Anda di halaman 1dari 9

SOALAN: Terangkan hubungan antara undang-undang dan standard moral.

Pilih satu
undang-undang sedia ada dan nilaikan proses pembentukan undang-undang yang dipilih.

Undang-undang dan peraturan memainkan peranan yang sangat penting di dalam


kehidupan setiap individu yang hidup bermasyarakat. Semua tindakan manusia di muka bumi
ini melibatkankan pengaruh undang-undang. Fitrah manusia menyebabkan manusia sentiasa
memerlukan kehidupan bermasyarakat. Kehidupan bermasyarakat semestinya melibatkan
interaksi social dan sentiasa mewujudkan nilai-nilai norma atau tidak norma kehidupan.
Kamal Halili Hassan (1990) mendefinasikan undang-undang sebagai peraturan atau kaedah
yang dibuat oleh sesuatu perundangan yang dikenakan ke atas rakyat negara berkenaan atau
sekumpulan orang dan dikuatkuaskan melalui badan penguatkuasaan tertentu dan
keengganan mematuhi undang-undang berkenaan akan membawa kepada hukuman.
Peraturan dan undang-undang sudah menjadi keperluan setiap individu di atas muka bumi ini.
Undang-undang merupakan satu set peraturansama ada dipersetujui umum atau dibuat
melalui badan perundangan untuk melindungi, mengaturkan dan memelihara hak seseorang
serta mewujudkan keharmonian sosial. (Razak: 2010). Manakala ahli falsafah inggeris seperti
Aristotle dan Finnis mendefinasikan undang-undang sebagai peraturan-peraturan yang
digubal yang membolehkan dan menegah sesuatu kelakuan atau tindakan. Tanpa undangundang maka pincang kehidupan. Sebagai contoh, undang-undang jalan raya dibuat untuk
menegah sesuatu kemalangan daripada berlaku. Sekiranya tiada undang-undang jalan raya
seperti lampu isyarat maka akan berlaku banyak kemalangan jalan raya. Begitu juga norma
manusia yang lain sekiranya tiada undang-undang tidak kira undang-undang umum atau
persendirian maka keharmonian kita akan tergadai. Manakala, Bentham seorang ahli falsafah
inggeris mendefinasikan undang-undang sebagai peraturan-peraturan yang telah digubal dan
dilaksana oleh pihak pemerintah dan jika pelanggaran undang-undang berlaku maka pihak
pemerintah boleh mengenakan hukuman kepada pihak yang melanggar undang-undang
tersebut. Undang-undang diwujudkan untuk menjaga dan mengawal kehidupan masyarakat
membendung kezaliman dan ketidakadilan. Contohnya, undang-undang jenayah digubal
untuk mengawal sesuatu perkara yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti
mencuri, mencederakan orang awam, merompak atau membunuh. Kesalahan tersebut boleh
dikenakan hukuman yang setimpal dengan adanya undang-undang. Setiap undang-undang
secara universal mempunyai tujuan utama, iaitu menyediakan peraturan yang mesti dipatuhi
oleh setiap ahli masyarakat dengan cara menetapkan standard serta batasan dalam setiap

