Anda di halaman 1dari 10

Cabaran-cabaran utama dalam pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 dan

langkah berkesan untuk mengatasinya.

Abstrak
Tujuan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk membentuk sistem pendidikan ke arah
yang lebih baik. Sebelum Akta Pendidikan 1996 terdapat beberapa penyata pendidikan
seperti penyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Semua penyata pendidkan yang digubal
adalah semata-mata untuk memajukan sistem pendidikan yang ada di Negara kita.
Kandungan setiap penyata yang digubal adalah berdasarkan suasana dan keadaan
kehidupan semasa demi untuk memajukan sistem pendidikan di Malaysia. Dalam setiap
penyata yang digubal masih ada lagi kelemahan dari segi beberapa perkara yang dihadapi
dalam suasana semasa dan dalam kehidupan masyarakat yang berbilang bangsa. Maka
Akta Pendidikan 1996 diperkenalkan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam
penyata pendidikan sebelum ini.
Akta

Pendidikan

1996

telah

menggariskan

beberapa

perkara.

Antaranya

ialah

mengutamakan ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan adalah penentu utama arah
tujuan negara dan penyelamat bangsa. Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan
masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam
dunia yang bersaing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains,
teknologi dan maklumat. Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan
wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan
ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu
masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. . Dasar yang dinyatakan di
atas

akan

dilaksanakan

melalui

suatu

sistem

pendidikan

kebangsaan

yang

memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum


Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan
komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk
perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras
dengan prinsip-prinsip Rukunegara.

Pengenalan
Terdapat

berbagai-bagai-bagi

cabaran

dan

masalah

yang

dihadapi

dalam

mengaplikasikan Akta Pendidikan 1996. Akta Pndidikan 1996 yang digubal khas adalah
yang terbaik jika dibandingkan dengan akta pendidikan sebelum ini. Akta Pendidikan 1996
digubal bagi menggantikan Penyata Rahman Talib dan Penyata Razak yang tidak dapat
diguna kerana terdapat kelemahan-kelemahan dari segi kandungan mengikut kesesuaian
masa kini. Untuk mengatasi kelemahan yang terkandung dlam Penyata Rahman Talib dan
Penyata Razak beberapa perubahan telah dilakukan untuk kebaikan dan kemajuan bidang
pendidikan di Malaysia. Walaupun perubahan dilakukan namun kandungan dalam Penyata
Rahman Talib dan Penyata Razak yang difikirkan sesuai masih lagi dikekalkan seperti
penggunan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Melayu Sebagai
Bahasa Rasmi dalam semua urusan kerajaan. Begitu juga denganiIsu perpaduan kaum di
Malaysia masih dikekalkan dalam Akta Pendidikan 1996. Walaupun Akta Pendidikan 1996
digubal bagi memperbaiki kelemahan dan kekurangan Penyat pendidikan sebelum ini
namun beberapa perkar masih lagi belum dapat di atasi dan menjadi cabaran dalam sistem
pendidikan di Malaysia.

CABARAN-CABARAN AKTA PENDIDIKAN 1996


Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia
Usaha kerajaan untuk mewujudkan sistem amaran konflik perkauman sebagaimana
yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara
dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah
sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum,
dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan
memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman.
Sebaliknya kita juga sedar bahawa perpaduan kaum adalah pemboleh ubah penting dalam
menentukan pendidikan yang cemerlang. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk
menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan
sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana
yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma,
budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan
amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa
disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman
sesama kita.
Masalah perpaduan kaum telah menjadi masalah utama dalam melaksanakan akta
pendidikan 1996. Tujuan utama akta pendidikan ialah untuk penyatuan kaum melalui
pendidikan. Apa yang berlaku sekarang kaum yang ada di Malaysia masing dengan sikap
kaum masing. Pencapaian pendidikan mengikut kaum adalah berbeza. Dari segi
pencapaian dalam pendidikan kaum cina adalah maju jika dibandingkan dengan kaum-kaum
lain. Pencapaian pendidikan kaum Melayu sudah ketinggalan jika dibandingkan dengan
kaum Cina. Pencapaian pendidikan dapat dicapai dengan perpaduan kaum.
Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dengan jelas
diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sebagai undang-undang
utama negara Perlembagaan menjadi tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang
yang diluluskan oleh Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala dasar kerajaan.
Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap
ke dalam batang tubuh Perlembagaan; contohnya definisi orang Melayu juga dikaitkan
dengan penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2).

Keakraban ini juga kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10(4) yang turut
meletakkan Bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang kedudukannya tidak boleh
dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara.
Oleh sebab keadaan linguistik yang begitu berbagai di Malaysia, maka secara sekali
imbas kita akan dapat melihat bahawa ada masalah yang nyata dalam menentukan yang
mana satu untuk dipilih menjadi bahasa kebangsaan. Pilihan itu haruslah yang dapat
memuaskan hati semua golongan, dan juga mesti dapat dihormati dan dijalankan dari
semua segi, baik sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Semasa Malaysia (dulunya
Malaya) masih terletak di bawah pemerintahan penjajah Inggeris, tidak pernah ada usaha
yang dibuat untuk memilih sebuah bahasa kebangsaan. Bahasa Inggeris, pada masa itu
telah digunakan seluas-luasnya sebagai bahasa pendidikan dan pentadbiran. Ternyata
bahawa ini adalah merupakan satu dasar pemerintahan penjajah Inggeris. Untuk
menguatkan dan meneruskan kuasa mereka di Malaysia, maka mereka telah dengan
sengaja membiarkan penduduk-penduduk Malaya terbahagi dan tinggal berasingan dari
segi kebudayaan, ekonomi dan bahasa.
Keperluan untuk memilih sebuah bahasa Kebangsaan yang tunggal adalah menjadi
mendesak selepas Malaya berkerajaan sendiri pada tahun 1957. tetapi sebenarnya,
persoalan ini telah lama timbul dan difikirkan oleh golongan-golongan bumiputera yang
tertentu, terutamanya, para pendidik dan penulis. Angkatan Sasterawan 50 telah
menyuarakan bahawa kemerdekaan dalam pemerintahan tidaklah dapat dianggap berhasil
atau bermakna sekiranya kaum bumiputera tidak dapat turut menyertai perbincangan atau
mengambil bahagian untuk berbincang dalam dewan-dewan perundangan di Malaysia. Jadi
mereka tidaklah akan dapat turut serta dalam menjalankan pemerintahan negara mereka.
Perkara seperti ini dianggarkan akan berlaku kerana, sebab pada masa itu hanya lebih
kurang 10% dari bilangan penduduk yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, iaitu
bahasa yang digunakan dalam pentadbiran negara. Keadaan begini sudah tentunya
menghalang sebilangan penduduk Malaysia, biak dari apa suku bangsa sekalipun, daripada
turut serta dalam mentadbirkan negara mereka. Oleh yang demikian, untuk membolehkan
penduduk Malaysia menjalankan hal-ehwal pentadbiran diri dan negara mereka sendiri,
makan amatlah penting mereka menggunakan sebuah bahasa yang lebih luas
dipergunakan. Tambahan pula, sebagai sebuah negara yang baru merdeka, maka perlulah
adanya sebuah bahasa Kebangsaan untuk kepentingan identiti yang sama bagi semua rupa
bangsa yang tinggal di Malaysia. Jadi keperluan bagi sebuah bahasa Kebangsaan adalah
amat mendesak. Dalam hal ini, bahasa Melayu telah difikirkan yang paling layak untuk
dijadikan bahasa Kebangsaan Malaysia. Memang benar, ini suatu keputusan politik, tetapi

