Anda di halaman 1dari 1

GENG 10

Tolak Yang Melibatkan Pengumpulan Semula Dengan Menggunakan Kaedah 'GENG 10'
Untuk menggunakan kaedah 'GENG 10' ini, terdapat 4 syarat utama yg wajib dipatuhi oleh anakanak / pelajar. 4 Syarat tersebut ialah :
1. Menguasai konsep nombor besar dan nombor kecil
2. Ingat GENG 10
3. Menguasai konsep asas tambah
4. Menguasai konsep asas tolak
Sebelum memperkenalkan kaedah ini kepada anak / pelajar, ibu bapa / guru perlu memastikan 4
syarat di atas wajib dikuasai oleh mereka terlebih dahulu..Ingat.!! Jika mereka tidak dapat
menguasai 4 syarat utama, teknik ini tidak akan berjaya digunakan.
#Apa itu 'GENG 10'?
'GENG 10' adalah pasangan nombor apabila ditambah akan menjadi 10.
1 geng 9
2 geng 8
3 geng 7
4 geng 6
5 geng 5
6 geng 4
7 geng 3
8 geng 2
9 geng 1
(Wajib hafal dan ingat)
Cara pengiraan dan penerangan saya tunjukkan pada setiap gambar...Cuba aplikasikan pula
kaedah ini kepada anak / pelajar dan bandingkan dgn kaedah yg digunakan sblm ini..Adakah
ianya membantu.?