Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang wajib ada pada setiap individu
tanpa mengira batas sosial mahupun peringkat usia. Membaca merupakan satu
aktiviti atau kemahiran yang sukar diterjemah kerana aktiviti ini melibatkan
pelbagai proses dalam diri dan minda seseorang individu itu. Melalui aktiviti
membaca, ia mampu menjadikan seseorang individu itu seorang celik dalam
bidang ilmu yang diceburinya dan mampu dijadikan sebagai bahan rujukan oleh
orang lain mahupun dirinya sendiri. Malahan tidak salah jika dikatakan bahawa
kebolehan membaca membuka seluas-luasnya pintu masuk ke alam
pengetahuan manusia, ini seperti ungkapan Membaca menjadikan seorang itu
berisi (Lord Bacon:1561) seorang ahli falsafah Inggeris, dalam Shahrom TM
Sulaiman(2002). Kesan ini tergambar secara jelas apabila setiap agama terbesar
di dunia menghargai ilmu dengan mempunyai kitab suci masing-masing untuk
dibaca. Islam sendiri meletakkan kepentingan membaca secara jelas apabila
ayat pertama diwahyukan kepada manusia memerintahkan manusia mencari
ilmu, dengan erti kata lain membaca. Perkataan Iqraq (Bacalah) telah diulang
sebanyak dua kali (dalam ayat pertama dan ketiga) dan seterusnya dalam ayat
keempat perkataan Bacalah telah dikaitkan dengan Aklam (pena).
Berdasarkan Laporan Tabiat Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 1996 yang
dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, secara purata rakyat Malaysia
hanya membaca dua buah buku setahun. Manakala pada tahun 1995 dilaporkan
9 juta naskhah buku terbitan DBP dalam pelbagai bidang tersadai di dalam stor
sama ada ia tidak terjual ataupun tidak laku, situasi ini menunjukkan sikap
masyarakat kita yang tidak gemar membaca. Timbul pelbagai alasan dan sebab
dikemukakan yang menyumbang kepada berlakunya situasi ini.
Antara alasan yang paling kerap didengar ialah berkenaan buku-buku yang
terdapat di pasaran tidak menawan hati pembaca. Buku-buku yang dijual di
kedai buku kebanyakannya menjual buku teks dan buku rujukan. Jika
terdapatpun, buku-buku ini dijual dengan harga yang mahal terutamanya buku
ilmiah yang diimport membuatkan pembeli berfikir dua kali untuk membelinya.
Hal ini berlaku dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi lantas memaksa
mereka membuat salinan fotokopi buku tersebut jika menjadi rujukan utama .
Hal ini sudah semestinya menyumbangkan kepada berlakunya situasi ini. Selain
itu, sikap masyarakat di negara ini yang tidak menitikberatkan aktiviti keilmuan
juga penyumbang kepada kadar pembacaan yang rendah. Persepsi atau
tanggapan membaca hanya ketika di sekolah, institusi pengajian tinggi,
perpustakaan dan kedai buku semata-mata merupakan antara alasan yang
sering didengar.
Rentetan daripada itu, terdapat golongan remaja yang lebih tertarik dan
berminat membelek-belek majalah hiburan namun tidak mampu membelinya.
Terdapat juga golongan pelajar yang berminat membeli bahan bacaan yang
berbentuk komik ringan kerana memaparkan gambar dan cerita sekali gus
sebagai cara untuk mereka menghilangkan seketika tekanan belajar. Menurut
Amin Shakib (1997), salah satu alasan menarik yang dikemukakan ialah para
pelajar terlalu sibuk dengan pelajaran serta aktiviti sekolah sehingga
menyebabkan tidak ada masa untuk mereka menjadikan tabiat membaca
sebagai hobi. Beliau juga menekankan sistem pendidikan hari ini yang terlalu
berorentasikan peperiksaan, menyebabkan ramai pelajar yang terpaksa
menumpukan perhatian sepenuhnya pada buku teks sehingga menganggap
adalah membuang masa membaca buku-buku lain selain buku teks.