memang tidak ada sebarang keraguan lagi mengenai keputusan ini. Begitu jugalah dalam
kebanyakan negara yang baru merdeka, sekiranya, penduduknya terdiri daripada berbilang
bangsa dan bahasa, maka keputusan untuk memilih sebuah bahasa Kebangsaan adalah
suatu persoalan politik.
Ada banyak faktor dan pertimbangan lain yang juga penting dalam memilih bahasa
Kebangsaan ini. Dari segi peratus bilangan penduduk, maka ternyata bahawa penduduk
Melayulah yang ramai bilangannya iaitu membentuk 43% dari penduduk Malaysia,
sementara penduduk Cina pula membentuk 36% dan India 8% dari penduduk Malaysia.
Baki 10% yang lain itu adalah terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa yang boleh
dianggap sebagai masyarakat minoriti. Walaupun penutur bahasa Melayu sebagai bahasa
kandung itu terdiri daripada hanya 43% dari seluruh penduduk, tetapi bahasa Melayu itu
adalah dipertuturkan oleh semua penduduk, tetapi bahasa Melayu itu adalah dipertuturkan
oleh semua penduduk sebagai lingua franca termasuklah kalangan golongan masyarakat
pendatang. Tetapi bahasa-bahasa pendatang, walaupun dituturkan oleh segolongan penutur
yang agak besar bilangannya, tetapi setiap satunya tidaklah seragam. Bahasa Cina itu
sebenarnya terdiri daripada beberapa buah bahasa (dialek) yang berlainan seperti
Mandarin, Kanton, Hokkien, Tieuchieu, Hainan, Hakka, Kaysai, Amoi dan Foochow. Begitu
juga bahasa India yang sebenarnya terbentuk dari beberapa buah bahasa yang berlainan
seperti Tamil, Malayalam, Telugu, Sinhali, Punjabi, Benggali, dan lain-lain. Ternyata bahasa
mendatang ini tidaklah dapat diterima sebagai suatu bahasa Kebangsaan. Ia bukanlah
bahasa bumiputera dan setiap satunya hanya mempunyai bilangan penutur yang kecil, dan
penyebarannya tidak luas dan tidak seragam. Hanya bahasa Melayu sajalah yang luas
dipergunakan oleh penduduk Malaysia tidak kira apa rupa bangsa. Apa yang lebih penting
untuk menjadi pertimbangan ialah bahawa bahasa Melayu dituturkan itu adalah agak
seragam. Dalam istilah ini jelaslah bahawa bahasa Melayulah yang luas sekali digunakan,
atau bahasa majoriti penduduk Malaya, pada masa itu.
Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukanlah bermakna
bahawa bahasa-bahasa pendatang di Malaysia ini didiskriminasikan. Hak setiap bahasa
asing itu terpelihara dalam Perlembagaan Malaysia (1972:116-7). Bahasa-bahasa lain
adalah dibenarkan untuk dipergunakan dan dipermajukan bersama-sama bahasa Malaysia.
Sebenarnya, sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa asing itu tidak terganggu di
Malaysia.

Dasar

kerajaan

adalah

untuk membolehkan

bahasa-bahasa

ini

wujud

bergandingan. Tetapi dalam proses membangun negara seperti ini, maka kewujudan
bahasa-bahasa pendatang itu janganlah pula menghalang perkembangan bahasa
Kebangsaan itu daripada menjadi maju dan kukuh.

