Anda di halaman 1dari 16

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

TEKNOLOGI VOKASIONAL
- MATEMATIK
TINGKATAN 3
2014

ii

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)


MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL

MATEMATIK
TINGKATAN 3

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

iii

Copyright 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2013


Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga
bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

iv

KANDUNGAN
1. RUKUN NEGARA

vi

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

vii

3. KATA PENGANTAR

viii

4. PENGENALAN
4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional
4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional
4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi
4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard

1
1
1
1

5. PELAKSANAAN
5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P

2
2

6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)


6.1 Matlamat Modul
6.2 Objektif Modul
6.3 Fokus Modul
6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
6.5 Organisasi Standard Kurikulum
6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian

4
4
4
4
5
6-9

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

vii

Kata Pengantar
Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad
ke-21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.
Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini
diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu
kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan
kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh
diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.
DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran
tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini
menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan
cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat
membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri,
pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah
memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA)


Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
viii

PENGENALAN
Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Matlamat Pendidikan Asas Vokasional
Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia
melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Objektif Pendidikan Asas Vokasional
Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini
bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan.
PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik
pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan
sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta
memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat
membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya
niaga.
Kurikulum Berasaskan Kompetensi
Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi
yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.
Kurikulum Modular Berasaskan Standard
Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian
yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan
Kriteria Pencapaian
Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap
Standard Pembelajaran.

PELAKSANAAN
Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 2 waktu seminggu selama 14 minggu menjadikan keseluruhan 28 waktu setahun.

Guru berlatarbelakang opsyen Matematik paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana
yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat
dilaksanakan sebaik mungkin.
Penggunaan Teknologi Dalam P&P
Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih
belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif
dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P
supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

TEKNOLOGI VOKASIONAL
- MATEMATIK

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)


Matlamat Modul
Kurikulum Sains, Matematik dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bertujuan
mengembangkan potensi individu agar berpemikiran logik, kritis, kreatif dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah
serta membuat keputusan berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni selaras dengan perkembangan sains dan teknologi untuk

menangani cabaran abad ke-21.


Objektif Modul
Di akhir modul ini, murid akan dapat;
.
1. Membentuk kefahaman tentang konsep, hukum dan prinsip yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi; Sukatan; Perkaitan; Geometri
dan Statistik
2. Mempertingkatkan kemahiran matematik berkaitan dengan Nombor dan Operasi; Sukatan; Perkaitan; Geometri dan Statistik seperti:
Mengukur dan membina
Membuat anggaran dan penghampiran
Memungut dan mengendali data
Mewakilkan dan mentafsir data
Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik
Menggunakan algoritma dan perkaitan
Menyelesaikan masalah
Membuat keputusan
3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar bagi menyelesaikan
masalah dalam pelbagai konteks.
4. Mengamalkan secara konsisten kemahiran proses matematik iaitu
penyelesaian masalah;
penaakulan matematik;
komunikasi secara matematik;
perkaitan; dan
perwakilan
5. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar secara
berkesan dan bertanggungjawab dalam situasi kehidupan harian.
6. Menyedari bahawa idea matematik saling berkait, dan merupakan ilmu yang menyeluruh dan bersepadu, serta mampu
menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.
7. Menggunakan teknologi bagi membina konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka idea matematik di
samping memperkayakan pengalaman pembelajaran.
8. Memupuk dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif terhadap matematik serta menghargai kepentingan dan keindahannya.
9. Membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kecekalan dalam menyelesaikan masalah.
10. Mengamal dan mengembangkan kemahiran generik bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
4

Fokus Modul
Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Matematik memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada
perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan,
teknologi hijau dan keusahawanan.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan
kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:
Pendekatan modular berasaskan kompetensi
Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti
Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk
Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)
Pembelajaran kolaboratif dan koperatif
Pembelajaran masteri
Integrasi TMK merentas kurikulum
Integrasi keusahawanan merentas kurikulum
Lawatan industri
Pengurusan kewangan berhemah

Organisasi Standard Kurikulum


Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3.

Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu.
Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan
pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard
Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun
begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran.
Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan
serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran
secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan
tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai
persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan
tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

STANDARD
KANDUNGAN
1. Mempamer dan
mengaplikasikan
kefahaman tentang
isi padu prisma
tegak dan silinder
membulat tegak.

STANDARD
PEMBELAJARAN
1.1 Menentukan isi padu
prisma tegak dan
silinder membulat
tegak dalam pelbagai
konteks.

2. Mempamer dan
mengaplikasikan
kefahaman
matematik dalam
melaksanakan
pembelajaran
berasaskan projek.

2.1 Melaksanakan projek


yang mengaplikasikan
kefahaman matematik
dalam pelbagai konteks.

3. Mempamer dan
mengaplikasikan
kefahaman tentang

3.1 Mengenal dan


menentukan mod dan
min bagi suatu set data.

KRITERIA PENCAPAIAN
1.1.1 Menentukan isi padu prisma tegak yang berkeratan rentas
a) segiempat sama b) segiempat tepat
c) segitiga

1.1.2

Menentukan isi padu silinder membulat tegak.

1.1.3

Menyelesaikan masalah yang melibatkan isi padu prisma tegak dan


silinder membulat tegak.

2.1.1

Melaksanakan pembelajaran berasaskan projek dengan a)


mengaplikasikan pelbagai kemahiran matematik,
b)

menggunakan pelbagai sumber, c)

melibatkan diri

secara aktif, dan d) membuat keputusan yang wajar.

3.1.1

Menentukan mod.

3.1.2

Mengira min dengan menggunakan rumus.

STANDARD
KANDUNGAN
statistik.

STANDARD
PEMBELAJARAN
3.2 Mengenal dan mentafsir
pelbagai perwakilan
data.

KRITERIA PENCAPAIAN
3.2.1

Menyatakan kesesuaian a) Piktograf


b) Carta pai
c) Carta palang d) Graf garis
sebagai perwakilan data.

3.2.2

Mentafsir suatu perwakilan data yang diberi.

3.2.3

Melaksanakan pembelajaran berasaskan projek yang melibatkan


a) pengumpulan data,
b) pengorganisasian data, c) perwakilan
data,
d) pentafsiran perwakilan data.

Terbitan:

20