Anda di halaman 1dari 10

KEUSAHAWANAN DALAM PRODUKSI MULTIMEDIA

Objektif
Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:

memperihalkan isu pengurusan dalam pembangunan multimedia

mengenal pasti bidang pengurusan utama berkaitan projek multimedia

menentukan kos perbelanjaan pembangunan multimedia

Pengenalan
Dalam membangunkan perisian multimedia yang lengkap, berkualiti, menepati piawai
serta memenuhi keperluan pengguna, beberapa aspek perlu dipertimbangkan. Nilai
komersil serta produk yang profesional dan sistematik adalah antara aspek yang
dipertimbangkan. Namun begitu dalam konteks menjadi seorang usahawan produksi
multimedia, yang perlu diberi perhatian ialah proses pengendalian kerja dan pengurusan
perbelanjaan. Pengendalian kerja termasuklah aspek penentuan ahli pasukan dan
pembiaya projek. Manakala pengurusan perbelanjaan merangkumi aspek, pengurusan
kewangan, dana untuk pembangunan dan anggaran kos.
Aktiviti 1: Siapa yang mengurus proses pembangunan multimedia?
1.

Baca petikan yang diberi di bawah.


Setelah membuat keputusan untuk membina satu
judul persembahan multimedia, sesebuah
syarikat perlulah menentukan siapa yang akan
menguruskan projek itu dan sama ada
dibangunkan sendiri atau mengupah orang lain.
Jika syarikat itu ialah sebuah syarikat
multimedia, kemungkinan besar pembangunan
multimedia akan diuruskan sendiri oleh syarikat
itu. Sebaliknya, bagi syarikat yang bukan
multimedia keputusan mungkin melibatkan lebih
banyak pihak. Berikut ialah tiga kategori
organisasi yang mungkin menangani isu Siapa
yang akan menguruskan proses pembangunan
multimedia?, dengan cara masing-masing.
Syarikat bukan multimedia
Banyak organisasi berminat menggunakan
multimedia bagi tujuan persembahan perniagaan,
latihan korporat, katalog produk dan kiosk
jualan. Namun begitu organisasi tersebut
bukanlah sebuah organisasi multimedia. Syarikat
sebegini perlu memilih sama ada untuk
membangunkan produk multimedia itu sendiri
atau mengupah syarikat pembekal perkhidmatan
multimedia
untuk
melaksanakan
projek
berkenaan. Keputusan untuk menentukan siapa

yang akan menguruskan projek multimedia


dibuat berdasarkan pertimbangan berikut:
Tahap Kerumitan Projek: Suatu persembahan
slaid yang ringkas boleh dihasilkan dengan
mudah oleh syarikat itu sendiri, manakala suatu
judul persembahan multimedia korporat yang
interaktif dengan mengintegrasikan audio, video
dan animasi adalah di luar kemampuan syarikat
biasa.
Kepakaran Staf Semasa: Bagi syarikat yang
besar dan kukuh, biasanya terdapat bahagian
korporat atau jabatan khas yang dapat
memberikan latihan dan kemahiran bagi tujuan
penghasilan perisian multimedia. Namun
demikian, dalam banyak keadaan kebanyakan
syarikat biasanya tidak mempunyai staf yang
berkemahiran dalam mengendalikan proses
pembangunan yang dikehendaki. Justeru itu,
timbul masalah untuk membuat keputusan iaitu
sama ada melatih staf yang sedia ada, mengambil
pakar yang diperlukan dari luar, ataupun
memberikan kontrak kepada syarikat pembekal
perkhidmatan multimedia.

Latihan bagi mewujudkan staf berkemahiran


adalah lebih menguntungkan sekiranya syarikat
berkenaan
sememangnya
mempunyai
perancangan jangka panjang. Perbelanjaan bagi
tujuan melatih staf boleh merupakan pelaburan
yang akan memainkan peranan di masa hadapan.
Memang jarang bagi sesebuah syarikat
mempunyai staf yang berkemahiran khusus yang
tinggi dalam pelbagai bidang seperti pakar audio,
pakar video, penganimasi 3D dan sebagainya.

