Anda di halaman 1dari 8

Cerita

ini mengisahkan tentang kekentalan jiwa seseorang

guru bernama En Mark Thackeray dalam mendidik anak


muridnya. Melalui cerita ini saya dapat mengenal pasti
dinamika hubungan antara guru dengan pelajar dan pelajar
dengan pelajar. Tambahan pula beberapa konsep pengurusan
bilik darjah dan model-model pengurusan tingkah laku
diaplikasikan oleh watak En.Mark Thackeray dalam cerita ini.
Dinamika hubungan bermaksud pertembungan yang menghasilkan sesuatu yang
positif, sihat dalam membantu perkembangan pelajar. Dinamika hubungan iaitu hubungan
positif antara guru dengan pelajar mempengaruhi perkembangan dan prestasi pembelajaran
murid. Melalui cerita ini saya sedar bahawa pembinaan hubungan yang positif antara guru
dengan pelajar boleh meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah
pihak dan memerlukan masa yang lama untuk menjalin hubungan positif, terutamanya satu
pihak merupakan pelajar yang bermasalah. Dalam cerita ini, En.Mark Thackeray telah
membina hubungan dengan mendekati pelajar secara sendiri. Contohnya, beliau telah
mendekati seorang pelajar bernama Seales yang dalam keadaan sedih dan bertanya
tentang masalah pelajar itu serta dia telah menunjukkan sikap prihatinnya semasa Seales
menangis atas kematian ibunya di kelas. Tambahan pula, beliau mempamerkan sikap
kejujurannya dalam memenangi hati pelajarnya. Beliau sentiasa jujur memberi jawapan atas
soalan pelajarnya serta kongsi pengalaman hidup dalam mendidik pelajarnya. Contohnya,
En.Mark Thackeray memasukkan pengalaman hidupnya semasa mengajar cara membuat
salad dan semasa menerangkan tentang perkahwinan.
Selain itu, Mark Thackeray juga membina hubungan positif dengan mewujudkan
komunikasi dua hala. Komunikasi dua hala antara dua pihak dapat meningkatkan iklim
pembelajaran kepada yang lebih baik. Pelajar akan dapat merasakan dirinya dihargai dan
disayangi oleh guru dan rakan kelasnya sekiranya tidak ada unsur mencelah semasa pelajar
tersebut memberi pendapat. Komunikasi dua hala yang diwujudkan oleh En.Mark Thackeray
adalah bagi melatih pelajar meluahkan pendapat atau masalah dengan gurunya.
Contohnya, hubungan positif antara guru dan pelajar menyebabkan Pamela bersedia
meluahkan perasaan serta berkongsi masalah yang dihadapinya kepada Mark Thackeray
semasa beliau mengajak Pamela untuk membincangkan perkara yang diberitahui oleh ibu
Pamela. Dengan mengambil kesempatan itu beliau telah memberi nasihat yang bersesuaian
bagi mengubah tingkah laku Pamela yang balik ke rumah lewat malam.
Di samping itu, beliau juga membina hubungan positif dengan mengenal potensi
pelajar. Contohnya, beliau telah memberitahu bahawa beliau akan berbincang kepada pihak

