Anda di halaman 1dari 13

1.

PANDANGAN SOSIOLOGI TERHADAP PENDIDIKAN SEBAGAI


ALAT PERPADUAN DAN PENYEBARAN IDEOLOGI

1.5.1 Perpaduan Negara


Perpaduan negara ialah penyatuan secara fizikal antara negeri-negeri dan
anggota masyarakat seluruh Malaysia manakala Integrasi Nasional pula adalah satu
konsep yg lebih luas iaitu proses penyatuan antara kelompok-kelompok yg berbeza
latar belakang, menjadi satu entiti yg terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan
bersama. Ia adalah hasil ikatan batin dan akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan
hati antara etnik/kaum.
Idealogi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah
laku

seseorang.

Pada

lazimnya

ia

merujuk

kepada

set

kepercayaan

yang

menggerakkan suatu pergerakkan politik dan sosial.


Menurut Ensiklopedia Brittanica, ideologi dimaksudkan sebagai salah satu item
yang membentuk keperluan mental dan jasmani individu yang membentuk sesebuah
masyarakat serta meliputi permasalahan politik, sosial, ekonomi dan perkara yang
bersangkut paut dengan sejarah dan sosio-geografi manusia.
Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menafsirkan maksud ideologi adalah fahaman
(ajaran) yang dipakai atau dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-lain tujuan.
Pengertian ideologi adalah berbeza pada pandangan tokoh dan sarjana. Berikut
adalah sebahagian pengertian ideologi:

1. Destertt de Tracy :Ideologi adalah pembelajaran terhadap idea-idea (pemikiran


tertentu).
2. Machiavelli:Ideologi adalah sistem perlindungan kekuasaan yang dimiliki oleh
penguasa.
3. Thomas H :Ideologi adalah suatu cara untuk melindungi kekuasaan pemerintah
agar dapat bertahan dan mengatur rakyatnya.
4. Karl Marx :Ideologi merupakan alat untuk mencapai kesamarataan dan
kesejahteraan bersama dalam masyarakat.
5. Muhammad Muhammad Ismail: Ideologi (Mabda) adalah pemikiran mendasar
yang sama sekali tidak dibangun (disandarkan) di atas pemikiran pemikiran yang
lain.
1.5.2 Nasionalisme
Zulhilmi Paidi dalam buku Pendidikan Negara Bangsa menjelaskan nasionalisme
secara mudahnya bolehlah dimaksudkan sebagai perasaan cinta kepada tanah leluhur.
Perasaan ini boleh dilahirkan menerusi tindakan seperti penentangan terhadap
penjajah atau boleh juga dilahirkan dengan sentimen kebangsaan atau menaikkan
bendera negara (Sodaro, 2001). Ia merupakan suatu elemen penting yang dijadikan
sebagai pemangkin kepada pembentukan sesebuah negara bangsa.

Ini dapat kita fahami kerana dengan semangat cintakan tanah leluhur yang
sama, ia dapat memberi nilai perkongsian yang tiada batas kepada semua pihak dalam

sesebuah negara . Ini kerana mereka semua berkongsi dan tinggal, mencari rezeki dan
hidup makmur di tanah leluhur tersebut yang sama-sama mereka diami. Justeru itu,
nasionalisme adalah asas membina semangat kekuatan, keyakinan diri, penyatuan dan
perpaduan nasional. Kekuatan semangat nasionalisme yang digembleng menerusi
tenaga, keazaman dan cita-cita serta usaha supaya maju juga mengutamakan
kepentingan nasional daripada kepentingan kaum masing-masing akan menjadi faktor
kejayaan pembentukan negara bangsa.

Kekuatan yang harus digunakan oleh negara ini bagi mencapai matlamat ini
ialah nasionalisme. Nasionalisme yang menjadi pegangan ialah pemilikan rasa ataupun
semangat kebangsaan oleh semua warganegara berasaskan nilai-nilai kebangsaan
yang dikongsi bersama. Nasionalisme perlu diuruskan secara betul bagi menghadapi
gelombang globalisasi ini.
Nasionalisme secara umumnya menyediakan asas-asas yang sepatutnya
kepada sesebuah bangsa dan negara bagi mempertahankan kumpulan negara bangsa
supaya terus wujud. Nasionalisme telah menyediakan pegangan kukuh kepada setiap
warganegara berkenaan apa yang harus dilakukan dan dimanfaat daripada
perkembangan kesejagatan dunia yang berlaku. Oleh kerana itulah nasionalisme yang
ada di dalam negara ini harus bersandarkan kepada nilai-nilai yang dapat dikongsi
bersama oleh semua penduduk negara ini tanpa ada perbezaan.

