Anda di halaman 1dari 5

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan sekolah kita


terdapat banyak buku yang boleh dibaca seperti buku cerita, novel,
majalah dan lain-lain lagi. Oleh itu, murid-murid sk (p) yahya Awal
digalakkan menggunakan kemudahan yang ada di perpustakaan kita. Ini
kerana dengan membaca, pengetahuan murid-murid semakin

bertambah dan ini tentu membantu murid-murid dalam pelajaran.


Perpustakaan banyak memberi faedah kepada kita.

Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan


memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan
akan dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan masalah disiplin.
Ini secara tidak langsung akan terhindar daripada terjebak dengan
gejala yang tidak sihat .Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam
pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah.

Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri.


Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi
seperti larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh,
menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru,
murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini
diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.

Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita


juga dapat menjimatkan wang ibu bapa. Murid-murid tidak perlu
membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di
perpustakaan. Oleh itu, wang yang mahu digunakan untuk membeli
buku-buku tersebut bolehlah disimpan di dalam tabung atau membeli
barang keperluan yang lain.

Perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, kita perlu


memanfaatkan perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita
dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat
menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca
buku-buku seperti komik, majalah dan sebagainya.
sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai