Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Teks Ceramah
Tajuk: Program Susu Di Sekolah
Penceramah: Puan Quek Hui Inn

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, Yang Berusaha Encik Lim Lay Ming, Guru Besar
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 4, Puan Tan Li Peng, Penolong Kanan 1 Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 4, Encik Ng Wei Chen, Yang Dipertua PIBG Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Foon Yew 4, barisan guru, seterusnya para murid yang saya kasihi sekalian.
Saya amat bersyukur kerana dapat bertemu dengan para hadirin sekalian dalam majlis pada
pagi ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi

menjemput saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Program susu di sekolah.
Hadirin yang dihormati,
Susu 1 Malaysia...
Kita selalu mendengar ayat ini. Tetapi, tahukah anda apa itu susu 1 Malaysia? Susu 1
Malaysia merupakan program susu percuma yang diberikan kepada lebih tiga juta murid di
sekolah rendah di seluruh negara dengan tujuan untuk membina generasi Malaysia yang kuat
dan sihat. .Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan
Tambahan (RMT).

Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin dengan

berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah di sekolah.
Anda mungkin telah biasa dengar atau pernah menerima susu I Malaysia dari pihak
sekolah. Adakah anda ketahui asal-usulnya? Nama asal usul susu 1 Malaysia ialah Program
Susu Sekolah (PSS). Ia merupakan program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia.
Program ini dilancarkan pada tahun 1983 sebagai makanan tambahan telah diperluaskan ke
seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang
tersendiri.

Ia bertujuan untuk meningkakan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid

sekolah rendah melalui pemupukan tabiat meminum susu. Pada 9 Julai 2010, program ini
dimulakan dengan penjenamaan semula di bawah nama Program Susu 1Malaysia (PS1M) oleh
YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saudara saudari sekalian,


Program Susu 1 Malaysia terbahagi kepada dua, skim susu bayaran dan skim susu
percuma. Skim susu bayaran melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada
secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan manakala skim susu percuma melibatkan bekalan
susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang
menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama
ada berbentuk persendirian atau sukarela.
Hadirin yang dimuliakan,
Minum susu merupakan perkara yang biasa murid-murid lakukan dalam kehidupan
seharian terutamanya murid tahap satu.

Apa tujuan KPM melakukan program tersebut?

Tujuan program tersebut dilaksanaan di sekolah adalah bagi meningkatkan tabiat meminum
susu di kalangan murid sekolah rendah dalam Skim Susu Bayaran.

Selain itu, ia juga

membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio ekonomi yang rendah
dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma. Dalam usaha ini, KPM telah
meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan bersama
agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia agar mengurangkan perbelanjaan
sector awam melalui penglibatan agensi sector swasta.

Selain itu, program ini juga dapat

mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya berhubung dengan
makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek pelajaran.
Warga sekolah yang disayangi sekalian,
Program Susu 1 Malaysia yang dinikmati lebih tiga juta murid sekolah rendah di 7,685
sekolah rendah kerajaan seluruh negara adalah sebahagian hasrat kerajaan untuk membina
generasi baru yang lebih cerdas.

Pelaksanaan program di bawah kelolaan Kementerian

Pelajaran itu, bukan setakat memperkenalkan program Susu 1 Malaysia malah bermatlamat
untuk mewujudkan generasi muda Malaysia yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih
dinamik pada masa depan. Ia juga memberi kesan dan manfaat besar sekiranya setiap murid
sekolah rendah dapat dididik untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.