tertentu bagi mendapatkan kerja sebagai guru tinju kepada Denham. En.Mark Thackeray
sentiasa bersabar dengan kerenah Denham dan beliau juga tidak bermusuhan dengan
Denham tetapi berusaha membantu Denham memajukan diri menggunakan potensi dalam
dirinya. Hubungan positif ini juga menyebabkan pelajar tersebut rela mematuhi segala
arahan guru dan peraturan bilik darjah.
Seterusnya, dalam cerita ini juga En.Mark Thackeray telah mengambil berat tentang
perkara-perkara seperti ingat nama setiap pelajar, masukkan unsur kecindan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, mengadakan hubungan mata semasa berkomunikasi,
memberi perhatian semasa memberi pendapat, menghormati pelajar dan sebagainya bagi
membina hubungan positif antara guru dengan pelajar. Pencapaian akademik dan tingkah
laku murid dipengaruhi oleh kualiti hubungan guru dengan pelajar dan pelajar dengan
pelajar. Hubungan positif antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar adalah
penting demi membina iklim bilik darjah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran
serta dapat membentuk tingkah laku yang positif yang dapat memajukan diri pelajar.
Melalui cerita ini saya dapat mengenal pasti penggunaan model modifikasi tingkah
laku B.F Skinner dalam memperbaiki tingkah laku pelajarnya. Abdul Ghani Abdullah (2009)
dalam bukunya Mengurus Tingkah Laku Pelajar telah menyatakan bahawa model modifikasi
tingkah laku B.F Skinner menggunakan prinsip peneguhan dengan elemen-elemen luaran
untuk meningkatkan tingkah laku yang dingini. Model modifikasi tingkah laku B.F Skinner
membahagikan peneguhan kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Peneguhan positif adalah memberikan rangsangan yang selesa kepada pelajar bagi
meningkatkan tingkah laku yang dingini manakala peneguhan negatif pula mengeluarkan
rangsangan serta merta atau memberikan rangsangan yang tidak selesa atau menyakitkan
selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan bagi mewujudkan tingkah yang dingini. Dalam
cerita ini guru tersebut telah menggunakan peneguhan positif bagi memastikan pengekalan
tingkah laku. En Mark Thackeray telah membawa pelajar-pelajarnya ke British History
Museum sebagai ganjaran atas kelakuan mereka dalam mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh beliau. Pada pagi hari lawatan tersebut, kita dapat melihat semua pelajar
kelas beliau berpakaian kemas dan cantik sehingga En Mark Thackeray juga teruja dan
sangat gembira dengan cara pemakaian pelajar-pelajarnya. Pada pendapat saya,
rangsangan yang menyelesakan (lawatan) telah menyebabkan para pelajarnya untuk
meneruskan tingkah laku yang dingini oleh gurunya seperti berpakaian kemas dan bersih.
Dalam cerita ini, guru tersebut juga telah menggunakan peneguhan negatif bagi
mengembalikan perhatian pelajarnya ke arah proses pdp. Contohnya, ketika En Mark
Thackeray sedang mengajar, pelajarnya bernama Denham leka membaca majalah di

belakang lalu En Mark Thackeray mengkoyakkan majalah tersebut dalam mendapatkan


perhatian pelajar tersebut. Apabila rangsangan(majalah) dikoyakkan, guru tersebut dapat
meningkatkan tingkah laku yang diingini iaitu memberi perhatian semasa guru mengajar.
Tambahan pula, En Mark Thackeray sentiasa memberi peneguhan sebaik sahaja tingkah
laku tidak diingini ditunjukkan. Sebagai contoh, En Mark Thackeray telah memarah dan
menasihat pelajar-pelajar perempuannya yang berkelakuan buruk iaitu membakar tuala
wanita dalam ketuhar perapi.
Dalam situasi ini En Mark Thackeray telah mengendalikan masalah dengan baik
walaupun dalam keadaan marah. Hal ini demikian kerana, dia telah menjaga maruah
perempuan dengan memarah para pelajar perempuan tanpa kehadiran pelajar lelaki. Beliau
juga telah memasukkan kata-kata nasihat semasa marah mereka dan menyuruh mereka
membersihkan tempat tersebut bagi menyedarkan mereka bahawa mereka harus
bertanggungjawab atas perbuatan mereka. Pada mulanya, saya rasa tindakan guru tersebut
memarah semua pelajar perempuan adalah salah tetapi jika kita menetiti lebih mendalam
mereka perlu sedar bahawa mendiamkan diri semasa seseorang rakan kelasnya melakukan
perbuatan tidak baik, mereka sebagai kawan perlu menegurnya, jika mereka tidak tegur
pelajar tersebut, ia bermaksud mereka juga bersubahat dan bersetuju dengan perbuatan
rakannya. Dengan memarahi semua pelajar perempuan beliau telah mengajar bahawa
mereka juga ada hak dalam menjaga kebersihan kelas dan mereka telah membuat
kesalahan dengan mendiamkan diri semasa rakannya melakukan perbuatan yang tidak
baik. Hal ini pasti menyedarkan pelajar-pelajar lain perlu menegur tindakan rakan yang tidak
baik bagi mengelakkan rangsangan yang tidak baik (dimarahi oleh guru) dan bagi
mewujudkan bilik darjah yang kondusif .
Peneguhan positif seperti lawatan juga dijadikan sebagai hukuman tarik dalam cerita
ini. Contohnya, guru besar sekolah tersebut telah menarik balik arahan membenarkan kelas
tersebut membuat lawatan sehari dalam seminggu akibat perbuatan Potter yang hampir nak
memukul guru pendidikan jasmani mereka. Rangsangan yang selesa (lawatan) ditarik balik
bagi mewujudkan tingkah laku yang dingini.
En.Mark Thackeray juga telah menggunakan model disiplin asertif Canter dalam
menangani masalah tingkah laku pelajarnya. Haliza Hamzah, dalam bukunya Pengurusan
Bilik Darjah Dan Tingkah, telah menyatakan bahawa model disipin asertif Canter
menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Beliau juga
menjelaskan hak murid adalah belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak
guru adalah untuk mengajar tanpa gangguan. Guru dalam cerita ini telah membuat
peraturan dan menguatkuasakan peraturan bilik darjah bagi memastikan hak setiap orang

