.


Doa dimakbulkan Allah.
Memperolehi ketenangan jiwa.
Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki
manusia.
Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang
berpanjangan.
Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian SiratalMustaqim.
.
.
Memudahkan Bangun Solat Malam

.
Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang hendak tidur dan
berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud,
kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya
itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai
kurniaan Allah yang diberikan kepadanya. (Riwayat al-Nasai
dan Ibnu Majah r.a.)