Satu perkara yang tidak dapat dinafikan, masyarakat pada zaman dunia tanpa
sempadan kini sering berlumba-lumba mengejar kemewahan dan
berkemungkinan hanya berkesempatan membelek-belek akhbar dan hanya
Dalam era ledakan teknologi maklumat masa kini, perolehan maklumat dan ilmu
pengetahuan tidak hanya terbatas melalui pembacaan semata-mata. Masyarakat
kini sudah mempunyai banyak alternatif lain iaitu menerusi buku elektronik yang
boleh dicapai melalui internet, capaian nota-nota kuliah yang disediakan dalam
laman web penulis-penulis buku teks antarabangsa, artikel-artikel yang berkaitan
boleh diperoleh atas talian melalui jurnal-jurnal antarabangsa. Bahan bahan ini
boleh diperoleh dengan mudah dan kos yang jauh lebih rendah berbanding
dengan membeli buku untuk dibaca. Senario ini jelas menunjukkan corak
pembacaan masyarakat pada masa ini tidak lagi tertumpu kepada pembacaan
buku semata-mata dan hal ini secara tidak langsung mempengaruhi tabiat
membaca dalam kalangan masyarakat
each and every individual can read and where books are an integral part of daily
life) (Zawiyah Baba, 1992). Dalam usaha memupuk minat membaca dalam
kalangan masyarakat khususnya golongan remaja ini, pelbagai aspek perlulah
diambil kira dan pengemblengan tenaga serta usaha semua pihak adalah perlu.
Hal ini kerana, remaja merupakan tonggak pemimpin pelapis negara pada masa
hadapan. Perkara ini bertepatan dengan matlamat negara melahirkan modal
insan kelas dunia pertama yang antara lain mempunyai ilmu pengetahuan luas.
Dalam hal ini, tidak dapat tidak kita perlu mengakui hakikat bahawa golongan ini
perlu menyediakan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dan salah
satu daripada kuncinya mestilah melalui pembacaan yang luas. Melihat kepada
senario di Malaysia pada hari ini, adalah amat membimbangkan kerana kadar
pembacaan golongan ini adalah terlalu sedikit. Oleh yang demikian, sinergi
semua pihak amatlah perlu dalam menggembleng usaha untuk memastikan
golongan ini minat kepada aktiviti pembacaan.
a) Membeli bahan bacaan seperti buku, majalah dan surat khabar untuk bacaan
bersama-sama anak-anak di rumah.
b) Membacakan buku dan majalah kepada anak-anak mereka.
c) Membaca bersama-sama anak-anak mereka.
Menurut kajian Durkin (1966), mendapati beberapa orang ibu daripada kanakkanak yang sudah mahir membaca walaupun sudah berada di sekolah tadika
menyatakan bahawa faktor yang paling penting mendorong anak-anak mereka
mahir membaca adalah jumlah bahan yang mencukupi di rumah. Terdapat juga
kajian yang menunjukkan bahawa ibu bapa kepada kanak-kanak yang mahir
membaca terdiri daripada mereka yang gemar membawa anak-anak ke
perpustakaan. Kepentingan membaca ini juga telah ditekankan oleh Datuk Seri
Rafidah Aziz iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri semasa
merasmikan Seminar Industri Kebangsaan di Kuala Lumpur pada tahun 2003.
Beliau menyarankan agar tabiat membaca dipupuk dari rumah lagi dan meminta
agar para ibu bapa mendidik anak mereka membaca serta mewujudkan
perpustakaan mini di rumah.
Salah satu kaedah yang mungkin dianggap remeh atau melucukan oleh ibu bapa
dalam memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak mereka ialah
penggunaan komik sebagai medium pengetahuan. Komik merupakan satu
cabang seni yang sepatutnya dilihat sebagai satu genre sastera. Melalui media
ini, pelukis dapat mengungkapkan idea, kritikan, perasaan, pentafsiran,
penganalisaan, penghayatan, wawasan dan sebagainya secara perlambangan.
Malahan pandangan positif terhadap komik boleh mendorong pembacaan
terbukti di Amerika Syarikat dan Jepun. Di kedua-dua negara tersebut, buku
komik yang bermutu telah digunakan secara meluas sebagai bahan bacaan
tambahan di sekolah rendah disebabkan tarikan lukisan dan lakaran komik ke
atas kanak-kanak. Dalam meletakkan asas pembudayaan membaca dalam
kalangan kanak-kanak dan berterusan ke peringkat remaja, peranan ini harus
dimainkan oleh para ibu bapa dan guru. Ibu bapa bukan sahaja mesti membaca
bersama-sama anak, tetapi juga membimbing mereka membuat analisis,
klasifikasi dan lain-lain dan proses ini dapat dilakukan amat berkesan dengan
komik. Oleh sebab itulah komik digunakan sebagai bahan bacaan tambahan
sekolah di Amerika Syarikat dan Jepun.