Dengan

menggunakan peruntukan sebanyak RM4 juta, bekalan susu 1 Malaysia diperoleh daripada
penternak susu di Sabah. Justeru, pada masa yang sama kerajaan telah

membantu

pengusaha dan penternak di Sabah memperoleh pendapatan lebih tinggi di samping dapat
menentukan bahawa murid-murid dapat protien dan kalsium yang mencukupi.
2

Para hadirin sekalian,


Setiap murid yang berkelayakan akan menerima 2 kotak susu (200ml) berperisa coklat,
sebanyak 2 kali seminggu. Tahukah anda susu yang diberi kepada semua murid dari Tahun 1
hingga Tahun 6 (kecuali murid Pra Sekolah) perlu mendapat kebenaran bertulis dari ibubapa?
Mengapa ia perlu mendapat kebenaran daripada pihak ibu bapa? Ini adalah disebabkan
masalah-masalah yang timbul akibat keracunan makanan murid-murid selepas minum susu
yang dibekalkan atas sebab-sebab tertentu. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku,
pelaksanaan Program Susu Sekolah menjadi lebih rumit lagi.

Selain dari kebenaran bertulis

ibu bapa, susu yang diterima ini tidak dibenarkan dibawa balik ke rumah. Setiap kali susu
diagihkan, murid-murid perlu menghabiskan susu tersebut dan buangkan kotak susu ke dalam
tong yang disediakan. Murid yang tidak biasa minum susu hanya diberi kuantiti sebanyak
kotak susu. Guru-guru kelas yang mengagih susu tersebut perlu mengambil kedatangan murid
yang minum susu pada hari tersebut.
Hadirin sekalian,
Adakah anda ketahui apa kelebihan program tersebut dilaksanakan? Dapatkah anda
fikirkan? Dalam proses pembentukan negara maju dan stabil, faktor pemakanan perlu diambil
kira kerana faktor pemakanan turut menyumbang kepada pembentukan fizikal dan mental yang
sihat dan sifat berdaya saing. Justeru itu, program susu 1 Malaysia telah diperkenalkan selaras
dengan

kehendak

kerajaan

untuk

membekalkan

makanan

yang

berkhasiat

dengan

membekalkan susu berteknologi UHT kepada murid sekolah peringkat rendah yang berumur
daripada

lingkungan

tahun

sehinggalah

murid

yang

berumur

12

tahun.

Susu yang dibekalkan kepada murid sekolah rendah melibatkan dua negeri iaitu Negeri Johor
dan Negeri Pahang.
Apabila susu dikaitkan dengan gaya hidup, pada awalnya ia banyak dikaitkan dengan
cara hidup kaum India di Malaysia. Malah budaya meminum susu ini kelihatan agak janggal
apabila melibatkan kaum Melayu dan juga kaum Cina. Budaya meminum susu ini hanya
berkembang selepas program susu di sekolah telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
pada tahun 1980an. Pada tahap sekarang, program susu 1Malaysia diteruskan bagi membantu
keperluan nutrien murid dan juga membudayakan meminum susu kepada kalangan kanakkanak. Selain itu, program susu 1 Malaysia dapat membantu dan memberi kesedaran kepada
murid-murid di luar bandar mengenai cara pemakanan berkhasiat kerana mereka yang tidak

termasuk di dalam jalur lingkungan pemerhatian menyeluruh kerana kedudukan geografi


mereka serta tiada kemudahan lengkap seperti murid di kawasan bandar.
Hadirin yang dimuliakan,
Susu merupakan cecair putih yang dihasilkan oleh kelenjar mamalia samaada daripada
sumber manusia ataupun haiwan dan ianya di dapati kaya dengan pelbagai sumber nutrien
yang pentingdi dalam cara pemakanan pelajar peringkat rendah.

