Anda di halaman 1dari 5

MISKONSEPSI

Dalam pembelajaran tajuk geometri ( ruangdanbentuk ), murid-murid mengalami


kesukaran untuk mengaitkan menyatakan perbezaan bagi bentuk geometri.

Para

murid mungkin sekali tidak dapat mengenalpasti sesuatu bentuk berdasarkan nama.
Murid mungkin akan keliru dengan kubus dan kuboid.

Murid juga mungkin akan

membuat kesilapan dalam mengejanama bentuk geometri .


Selain daripada itu,

murid juga mempunyai kecenderungan untuk memberi

kepada bentuk objek. Sebagai contoh,

fokus

apabila sesuatu bentuk segitiga dilukiskan,

pelaja rmungkin akan memberikan nama berdasarkan tafsiran mereka sendiri seperti
segitiga tegak, segitiga terbalik atau segitiga kurus. Oleh yang demikian, bentuk yang
ingin dilukis hendaklah dilukis pada orientasi yang berbeza.
Bukan itu sahaja, para murid mungkin tidak dapat membezakan sepenuhnya ciri-ciri
yang terdapat pada bentuk yang berbeza seperti segiempat dan trapezium atau beza
di antara segiempat samadan rombus.
Sesetengah murid tidak mahir menggunakan alatan seperti pembaris dan jangka sudut
untuk menentukan ukuran dan bacaan sudut sesuatu garisan. Malah ada murid yang
tidak mengetahui fungsi dan kegunaan jangka sudut dengan menganggapnya hanya
sebagai pembaris biasa.
Di samping itu, murid kadangkala tidak dapat membayangkan permukaan, tepi dan
sudut terlindung pada sesuatu objek. Murid juga mungkin mengalami kesukaran untuk
melabel sesuatu bentuk dengan tepat. Mereka mungkin sekali tidak biasa dengan abjad
huruf besar yang digunakan untuk melabel sesuatu bucu.

Antara miskonsepsi lain yang murid hadapi ialah murid mungkin menganggap garis
sejajar adalah sama dengan garis simetri. Sebagai contoh, murid menganggap garis
pepenjuru pada parallelogram adalah garis selari memandangkan kedua-dua garisan
pepenjuru itu adalah sejajar.

PCK

PEMAHAMAN
Dalam pengajaran dan pembelajaran bentuk 2 dimensi, satu miskonsepsi umum yang
dialami oleh pelajar ialah kekeliruan untuk mengenalpasti diantara segitiga sama sisi
dan segi tiga sama kaki.

Mereka gagal untuk menyatakan nama dan melukiskan

bentuk tersebut dengan tepat. Sebagai contoh, mereka akan menyatakan (melukiskan)
segi tiga sama sisi sebagai segi tiga sama kaki dan begitu juga sebaliknya. Keadaan ini
jelas sekali menunjukkan pelajar gagal untuk membayangkan bentuk yang betul.

TRANSFORMASI
Oleh

yang

demikian,

satu transformasi pengetahuan perlu dilakukan untuk

membetulkan miskonsepsi tersebut. Guru menayangkan / mempamerkan gambar segi


tiga sama sisi kepada pelajar dan meminta pelajar untuk menyatakan nama bentuk
tersebut. Guru membimbing para pelajar ketika pelajar memberikan respon kepada
soalan guru. Guru mengulang proses yang sama apabila menayangkan bentuk segi
tiga sama kaki. Seterusnya guru menyatakan ciri-ciri segi tiga sama sisi dan segi tiga
sama kaki. Dan yang paling penting sekali ialah guru perlu untuk cuba menanamkan
kata kunci bagi mewakili kedua-dua segi tiga.

KETIGA-TIGA
SISINYA
SAMA
PANJANG

3 bucu

2 SISI YANG
SAMA
PANJANG
DAN 1
TAPAK

ARAHAN
Guru membahagikan murid kepada pasangan. Guru mengedarkan kepingan dan kad
nama segi tiga sama sisi dan sama kaki kepada setiap pasangan. Guru mengarahkan
setiap pasangan untuk memadankan bentuk segitiga yang betul kepada kad namanya.
Di sini murid akan berkolaborasi diantara satu sama lain untuk menentukan segi tiga
yang sepadan dengan namanya. Guru akan memantau dan membimbing setiap
pasangan.

PENILAIAN
Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dimana terdapat 2 bahagian. Dalam
bahagian A, murid hanya perlu untuk memadankan gambar segi tiga yang sepadan
dengan namanya. Dalam bahagian B pula, murid perlu menuliskan nama yang tepat
kepada gambar segi tiga yang dipaparkan. Apabila semua murid telah siap, guru
melakukan semakan secara serentak dimana murid akan saling bertukar lembaran
kerja.

Guru

akan menyatakan jawapan

yang

betul sementara murid pula akan

menyemak hasil kerja rakan. Seterusnya apabila proses menyemak telah selesai,
lembaran kerja akan dikembalikan.

Guru

mengarahkan murid untuk menyemak

kembali lembaran kerja masing-masing. Dengan ini murid akan melalui 2 kali proses
menyemak dan ini akan mengukuhkan lagi pemahaman murid tentang kemahiran yang
dipelajari.

Sekiranya murid menjawab salah, murid dikehendaki untuk membuat

pembetulan.

REFLEKSI
Akhir proses pengajaran dan pembelajaran,

guru menayangkan / mempamerkan

gambar segi tiga sama sisi dan segi tiga sama kaki. Kedua-dua bentuk itu masingmasing dilabelkan dengan huruf besar A dan B. Guru akan menunjukkan bentuk A
dan meminta murid untuk menyebut nama bentuk tersebut dan proses yang sama
dilakukan untuk bentuk B. Guru membimbing murid untuk menyatakan ciri-ciri keduadua segitiga.

Anda mungkin juga menyukai