Perkongsian nila daripada sudut sejarah sebagai anak Malaysia merdeka,


perkongsian identiti kebangsaan seperti Jalur Gemilang, perkongsian sistem keadilan

seperti perlembagaan juga perkongsian dalam segenap segi yang boleh bagi
mewujudkan rasa kekitaan yang kukuh dan tidak berbelah bahagi terhadap negara
bangsa Malaysia.

Sekiranya segala perasaan yang wujud ini dikongsi dan dihayati, kehadiran
globalisasi akan dapat diserpa dan sekali gus negara Malaysia menikmati kebaikannya.
Manfaat daripada globalisasi yang dikecap ialah ekonomi yang semakin terdedah
kepada pembukaan sempadan ekonomi. Perkembangan ekonomi membuka banyak
menghasilkan bahan mentah. Pendekatan ekonomi global seperti AFTA dan WTO
membantu negara kita memasuki pasaran dunia yang lebih luas.

Bagaimanapun, memasuki pasaran dunia tidak bermakna kita menjual negara.


Dunia hari ini menerima hakikat apabila semakian dunia ini disejagatkan semakin itu
wujud nasionalisme yang kuat. Ini kerana setiap kelompok bangsa kan memastikan
kesejagatan tidak memusnahkan sama sekali kelangsungan hidup kumpulan mereka.
Ini dilakukan dengan penggubalan undang-undang dan juga pengawalan ekonomi serta
politik bagi memastikan sewaktu ekonomi sejagat dimanfaatkan, kedaulatan dan
maruah negara tidak tegadai sekali gus memusnahkan negara dan bangsa yang sudah
kita bina.

Sesungguhnya cemerlangnya bangsa Malaysia daripada akitiviti ekonomi, politik,


dan sosial menurut cara sendiri maka gemilanglah Malaysia yang dicintai. Begitulah

hubungan negara dan bangsa yang mesti dicapai bagi menempuh gelombang dunia
masa depan
1.5.3 Hubungan Kaum

Segregasi - merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di


1.
dalam sesebuah negara.Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan; tempat tinggal,
sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Wujud samada didasari
undang-undang (de jure), atau tidak (de facto). Contoh segregasi de jure ialah
dasar apartheid yang pernah di amalkan di Afrika Selatan.

Akomodasi - Ia merupakan proses mempertahankan nilai dan norma-norma etnik


2.
masing-masing. Walaubagaimanapun mereka hidup harmoni dan menghormati antara
satu sama lain. Diperingkat pemerintahan pusat setiap etnik hantar wakil. Namun
dalam institusi-institusi tertentu mereka saling saling bergantungan antara satu dgn yg
lain.Contoh negara - Switzerland.

Akulturasi - juga dikenali sebagai asimilasi budaya. Terjadi apabila manusia dalam
3.
kumpulan minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola tingkahlaku (budaya) golongan
mejoriti. Proses meminjam atau menerima budaya golongan mejoriti, tanpa mengubah
unsur-unsur budaya asal.

Asimilasi - juga dikenali sebagai asimilasi struktur. Proses kemasukan kedalam


4.
masyarakat dominan melalui persahabatan dan perkaintan rapat. Darjah asimilasi
kelompok minoriti adalah berbeza-beza, iaitu berdasarkan kepada perbezaan fizikal
( seperti warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya

kelompok dominan.

