Anda di halaman 1dari 2

Azman Bin Roslan,

AP140420,
No. 37 Jalan Universiti,
Bandar Universiti,
86400, Parit Raja, Batu Pahat,
Johor.

Dr. Mohd Lizam Bin Mohd Diah,


Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa),
Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan,
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor.

22 FEBRUARI 2016

Tuan,
PERMOHONAN PENAMBAHAN KREDIT MELEBIHI 18 JAM KREDIT DALAM SUBJEK
YANG DIDAFTARKAN
Merujuk kepada perkara di atas, saya Azman Bin Roslan AP140420, pelajar tahun 2 BPC,
semester sesi 2015/2016, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan ingin membuat
permohonan penambahan dua jam kredit kerana telah melebihi 18 jam kredit dari pendaftaran
subjek yang sebenar.
2. Subjek yang ingin saya daftarkan adalah subjek fakulti iaitu KENEGARAAN DAN
PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA (UWS10103). Subjek ini berjumlah 3 jam kredit
dan jika ditambah dengan subjek yang sudah didaftarkan ianya berjumlah 20 jam kredit. Saya

membuat penambahan ini kerana ingin membaiki pencapaian dalam akademik dalam semester
ini bagi meningkatkan pointer saya dalam semester itu.
3. Disini saya telah sertakan slip pendaftaran kursus saya bagi semester 4 ini dan slip keputusan
peperiksaan semester yang lepas sebagai rujukan pihak tuan dalam mempertimbangkan
permohonan penambahan jam kredit subjek saya bagi semester ini. Kerjasama tuan amat saya
hargai. Sekian,terima kasih dan Assalamualaikum.

Yang benar,

AZMAN BIN ROSLAN

Anda mungkin juga menyukai