aktiviti (Shamrahayu: 2015). Undang-undang juga bukan sahaja bertujuan untuk memelihara
keharmonian dan keamanan dalam kehidupan manusia tetapi juga mencerminkan nilai
ekonomi, politik, social dan moral masyarakat (Wu Min Aun: 1999). Kamus Dewan
menghuraikan maksud undang-undang sebagai suatu peraturan atau keseluruhan yang diguab
oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan. Tidak ada sesiapa atau
mana-mana pihak yang boleh dibiarkan melampau atau berlebih-lebihan sehingga menindas
anggota masyarakat yang lain.Setiap satu undang-undang dan peraturan yang digubal
mengandungi asas kebijaksanaan dan merangkumi satu bentuk kebaikan untuk setiap ahli
masyarakat. Ini kerana pada pengertian yang lebih mendalam, terdapat perkara lain yang
mahu dicapai oleh undang-undang. Undang-undang bukan semata-mata mahu mencapai
kehendak fizikal atau kehendak material manusia sahaja. Undang-undang juga bertujuan
menjaga ketenteraman manusia dari aspek kerohanian. Oleh itu undang-undang perlulah juga
menghormati sifat dalaman manusia, termasuk jiwa, rohani dan sensitiviti manusia.Sebagai
contoh, isu sifat sekular atau sifat agama negara, undang-undang moral dan pelaksanaan
undang-undang Syariah.
Undang-undang di Malaysia banyak dipengaruhi oleh undang-undang Inggeris. Tiga
teori utama undang-undang tersebut ialah teori undang-undang semulajadi, teori positivis dan
teori undang-undang sebagai satu system peraturan. Teori undang-undang semulajadi atau
natural law dianggap sebagai ciptaan Tuhan yang disokong oleh ahli falsafah Kristian St.
Thomas Aquinas. Prinsip moral, keadilan dan rasa hati (conscience) adalah pertimbangan
yang sangat penting dalam undang-undang yang telah dicipta. Contohnya, sesuatu yang
membawa keadilan adalah undang-undang manakala yang tidak adil bukan merupakan
undang-undang. Namun begitu, berbeza pula pada golongan positivis yang menyokong teori
undang-undang semulajadi, Golongan positivis berpendapat undang-undang adalah perintah
daripada pemerintah yang berdaulat dan tidak releven sama ada undang-undang itu adil atau
tidak. Sebagai contoh, walaupun undang-undang itu diwujudkan oleh pemerintah yang
berdaulat sama ada seorang Parlimen atau diktator, namun undang-undang tetap undangundang dan wajib dipatuhi. Teori ketiga menjelaskan undang-undang sebagai satu system
peraturan yang dicipta atau digubal untuk memastikan masyarakat dapat hidup dalam suasana
yang aman dan harmoni. Undang-undang meliputi hak, tugas, dan tanggungjawab anggota
masyarakat. Kegagalan mematuhinya akan menyebab si pesalah dikenakan hukuman.
Sumber undang-undang di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu undang-undang bertulis dan
undang-undang tidak bertulis. Undang-undang bertulis ialah undang-undang yang terkandung

dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri-negeri, juga dalam kanun


termasuk undang-undang perwakilan atau subsidiary manakala undang-undang tidak bertulis
merupakan undang-undang Malaysia yang tidak digubal oleh badan penggubal undangundang iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan tidak terdapat dalam Perlembagaan
Persekutuan dan perlembagaan negeri-negeri. Undang-undang bertulis Malaysia terdiri
daripada Perlembagaan Persekutuan (undang-undang tertinggi negara dan perlembagaan
negeri-negeri), undang-undang yang digubal oleh parlimen dan Dewan undangan negeri
(perlembagaan negeri masing-masing) dan undang-undang subsidiary atau perwakilan yang
dibuat oleh orang perseorangan atau organisasi, (Akta Parlimen atau Enakmen Dewan
undangan negeri). Undang-undang bertulis Malaysia pula terdiri daripada prinsip undangundang Inggeris yang sesuai dipakai dalam masyarakat Malaysia keputusan Mahkamah
tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, keputusan Mahkamah Agung,
Mahkamah Persekutuan yang terdahulu dan Majlis Privy dan adat resam penduduk tempatan
yang telah diterima sebagai undang-undang oleh mahkamah.
Selain itu, undang-undang juga terdiri daripada undang-undang awam, undangundang persendirian, undang-undang jenayah dan undang-undang sivil. Undang-undang
awam melibatkan hal ehwal dan hubungan kerajaan dengan rakyat manakala undang-undang
persendirian melibatkan hak dan kewajipan individu dalam masyarakat. Kerajaan adalah
merupakan pihak yang terlibat secara langsung dalam pertikaian dalam undang-undang awam
manakala individu, kumpulan atau organisasi adalah pihak pertikaian dalam undang-undang
persendirian. Undang-undang jenayah pula, kerajaan merupakan pihak yang mendakwa yang
bertujuan untuk menghukum penjenayah dan menyekat jenayah daripada berlaku sekali gus
menjaga keharmonian masyarakat. Undang-undang sivil bertujuan memberi ganti rugi dan
memberi pampasan kepada pihak yang mendapat kecederaan untuk melaksanakan urusniaga
dan untuk menguatkuasakan obligasi. Undang-undang awam ialah undang-undang
perlembagaan, undang-undang pentadbiran, undang-undang jenayah dan undang-undang
perhubungan perusahaan. Isu kebebasan bersuara dan bebas menyuarakan pemdapat yang
berkaitan undang-undang media tergolong dalam undang-undang perlembagaan. Disamping
itu, undang-undang persendirian ialah undang-undang keluarga, perwarisan, amanah, dan
sebagainya. Undang-undang persendirian menentukan hak dan kewajipan seseorang yang
mesti dilaksanakan jika berlaku kerugian.