Pembekal Perkhidmatan Multimedia


Pembekal perkhidmatan multimedia merupakan
sebuah
syarikat
atau
organisasi
yang
sememangnya menjadikan bidang multimedia
sebagai
perniagaan
utama
atau
fokus
perkhidmatan
mereka.
Selain
daripada
membangunkan perisian multimedia bagi tujuan
komersil, mereka juga sering diperlukan oleh
syarikat atau organisasi lain sebagai kumpulan
sokongan yang membantu pihak yang terbabit
dari semasa ke semasa.

Sekiranya sesebuah syarikat sering terlibat dalam


projek pembangunan perisian multimedia dan
ingin membuat penglibatan yang menyeluruh
dalam projek pembangunan tersebut, maka
kepakaran yang secukupnya amatlah diperlukan.
Oleh yang demikian, tidak semua syarikat
mampu menangani keadaan ini, maka selalunya
mereka akan memberi tugasan yang berkaitan
kepada
agensi
yang
dapat
memberi
perkhidmatan tersebut. Agensi yang berkenaan
dapat membekalkan pekerja mahir sama ada
secara sementara (kontrak) mahupun secara
kekal.
Pelanggan
Membekalkan idea
Menyatakan objektif
Memperkembangkan spesifikasi
Memberi isi kandungan yang sesuai
Menyatakan kos perbelanjaan yang
diperuntukkan
Menyatakan tempoh masa penyiapan yang
diperuntukkan

Dalam hal ini, perhubungan yang baik antara


pembekal perkhidmatan dan pelanggannya
adalah sangat penting. Sebagai contoh,
pelanggan akan memberi idea, objektif,
spesifikasi dan isi kandungan kepada pembekal
perkhidmatan, manakala pembekal perkhidmatan
pula perlu memahami kehendak pelanggannya.
Berikut ini adalah senarai beberapa garis
panduan peranan dan tanggungjawab bagi
seorang
pembekal
perkhidmatan
dan
pelanggannya.

Pembekal Perkhidmatan
Memurnikan idea
Menjelas objektif
Menjelas dan memenuhi spesifikasinya
Menjana isi kandungan yang sesuai
Menganggarkan kos perbelanjaan yang
diperlukan
Membina jadual untuk menepati tempoh
masa yang diperuntukkan

Walaupun
setiap
pihak
mempunyai
tanggungjawab
yang
tersendiri,
dua
pertimbangan utama yang sering boleh dijadikan
kunci persefahaman adalah perjanjian pada
spesifikasi yang ditetapkan serta persetujuan
pada siapa yang berkuasa dalam membuat
keputusan.
Spesifikasi pada pembangunan multimedia
adalah seperti plan untuk seorang kontraktor
dalam bidang pembinaan. Ia menolong dalam
menentukan tanggungjawab dan juga diperlukan
oleh subkontraktor bagi menentukan kos projek
dan jadual pelaksanaan. Sebarang perubahan
dalam penentuan spesiftkasi biasanya akan

mengakibatkan pertambahan atau pengurangan


kos.
Selain dari itu, perkara lain yang harus
dipertimbangkan oleh syarikat adalah siapa yang
akan membuat keputusan terakhir berkenaan
dengan projek tersebut. Dalam sesebuah syarikat
biasanya terdapat beberapa orang individu yang
terlibat dalam sesuatu projek, orang-orang ini
mungkin tidak hadir untuk perbincangan ataupun
bermesyuarat sarna sekali semasa dan selepas
projek tersebut dilaksanakan. Maka adalah
penting untuk pelanggan menentukan siapa yang
berhak membuat keputusan dan memastikan
bahawa penglibatan mereka. adalah berterusan
dari awal hingga tamat sesebuah projek. Ini
adalah untuk mengelakkan timbulnya suatu

situasi di mana kerja projek yang telah pun


disiapkan itu terpaksa dirombak semula hanya
kerana terdapat seorang rakan kongsi ekskutif
yang baru buat pertama kali melihat projek ini,
dan beliau meminta untuk membuat perubahan
yang signifikan terhadap projek yang telah
disiapkan.
Pembekal perkhidmatan mesti faham tentang
industri perkhidmatan. Mereka seharusnya boleh
memilih pakar yang sesuai berdasarkan
keperluan
pelanggan.
Sebagai
contoh,
merekabentuk imej syarikat seperti sebuah bank
dengan menggunakan persembahan multimedia,
tentunya berbeza sarna sekali dengan kaedah
yang digunakan untuk memperkenalkan imej
satu satu kumpulan muzik. Pembekal
perkhidmatan harus dapat membekalkan pereka
bentuk yang paling sesuai untuk memenuhi
permintaan pelanggan yang berbeza-beza. Untuk
sesebuah syarikat yang inginkan perkhidmatan
membangunkan perisian multimedia, mereka

2.

harus memilih pembekal perkhidmatan dengan


teliti. Kriteria yang boleh digunakan untuk
memilih pembekal tersebut adalah dengan
melihat rekod perkhidmatan mereka, dengan
mempertimbangkan persembahan, testimonial,
rujukan dan juga portfolio kerja mereka.
Syarikat multimedia
Syarikat seperti Microsoft, Claris dan Sierra Online merupakan antara syarikat yang kerjanya
ialah membina judul multimedia bagi tujuan
pendidikan, perniagaan dan penggunaan umum.
Syarikat sedemikian menghasil dan mengedar
judul multimedia serta mengawal sepenuhnya
pengurusan projek yang mereka laksanakan.
Namun demikian syarikat seperti ini kadangkala
mendapati
adalah
perlu
atau
lebih
menguntungkan untuk mengupah pakar dan
perunding bebas untuk projek atau kontrak yang
memerlukan perkhidmatan khusus seperti
penerbitan video yang memerlukan studio
rakaman.

Daripada petikan yang dibaca itu, kenal pasti organisasi yang terlibat bagi
pengurusan pembangunan multimedia dan perihalkan isu yang harus ditangani
oleh organisasi berkenaan.

Aktiviti 2: Bidang Pengurusan dalam Pembangunan Multimedia


1.

Baca petikan yang diberi di bawah.


Pengurusan Perbelanjaan
Pengurusan perbelanjaan atau pengurusan
kewangan dalam sesuatu projek pembangunan
perisian multimedia melibatkan proses bagi
memastikan sesuatu projek dapat disiapkan
dalam lingkungan kos yang telah ditetapkan.
Ianya juga merujuk kepada proses kerja
penentuan
perbelanjaan,
penjadualan,
pembiayaan dan sebagainya.
Proses Kerja dalam Pengurusan Perbelanjaan
Pengurusan perbelanjaan secara amnya terdiri
daripada tiga proses kerja yang utama iaitu:
perancangan sumber: melibatkan bilangan atau
bentuk output yang ingin dihasilkan.

anggaran

kos:
melibatkan
proses
menganggarkan perbelanjaan yang di an untuk
mereka bentuk output.

kawalan kos: melibatkan masa yang diperlu


atau diperuntukkan untuk menyiapkan projek
tersebut.
Ketiga-tiga proses atau skop kerja ini adalah
penting dalam fasa perancangan projek serta
boleh menjadi asas atau rangka kerja untuk
memantau, mengawal, dan menilai kemajuan
sesebuah projek pembangunan.
Selain dari itu, perancangan projek juga perlu
bagi meramalkan masalah yang mungkin timbul
dan menyediakan penyelesaian alternatif yang
bersesuaian sekiranya diperlukan.
Perancangan Sumber
Analisis atau perancangan sumber perlu bagi
mendapatkan keperluan yang tepat bagi
merekabentuk serta membangunkan sesebuah
perisian. Kerja-kerja analisis dapat menjawab
beberapa soalan awal seperti:

berapa banyak dan jenis video, audio, dan


animasi yang diperlukan?
apakah isi kandungan yang perlu dibekalkan
kepada pengguna dan apakah jenis perisian
yang patut direkabentuk?
apakah jenis dan berapa banyak illustrasi yang
diperlukan dan bagaimana ia hendak
diusahakan?
apakah ciri-ciri yang yang mempengaruhi
kerja-kerja mengaturcara program? Matlamat
pengguna? Percubaan dari pengguna?
adakah perisian yang akan dihasilkan
memerlukan perkakasan atau media luaran?
berapa kali dan apakah jenis penilaian
penggunaan yang perlu dirancang?
adakah perlesenan dan penyalinan diperlukan?
Seseorang perancang projek akan menggunakan
maklumat dari proses analisis ini bagi
menentukan sumber yang dikehendaki.