5.Amalgamasi - proses percampuran ras atau budaya bagi memebentuk budaya


atau ras yg baru.Cara utama ialah melalui perkahwinan antara etnik atau ras.
1.5.4 Patriotisme
Patriotisme terbentuk daripada kata Yunani, iaitu Peter yang bermaksud father
dan patris yang bermaksud land. Apabila kedua-dua perkataan tersebut digabungkan
maka muncullah maksud kecintaan kepada tanah air. Pengertian yang sama juga
diberikan oleh kamus Webster. Menurut kamus Webster, patriotism ialah the devoted
love, support and defence of ones countray.
Hasan al-Banna merupakan pengasas kepada gerakan Ikhwanul Muslimim di
Mesir turut mengupaskan mengenai konsep patriotisme. Menurut Hassan al-Banna,
Islam menerima baik empat konsep patriotism iaitu semangat cinta akan tanah air yang
wujud secara fitrah dan rasa tanggungjawab untuk membebaskan tanah air dari kuasa
asing serta meletakkan asas-asas kemerdekaan serta kemuliaan rakyat. Selain itu,
usaha menyatupadukan rakyat dalam sesebuah negara demi kepentingan bersama
serta Wataniyyatul-Fath, iaitu perjuangan menguasai wilayah dunia dengan perutusan
illahi. Muhammad lufti Ishak (2010), tokoh-tokoh intelektual Muslim seperti Iqbal juga
mempunyai pandangan yang murni terhadap patriotisme. Dalam satu perhimpunan di
India (IKIM 2008):
Patriotisme merupakan satu kebajikan yang benar-benar selaras dengan fitrah
manusia, dan mempunyai tempat dalam kehidupan moral manusia. Namun yang
merupakan kepentingan sebenarnya adalah keyakinan manusia, kebudayaan dan

tradisinya. Hal-hal ini yang merupakan erti yang seharusnya dibawa hidup dan dibawa
mati, bukan sejengkal tanah di mana jiwa manusia dihubungkan untuk sementara
waktu.
1.5.5 Patriotisme Terhadap Negara
Menurut Ramanathan (1997), negara sebagai sekumpulan manusia yang
menduduki sesebuah wilayah yang tetap berada di bawah penyelenggaraan kerajaan
dan tidak tertakluk kepada kuasa luar. Justeru itu, sebuah negara menuruti undangundang antarabangsa haruslah mempunyai elemen-elemen 16 penduduk (rakyat atau
populasi), wilayah (sempadan), kerajaan dan kedaulatan.dalam konteks ini sikap
terhadap

negara bermakna perbuatan atau pandangan yang berdasarkan pada

pendapat atau fikiran seseorang individu terhadap negara (iaitu Negara Malaysia).
1.5.6 Remaja dan Nasionalisme
Remaja adalah golongan manusia yang berumur dalam lingkungan 13 hingga
17 tahun. Golongan ini merupakan golongan yang dipandang serius sama ada dalam
instusi kekeluargaan, pendidikan dan negara. Ketika berada dalam golongan umur ini,
mereka lebih mudah terpengaruh kepada benda-benda yang ada disekeliling mereka.
Remaja sering menjadi bahan utama dituduh tidak mempunyai semangat nasionalisme
disebabkan pelbagai faktor.
Menurut Dewan Siswi (1991), remaja tidak boleh disalahkan sepenuhnya.
Memang diakui mereka tidak berminat bercakap tentang nasionalisme. Walau
bagaimanapun jika dilihat sekarang, bukan sahaja golongan remaja malah golongan

