Anda di halaman 1dari 1

Sekolah kamu telah mengadakan Hari Kantin.

Tuliskan catatan tentang Hari Kantin


tersebut.

Rabu, 15 Disember 2013


6.30 pagi:
Murid-murid membuat persediaan. Antaranya termasuklah menghias gerai,
mendirikan gerai , menyediakan makanan dan minuman, membersihkan padang dan
sebagainya. Murid-murid bekerjasama bagai aur dengan tebing.
8.00 pagi:
Semua murid berkumpul di dewan. Ibu bapa juga dijemput untuk hadir.keadaan di
padang penuh sesak seperti ikan di dalam belat.
8.30 pagi:
Guru Besar memberikan ucapan kepada semua hadirin. Beliau menasihati kami
supaya selalu berbudi kerana tangan yang memberi sentiasa lebih mulia daripada
tangan yang menerima.Kemudian, beliau merasmikan hari kantin.
9.30 pagi:
Hari kantin bermula. Banyak gerai didirikan di padang. Terdapat juga gerai
permintaan lagu.Gerai itu memainkan banyak lagu yang halwa telinga. Suasana yang
meriah menyelubungi seluruh padang. Guru-guru dan murid-murid sibuk melayan
pelanggan dengan mesra.Mereka melaung-laung untuk menarik perhatian
pelanggan.Banyak pelanggan membeli barang dengan menggunakan kupon.

11.00 pagi:
Barang jualan hampir habis dijual. Pengunjung-pengunjung mulai beredar.Guru-guru
mengarahkan kami mengemaskan barang-barang.
2.00 petang:
Hari kantin tamat dengan lancar. Kami bergotong-royong membersihkan padang.
Selepas itu, kami pun pulang ke rumah masing-masing.