Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Kumpulan 2

Nama: Teo Kian Tien (K6)


Saya menjalankan pengajaran mikro dalam mata pelajaran Pergerakan Asas
buat pertama kalinya., Saya telah mengenalpasti kelebihan dan kekurangan semasa
menjalankan aktiviti pengajaran pada hari itu semasa saya membuat refleksi.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, saya mempunyai
keyakinan diri yang tinggi dalam menyampaikan pengetahuan berkaitan dengan
topik ini. Hal ini kerana keyakinan diri merupakan salah satu elemen yang penting
bagi seorang guru semasa aktiviti p&p dijalankan.
Penyampaian arahan berkaitan dengan aktiviti meregang amat jelas. Saya
juga menyuruh murid untuk melakukan demonstrasi berkaitan dengan cara
melakukan aktiviti meregang. Hal ini kerana murid dapat menjalankan aktiviti dengan
cara yang betul dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan. Murid dapat
memahami cara pelaksanaan aktiviti tersebut dengan cepat khususnya murid yang
lemah kognitif.
Murid berasa tertekan apabila saya menunjukkan muka yang garang semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Mereka berasa tidak seronok dan
takut apabila tiba masa PJK. Saya harus menunjukkan senyuman semasa sesi p&p
dijalankan.
Murid hanya menjalankan aktiviti Bola atas, bola bawah dengan serius dan
bersungguh-sungguh apabila diberitahu bahawa pemenang kumpulan akan diberi
hadiah. Murid yang diberikan rangsangan secara berterusan mempunyai motivasi
melakukan sesuatu aktiviti jika guru memberikan ganjaran secara insentif (hadiah).
Murid-murid akan berfikir apa yang guru berikan menjelang sesi p&p yang akan
datang. Saya harus memberikan pujian kepada pemenang. Ia merupakan hadiah
yang terbaik bagi mereka.
Semasa saya menjalankan aktiviti permainan bola di tangan siapa,
perancangan permainan tidak begitu baik. Hal ini kerana murid duduk berdekatan
antara satu sama lain menyebabkan pergerakan gulingan bola dengan meluruskan
kedua-dua tangan tidak dapat dijalankan dengan baik. Murid terpaksa menolak bola
dan

bukan

menggulingkan

bola.

Walau-bagaimanapun,

saya

mengaitkan

pengajaran berkaitan dengan topik ini (aktiviti meregang) dengan hukuman yang
diberikan. Murid dapat memikirkan apa yang telah diajar oleh guru pada hari ini.
Perancangan masa dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti meregang
tidak begitu memuaskan. Masa tertinggal 5 minit. Saya harus tidak khuatir tentang
masa yang dilakukan bagi sesuatu aktiviti. Murid melakukan aktiviti meregang
dengan masa yang lebih lama untuk menguasai kemahiran ini.
Saya berharap dapat memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam
pengajaran mikro dan dapat melakukan dengan baik jika diberi peluang pada masa
akan datang.