yang lebih senior juga tidak menghiraukan semangat ini. Mereka gagal menunjukkan
contoh yang baik kepada remaja tentang betapa perlunya nasionalisme. Selain itu,
golongan ibu bapa juga gagal mendedahkan betapa pentingnya nasionalisme kepada
anak-anak mereka. Mungkin mereka berasa janggal untuk menceritakan perkara ini
kepada anak-anak. Mereka hanya mendapat pendedahan tentang nasionalisme di
sekolah dalam mata pelajaran sejarah.
Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri memandang serius tentang penghayatan
semangat patriotism dalam kalangan remaja. Antara saranan dan harapan beliau yang
petik daripada buku yang berjudul Mahathir dan Belia ialah:
Generasi muda hari ini hendaklah sentiasa memupuk semangat setia dan patriotisme
dan tidak melakukan sesuatu yang boleh merugikan bangsa dan negara. Sikap puakpuak dan bermusuhan sesama sendiri akan menghancurkan semangat patriotisme.
Oleh itu, mereka perlu mengamalkan falsafah hidup yang tidak mengutamakan
kepentingan diri semata-mata. Kepentingan negara hendaklah diambil kira bersama
kerana kepentingan negara akan membawa kebaikkan yang lebih baik kepada diri
sendiri.
Menurut Dewan Siswa (1994), nilai-nilai patriotisme sememangnya perlu ditanam dalam
jiwa remaja. Hal ini kerana pada peringkat remaja masih dalam menuju keperingkat
dewasa. Patriotisme dapat mengajar remaja mendisiplinkan diri mereka. Disiplin yang
utuh akan membantu mereka mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi sama
ada alam persekolahan atau pekerjaan. Sementelah itu negara memerlukan generasi
muda yang berdisiplin dan mampu membuahkan produktiviti yang cemerlang. Generasi

muda hari ini akan menjadi kemudi pembangunan dan kepimpinan negara pada masa
akan datang.Di samping itu media elektronik juga memainkan peranan yang sangat
penting dalam membantu menerapkan semangat nasionalisme dalam kalangan remaja
dengan menyiarkan lagu, pendeklamasian sajak, drama dan forum yang berunsurkan
patriotik. Berbanding dengan media cetak, media elektronik dapat menyampaikan
mesej dengan lebih berkesan.
Terdapat pelbagai cara untuk kita membuktikan semangat nasionalisme,
menurut Menurut Dewan Siswa (1994), untuk membuktikan kita menyayangi Malaysia,
kita haruslah bersatu padu tanpa menimbulkan perasaan perkauman. Perasaan
kedaerahan atau perkauman akan menyemarakkan api permusuhan seperti yang
dilakukan oleh kaum Serbi. Selain itu, penggunaan simbol sebagai contoh apabila
seseorang mencintai negaranya, dia akan menunjukkan penghormatan dan cintanya
melalui tingkah laku seperti menghormati bendera negara, lagu kebangsaan, bahasa
kebangsaan dan simbol-simbol keagamaan. Tanpa perasaan sedemikian, masyarakat
dapat menumpukan terhadap pembangunan dan dengan demikian negara kita lebih
maju. Hakikat sejarah tidak boleh di pandang ringan. Mahu tidak mahu kita harus
menerima fakta sejarah. Kita harus mengakui bahawa dalam kebenaran sejarah bukan
UMNO sahaja yang memegakkan kemerdekaan. Peranan puak nasionalis dalam partiparti lain turut harus diakui. Menurut Menurut Dewan Siswa (1990), dalam suasana dan
kehendak zaman moden nasionalisme masih penting. Bagaimanapun nasionalisme
pada peringkat ini harus sesuai dengan kehendak masa dan perubahan dunia.
Nasionalisme hari ini perlu wujud dalam kontek yang lebih luas. Semangat menyayangi
negara, mencintai bangsa Malaysia harus sebati walau di mana pun kita berada.

Jangalah kita bersikap seperti sesetengah pelajar yang lupa diri iaitu apabila berada di
negara asing mengutuk dan mencerca negara sendiri walaupun mereka mengakui di
dalam hati tidak ada negara lain di dunia yang lebih baik daripada Malaysia.
1.5.7 Ideologi Demokrasi
Secara etimologis, demokrasi berasal dari bahasa Yunani, aitu demos yang
berarti rakyat atau penduduk dan cratein yang berarti kekuasaan atau kedaulatan.
Dengan demikian, secara bahasa demokrasi adalah keadaan negara di mana
kedaulatan atau kekuasaan tertingginya berada di tangan rakyat. Konsep demokrasi
diterima oleh hampir seluruh negara di dunia. Diterimanya konsep demokrasi
disebabkan oleh keyakinan mereka bahwa konsep ini merupakan tata pemerintahan
yang paling unggul dibandingkan dengan tata pemerintahan lainnya. Demokrasi telah
ada sejak zaman Yunani Kuno. Presiden Amerika Serikat ke-16, Abraham Lincoln
mengatakan demokrasi adalah government of the people, by the people and for the
people.
1.5.8 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Demokrasi
Bahmueller (1996) mengemukakan bahwa ada tiga faktor yang dapat mempengaruhi
demokrasi di suatu negara, iaitu:

Faktor Ekonomi
Tingkat pertumbuhan ekonomi menunjukkan faktor yang sangat penting dalam
pelaksanaan demokrasi di negara tertentu. Hal ini tidak bererti bahwa negara-negara

miskin tidak dapat menerapkan demokrasi atau negara kaya akan selalu demokratis.
Kekayaan

bukanlah

indikator

suatu

negara

demokratis.