Ciri-ciri utama undang-undang ialah kuasa pemerintah untuk membuat undangundang, ketaatan masyarakat terhadap undang-undang dan kesahihan. Undang-undang yang
boleh diguna pakai dan sahih untuk dilaksanakan hendaklah digubal oleh pihak pemerintah
supaya setiap ahli masyarakat mematuhi undang-undang tersebut. Undang-undang juga
hendaklah sahih dan boleh diguna pakai oleh setiap individu dan bukan hanya diguna pakai
sesetengah pihak sahaja. Ciri-ciri asas Perlembagaan Persekutuan ialah:
1) Mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan
2) Mewujudkan system Raja Berperlembagaan
3) Mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Persekutuan tetapi menjamin
kebebasaan beragama
4) Mengiktiraf Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi dan
kedaulatan undang-undang
5) Mewujudkan badan eksekutif
6) Mewujudkan kebebasan kehakiman
7) Menjamin peruntukan tradisi seperti hak istimewa sesuatu kaum, Bahasa
kebangsaan dan kerakyatan,
Standard moral merupakan dasar dalam memutuskan apakah suatu tindakan yang dilakukan
benar atau salah. Moral digunakan untuk mempertahankan nilai conscience suatu tindakan
yang individu lakukan. Standard moral juga memberi erti etika yang mengesahkan standard
yang baik atau buruk sesuatu tindakan. Moral juga sebagai penanda aras untuk mengenakan
sesuatu hukuman kepada individu yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh
pihak pemeritah. Umumnya, etika ialah prinsip tingkah laku individu yang diterima dari segi
moral. Etika atau moral juga bermaksud kepercayaan peribadi seseorang individu tentang
kelakuan yang baik dan buruk. Perbezaan antara undang-undang dan standard moral ialah
standard moral merupakan asas kepada undang-undang. Undang-undang yang digubal
hendaklah berlandaskan sesuatu yang boleh diterima akal dan norma kehidupan
bermasyarakat. Standard moral juga menjelaskan baik atau buruk sesuatu kejadian itu dan
undang-undang dilaksanakan untuk mengawal setiap kejadian daripada melampaui batas
standard moral. Undang-undang boleh juga ditentukan daripada hukum agama. Udangundang lazimnya berkait rapat dengan moral, etika dan kehidupan bagi menjamin
kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Immanuel Kant, seorang ahli falsafah
baratberpendapat bahawa gabungan moral dan undang-undang disebut sebagai undangundang akhlak. Manakala Austin pula berpendapat bahawa untuk memandu manusia yang