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, maka secara


perlembagaan bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan yang tunggal di Malaysia.
Hasrat ini dirancangkan supaya dijalankan secara berperingkat-peringkat melalui sistem
pendidikan negara. Bahasa Melayu dirancangkan supaya menggantikan bahasa Inggeris
secara berperingkat-peringkat dalam pendidikan dan pentadbiran. Walau bagaimanapun,
pelaksanaan yang dijalankan oleh pemerintah tidaklah begitu tegas pada mulanya.
Pelaksanaan itu seharusnya dijalankan secara berlembut dengan jalan meyakinkan bangsabangsa asing supaya mempelajari bahasa Malaysia tanpa paksaan. Ternyata bahawa cara
ini telah tidak memberi kesan sebagai yang dirancangkan. Sepatutnya, dalam masa sepuluh
tahun selepas merdeka, iaitu pada tahun 1967, bahasa Malaysia dijadualkan supaya dapat
menggantikan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam bidang pentadbiran dan pendidikan.
Walaupun kebanyakan warganegara Malaysia yang terdiri dari kaum mendatang ini
bersimpati dan bersetuju dengan dasar ini, tetapi mereka tidaklah mengambil apa-apa
langkah yang konkrit kerana dasar pelaksanaan itu tidak mempunyai sebarang desakan.
Walaupun demikian, usaha awal ini tidaklah pula boleh dikatakan gagal sama sekali.
Kebanyakan penduduk Malaysia menyalakan pemerintahnya sendiri dalam kegagalan
mereka melaksanakan dasar ini dengan lebih tegas lagi. Oleh sebab itu, selepas 1969,
kerajaan telah mengambil sikap yang lebih berani dan tegas dalam melaksanakan bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah, untuk menggantikan bahasa
Inggeris. Berikutan dengan itu juga , bahasa Malaysia dijadikan syarat untuk mendapat
pekerjaan, lebih-lebih lagi dalam sektor kerajaan, dan juga guna untuk ketetapan dalam
jawatan, serta kelulusan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Selepas lebih kurang
tujuh tahun, Malaysia mulai dapat melihat hasil-hasil yang lebih tegas dan memuaskan
menuju matlamat yang dirancangkan. Hasrat kerajaan ialah untuk menjadikan bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar penuh di sekolah-sekolah dan universiti-universiti.
Sebenarnya kalau ditinjau pula pelaksanaan bahasa Malaysia dalam bidang pendidikan,
maka sebenarnya akan terdapat suatu hal yang amat menarik. Bahasa Malaysia
sememangnya telah pun dipergunakan untuk menyampaikan kursus-kursus di peringkat
universiti pada mas ini. Dalam hal ini dapat dikatakan yang hasrat dan tujuan kerajaan ini
telah tercapai dalam beberapa hal, dan dasar ini sudah maju dan merupakan suatu feit
accompli.
Kepentingan Etika Guru
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan.
Kod etika dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis panduan bagaimana
bertingkah laku dalam profesion perguruan sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru


terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka.Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara
ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat
keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod
etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.Menerusi kod etika, guru dapat
meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata
masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong
guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.Etika kerja merupakan nilai-nilai
yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan
memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk
tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi
(INTAN, 1991).
Namun terdapat segelintir guru tidak menunaikan tanggungjawab yang telah
diamanahkan

oleh

masyarakat

kepada

guru.

Terdapat

guru-guru

yang

sanggup

mengabaikan tanggungjawab mereka. Ada sesetengah guru sanggup melanggar etika


perguruan yang ditetapkan kepada mereka. Tanggungjawab yang diamanahkan kepada
guru adalah terlalu berat yang terpaksa dipikyul oleh orang yang bergelar guru. Sikap sambil
lewa atau acuh tak acuh atau memandang rendah terhadap tanggungjawab yang diberikan
kepada guru. Walaupun tugas yang diberikan dianggap kecil dan mudah tetapi sebenarnya
ia adalah terlalu berat dan susah untuk di amalkan. Oleh sebab itulah ada sesetengah guru
memandang ringan dan ambil mudah terhadap tanggungjawab yang diberikan.
Oleh itu ada di antara guru yang sanggup meninggalkan kelas semasa waktu
mengajar hanya semata-mata sanggup berbual kosong antara guru lain sama ada di kantin
atau di bilik guru atau di mana sahaja. Contoh di atas adalah sbahagian daripada tingkah
laku yang bertentangan daripada kod etika perguruan.
Terdapat banyak lagi contoh salah laku yang dilakukan oleh guru yang boleh boleh
dikategorikan sebagai melanggar kod etika perguruan. Di antaranya ialah
1.
2.
3.
4.
5.

Ponteng kelas
Tidur dalam kelas
Bercakap hal-hal politik dalam kelas
Mencarut
Berkelakuan tidak senonoh terhadap murid

