Anda di halaman 1dari 4

SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan sorotan balik seorang watak yang bernama Kamal
apabila terbaca tentang Dr. Ahmad (merupakan rakan Kamal di universiti)
yang terpilih sebagai calon Dewan Undangan Negeri Kelantan dalam
Piilhanraya Umum tahun 2013 mewakili parti Bunga Raya. Berita Dr. Kamal
menjadi calon DUN Nyior Cabang telah mengimbau kembali sejarah silam
yang terjadi antara Kamal dan Dr. Ahmad sewaktu Kamal ingin menubuhkan
Kelab Parti Bunga Raya di Yogyakarta pada tahun 1994. Dr. Ahmad ketika itu
merupakan Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Indonesesia Cabang
Yogyakarta (PKPMI-CY) tidak bersetuju dengan cadangan Kamal. Cadangan
ini telah menyebabkan mahasiwa-mahasiswa Malaysia di Yogyakarta
terbahagi kepada dua, satu berpihak kepada Kamal dan satu lagi berpihak
kepada Dr. Ahmad. Berlakulah pergeseran antara kedua-dua pihak tersebut.
Salah seorang mahasiswa senior, iaitu Azmy telah mencadangkan agar
diadakan debat tentang penubuhan kelab Bunga Raya ini. Kedua-dua pihak
bersetuju atas cadangan ini. Di sinilah terjadinya kemuncak cerpen ini
apabila kedua-dua pihak telah mengemukakan alasan dan justifikasi
sokongan dan tentangan terhadap cadangan penubuhan kelab Parti Bunga
Raya di Yogyakarta. Cerpen ini diakhiri dengan Kamal tersenyum sendiri
apabila mengenangkan penentangan Dr. Ahmad terhadap penubuhan kelab
Parti Bunga Raya di Yogyakarta dengan Dr. Ahmad yang kini telah menjadi
calon Parti Bunga Raya dalam Pilihanraya Umum tahun 2013.

Politik Masa Muda


25 Februari 2013
Ketika sedang menikmati sarapan pagi, secawan nescafe panas dan
sekeping roti canai sambil membaca surat khabar Warta Nusa, meneliti satusatu per satu nama-nama calon Pilihanraya Umum 2013, aku terkesima
apabila terlihat nama Dr. Ahmad bin Hamzah telah terpilih menjadi calon
Parti Bunya Raya bagi Dewan Undangan Negeri Pulai Chondong. Dah jadi
calon ADUN rupanya. Tapi kenapa jadi calon Parti Bunga Raya?bisikku.

Januari 1994
Aku tak setuju Kamal
Marah sekali Ahmad dengan aku apabila menyampaikan
hasratku untuk kelab Parti Bunga Raya di Yogyakarta.
Kenapa pulak kau tak setujubalasku.
Aku datang jumpa kau bukan sebab nak mintak izin kau dalam
hal ini. Aku datang sebab nak bagitau kat kau saja lanjutku.

Ahmad, aku hormat kau sebagai presiden pelajar Malaysia di


sini, sebab itulah aku datang dan bagitau bahawa aku dan beberapa kawan
kita yang lain ingin menubuhkan Kelab Parti Bunga Raya di Yogya ni jelasku.
Aku tetap tidak bersetuju dengan cadangan kau tu Kamal
Ahmad berkeras. Terserah kamulah Ahmad, nak setuju ataupun
tidak. Aku dan kawan-kawan lain dah pun sepakat nak tubuh
Kelab Bunga Raya kat sini.
Aku pun lalu berlalu pergi sambil meninggalkan Ahmad sendirian
di beranda Asrama Malaysia yang terletak di Gang Wuni, Jalan Kaliurang,
Yogyakarta

Pada suatu hari ketika aku baru saja pulang dari kuliah, belum sempat lagi
aku memarkirkan motor kesayanganku, kedengaran namaku dipanggil
Mas, Mas Kamal jerit Dian.
Sebentar Dian, mau parkir motor dulu balasku
Ada apa ya Dian tanyaku.
Begini ya Mas. Tadi ada yang cari Mas. Saya bilang Mas lagi kuliah
ujar Dian.
Siapa ya Dian tanyaku.
Kurang tahu Mas tapi dibilangin teman Mas dari Malaysia, namanya
Azmi. Mas disuruh ke Asrama Malaysia nanti malam. Katanya ada rapat kata Dian
lagi.

Kenapa pulak tiba-tiba ada pertemuan di Asrama Malaysia malam


nanti hatiku bertanya.
Makasih ya Dian kataku pada Dian lalu pergi menuju ke bilik
sewaanku.

Dian merupakan pembantu rumah di tempat aku menyewa bilik, berusia 22


tahun dan berasal dari Kebumen.
Siapa ya Mbak tanyaku.
Kurang tahu Mas, tapi dibilangin teman Mas dari Malaysia balas Dian
Teman Mas tu bilang, Mas harus ke Asrama Malaysia nanti malam jam
delapan. Katanya ada rapat lanjut Dian.
Kenapa tiba-tiba ada pertemuan di Asrama Malaysia malam nanti
tiba-tiba hatiku bertanya.
Makasih ya Mbak ujarku kepada Dian.