waras dan mentadbir manusia yang waras, undang-undang yang mengandungi setiap
peraturan telah digubal oleh pihak pemerintah dan seorang penulis barat iaitu Alexendar Pope
berpendapat bahawa undang-undang diperlukan untuk keamanan dan ketenteraman dalam
sebuah masyarakat. Moral atau akhlak merupakan nilai-nilai yang diamalkan oleh sebuah
masyarakat pada sesuatu masa yang boleh berubah menjadi adat dan kemudiannya boleh
berubah menjadi peraturan hidup bermasyarakat. Standard moral yang diterima oleh
masyarakat akan berubah dari masa ke masa mengikut nilai yang diamal oleh setiap
masyarakat. Pada awal pembentukan undang-undang, moral atau akhlak perlu dipertahankan
oleh masyarakat tetapi kini undang-undang dan moral telah diasingkan kerana kebebasan
individu diberi keutamaan dalam memberi hukuman kepada individu yang melanggar
undang-undang tersebut. Tambahan pula, moral mempengaruhi bentuk dan jenis undangundang yang boleh digubal. Namun sesetengah undang-undang kini tidak lagi dapat
menentukan bentuk moral yang boleh diguna pakai oleh kehidupan bermasyarakat. Sebagai
contoh, berdasarkan undang-undang, seseorang yang melakukan kesalahan yang melibatkan
seks mungkin akan dihukum tetapi terdapat juga kesalahan seks yang boleh terlepas daripada
undang-undang seperti pelacuran, sepasang kekasih yang hidup bersama sebagai suami isteri
namun tidak bernikah. Semua ini berlaku di dalam masyarakat tetapi tidak salah disisi
undang-undang. Undang-undang sepatutnya berdasarkan pemikiran yang waras. W.S. Gilbert
berpendapat undang-undang seharuslah merangkumi segala yang cemerlang tanpa ada
kecacatan. Sir Edward Cooke, seorang pakar undang-undang berpendapat, jika undangundang bertentangan dengan kewarasan, ianya tidak harus berkuat kuasa. Masyarakat
terdahulu beranggapan bahawa hubungan seks sesame jenis atau biseksual sebagai tidak
waras dan bertentangan dengan hokum akhlak dan moral sekali gus menjadi kesalahan
undang-undang. Namun dengan peredaran masa dan perubahanmentality masyarakat
sekarang, khususnya negara barat telah membolehkan perkara tersebut dan kesalahan tersebut
tidak di kenakan apa-apa hukuman. Perkara ini berlaku kerana mereka berpegang kepada hak
dan kebebasa individu untuk kepuasan diri mereka sendiri. Ada negara yang memberikan hak
sehingga boleh berkahwin sesama jantina. Amat jelas sekali masyarakat sekarang
mengetepikan soal moral dan kesan buruk kepada masyarakat tidak di titik beratkan.
Perbahasan mengenai moral dan undang-undang ialah sama asa kesalahan moral
sesungguhnya patut dijadikan kesalahan undang-undang. Undang-undang semestinya
menjadikan nilai moral sebagai asas kepada pembentukan undang-undang supaya dapat
menjaga kestabilan dan keharmonian masyarakat. Bagi mengelak kritikan tentang hak asasi
dan kebebasan individu, negara-negara barat telah banyak mengecualikan kesalahan-

kesalahan seks sehingga banyak berlaku pengguguran, bunuh diri dan sebagainya. Jika kita
lihat kepada kesan seperti ini, undang-undang seharusnya lebih telus tanpa mengetepikan
moral yang boleh diterima norma masyarakat. Kesan buruk pemisahan undang-undang dan
moral amat jelas sekali dengan berlakunya banyak jenayah pada masa kini seperti contoh
buang bayi. Oleh kerana undang-undang tidak merangkumi kesalahan tinggal bersama yang
tidak bermoral maka terjadi nya masalah buang bayi dan malahan ada yang sanggup
membunuh bayi sendiri kerana malu dengan kesalahan sendiri. Seharusnya kesalahan
membuang dan membunuh bayi sendiri dikenakan hukuman yang sangat berat.
Jenayah adalah fenomena social dan berlaku apabila individu gagal mematuhi norma
tingkah laku yang diterima oleh masyarakat (Saodah: 2012). Undang-undang yang berkaitan
dengan jenayah ialah undang-undang jenayah. Garafalo berpendapat bahawa jenayah ialah
an immoral and harmful act that is regarded as criminal by public opinion. Dari erti kata
lain, jenayah ialah tingkah laku antisosial yang merbahaya dan bertentangan dengan nilai
moral masyarakat dan di anggap salah kerana melanggar kepentingan social dan hak awam.
Kesalahan jenayah berbeza mengikut masyarakat iaitu sikap masyarakat mengenai moral
mencerminkan perubahan pandangan masyarakat mengenai jenayah. Jenayah dari perspektif
undang-undang sivil sangat realtif kepada masa, tempat, keperluan, kehendak dan nilai-nilai
dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan prinsip undang-undang Latin, tiada jenayah kecuali
dengan niat dan untuk mensabitkan jenayah, tertuduh mesti dibuktikan melakukan tindakan
jenayah dan mempunyai niat melakukannya. Seksyen 82 kanun keseksaan menjelaskan umur
tanggungjawab jenayah di Malaysia umumnya ialah 10 tahun ke atas kecuali jika individu
yang berumur 10 tahun ke atas tetapi di bawah 12 tahun dan masih tidak sempurna akal
(Seksyen 83 kanun keseksaan). Akta atau undang-undang ini menjelaskan bahawa kanakkanak boleh menjadi pesalah jenayah di bawah jenayah juvana. Tertuduh boleh menggunakan
peruntukan yang disediakan dari Seksyen 76 hingga Seksyen 106 mengikut kesesuaian kes.
Antara alasan dalam peruntukan tersebuta ialah tiada niat atau tidak sengaja, kanak-kanak
bawah umur 10 tahun, provokasi, mabuk, mempertahankan diri dan tidak sempurna akal.
Terdapat beberapa akta lain yang berkait rapat dengan jenayah ialah Akta Dadah Merbahaya
1952 dan Akta Pencegahan Rasuah 1997. Jenayah terbahagi kepada tiga iaitu jenayah berat,
jenayah professional dan jenayah terancang. Jenayah berat ialah tingkah laku atau cubaan
yang bertujuan mengancam keselamatan awam dan mangsa terdedah kepada kecederaan
fizikal. Jenayah professional ialah jenayah yang dilakukan oleh individu yang terlibat
sepenuh masa dengan jenayah-jenayah sebagai kerjaya dan individu yang melakukan jenayah

teresebut mempunyai kemahiran dan kecekapan tertentu manakala jenayah terancang


merupakan jenayah yang dilakukan secara besar-besaran dan telah dirancang dengan teliti.
Aktiviti jenayah dijalankan oleh organisasi atau sindiket besar. Antara contoh jenayah
terancang ialah membekalkan barangan atau perkhidmatan yang tidak dibenarkan undangundang. Teori perlaksanaan hukuman terdiri daripada empat unsur iaitu balasan, pemulihan,
halangan dan pencegahan. Balasan ialah hukuman yang berdasarkan andaian moral bahawa
penjenayah sewajarnya menerima balasan yang setimpal dengan apa yang dialami oleh
mangsa. Hampir sama dengan konsep Qisas dalam undang-undang Islam. Halangan pula
adalah hukuman berat yang dijatuhkan dengan tujuan untuk menghalang berlakunya jenayah
dan penjenayah dijatuhkan hukuman menjadi contoh amaran keras kerajaan dan juga amaran
kepada ahli masyarakat yang lain supaya tidak melakukan jenyah yang sama. Di samping itu,
pencegahan adalah hukuman yang dijalankan untuk mencegah masyarakat daripada
melakukan jenayah dan penjenayah dihukum penjara yang lama bagi tujuan pengasingan
supaya sifat jahatnya tidak mempengaruhi ahli masyarakat yang lain dan supaya hak
keselamatan masyarakat dapat dilindungi manakala pemulihan pula merupakan hukuman
yang dijalankan untuk memulihkan jenayah untuk memberi kesedaran bahawa jenayah tidak
berfaedah dan membawa kesusahan kerana secara moralnya, individu yang melakukan
kesalahan jenayah adalah keran factor pengaruh persekitaran seperti kemiskinan, tekanan
hidup dan pengaruh rakan sebaya. Antara factor yang boleh memberatkan hukuman adalah
bentuk jenayah, keadaan jenayah, kekerapan melakukan jenyah dan kedudukan dan hubungan
penjenayah dengan mangsa manakala factor yang meringankan hukuman jenayah ialah umur
penjenayah, latar belakang penjenayah, keadaan-keadaan sebelum jenayah berlaku, tindakan
penjenayah sebelum selepas melakukan jenayah dan penjenayah telah lama menderita
sebelum dihukum.
Sebagai contoh pada tahun 2010 yang lalu, masyarakat digemparkan dengan kes
Kalaichelvi, seorang gadis india telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun kerana
membunuh atau boleh dijelaskan sebagai terbunuh seorang lelaki yang cuba merogolnya
sehingga mati. Dari segi moralnya, Kalaichelvi ialah mangsa di dalam kes tersebut tetapi
disebabkan beliau telah tanpa niat membunuh pesalah tersebut maka hukuman beliau telah
diringankan kepada penjara selama dua tahun. Namun moral masyarakat tidak dapat
menerima kenyataan bahawa Kalaichelvi dijatuhkan hukuman kerana mempertahankan diri.
Dari perspektif undang-undang nya pula Kalaichelvi telah membunuh individu yang lain.
Terbaru, satu kes yang hangat diperkatakan oleh masyarakat di laman sosial muka buku iaitu

seorang lelaki yang berasal dari Terengganu bernama Zulkifli yang tinggal disebuah kampong
di daerah Kerteh telah dilaporkan menikam seorang perompak yang merompak rumahnya
sehingga mati. Oleh kerana ingin mempertahankan diri, anak-anak dan isteri, Zulkifli
bertindak sedemikian. Banyak masyarakat berpendapat bahawa beliau tidak patut atau tidak
wajar dikenakan hukuman semata-mata ingin mempertahankan diri. Ini amat jelas sekali
menerangkan apa itu standard moral dan undang-undang. Standard moral dalam masyarakat
menjelaskan bahawa Zulkifli tidak wajar dikenakan hukuman. Ini selari dengan prinsip
undang-undang Latin iaitu tiada jenayah kecuali dengan niat dan untuk mensabitkan jenayah,
pesalah haruslah dibuktikan melakukan jenayah dan mempunyai niat melakukan kesalahan
tersebut. Kes yang hangat diperkatakan ini jelas menunjukan bahawa sama ada Kalaichelvi
atau Zulkifli melakukan kesalahan tersebut tanpa niat membunuh tetapi dengan niat ingin
mempertahankan diri. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sebagai maklum
balas kepada pendapat masyarakat terhadap kes tersebut, orang ramai hendaklah memahami
hak dan had yang termaktub di dalam undang-undang yang diperuntukan mengikut Seksyen
99 Kanun Keseksaan. Tambah Tan Sri Khalid Abu Bakar lagi Hak mempertahankan diri itu
bukan mutlak. Jika ada orang nak curia tau samun, kita tidak boleh bunuh mereka sewenangwenangnya. Seharusnya undang-undang yang telah termaktub kita laksanakan dan patuhi
namun maklum balas Ketua Polis Negara adalah sesuatu yang tidak matang. Beliau
seharusnya menerangkan bahawa kesalahan mereka adalah dilakukan tanpa niat dan
hukuman yang dijatuhkan akan diringankan berbanding pembunuh yang membunuh dengan
niat atau sengaja.
Natijahnya, standard moral harus dijadikan asas di dalam pembentukan undangundang. Jelas sekali masyarakat masih bergantung kepada moral dan akhlak di dalam
kehidupan seharian rentetan daripada kes yang disebut di atas.

2612 patah perkataan.

Rujukan
http://ww1.utusan.com.my
http://ict-shida.blogspot.my/2013. Perbezaan diantara etika dan undang-undang.
http://www.civildefence.gov.my/profil-jpam/akta-dan-pekeliling/pindaan-akta-pertahananawam-1951/
https://www.malaysiakini.com
http://terbakor.com/2012/07/04. Wanita di penjara kerana pertahankan diri.
http://eberita.org
http://cikgurazak.blogspot.my