6. Menagih dadah
7. Mencabul murid di tempat-tempat sunyi semasa lawatan semasa guru dan
murid bersendirian
Contoh di atas adalah sebahagian tingkah laku yang dianggap melanggar kod etika
perguruan. Ada di antara guru telah didakwa di mahkamah kerana sanggup merogol
muridnya. Adajuga guru dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dengan pengedaran
dadah dan bergaduh.
Kes guru melanggar etika perguruan sebagaimana contoh yang dikemukakan di atas
telah menjadi satu masalah dan menjadi beban kepada sekolah. Di antara kes salah laku
guru yang paling ketara ialah masalah kes ponteng kelas semasa waktu proses
pembelajaran. Kes ini boleh dianggap kes yang paling teruk di mana kes ini selalunya
dihadapi oleh setiap sekolah. Setiap sekolah akan ada kes seperti ini. Daripada bilangan
guru yang ramai di sesebuah sekolah terdapat seorang guru atau lebih menghadapi
masalah ponteng kelas. Secara keseluruhan guru yang terlibat dengan masalah ini akan
berkumpul di suatu tempat dan akan melakukan kerja keraja yang tidak ada kaitan dengan
sekolah. Fenomena ini kita boleh di mana-mana sekolah biasanya kes ini berlaku di
sekolah-sekolah luar bandar yang jauh dari pusat bandar atau jauh dari pejabat pelajaran
daerah. Yang mana sekolah ini jarang sekali dilawati oleh pegawai-pegawai pelajaran
daerah. Di antara punca-punca yang boleh Menyebabkan perkara ini berlaku kepada
seseoarang guru yang terlibat dengan kes pelanggaran kod etika perguruan

adalah

disebabkan beberapa perkara.


1.
2.
3.
4.

Masalah individu itu sendiri


Masalah keluarga
Masalah kewangan
Masalah sekolah

Masalah Kemasukan ke IPT


Kerajaan telah membina pusat-pusat pengajian tinggi bagi memenuhi keperluan
pendidikan rakyat Malaysia bagi menyediakan rakyat yang berilmu pengetahuan dan
mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu untuk memenuhi keperluan tenaga
kerja yang mahir bagi membina negara maju. Melalui Akta Pendidikan 1996 kerajaan
memberi pelung kepada rakyat Malaysia untuk melanjutkan pelajaran kepusat pengajian
tinggi. Berdasarkan kepada pencapaian peperiksaan awam kaum Cina telah mendahului
pencapaian dalam pendidikan berbanding dengan Melayu dan India. Kerajaan mahu
peluang untuk belajar di pusat pengajian tinggi hendaklah diberikan secara sama rata
kepada semua kaum. Maka timbullah sistem kuota dan sistem merit bagi menentukan

kemasukan pelajar kepusat pengajian tinggi. Pencapaian kaum Melayu dan India tidak
dapat menyaingi pencapaian pendiidkan kaum Cina dari segi pendidikan. Ini bermakna
kaum Cina lebih erhak untuk belajar dipusat pengajian tinggi. Kerajaan telah melihat satu
sistem perlu diwujudkan bagi menentukan kelayakan pelajar-pelajar meneruskan pengajian
ke peingkat pengajian tinggi. Keadaan ini akan menentukan modal insan yang akan
menguruskan negara Malaysia untuk masa akan datang
PENUTUP
Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui
Akta Pendidikan 1996 dulu telah menampakkan kejayaan. Walaupun tidak sepenuhnya.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar
bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi
negara.
Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu amat payah untuk kita selesaikan,
kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British
untuk kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu,
menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan
tebaik untuk mencapai perpaduan.
Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic" yang
masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman" Cultural pluralism"
tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari
semasa ke semasa. Untuk mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah
merupakan satu kaedah terpenting. Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan
sistem pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara,
selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan
diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta menyumbang
kepada keharmonian dan kemakmuran Negara, semua pendidik harus meletakkan
kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan
masing-masing. Hal inidapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan
kepada usaha-usaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah
bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia
tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi
negara maju mengikut acuan sendiri.

Di pihak anak didik selaku pelajar hari ini, yang bakal mengganti pemimpin dan
pembina negara pada masa akan datang, biarpun berasal dari wilayah yang berlainan,
menjadi ahli dalam komuniti sebuah sekolah yang terdiri dari para guru dan kakitangan
sokongan yang berbilang kaum sepatutnya menjadikan alam persekolahan dan mungkin
kehidupan di asrama medan terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia peri
pentingnya perpaduan ke arah pencapaian akademik, kokurikulum dan pembinaan sahsiah
yang cemerlang dan seterusnya memperkasakan sekolah.