Anda di halaman 1dari 3

KRITIKAN TERHADAP TEORI ROSTOW DAN KARL MARX

Rostow merupakan seorang tokoh ekonomi yang menganalisis


mengenai proses pembangunan. Walaupun Rostow bukanlah orang pertama
yang menganalisis proses pembangunan, namun Teori Tahap Pertumbuhan
yang dikemukakannya menjadi salah satu teori yang paling banyak
mendapat perhatian.
Keadaan ini dijelaskan oleh beberapa faktor, antaranya adalah seperti
berikut:
I.
Analisis mengenai proses pembangunan yang dikemukakan oleh
beliau, bukan sahaja menyelidik mengenai perubahan-perubahan yang
bersifat ekonomi tetapi juga perubahan yang bersifat sosial dan politik;
II.
Analisis yang dikemukakan adalah analisis pertumbuhan yang
lengkap kerana bukan sahaja menganalisis mengenai perubahan secara
menyeluruh tetapi juga perubahan yang berlaku dalam pelbagai sektor
ekonomi; dan
III.
Beliau juga mengemukakan beberapa peringkat pembangunan dan
menjelaskan sifat-sifat yang ada dalam setiap peringkat tersebut.
1)

Tahap-tahap pertumbuhan yang dikemukakan oleh Rostow adalah :


Tahap Masyarakat Tradisional
Ciri-ciri masyarakat dalam tahap pertama ini ialah berbentuk feudal yang
kurang memberi galakan kepada mobiliti ke atas, wujud kelas dalam
masyarakat dan agihan pendapatan juga tidak seimbang.

2)

Prasyarat untuk Lepas Landas


Pada tahap kedua pula, prasyarat untuk pertumbuhan ekonomi yang mapan
mula dibentuk. Di Eropah Barat, tahap ini melibatkan perubahan radikal
dalam 3 sektor bukan industri.

3)

Tahap Lepas Landas


Ciri-ciri pada tahap ketiga pula adalah sangat penting kerana tahap ini
didefinisikan sebagai revolusi industri iaitu dicirikan oleh perubahan radikal
dalam cara pengeluaran.

4)

Tahap Gerakan Ke Arah Kedewasaan


Tahap keempat pula adalah kemajuan yang yang dicapai oleh sesebuah
masyarakat. Masyarakat kini sudah berupaya menggunakan teknologi dan
banyak sektor utama telah dibangunkan.

5)

Tahap Penggunaan Tinggi

Ciri-ciri yang ada pada tahap yang terakhir ialah masyarakat lebih
mementingkan kebajikan dan keselamatan. Mayarakat sudah matang untuk
mencapai tahap ini selepas pencapaian dalam pertumbuhan ekonomi yang
pesat.
Walaupun ada yang menerima tahap pertumbuhan yang dikemukakan
oleh Rostow, namun terdapat juga pihak yang menolak teori yang
dikemukakan ini. Kritikan utama yang diterima oleh Rostow adah mengenai
perbezaan setiap tahap yang kabur atau kurang jelas. Malah ia juga sukar
untuk dibuktikan secara emprikal dan kemungkinan ada sesebuah Negara
yang tidak mengikut urutan tahap yang telah ditetapkan.
Keadaan ini jelas dibuktikan dengan melihat kemajuan yang dicapai oleh
Negara Jepun dan Korea Selatan. Kedua-dua Negara ini tidak melalui
peringkat pertumbuhan yang dikemukakan oleh Rostow, di mana kedua-dua
nNegara ini tidak menjalankan sektor tradisional pada peringkat awal
pertumbuhan ekonomi negaranya.

1)
2)
3)
4)
5)

Karl Marx adalah salah seorang tokoh yang mengkaji mengenai


pertumbuhan ekonomi. Karl Marx menganalisis dan mengatakan bahawa
tingkat teknologi yang rendah dan kurangnya sumber kekayaan alam
bukanlah punca utama kepada masalah pembangunan. Malah, Karl Marx
menolak sistem Kapitalis dan menerima sistem Sosialis. Seperti juga Rostow,
Karl Marx juga membahagikan perubahan pembangunan kepada lima tahap
iaitu :
Masyarakat Primitif
Perhambaan
Feudal
Kapitalis
Sosialis atau Komunis
Karl Marx berpendapat dalam teorinya bahawa pada sistem kapitalis
akan wujud dua kumpulan utama iaitu Kumpulan Kapitalis dan Kumpulan
Pekerja. Kumpulan kapitalis merupakan kumpulan yang menambahkan
kekayaan melalui penggunaan stok modal, manakala golongan pekerja
adalah golongan yang memiliki tenaga untuk dijual.
Karl Marx menambah bahawa, golongan kapitalis suka menolong
golongan yang setaraf dengan mereka serta suka menggunakan teknik
penjimatan buruh. Keadaan ini akan mewujudkan pengangguran. Malah
kadar upah yang diberikan kepada buruh juga akan berkurangan. Kesannya,
kadar pengangguran akan meningkat dan golongan pekerja akan terus
berada dalam kemiskinan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya
pertentangan antara pemilik modal dengan pekerja yang seterusnya akan
mewujudkan masyarakat sosialis atau komunis.

Walaupun Karl Marx memberikan padangan yang sedemikian, namun


masih terdapat pekerja-pekerja di Barat yang lebih menyokong sistem
kapitalis kerana mereka mendapat untung yang lebih dalam jangka panjang
melalui peningkatan output di bawah sistem Kapitalis berbanding dengan
sistem Sosialis . Ini terbukti apabila Negara Komunis jatuh satu demi satu
dalam tahun 1980-an dan Negara tersebut telah menukarkan sistemnya
kepada sistem Demokrasi.

Anda mungkin juga menyukai