Anda di halaman 1dari 1

Temu Ramah Pelajar Cemerlang SPM 2014

Bolehkah anda menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang anda?


Saya Mohamad Shah Rizan bin Maddah merupakan anak tunggal. Bercita-cita menjadi
seorang arkitek. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa dan kemudiannya ke
Sekolah SMK Seksyen 16. Mendapat 4A semasa UPSR dan 7A semasa PMR.
Apakah perasaan anda sebaik sahaja mengetahui anda mendapat keputusan cemerlang
dan seterusnya sebagai Pelajar Terbaik dalam peperiksaan SPM?
Saya agak terkejut kerana tidak menjangka akan mendapat keputusan sebegitu namun saya
bersyukur kerana dapat menggembirakan hati ibu bapa saya ketika itu.
Apakah rahsia strategi pembelajaran anda?
Strategi pembelajaran saya adalah janganlah kita belajar kerana terpaksa. Cuba gabungkan
belajar dengan bermain agar kita dapat merasakan bahawa belajar itu suatu perkara yang
menyeronokkan.
Siapakah memberi dorongan kepada anda untuk terus berjaya?
Ibu bapa, rakan-rakan serta guru-guru yang telah banyak memberi dorongan kepada saya
supaya tidak putus asa dan memberi semangat agar terus berjaya.
Harapan anda kepada pelajar SMK16?
Harapan saya kepada pelajar sekolah SMK16 agar mereka dapat belajar bersungguh-sungguh
sehingga ke peringkat yang lebih tinggi agar kita dapat mengubah nasib keluarga kita. Jangan
belajar sampai tertekan sebaliknya ambillah masa untuk berehat serta bermain seketika..
insyaAllah kita tidak akan bosan.