Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat pagi, salam


perpaduan dan salam transformasi.

Terlebih dahulu saya bagi pihak seluruh warga SMK Kampong Jawa mengucapkan selamat datang
kepada semua tetamu yang hadir bagi sama-sama merasai dan menyaksikan kejohanan sukan
sekolah pada tahun ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus
sejak bulan Januari lagi, bermula dengan acara Larian Ria dan Sukan Tara. Acara sebelum
kejohanan sukan itu memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Dalam masa yang sama guruguru tidak pernah mengabaikan kepentingan akademik. Sesungguhnya kepentingan sukan sama
utama dengan kepentingan akademik. Kepada para pelajar tahniah saya ucapkan atas kegigihan
mengambil bahagian demi semangat berpasukan. Saya yakin semangat ini jika dipindahkan ke
dalam bilik darjah akan memberikan impak yang tinggi kepada pencapaian akademik para pelajar.
Hadirin yang dihormati,
Kejohanan yang djalankan merupakan agenda besar dalam kalendar sekolah. Kepada para pelajar
yang terserlah kecemerlangannnya dalam bidang sukan diharapkan boleh menjadi atlet berpotensi
untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili daerah, negeri dan negara.
Saya merasakan kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk guru-guru mencipta kreativiti
memacu semangat pelajar, manakala para pelajar pula berpeluang mengerah kudrat melepaskan
beban emosi dengan berlari sederas yang mungkin, maka akan terciptalah momentum yang dapat
menjana tenaga dalaman seterusnya menjadi juara.
Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan memberikan sokongan kepada
anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan pelajar
dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang
kurikulum.
Akhir kata, terima kasih kepada Dr. Mohamad Faisal yang sudi hadir merasmikan kejohanan
sukan kali ini, terima kasih kepada guru-guru yang berkorban masa dan tenaga, TERIMA KASIH
KEPADA PIBG SK SG BALAI, terima kasih kepada ibu bapa yang menyokong anak-anak, dan
terima kasih kepada pelajar yang bersemangat mengambil bahagian. Sokonglah kami WARGA SK
SG BALAI untuk membentuk generasi masa depan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Sekian, terima kasih.

D IC ATAT OL EH Y.M . RAJ A AH MA D TALM IZ I RAJ A ABDU LL AH DI 11:23


PTG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAH HIRABBIL ALAMIN
WASSALATU WASSALAMU ALA ASHRAFIL AMBIA IWALMURSALIN
WAALA ALIHI WASAHBIHI AJMAIN,
SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIA, SALAM PERAK AMAN JAYA,
SALAM PERAK EXCELLENT

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia Nya dapat kita bersama-sama
berkumpul untuk menjayakan Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga SMK Kulai Besar kali Ke37, 2016.
Sidang hadirin yang berbahagia.
Terlebih dahulu saya bagi pihak seluruh warga SMK Kampong Jawa mengucapkan selamat datang
kepada semua tetamu yang hadir bagi sama-sama merasai dan menyaksikan kejohanan sukan
sekolah pada tahun ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus
sejak bulan Januari lagi, bermula dengan acara Larian Ria dan Sukan Tara. Acara sebelum
kejohanan sukan itu memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Dalam masa yang sama guruguru tidak pernah mengabaikan kepentingan akademik. Sesungguhnya kepentingan sukan sama
utama dengan kepentingan akademik. Kepada para pelajar tahniah saya ucapkan atas kegigihan
mengambil bahagian demi semangat berpasukan. Saya yakin semangat ini jika dipindahkan ke
dalam bilik darjah akan memberikan impak yang tinggi kepada pencapaian akademik para pelajar.

Sukan adalah satu kaedah untuk membina peribadi mulia dalam kalangan kita. Dengan memberi
latihan yang sepadu merangkumi minda, fizikal, otot, saraf, emosi dalam lain-lain faktor sama ada
dalaman atau luaran akan membentuk seorang murid yang patuh dengan aturan dan secara tidak
langsung mendidik seorang atlet berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan membina
jati diri ke arah kepimpinan.
Sekolah ingin melihat murid boleh menjadi contoh atau role model kepada pelajar lain. Dalam
sukan pelbagai perkara dipelajari dari patuh kepada arahan jurulatih sehinggalah membina
kesepaduan pasukan menerusi kesabaran, ketetapan masa, bertolak ansur, bekerjasama dan
sebagainya.
Saudara dan saudari sekalian,
Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa responsif terhadap keperluan
pelajar ke arah pemupukan dan membina bakat bagi murid yang berkecenderungan
memilih kerjaya
mereka
dalam
apa
jua
bidang
sukan.
Sukan pada hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi dan riadah, bahkan ia telah menjadi satu gaya
hidup sihat, dan merupakan pelaburan terhadap kesihatan dan ekonomi yang menguntungkan.
Adalah tidak mustahil jika hari ini murid-murid yang berlari berkaki ayam di atas trek rumput
tetapi pada satu hari nanti dengan bimbingan dan tunjuk ajar serta bakat yang ada murid tadi akan
belari
di
persada
trek
antarabangsa
mengibarkan
bendera
negara.
Dalam kejohanan sedemikian rupa kejayaan selalu menjadi pengukuran yang jitu. Selalunya juara

menjadi kebanggaan semua pihak sama ada menerusi sanjungan, pujian dan pemberian insentif.
Kesinambungan untuk mencipta nama di peringkat lebih tinggi perlu disemat di hati sanubari
setiap
murid
untuk
menjulang
nama
sekolah.
Untuk mencipta nama perlu kepada usaha yang gigih dan sepenuh tumpuan kepada latihan yang
sepadu. Dalam hal ini atlet Malaysia amat beruntung kerana kerajaan sentiasa memberi pelbagai
imbuhan
dan
kemudahan.
Dalam konteks sekolah semua murid amat bertuah sekali kerana pihak sekolah sentiasa memberi
galakan dan dorongan yang berterusan serta memberi peluang yang seluas-luasnya kepada murid
untukbergiat
dalam
bidang
sukan.
Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau sukan olahraga cukup penting
kepada rakyat dan negara, khususnya generasi anak bangsa pewaris nusa yang tercinta. Selain
dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang melibatkan
murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan
sekali
gus
mengeratkan
tali
silaturahim
dan
muhibah.
Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha kerajaan kita untuk
membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan melonjakkan kecemerlangan institusi
pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan.
Sebagai mengakhiri ucapan alu-aluan ini sekali saya ingin mengambil kesempatan pada pagi yang
meriah ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada EN
ZALZAIFULKHAFIZ BIN SULAIMAN , EN SYAMSUL KAMAL BIN MOHD NASIR - YDP
PIBG serta para tetamu yang telah sudi menerima undangan kami pada Majlis Perasmian Temasya
Sukan
Olahraga
Tahunan
kali
yang
ke-24,
SMK
Kulai
Besar.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai