Anda di halaman 1dari 4

1.

Penyataan Masalah

Gaya komunikasi yang berkesan merupakan aspek penting untuk mewujudkan kerjasama dan
koordinasi pekerja supaya setiap orang tahu tugasan yang perlu mereka lakukan. Dalam konteks
sekolah, kebolehan guru besar menyampaikan maklumat dengan jelas akan membangkitkan
dorongan bekerja yang tinggi dalam kalangan surbodinat, mengelak daripada berlakunya konflik
dan salah faham serta membangkitkan perasaan saling mempercayai antara satu sama lain.
Menurut Kamaruddin(1989), kegagalan komunikasi atau kurang berkomunikasi boleh
menyebabkan syak wasangka, salah anggap atau curiga dalam kalangan pelajar, guru-guru dan
kakitangan sekolah yang seterusnya akan menjurus kepada kemerosotan semangat guru di
sekolah keseluruhannya.
Kelemahan gaya komunikasi guru besar yang dipraktikkan di sekolah juga adalah di
antara punca utama perselisihan faham dalam organisasi sekolah kerana idea atau mesej yang
hendak disampaikan oleh guru besar tidak difahami oleh guru-guru. Akibatnya ia akan
menimbulkan rasa tidak puas hati dan berlakunya penurunan komitmen kerja dalam kalangan
guru-guru. Ini disebabkan oleh sebahagian besar guru besar kurang mementingkan aspek
komunikasi berkesan ketika menjalankan urusan pentadbiran.( Yusof Boon & Azizah Ghazali
2010).
Kajian tentang gaya komunikasi guru besar perlu dilakukan bagi meningkatkan
komitmen guru seterusnya dapat melonjakkan kecemerlangan sekolah. Oleh itu, penggunaan
gaya komunikasi guru besar yang disukai oleh guru-guru dapat meningkatkan komitmen kerja
guru di samping mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah. Che Su (2004) dalam kajiannya,

mendapati gaya komunikasi mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja dan komitmen
keorganisasian sama ada dalam sektor awam mahupun swasta.
Berdasarkan kajian lepas berkaitan dengan gaya komunikasi, penyelidik lebih banyak
mengkaji gaya komunikasi berdasarkan teori yang diutarakan oleh tetapi gaya komunikasi
berasaskan teori oleh slvia dan tubs(1974) tidak banyak dilakukan. Penyelidik yang mengkaji 6
gaya hubungan oleh slvia dan tubs(1974) di sekolah hanyalah Muzammil(2011) dan selebihnya
mengkaji di sektor awam dan swasta.

Sementara itu organisasi pendidikan seperti sekolah yang diterajui oleh guru besar seharusnya
menekankan aspek gaya komunikasi kerana perkara ini banyak mempengaruhi komitmen kerja
guru-guru di sekolah. Ini selari dengan dapatan kajian yang dikaji oleh
Jika guru besar tidak mengamalkan gaya komunikasi yang sesuai dengan situasi tertentu
dan tidak memberikan peluang kepada guru terlibat dalam proses membuat keputusan, maka
tahap komitmen guru akan berkurang dalam melaksanakan tugas mereka,
Justeru itu, kajian ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti gaya komunikasi guru besar
yang diamalkan di sekolah dan hubungannya dengan komitmen kerja guru.

.Kelemahan dalam gaya komunikasi yang diamalkan oleh pemimpin menyebabkan


mesej-mesej tidak dapat disampaikan dengan jelas. Ini menyebabkan perselisihan faham
dikalangan guru-guru berlaku dan akhirnya harapan pemimpin sekolah yang ingin dicapai tidak
kesampaian. Keadaan sebegini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan guru-guru
terhadap pemimpin sekolah.

Pemimpin sekolah yang mempunyai gaya kepimpinan yang terpuji mempunyai pergaulan
yang baik serta rapat hubungan dengan guru-gurunya. Guru besar mengenali sepenuhnya tentang
guru-guru sebagai rakan sebaya dan jarang melepaskan emosinya kepada mereka (Ibrahim,
1999). Kenyataan ini juga disokong oleh Kamaruddin(1989) dimana kegagalan berkomunikasi
dengan kakitangan boleh menyebabkan syak wasangka, salah pemahaman atau menimbulkan
rasa curiga di kalangan pelajar, para guru dan kakitangan sekolah dan seterusnya akan
menyumbang kepada kemerosotan semangat guru di sekolahnya.