Pengalaman

sejarah

menunjukkan bahwa negara yang kuat ekonominya justru terjadi di negara otoriter dan
sebaliknya. Misalnya di Afrika, Gambia tahun 1992 dengan perkapita GNP $390
menunjukkan sistem pemerintahan dan masyarakat demokratis. Namun demikian,
kesejahteraan masyarakat pada umumnya menjadi faktor utama untuk menentukan
suatu negara itu demokratis atau tidak. Dengan kata lain, apabila suatu negara ingin
hidup demokratis, maka negara tersebut harus dapat melewati dari status negara
miskin dalam pertumbuhan ekonomi.
Alasan mengapa faktor ekonomi menjadi faktor utama bagi status suatu negara
demokrasi, iaitu:

Bahwa pertumbuhan ekonomi akan dapat menceerdaskan masyarakat dan


masyarakat yang cerdas merupakan salah satu kriteria bahkan syarat suatu
masyarakat demokratis.

Pertumbuhan ekonomi juga dapat menimbulkan proses urbanisasi. Proses ini


dapat dijadikan sebagai indikator pra kondisi keberhasilan demokratisasi.

Faktor Sosial dan Politik


Faktor penting yang berkaitan dengan pembangunan demokrasi di suatu negara
dan mungkin sering diabaikan adalah masalah perasaan kesatuan nasional atau identiti

sebagai bangsa. Dalam hal ini, karakter dan tingkat keretakan sosial merupakan faktor
utama. Suatu pemikiran penting yang perlu diantisipasi adalah apakah batas-batas
antara kelompok-kelompok etnik itu kuat atau lemah; apakah satu golongan dapat
menembus dinding batas itu sehingga tidak da kelompok eksklusif sehingga satu
kelompok dengan kelompok lain dapat berkomunikasi dan bekerjasama.
Faktor Budaya Kewarganegaraan dan Sejarah
Akara sejarah dan budaya kewarnageraan suatu bangsa ternyata dapat
memberikan kontribusi yang besar terhadap pembentukan dan pembangunan
masyarakat demokrasi. Bahmueler (1996), mengungakap hasil temuan Robert Putnam
yang mengadakan penelitian di Italia selama lebih dari 20 tahun yang menyimpulkan
bahwa daeah-daerah yang memiliki tradisi kuat dalam nilai-nilai kewarganegaraan
menunjukkan tingkat eketifitas paling tinggi dalam upaya pembangunan demokrasi.
Wilayah yang berhasil menerapkan sistem pemerintahan demokratis ini disebut
masyarakat civic (berkewarganegaraan)

atau

dikenal

pula

community

civic.

Masyarakat demikian memiliki ciri-ciri adanya keterikatan berkewargenegaraan,


berpartisipasi secara aktif, dan tertarik dengan masalah-masalah publik (civic vertue).
Dalam masyarakat tersebut terdapat hubungan politik yang berdasarkan asas
persamaan derajat, tidak hierarki, saling percaya, solidaritas dan toleransi antar
sesama.
Masyarakat civic berhasil menciptakan masyarakat sebagai modal dasar (social
capital). Masyarakat sebagai modal di sini berbeda dengan model dalam ekonomi, uang
(economic capital) maupun dengan manusia sebagai modal (human capital), seperti

pendidikan, keterampilan, dan pengetahuan. Modal masyarakat dapat meliputi suatu


kondisi saling peraya antar sesama, ada norma yang mengatur tentang saling percaya
tersebut, ada jaringan sosial, seperti asosiasi dan masyarakat yang memadukan
norma-norma ini dengan sikap saling percaya.