Anda di halaman 1dari 2

SI BELANG TIDAK BERSALAH (NEGERI SEMBILAN)

Lamin dan isterinya Salmah sangat suka memelihara haiwan.


Semua haiwan peliharaan Lamin dan isterinya jinak. Haiwan-haiwan itu diberi makan dan
minum yang secukupnya.
Lamin dan Salmah juga ada membela seekor anak harimau yang dipanggil Si Belang. Mereka
terjumpa Si Belang sewaktu mencari kayu api di hutan. Mereka sangat menyayangi Si Belang.
Si Belang amat bijak. Ia memahami segala arahan Lamin dan isterinya.
Pada setiap kali tuannya keluar ke kebun, Si Belang akan menjaga rumah tuannya. Lamin
sangat percaya kepada Si Belang.
Tidak beberapa lama kemudian, Salmah melahirkan seorang bayi yang comel. Mereka
menjaga bayi itu dengan penuh kasih saying.
Si Belang sering bermain-main dengan anak tuannya.
Pada setiap pagi, Lamin dan Salmah keluar ke kebun. Mereka meninggalkan bayi mereka di
dalam buaian.
Lamin dan Salmah meminta Si Belang menjaga bayi mereka.
Lamin dan Salmah sangat menghargai kesetiaan Si Belang. Jaga anakku agar dia selamat,
pesan Salmah kepada Si Belang.
Si Belang mengaum seolah-olah faham akan kata-kata tuannya.
Lamin dan Salmah pulang dari kebun. Mereka terkejut melihat mulut Si Belang berdarah.
Si Belang mengaum ingin memberitahu sesuatu. Ia mengajak Lamin dan Salmah pergi ke
tempat buaian anak mereka.
Mengapa mulut Si Belang berdarah? Tanya Salmah.
Tiba-tiba, Lamin teringat akan anak mereka di dalam buaian. Si Belang telah makan anak
kita! Lamin sangat marah lalu menghunus parangnya.
Rupa-rupanya kau haiwan yang tidak mengenang budi. Tergmak kau makan anakku! jerit
Lamin. Kau memang haiwan tidak berhati perut!
Lamin menerkam ke arah Si Belang. Si Belang terkejut lalu cuba melarikan diri.
Namun begitu, Lamin Berjaya menarik ekor Si Belang. Si Belang tidak berjaya melepaskan
diri.
Lamin terus menetak kepala Si Belang hingga mati. Darah terpancut dari kepalanya.
Lamin dan Salmah tidak percaya Si Belang begitu kejam terhadap anaknya. Mereka sedih
kerana anak mereka sudah tiada lagi.
Tiba-tiba, Salmah melihat buaian anaknya bergerak-gerak. Dia melihat anaknya masih hidup.

Salmah menjerit memanggil Lamin. Lamin tergesa-gesa dating mendapatkan Salmah.


Bayi kita selamat, abang! teriak Salmah dengan gembira. Rupa-rupanya Si Belang tidak
bersalah.
Kemudian Lamin dan Salmah ternampak bangkai seekor ular sawa berhampiran buaian itu.
Barulah Lamin tahu kejadian yang sebenarnya. Si Belang telah membunuh ular sawa yang
mahu makan anaknya.
Lamin sedar, dia telah membunuh Si Belang yang tidak bersalah. Dia berasa amat menyesal.

Moral
Janganlah terburu-buru membuat keputusan. Bertindak mengikut akal fikiran.