Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Masalah
Pada minggu yang ini, masalah yang dihadapi ialah murid kerap meminta
kebenaran untuk keluar kelas pergi ke tandas. Dalam satu-satu waktu P&P mesti
ada saja murid yang ingin keluar untuk pergi tandas malah seorang murid akan
meminta kebenaran keluar lebih dari sekali. Masalah ini berlaku sejak dua
minggu saya berpraktikal di sekolah ini. Pada pandangan mata saya masalah ini
berlaku dari tahun satu hingga tahun enam.
Analisis Masalah
Masalah ini bukan baru berlaku. Adakah murid-murid ini benar-benar ingin
membuang air atau tidak suka akan apa yang diajar guru atau bosan dengan
pengajaran yang diajar oleh guru. Apabila ditanya kepada murid mereka akan
menjawab ingin membuang air. Ketika saya mengajar di tahap satu, saya melihat
ada saja alasan diberikan oleh murid untuk keluar kelas dengan alasan ingin
pergi ke tandas dengan berdua-duaan dengan rakan-rakan kelas mereka.
Cadangan/ Tindakan
Jadi untuk mengurangkan murid daripada meminta kebenaran keluar kelas ke
tandas dengan membuat kad keluar kelas dan kad tersebut hendaklah disimpan
oleh guru mata pelajaran yang mengajar murid tersebut. Apabila murid ingin
keluar dia mestilah menunggu guru setiap matapelajaran mengikut jadual waktu
kelas. Ini akan membuatkan ia lebih sistematik.
Saya juga dapati murid-murid lebih bekerjasama dalam P&P yang melibatkan
permainan ataupun kuiz. Oleh yang demikian, saya memperbanyakkan aktivitiaktiviti seperti berikut berdasarkan topik yang di ajar dalam menarik minat
mereka terhadap pengajaran yang dijalankan. Lantas murid lebih berminat untuk
belajar dan kurang untuk meminta kebenaran keluar kelas ke tandas.

Tindakan Susulan
Guru mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya dapat
memupuk minat. Ianya pasti akan mengurangkan masalah. Justeru itu,
kepelbagaian aktiviti pasti tidak akan membosankan murid.

Anda mungkin juga menyukai