dipelihara serta aktiviti bilik darjah dapat berjalan dengan berkesan. Canter juga
berpendapat bahawa guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam
bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Contohnya, En.Mark Thackeray telah mewujudkan peraturan-peraturan seperti:
Pelajar perlu memanggilnya sebagai "Sir" atau "Encik Thackeray".
Apabila guru atau pelajar bercakap pelajar lain tidak akan mencelah.
Pelajar-pelajar perempuan akan dipanggil dengan menambah perkataan Miss"
di hadapan namanya manakala pelajar-pelajar lelaki akan dipanggil dengan
menggunakan nama keluarga mereka.
Pelajar perempuan perlu berkelakuan seperti seorang yang bermaruah kerana
lelaki dewasa tidak akan berkahwin dengan perempuan yang tidak berakhlak.
Pelajar-pelajar lelaki perlu bersih dan berpakaian kemas.
Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara berinteraksi.
Abdullah Sani Yahaya dalam bukunya Guru Sebagai Pemimpin telah menyatakan bahawa
Richards (1990), mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru
ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung
supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Guru dalam filem ini dapat
mengurus bilik darjah yang berkesan dengan mewujudkan peraturan selaras dengan
pendapat Richards. Guru dalam filem ini mempunyai matlamat yang jelas dalam
pengurusan bilik darjah. Hal ini demikian kerana, peraturan yang ditetapkan adalah selaras
matlamat beliau bagi membiasa pelajarnya menghadapi dunia luar dengan tingkah laku
yang bersopan. Beliau juga yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan dan pada masa
yang sama beliau juga bersikap adil kepada semua murid. Contohnya, beliau telah
membenarkan pelajarnya untuk mengkritik dirinya jika beliau tidak dapat mengikuti
peraturan yang ditetapkan.
Model ini merupakan sesuatu pendekatan sistematik dan berstruktur untuk
membantu pendidik yang mengelola alam belajar dalam bilik darjah guru. Model ini
berlandaskan kepentingan pematuhan murid untuk membentuk persekitaran pembelajaran
yang kondusif serta berkesan dalam pembelajaran mereka. Untuk mencapai matlamat ini,
guru harus bertindak secara asertif dan bukan agresif atau bukan asertif. Pada pendapat
saya guru dalam filem itu konsisten bersikap asertif. Hal ini dapat membantu membina
persekitaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial
murid. Tambahan pula, peraturan yang diwujudkan dapat melahirkan pelajar yang
mempunyai akhlak yang baik dan terpuji disamping dapat menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran dengan berkesan. Hal ini demikian kerana, apabila tidak berlaku aktiviti
mencelah guru dapat menjelaskan lebih maklumat dan guru tidak akan terkeluar daripada isi
pengajaran hari itu serta pelajarnya juga dapat memahami isi pelajaran yang ingin