Secara amnya, komposisi

susu terdiri daripada komponen karbohidrat, protein, lemak, pelbagai jenis vitamin, mineral dan
juga air. Manakala ciri-ciri fizikal susu, ianya merupakan suatu jenis emulsi globul lemak
ataupun dipanggil koloid. Susu terdiri daripada sistem suspensi kasein micelles, mengandungi
laktosa yang terlarut, protein whey dan pelbagai mineral yang berperanan dalam kawal atur
fungsi sistem fisiologi kimia badan.Susu dari sumber lembu mempunyai tahap keasidan di
dalam julat 6.4 kepada 6.8. Ini menunjukkan susu mempunyai sedikit sifat keasidan..
Terdapat banyak sumber makanan yang lain dapat diedarkan kepada para pelajar
seperti soya dan telur. Susu telah dipilih kerana ianya mempunyai kelebihan berbanding
makanan yang lain. Kelebihan ini disebabkan susu adalah makanan yang hampir lengkap
danterdapat keseimbangan nutrient yang didapati di dalam susu. Susu juga mudah di hadam
oleh sistem pencernaan manusia berbanding sumber makanan lain dan penyerapan nutrien
sangat efisien terutama bagi kanak-kanak yang mempunyai sistem penghadaman awal.
Manakala mutu protein dan lemak susu dikatakan lebih tinggi berbanding dengan sumber
nutrien yang lain. Berikut adalah kebaikan susu yang dapat diserap di dalam diet harian murid.
Warga sekolah yang dikasihi sekalian,
Setelah mengetahui kelebihan program susu, tahukah anda ia juga mempunyai
kelemahan?

Susu 1 Malaysia yang dibekalkan mudah dibekukan kerana berlaku kes

keracunan makanan yang berpunca daripada susu basi.


kekurangan penilitian daripada guru yang bertugas.
tarikh tamat tempoh susu yang dibekalkan.

Perkara ini berlaku disebabkan

Guru tidak memeriksa terlebih dahulu

Selain itu, tempat menyimpan susu juga

memainkan peranan penting. Susu mudah menjadi rosak/ basi jika terdedah di kawasan yang
kurang sesuai seperti menyimpan susu di kawasan yang panas ( terkena cahaya matahari)
dalam satu jangka masa tertentu. Menurut Utusan Online ( 2013 ) kes Keracunan Makanan
Melibatkan Susu 1Malaysia menunjukkan sebanyak 97 kes dicatatkan pada 2011 dan 78 kes
dalam 2012.
4

Susu 1 Malaysia yang dibekalkan perlu disimpan di tempat khas seperti dalam bilik yang
gelap yang mempunyai peredaran udara yang baik. Selain itu, susu tidak dibenarkan meletak
terus di atas lantai.

Ia perlu ditinggikan supaya dapat mengelak daripada binatang kecil

contohnya tikus akan mendatangkan penyakit berjangkit. Selain masalah yang disebabkan
oleh guru bertugas, pihak pembekal juga memainkan peranan dalamnya.

Mereka tidak

membekalkan bekalan susu kotak yang segar kepada murid sekolah sehingga terjadilah keskes keracunan makanan selepas minum susu yang dibekalkan.
Saudara saudari sekalian,
Bukan senang kita melaksanakan program susu 1 Malaysia. Menurut Noraini Bt Dato
Mohd. Othman selaku Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian
Kesihatan Malaysia dalam garis panduan pengendalian bekalan susu sekolah, untuk menjamin
kualiti produk, pihak KPM perlu mencari syarikat pembekal susu yang berkelayakan dalam
sama-sama melaksanakan program ini. Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolahsekolah adalah selamat, semua syarikat pembekal susu hendaklah mematuhi perkara-perkara
seperti mempunyai sijil HACCP yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Syarikat
tersebut perlu mematuhi segala peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan
Makanan

2009

seperti

melaksanakan

program

jaminan

keselamatan

makanan

dan

melaksanakan sistem kebolehkesanan (traceability system) makanan iaitu sistem yang boleh
menjejaki dari mana sumber susu diperolehi dan ke mana sumber susu yang telah diproses
dihantar di sepanjang rantaian termasuk pengedaran hingga ke peringkat penyimpanan di
sekolah.

Selain itu, syarikat tersebut perlu memastikan bahan mentah bebas dari sebarang

pencemaran termasuk enterotoksin.

Holding sample bagi setiap kelompok (batch) yang

dikeluarkan perlu disimpan. Penyedut minuman (straw) perlu dilekatkan pada setiap kotak susu
dan akhirnya setiap tray hanya boleh mengandungi 24 kotak susu sahaja.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Selepas menghasilkan susu kotak, menurut Noraini Bt Dato Mohd. Othman lagi, ia
hendaklah dilindungi daripada pencemaran ataupun kerosakan semasa pengendalian,
pengangkutan dan pengedaran. Jenis kenderaan yang digunakan hendaklah mempunyai ciriciri seperti perlindungan yang berkesan daripada pencemaran dan suhu melampau serta hujan.
Semua kelengkapan dalam kenderaan pengangkutan hendaklah bersih, berkeadaan baik,
boleh dibersihkan dan sekiranya perlu, disanitasi dan ditutup untuk menghalang kemasukan

makhluk perosak dan sebarang sumber pencemaran. Selain itu, ia perlu mempunyai
pengudaraan secukupnya bagi menjamin kesegaran susu.
Warga sekolah yang dikasihi sekalian,
Tahukah anda cara untuk menyimpan susu yang dibekalkan di sekolah? Bukan senang
kita menguruskan susu 1 Malaysia.

Sebelum menyimpan susu, stor yang digunakan bagi

menyimpan bekalan susu hendaklah dibina supaya dapat mengawal risiko pencemaran. Stor
yang dibina mesti memiliki ciri-ciri seperti tertutup dan dilindungi dari makhluk perosak dan
haiwan peliharaan. Stor hendaklah digunakan hanya untuk menyimpan makanan / minuman
dan bahan lain yang tidak mencemarkan. Selain itu, dinding, lantai dan rak perlu diperbuat
daripada bahan yang mudah dicuci dan dinyahjangkit, rata, tidak menyerap kotoran serta tahan
hakisan.

Sekolah adalah tidak dibenarkan menyimpan stok susu dalam jumlah yang banyak.

Bekalan yang boleh disimpan adalah dalam jumlah yang mencukupi bagi pengagihan untuk
jangka masa satu bulan sahaja dan ia tidak boleh disimpan lebih daripada 6 minggu di sekolah.
Pencahayaan juga memainkan peranan yang penting. Pencahayaan semulajadi atau buatan
yang sesuai adalah diperlukan bagi beroperasi dalam keadaan yang baik. Selain pencahayaan,
pengudaraan yang mencukupi juga perlu disediakan untuk mengelakkan bahang yang
berlebihan, kondensasi, kotoran dan wap.

Adalah perlunya stor mempunyai sistem kawalan

makhluk perosak.
Hadirin sekalian,
Bagi kaedah penyimpanan susu pula, susu hendaklah disusun pada ketinggian 20sm
dari lantai atau jika menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya
15sm dari lantai dan penyusunannya hendaklah tidak melebihi keluasan pallet. Selain itu, susu
hendaklah berada sekurang-kurangnya 15sm jarak daripada dinding. Adalah pentingnya
menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelakkan kotak bergoyang dan terjatuh
contohnya interlocking stacking system. Penyimpanan susu hendaklah berdasarkan kepada
tarikh luput dan nombor batch bagi memudahkan amalan penggiliran stok FIFO (masuk dulu,
keluar dulu) dilaksanakan. Susunan kotak tidak boleh melebihi ketinggian yang dibenarkan (8
10 tray). Beban yang melampau akan merosakkan kotak susu di lapisan bawah.

Guru

bertugas perlu mengeluarkan kotak susu yang telah rosak atau tercemar daripada stor
penyimpanan dan penyimpanan susu ke dalam stor penyimpanan hendaklah dijalankan dengan
cermat. Mencampak, menghempas, berdiri atau duduk di atas kotak susu adalah dilarang

sama sekali. Akhir sekali, stor hendaklah sentiasa berkunci dan susu perlu disimpan pada suhu
tidak melebihi 30o C.
Semasa penerimaan susu UHT, petugas yang menerima bekalan susu hendaklah
memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi seperti merekod maklumat penerimaan dalam
buku log, menerima bekalan susu dalam bentuk karton (24 kotak susu) yang lengkap dan fizikal
kotak susu UHT perlu diperiksa agar berada dalam keadaan baik. Petugas perlu mematuhi
kaedah penyimpanan yang selamat.

Susu perlu disimpan dengan kemas dalam tray dan

mempunyai nombor batch / tarikh luput yang sama untuk setiap tray. Semua kotak susu mesti
mempunyai nombor batch / tarikh luput masing-masing. Selain itu, tiada tanda-tanda kerosakan
fizikal seperti kelembapan pada pembungkus luar akibat kebocoran, bocor atau pecah,
menggelembung, kemek, tanda lipatan pada kotak dan lipatan pada tepi kotak terbuka serta
kesan-kesan kehadiran makhluk perosak (kesan najis tikus, telur lipas, gigitan pada kotak dan
lain-lain).
Peringatan kepada guru bertugas, petugas yang menerima bekalan susu mempunyai
hak untuk menolak kesemua lot penghantaran susu sekiranya terdapat kotak susu yang rosak
atau tidak mempunyai nombor batch / tarikh luput. Kotak-kotak yang mempunyai kesan-kesan
kerosakan fizikal di atas tidak harus diterima dan hendaklah dikembalikan kepada pembekal.
Selain itu, maklumat kerosakan susu dan ketiadaan nombor batch / tarikh luput hendaklah
direkod dan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Bagi memastikan bekalan susu UHT yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah adalah
selamat, semua pengilang susu hendaklah merekodkan maklumat seperti sebelum susu UHT
diagihkan kepada murid-murid sekolah, guru atau petugas hendaklah memastikan perkaraperkara seperti nombor batch / tarikh luput susu UHT, tarikh dan masa pengagihan serta nama
kelas / bilangan murid yang akan menerima susu. Petugas perlu menyimpan holding sample
susu UHT (2 kotak) bagi setiap batch atau tarikh luput yang akan diagihkan dan disimpan
selama 3 hari.

Sampel tersebut hendaklah disimpan dalam plastik dan dilabelkan dengan

maklumat tarikh dan masa agihan.

Selain itu, petugas perlu memastikan tiada tanda-tanda

berikut pada kotak susu UHT. Contohnya tanda kelembapan pada pembungkus luar akibat
kebocoran, bocor atau pecah, mengelembung, terdapat tanda-tanda akibat menerima tekanan
seperti kemek, tanda lipatan pada kotak atau telinga pada tepi kotak terangkat serta tanda atau
kesan gigitan makhluk perosak.
7

Para hadirin yang dihormati sekalian,


Tahukah anda panduan minum susu? Menurut portal rasmi Pejabat Pendidikan Daerah
Setiu (2014), sebelum kita minum, kita perlu membasuh tangan terlebih dahulu. Selepas itu,
barulah kita menyemak tarikh luput susu tersebut dan pastikan kotak tidak kembung / kemek /
bocor. Jika baik keadaan susu tersebut, barulah kita goncang kotak susu buat seketika. Sedut
sedikit susu dahulu dan jangan telan, rasakan susu dengan perlahan-lahan. Jika rasanya
masam, laporkan kepada guru bertugas. Sebaliknya, minum sehingga habis. Jangan sesekali
keluar dan masukkan penyedut ke dalam kotak susu. Buangkan kotak susu ke dalam tong
sampah samada sudah habis diminum ataupun tidak.
Selepas pengagihan, sekiranya guru bertugas menerima aduan mengenai susu masam,
beliau perlu mengambil tindakan berikut dengan serta merta contohnya memberhentikan agihan
susu berkenaan dan memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM).
Guru bertugas perlu menyimpan baki susu yang telah terbuka tadi dan menunggu wakil dari
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
untuk tindakan susulan serta merta. Guru bertugas perlu menyerahkan holding sample
kepada wakil PKD yang datang. Setelah PKD selesai dengan urusan pengambilan sampel, baki
susu yang telah dibuka bolehlah dibuang dan baki susu yang belum dibuka dengan nombor
batch / tarikh luput yang sama hendaklah dipulangkan kepada pembekal Pihak sekolah perlu
memastikan buku panduan dan poster yang berkaitan dengan bekalan susu sekolah
dipamerkan di tempat yang mudah dibaca oleh guru dan murid.
Saudara dan saudari sekalian,
Tahukah anda simptom-simptom keracunan makanan selepas minum susu yang sudah
basi? Seseorang yang keracunan makanan akan rasa loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit,
rasa letih, kejang otot, sakit kepala dan pening.

Menurut 1 Klik (2011), golongan yang mudah

mengalami keracunan makanan ialah mereka yang tidak bersarapan pagi (perut kosong) dan
mereka yang alahan laktosa. Oleh itu, murid sekalian perlu mengambil sarapan terlebih dahulu
sebelum anda minum susu. Sesiapa yang alahan laktosa perlu maklumkan terlebih dahulu
kepada guru bertugas.

Bagi individu yang mengalami simptom-simptom yang disebut tadi,

usah takut datang merujuk ke hospital atau klinik berhampiran. Doktor akan membuat periksa
dengan teliti samada benar-benar mengalami keracunan makanan.

Para hadirin sekalian,


Program Susu I Malaysia merupakan satu program untuk semua. Ia memberi manfaat
kepada semua murid sekolah rendah secara adil. Marilah kita sama-sama mengamalkan tabiat
minum susu pada setiap hari. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin akhiri ceramah saya
dengan dua rangkap pantun:

Minuman berkarbonat sarat bergula,


Kandungan gasnya tak kurang juga,
Penyakit kencing manis kesan utama,
Malah penghadaman jadi tak sekata.
Minum susu kaya kalsium,
Rasa dulu sebelum minum,
Nak dapat khasiat penuh kalsium,
Susu segar cepat dihabiskan minum.

Sekian terima kasih.

2.0

Refleksi
Saya amat bertuah dan bersyukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan projek bagi

subjek elektif dua iaitu PKE 3043 E Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini tepat pada masanya.
Saya telah memilih tajuk Program Susu 1 Malaysia (PS1M) sebagai teks ceramah saya dalam
projek ini.
Ini merupakan kali pertama saya menyediakan teks ceramah. Saya amat risau dan
tertekan terhadapnya. Walau bagaimanapun, saya tahu ia merupakan satu cabaran untuk saya
sebelum saya mendapatkan ilmu pengetahuan baharu. Saya terpaksa mendapat idea tentang
cara menulis ceramah yang baik daripada senior. Melalui interaksi dengan senior, barulah saya
ketahui teknik menulis ceramah yang betul. Untuk mendapat lebih banyak maklumat tentang
program susu 1 Malaysia, saya telah melayari pelbagai laman web serta bertanya kepada guru
di sekolah pratikum saya.
Sepanjang masa saya menyiapkan tugasan, banyak ilmu saya perolehi.

Untuk

menghasilkan ceramah tentang Program Susu 1 Malaysia yang sesuai untuk murid sekolah
rendah dan komuniti, saya cuba berfikir apa isi-isi ceramah yang perlu dan sesuai disampaikan
untuk mereka. Untuk memilih isi-isi yang cukup mantap, saya telah bertanya kepada guru
sekolah semasa praktikum fasa dua yang lepas mengenai cara melaksanankan program ini.
Selain itu, saya juga membaca journal atas laman web KPM berkaitan tentang Program Susu 1
Malaysia.
Melalui pembacaan atas laman web,

barulah saya ketahui prosedur menjalankan

program PS1M. Ia tidak sesenang apa yang saya fikirkan. Untuk memastikan kesegaran susu,
banyak perkara perlu guru lakukan untuk mengelakkan susu daripada basi. Antaranya seperti
pemilihan tempat menyimpan susu, peredaran udara dan pencahayaan dalam bilik tersebut.
Setiap langkah pun tidak boleh dipandang ringan.
Semasa saya menjadi guru sandaran tidak terlatih, saya tidak pernah nampak guru yang
mengagihkan susu 1 Malaysia memberi tunjuk ajar kepada murid-murid tentang cara minum
susu yang betul.

Guru hanya mengagihkan susu kepada murid dan membenarkan murid

membawa susu tersebut ke rumah sedangkan murid perlu habiskan susu tersebut di sekolah
dengan pemerhatian guru.

Semasa saya menyiapkan tugasan ini, barulah saya ketahui

panduan minum susu yang betul. Saya amat terkejut dan kecewa kerana guru sekolah tidak

10

mementingkan keselamatan murid. Mereka tidak mengikuti arahan yang ditetapkan oleh KPM
dalam menjalankan program susu ini.
Sebelum menyiapkan tugasan ini, saya diberitahu bahawa minum susu adalah tidak
baik untuk kesihatan. Pilihan yang paling bagus ialah soya. Tetapi, dalam proses menyiapkan
tugasan ini, barulah saya ketahui minum susu adalah lebih baik jika dibanding dengan soya. Ini
adalah kerana susu mempunyai komponen karbohidrat, protein, lemak, pelbagai jenis vitamin,
mineral dan juga air. Manakala ciri-ciri fizikal susu, ianya merupakan suatu jenis emulsi globul
lemak ataupun dipanggil koloid.

Susu terdiri daripada sistem suspensi kasein micelles,

mengandungi laktosa yang terlarut, protein whey dan pelbagai mineral yang berperanan dalam
kawal atur fungsi sistem fisiologi kimia badan.

Untuk mendapat jawapan, saya telah mencari

maklumat berkaitannya dan ia memang terbukti bahawa susu adalah lebih baik berbanding
dengan soya.
Untuk mencari maklumat mengenai tajuk saya bukan satu perkara yang sukar tetapi
untuk memilih maklumat yang betul menceritakan tentang tajuk yang telah saya pilih ini adalah
sukar.

Sebelum menulisnya sebagai isi ceramah, saya perlu mencari bukti terlebih dahulu

untuk saya tulis ia sebagai isi dalam ceramah.

Walaupun terdapat cabaran yang perlu

ditempuhi namumn banyak kebaikan dan kelebihan yang saya perolehi sepanjang menyiapkan
tugasan ini. Antaranya seperti saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa yang
ditetapkan dan banyak pengetahuan telah saya perolehi contohnya cara mengurus program
susu 1 Malaysia yang tepat.
Tugasan ini cukup melatih diri saya dalam mempersiapkan diri saya menjadi seorang
guru yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam melaksanakan program yang dijalankan di
sekolah (Program Susu 1 Malaysia) dengan baik dan teratur.

11

Rujukan
Internet
1 klik. (2011). Susu UHT 1 Malaysia selamat diminum. Dilayari dan dimuatturun dari
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/info-terkini/11176-susu-uht-1malaysia-selamatdiminum-.html pada 1 Mac 2016.

Contoh

teks

ceramah

pendidikan

kesihatan.

Dilayari

dan

dimuat

turun

dari

https://zh.scribd.com/doc/270044965/contoh-teks-ceramah pada 1 Mac 2016.

Nurul Nawar.

(2012).

Mari berpantun tentang kesihatan.

Dilayari dan dimuat turun dari

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=17810.0 pada 1 Mac 2016.

Portal rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Setiu. (2014). Video Panduan Minum Susu Kotak
1Malaysia. Dilayari dan dimuatturun dari
http://jpnterengganu.moe.gov.my/ppdsetiu/v2/index.php/70-makluman-danhebahan/131-video-panduan-minum-susu-kotak-1malaysia pada 1 Mac 2016.

Utusan Online. 2013. Laporan Audit: Bekalan Susu 1Malaysia disimpan tempat berisiko.
Dimuatturun dari
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131001/dn_56/Laporan-AuditBekalan-Susu-1Malaysia-disimpan-tempat-berisiko#ixzz44IXmLwGu pada 21 Februari
2016.

Buku
Garis Panduan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) - Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
12