Peranan pihak kerajaan khususnya kementerian dan badan yang terbabit dalam
usaha memupuk minat membaca dalam kalangan remaja ini sememangnya
tidak dapat dipertikaikan lagi. Melalui Kementerian Pelajaran misalnya, Program
Nilam telah lama diperkenalkan di peringkat sekolah, demikian juga usaha yang
dilakukan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa)
dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan
kempen Membaca dan Pesta Membaca di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
(KLCC) pada bulan Julai 2006 tahun lepas. Antara misi kempen ini adalah bagi
memupuk budaya membaca sepanjang hayat yang berobjektif untuk menanam
budaya membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir dan
kreatif.
Selain itu, bagi meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar institusi
pengajian tinggi yang sebilangan besarnya merupakan golongan remaja,
perlunya peranan penting yang dimainkan oleh golongan pustakawan di
universiti masing-masing.Hal ini kerana pustakawan merupakan penggerak
perpustakaan boleh mengadakan program-program berkala ke arah
meningkatkan minat membaca dalam kalangan mahasiswa. Menurut Nur Atiqah
Abdullah, etl (2001) ,bantuan boleh dalam bentuk mendidik pelajar mencari
maklumat melalui pangkalan data dalam talian, CD-ROM, dan inter-library. Dalam
era ledakan maklumat, pelajar perlu tahu memilih, menilai, menganalisis dan
membuat keputusan yang tepat berdasarkan maklumat yang sesuai. Oleh yang
demikian, perpustakaan perlu mendidik masyarakat pelajar agar bertindak
sebagai pengguna maklumat yang efektif, kritikal dan beretika dalam usaha
untuk melahirkan masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan.
Selain itu, peranan masyarakat setempat juga adalah perlu dalam memupuk
budaya membaca dalam kalangan remaja. Masyarakat tanpa mengira tempat
boleh menubuhkan perpustakaan bagi memudahkan penduduk yang
berhampiran datang untuk membaca atau meminjam buku. Usaha ini boleh
dilakukan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK).
Masyarakat kini mungkin boleh mengambil contoh masyarakat di sebuah bandar
di Amerika Syarikat iaitu bandar Michigan apabila masyarakat di tempat tersebut
telah mengadakan satu program yang diberi nama Born to Read. Dalam
program tersebut setiap bayi yang dilahirkan di hospital akan dihadiahkan
sebuah buku dan sudah tentu buku tersebut merupakan buku pertama dalam
kehidupan bayi tersebut. Malahan ibu bapa bayi tersebut akan menerima satu
senarai cadangan cara menyemai minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Usaha yang dimainkan oleh masyarakat ini juga tidak terhad kepada penduduk
setempat sahaja. Budaya membaca dalam kalangan masyarakat khususnya
remaja dapat dipupuk melalui peranan yang dimainkan oleh premis-premis
perniagaan yang terdapat di Malaysia. Misalnya kedai-kedai buku boleh
mewujudkan kemudahan-kemudahan tambahan misalnya kafe bagi
memudahkan mengunjungnya menikmati minuman sambil memilih atau
membaca buku. Setaip premis sama ada hotel, pusat membeli belah, kafe siber
dan sebagainya boleh mengwujudkan sudut membaca dalam usaha
membudayakan tabiat membaca dalam kalangan masyarakat khususnya remaja.
Meskipun saranan ini mungkin dirasakan sukar diterima keberkesanannya
namun segalanya perlu dicuba dan dilakukan. Budaya ini sememangnya berlaku
di negara Jepun yang mempunyai rakyat celik huruf yang tertinggi di Asia iaitu
sebanyak 99 peratus. Kedai buku yang terdapat di Jepun kebanyakannya seperti
hotel yang menyediakan lobi bagi memudahkan pengunjung membuat temu janji
dan mengadakan sesi perbincangan. Selain itu, terdapat juga kedai buku di
Jepun yang menyediakan kafe untuk memberi kemudahan pengunjungnya
melihat dan memilih buku sambil menikmati minuman.