disampaikan. Tambahan pula, pelajar juga akan rasa dirinya dihargai jika pelajar tersebut
dapat meluahkan pendapatnya tanpa sebarang gangguan.
Beliau juga telah dapat membina hubungan saling mempercayai dan saling
menghormati antara satu sama lain dengan mewujudkan peraturan memanggil rakan kelas
dengan hormat. Beliau juga telah memberi kebenaran kepada pelajarnya untuk berbincang
tentang apa-apa sahaja bagi meningkatkan komunikasi dua hala. Komunikasi dua hala
merupakan asas kepada pengurusan bilik darjah yang baik. Ia memberikan peluang kepada
guru bersikap mesra dan menikmati interaksi dengan murid-muridnya. Murid akan dapat
merasakan dirinya dihargai dan disayangi oleh guru. Interaksi yang berpanjangan antara
mereka akan membantu beliau dalam memahami pelajar secara mendalam, sekaligus akan
meningkatkan prestasi mereka sama ada dari segi pembelajaran dan juga aspek disiplin.
Lanjutan itu, beliau juga telah membantu pelajarnya untuk memahami bentuk tingkah
laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah
kegagalan seperti yang ditekankan dalam model ini. Contohnya, semasa pelajarnya yang
bernama Potter telah mengambil kayu untuk memukul guru pendidikan jasmaninya, En Mark
Thackeray telah menjelaskan perbuatannya tidak baik dan kita tidak sepatutnya bertindak
ganas apabila seseorang menimbulkan kemarahan dan meminta Potter untuk meminta
maaf terhadap perbuatannya. Dalam situasi ini, beliau sedaya upaya ingin mengajar cara
menghadapi dunia luar dan membentuk sikap tanggungjawab dalam diri pelajarnya.
Selain itu, En Mark Thackeray telah menggunakan teknik ulangan positif iaitu cara
mengulangi peraturan bagi menyedarkan kesalahan yang dilakukan serta membetulkan
perbuatan. Sebagai contoh, Mark Thackeray telah mengulangi peraturan lebih dari satu kali
bagi membetulkan tindakan murid yang bernama Bert Denham yang enggan menggunakan
gelaran Sir apabila bercakap dengan beliau. Penggunaan gelaran sir merupakan salah
satu peraturan kelas tersebut. Teknik ini berkesan juga ke atas Denham kerana semasa
mengulangi peraturan beliau telah menunjukkan muka dan nada yang tegas seperti yang
ditegaskan dalam model disiplin asertif canter.
Saya juga berpendapat bahawa ada satu masa beliau bertindak sebagai guru
bersikap authoritarian. Contohnya, semasa membuat peraturan beliau seharusnya membuat
peraturan bersama-sama muridnya dan memaparkannya di hadapan kelas serta perlu
menerangkan hukuman yang dikenakan jika melanggar peraturan yang dibuat. Tetapi beliau
telah membuat peraturan dengan sendiri dan tidak menerangkan akibat yang terpaksa
dihadapi jika melanggar peraturan. Jika kita berfikir secara rasional, kita boleh sedar bahawa
anak murid En Mark Thackeray bukanlah pelajar yang boleh dibawa berbincang untuk
membuat peraturan. Mungkin ada di kalangan kita rasa perbuatan tersebut salah iaitu

bersikap authoritarian dalam membuat peraturan kelas tetapi peraturan yang diperbuat oleh
beliau adalah bagi kebaikan para pelajarnya yang akhirnya membentuk akhlak yang mulia
dalam diri setiap pelajarnya.
Lanjutan itu, En Mark Thackeray juga telah menggunakan model terapi realiti William
Glasser. Glasser menyatakan model ini merupakan satu teknik kaunseling untuk membantu
individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan
membuat perancangan tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang. Fokus
utama model ini ialah individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku sendiri. Beliau telah
menggunakan teknik kaunseling bagi menyedarkan kesalahan Potter. Sebagai contoh, En
Mark Thackeray telah membuat Potter sedar perbuatannya mengambil kayu untuk memukul
guru Pendidikan Jasmani (PJ) adalah salah dan mengajar Potter untuk bertanggungjawab
terhadap tingkah laku sendiri dengan meminta maaf kepada guru PJ. Tambahan pula, beliau
menerangkan kepada Potter bahawa seseorang perlu meminta maaf sekiranya dia berasa
dirinya salah bukannya kerana takut atas akibat tingkah lakunya. Dengan ini, beliau telah
mengajar pelajarnya membina kekuatan diri untuk menghadapi masalah dalam kehidupan
seharian tanpa keganasan.
Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada
murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah,
keadaan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di
sekolah. En Mark Thackeray telah menghapuskan masalah tingkah laku dan membina bilik
darjah yang berkualiti selaras dengan apa yang ditekan oleh Glasser dalam modelnya.
Beliau dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar serta
membina hubungan baik antara beliau dengan pelajarnya dengan memenuhi keperluan
asas pelajar iaitu kasih sayang, keseronokan, kebebasan dan mempunyai kuasa dan
kawalan.

kasih sayang

keseronokan

kebebasan

mempunyai
kuasa dan
kawalan.

Perasaan kasih sayang dan dipunyai menjadi sebahagian daripada keperluan asas
individu. En Mark Thackeray telah memberikan kasih sayang ini dengan mengambil berat
dan memberi perhatian kepada para pelajarnya. Contohnya, beliau mendekati Seales yang
berkelihatan tertekan lalu menanya masalah dan beliau juga telah memeluk Seales yang

baru kehilangan ibunya bagi menenangkan perasaannya. Beliau juga telah mewujudkan
perasaan

mereka adalah sebahagian daripada komuniti bilik darjah dalam diri setiap

pelajarnya. Hal ini dapat diterangkan dengan adegan pembakaran tuala wanita di ketuhar
perapi. Beliau telah memarahi semua pelajar perempuan dengan menyatakan bahawa
kebersihan bilik darjah adalah tanggungjawab semua. Tambahan pula, beliau juga telah
menghapuskan

sikap

negatif

Denham

dengan

menggunakan

sikap

positifnya.

Contohnya,beliau juga menunjukkan sikap kasih sayang dan mengambil berat

dengan

menolong Denham memajukan dirinya walaupun dia telah mencabar tahap kesabaran dan
kuasa beliau.
Glasser juga menekankan bahawa kebebasan juga merupakan salah satu keperluan
yang perlu dimiliki oleh individu. En Mark Thackeray telah memberi kebebasan kepada
pelajarnya untuk memilih topik bagi berbincangan. Kebebasan membuat pilihan akan
membangkitkan rasa tanggungjawab pelajar terhadap perbincangan yang dijalankan dan
mereka akan bersifat aktif serta komited semasa sesi perbincangan.
Keseronokan merupakan salah satu keperluan asas yang perlu dipenuhi bagi
menggelakkan masalah tingkah laku. En Mark Thackeray telah menggunakan pelbagai
kaedah pengajaran seperti membuat lawatan, demonstrasi masakan, berbincangan dan
sebagainya bagi menimbulkan keseronokan di samping meningkatkan ilmu pengetahuan
mereka. Apabila mereka berasa seronok, fikiran mereka lebih fokus dengan aktiviti yang
dijalankan oleh mereka.

Beliau telah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran

dan

mengubah persekitaran (membuat lawatan) bagi meningkatkan penglibatan pelajarnya


dalam proses pengajaran dan pembelajaran .
Glasser juga telah menyatakan bahawa bagi mempunyai rasa dipunyai dan
mempunyai kepentingan di dalam sesebuah komuniti, seseorang perlu mempunyai kuasa
dan kawalan ke atas komuniti persekitarannya. Contohnya, kita dapat melihat bahawa
pelajar-pelajar dalam cerita ini mempunyai hak dalam memilih tajuk perbincangan dan hak
mencadangkan aktiviti seperti lawatan. En. Mark Thackerey juga telah setuju dengan
cadangan pelajarnya dan membawa pelajarnya melawat Muzium. Persetujuan beliau pasti
telah membangkitkan rasa dipunyai dan rasa dihargai dalam diri pelajar.
Selaras dengan itu, En Mark Thackeray juga telah menggunakan model akibat
logikal Dreikurs bertujuan membetulkan tingkah laku bermasalah. Model ini berpegang
kepada prinsip bahawa pelajar harus diberikan pilihan untuk membetulkan tingkah lakunya
serta tidak dipaksakan untuk bertingkah laku mengikut arahan. Dengan itu, pelajar boleh
belajar menjadi lebih bertanggungjawab. Bagi situasi tingkah laku bermasalah yang

dilakukan oleh Pamela iaitu masuk ke kelas tanpa ketuk pintu dan tidak meminta kebenaran
untuk masuk dan akhirnya tidak meminta maaf atas kelewatan masuk ke kelas. Beliau telah
memberikan pilihan untuk Pamela membetulkan perbuatannya dengan mendemonstrasikan
cara yang betul untuk memasuk ke dalam bilik darjah. Beliau tidak mengarah Pamela untuk
menuruti arahannya atau memberi hukuman terhadap kesalahan Pamela tetapi beliau telah
memberi pilihan untuk Pamela untuk membetulkan kesalahannya.
Secara keseluruhannya, model-model pengurusan disiplin bilik darjah boleh
digunakan sebagai cara untuk mengenal pasti masalah yang berlaku dalam bilik darjah dan
memberi panduan kepada guru bagaimana untuk membina strategi bagi mengatasi
permasalahan ini sekaligus melahirkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik
darjah.