mengambil tindakan yang sewajarnya seperti


memohon peruntukan lebih atau mengubah tugas
yang ingin dilaksanakan.
Terdapat tiga parameter utama yang terlibat
dalam pengiraan jumlah kos pembangunan
projek iaitu:
kos usaha iaitu upah yang akan dibayar kepada
kumpulan pembangun (juga sering dikenali
sebagai kos buruh).
kos pembelian dan penyelenggaraan.
kos perjalanan dan latihan.
Parameter yang banyak mempengaruhi sesuatu
anggaran perbelanjaan ialah kos usaha atau kos
buruh. Kos pembelian dan penyelenggaraan serta
kos perjalanan dan latihan mudah untuk
dianggarkan dan agak rendah berbanding dengan
kos buruh. Kos buruh bukan setakat gaji personel
yang terlibat dalam pembangunan projek sahaja.
Penetapan kos buruh mestilah mengambilkira
kos operasi organisasi yang terlibat. Kos-kos
yang berikut adalah sebahagian daripada jumlah
kos buruh yang terbabit:
kos elektrik, air dan ruang pejabat.

Anggaran Kos
Setelah aktiviti projek dikenalpasti, seseorang
pengurus projek perlu membuat anggaran usaha
dan masa yangdiperlukan untuk melaksanakan
aktiviti tersebut. Persoalan yang perlu dijawab
antara lain ialah:
berapa banyakkah usaha yang diperlukan
untuk melaksanakan setiap aktiviti?
berapa lamakah masa yang diperlukan untuk
melaksanakan setiap aktiviti?
berapakah jumlah kos yang diperlukan untuk
melaksanakan aktiviti?
Anggaran kos dan penjadualan projek biasanya
akan
dilaksanakan
serentak.
Walau
bagaimanapun, anggaran kos kadangkala
diperlukan pada peringkat awal sebelum sesuatu
proses pembentukan jadual kerja dibuat.
Anggaran ini mungkin diperlukan bagi
menetapkan peruntukan kewangan projek atau
untuk menetapkan harga jualan bagi perisian.
Apabila projek telah dimulakan, anggaran
hendaklah dikemas kini tetap. Jika kos sebenar
jauh melebihi dari anggaran yang dicadangkan,
seseorang
pengurus
projek
seharusnya

kos staf sokongan seperti akauntan, setiausaha,


tukang sapu, dan lain-lain.
kos talian rangkaian dan komunikasi.
kos kemudahan pencen, insuran, KWSP dan
lain-lain.
Kos pembelian dan penyelenggaraan pula
termasuklah perkhidmatan, peralatan atau bahanbahan yang perlu dibeli bagi menyempurna dan
menyiapkan projek pembangunan perisian
multimedia tersebut. Selalunya kos pembelian
dan penyelenggaraan ini adalah bergantung
kepada keadaan sepertimana yang telah
dinyatakan dalam kontrak harga tetap yang
diperuntukkan oleh pembekal-pembekal bahan
atau perunding yang terlibat.
Kawalan Kos
Kawalan kos melibatkan pembahagian serta
penjadualan tugas kepada aktiviti yang
berasingan, dan membuat anggaran masa dan
sumber yang akan digunakan untuk menyiapkan
setiap aktiviti atau proses kerja yang terlibat.
Biasanya sebahagian daripada aktiviti ini adalah
aktiviti bebas yang boleh dilaksanakan secara
serentak, manakala yang lain pula adalah aktiviti
sandaran yang hanya boleh dilaksanakan apabila

sesuatu aktiviti yang tertentu telah disiapkan.


Dengan mengambilkira kekangan masa dan
sumber, perlaksaaan aktiviti mestilah dijadualkan
supaya
penggunaan
sumber
dapat
dioptimumkan. Jadual kerja yang dirancangkan
seharusnya mampu mengelakkan situasi di mana
pelaksanaan projek menjadi lewat kerana sesuatu
aktiviti lain lewat atau tergendala untuk
disiapkan.
Penjadualan juga mestilah mengambilkira risiko
teknikal yang mungkin berlaku seperti kelewatan
mendapatkan
perkakasan
dan
perisian,
perkakasan rosak atau kehilangan ahli kumpulan
yang penting dalam pembangunan projek.
Anggaran masa dan kos mestilah disesuaikan
dengan faktor-faktor tersebut. Satu garis panduan
membuat anggaran ialah dengan membuat
andaian bahawa projek yang dilaksanakan tidak
akan menghadapi sebarang masalah dan boleh
dilaksanakan seperti yang dirancang. Seterusnya
pengubahsuaian anggaran tersebut dilaksanakan
dengan faktor tertentu untuk menampung,
kemungkinan berlakunya risiko yang telah
dikenalpasti. Nilai faktor ini bergantung kepada
jenis projek, kekangan masa, kualiti, dan
pengalaman ahli kumpulan yang terlibat.
Menetapkan Output, Pembangunan Proses,
Masa dan Kos Projek
Menetapkan output projek
Terdapat lima persoalan penting yang pedu
diberi perhatian semasa menetapkan sesuatu
output projek iaitu:
apa yang perlu disempurnakan atau disiapkan
(output)?
siapakah penonton atau pengguna?
bagaimana dan kepada siapa serta bila ia akan
dilaksanakan ?
berapakah jumlah kos atau perbelajaan yang
diperlukan ?
bagaimana projek ini akan mendapat sumber
kewangannya ?
Menetapkan proses pelaksanaan projek
Setelah sesuatu konsep atau output projek telah
ditetapkan, langkah seterusnya ialah merancang
proses kerja atau langkah bagaimana ianya akan
dilaksanakan. Sebagai contoh, proses kerja yang
sering digunapakai ialah dengan menggunakan
proses pelaksanaan lima langkah iaitu analisis,
merekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan
akhirnya penilaian atau pengujian bahan.

Menetapkan masa yang diperlukan


Selepas seseorang pengurus projek memutuskan
output yang hendak dibentuk atau dihasilkan
serta menetapkan proses pelaksanaan yang akan
diikuti, maka beliau perlu pula menganggarkan
masa untuk menghasilkan setiap output yang
diingini. Pengurusan masa dalam projek
pembangunan perisian multimedia boleh
dibahagikan kepada dua iaitu masa perundingan
atau
perancangan
dan
masa
untuk
membangunkan perisian multimedia.
Masa perundingan merupakan masa yang
diperuntukkan bagi melakukan perkhidmatan
profesional dan ini merangkumi proses:
merancang projek dan perjumpaan.
mengumpul maklumat, analisis
pengguna, tugas dan isi kandungan.

tentang

sesi mereka bentuk serta melakarkan draf


awal perisian.
sesi sumbangsarah serta menyatupadukan
ahli-ahli dalam kumpulan.
melihat kembali bahan sebelum ditunjuk
kepada pihak pengurusan atau pengeluar
perbelanjaan.
menyemak
semula
dan
mendapat
maklumbalas atau kelulusan daripada penaja.
menjalankan sesi pengujian dan penilaian
perisian.
berkomunikasi dengan pengeluar output untuk
memastikan bahan yang dikeluarkan atau
direkabentuk memenuhi spesifikasi yang
ditetapkan.
Masa pembangunan atau perkembangan pula
merupakan masa yang diperlukan untuk
merekabentuk serta membangunkan bahanbahan
pendidikan
atau
perisian
yang
dicadangkan. Antara aktiviti yang dijalankan
semasa proses pembangunan ini antaranya ialah:
menulis tentang spesifikasi rekabentuk.
mendrafkan bahan-bahan yang diperlukan
untuk menghasilkan output tertentu.
menghasilkan media-media yang terbabit
(contohnya grafik, audio, video, animasi).
membina kod atau skrip aturcara.

mengaturcara atau mengarang perisian.


mengaturcara
kembali
pengujian dilaksanakan.

setelah

diperuntukkan manakala proses perancangan


bukanlah sesuatu yang utama dan perlu
dititikberatkan sangat. Anda bagaimana ?

proses

Setelah bahan dan proses bagi membentuk


output dan bahan telah dikenalpasti, maka
barulah biasanya anggaran masa yang diperlukan
bagi menyiapkan sesebuah projek dapat
ditentukan dengan lebih spesifik. Sebagai
contoh, berikut merupakan anggaran masa yang
boleh diperuntukkan bagi tiga kumpulan
individu yang terbabit dalam proses awal kerja
yang terbabit:

Biasanya,
masa
pembangunan
atau
perkembangan hanya mengambil sekitar 20%
sahaja daripada masa yang diperuntukkan bagi
sesuatu projek pembangunan perisian manakala
yang selebihnya adalah bagi tujuan perancangan
dan perundingan. Ini kadangkala sering
dipertikaikan oleh sesetengah pihak yang
mengatakan bahawa proses pembangunan
memerlukan lebih dari 50% dari masa yang
Proses Kerja

Pengurus Projek
(hari)

Pereka Bentuk
(hari)

Pakar Isi Kandungan


(hari)

Analisis

Reka bentuk

10

Draf

12

Penilaian

Semakan

Pembangunan

Jumlah Hari

45

13

Jadual yang berikutnya pula merupakan contoh garis panduan bagi menentukan kos buruh dalam
sesuatu projek pembangunan perisian multimedia di mana kadar upah sebahagian ahli-ahli
pembangunan perisian multimedia dipaparkan.
Jawatan

Rendah
(RM per jam)
50

Sederhana
(RM per jam)
75

RM100 setiap jam

Pakar Isi kandungan

30

50

RM75 setiap jam

Jurugambar

15

25

RM50 setiap jam

Artis grafik

20

40

RM60 setiap jam

Narator

15

30

RM40 setiap jam

Ahli Muzik

15

25

RM75 setiap minit

Pakar Video

15

30

RM200 setiap hari

Pakar Audio

15

30

RM75 setiap minit

Pengaturcara

20

35

RM50 setiap jam

Arkitek Multimedia

15

30

RM40 setiap jam

Juruanimasi Komputer

20

30

RM500 setiap model siap

Pengurus Projek

Tinggi

Kadar upahan ini adalah bergantung kepada


banyak faktor seperti lokasi, kepakaran, masa
yang diperuntukkan dan sebagainya. Kadar
upahan ini sewajarnya . dipertimbangkan dalam
penyediaan belanjawan ataupun pengurusan
kewangan sesebuah projek pembangunan
perisian multimedia.
Nota: Kadar upahan ini cuma sebagai contoh dan
bukannya merupakan senarai kadar upah yang
sebenarya.

Menganggarkan kos yang diperlukan


Adalah agak mudah untuk menganggarkan kos
atau perbelanjaan yang diperlukan sekiranya kita
telah berjaya menganggarkan kos bahan atau
peralatan yang diperlukan serta bilangan hari
bekerja yang diperlukan untuk merekabentuk
serta membangunkan projek pembangunan
perisian multimedia tersebut. Proses ini boleh
dijelaskan seperti berikut:

Bilangan hari bekerja x Kos harian bagi buruh = Kos buruh projek
Kos buruh + segala kos pembelian = kos projek yang sebenarnya
Berikutnya pula merupakan satu contoh mudah bagaimana membuat anggaran kos yang diperlukan:
Butiran

Kadar

Kos (RM)

Pereka bentuk
Pengurus Projek
Pakar isi kandungan

45 hari x RM200.00 sehari


13 hari x RM250.00 sehari
7 hari x RM250.00 sehari
Jumlah Kos Buruuh

= 9000.00
= 3250.00
= 1750.00
=14000.00

Jumlah kos pembelian

= 500.00
= 3500.00
= 1000.00
= 500.00
= 5500.00

Salinan draf dan sebagainya


Mengatur huruf
Artis Grafik
Pelbagai perbelanjaan
Keseluruhan Kos projek

=19500.00

Sebenarnya, contoh-contoh yang dipaparkan


merupakan rangka termudah untuk menganggar
kos perbelanjaan untuk sesebuah projek. Pada
hakikatnya, lima atau enam langkah yang
dinyatakan sebelum ini mungkin mempunyai
cabang-cabang kerja atau aktiviti yang lebih jelas
dan spesifIk bagi membolehkan penganggaran
kos yang lebih tepat dilaksanakan. Bagi melihat
borang anggaran perbelanjaan yang lebih
lengkap, sila rujuk lampiran 3 di muka surat 275.
Menetapkan Semula Output, Proses, Masa dan
Kos Projek Pembangunan (sekiranya perlu)
Selepas segala penetapan dan anggaran
dilakukan dari pelbagai aspek, pengurus projek
pembangunan perisian multimedia mungkin baru
menyedari bahawa perancangan projek tersebut
tidak dapat dilaksanakan. Ini mungkin
disebabkan beberapa faktor seperti projek yang
dirancangkan memerlukan terlalu banyak masa
untuk dibangunkan atau kosnya terlalu tinggi
atau proses pembangunan tidak mendapat

sokongan daripada
sebagainya.

organisasi

penaja

dan

Sekiranya ini berlaku, seseorang pengurus projek


pembangunan perisian multimedia perlu
menyemak dan mengubah sesuatu aspek dalam
perancangan sebelum mendapat kebenaran atau
kelulusan rancangan projek pembangunan
perisian multimedia yang ingin dilaksanakan.
Sekiranya masa atau kos projek pembangunan
multimedia melebihi daripada yang telah
ditetapkan, pengurus projek pembangunan
perisian multimedia mungkin mengurangkan
bilangan output. Jika proses kerja pembangunan
yang dipilih tidak sesuai, pengurus projek
pembangunan perisian multimedia mungkin
membatalkan
atau
menyingkatkan
atau
memampatkan langkah-Iangkah tersebut. Pada
tahap inilah had-had seperti output, masa dan kos
didefinasi atau ditetapkan semula jika perIu.

Sumber Kewangan dan Pembiayaan Projek


Pembangunan sesebuah perisian multimedia
hampir menyamai konsep kerja dalam
penghasilan suatu iklan komersil ataupun suatu
penghasilan rekaan grafik. Ianya bukan sahaja
merujuk kepada suatu proses pengeluaran atau
penghasilan semata-mata tetapi juga merupakan
suatu perkhidmatan pelanggan yang setiap
pengeluaran
adalah
menurut
kehendak
pelanggan.
Selain menurut atau memenuhi kehendak
pelanggan secara komersil, terdapat juga aktiviti
pembangunan perisian yang dilaksanakan
semata-mata
bagi
tujuan
perkhidmatan
masyarakat, pendidikan dan latihan, seni dan
budaya dan pelbagai tujuan lain.
Walau apa jua tujuan sesuatu pembangunan
perisian multimedia itu dilaksanakan, konsep
kerja serta pengendalian proses pembangunan
yang dilaksanakan hampir sama dan semuanya
juga memerIukan pembiayaan kewangan yang
sewajarnya. Selain dari biayaan dari pelanggan
yang memerlukan perisian ataupun pembiayaan
daripada organisasi yang terbabit, terdapat juga
beberapa kaedah lain yang boleh digunakan bagi
tujuan memperolehi sumber kewangan atau
pembiayaan bagi tujuan projek pembangunan.
Antaranya ialah melalui kaedah:

setiap pihak dapat menumpukan bidang tugas


dengan lebih spesifIk.
Pembangunan Projek Multimedia Secara
Kontrak Kerjasama
Kontrak kerjasama di sini merujuk kepada
perjanjian yang dilakukan antara dua atau lebih
pihak yang berminat serta mempunyai
kepentingan dalam projek pembangunan
tersebut. Misalnya, projek pembangunan kontrak
kerjasama antara Universiti ABC dengan
Syarikat Multimedia XYZ Sdn Bhd. Pihak
universiti akan menyediakan isi kandungan
perisian, pendekatan atau strategi penyampaian
isi kandungan dan sebagainya manakala syarikat
yang terbabit pula menyediakan sumber dari
sudut rekabentuk media, proses pengaturcaraan
dan aspek-aspek teknikal yang lain.
Perisian tersebut dibangunkan bagi tujuan
kegunaan pendidikan di universiti yang
berkenaan yang mana pensyarah dan para
pelajarnya akan menggunakan perisian yang
dibangunkan bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Kontrak kerjasama di sini
mungkin melibatkan pembahagian keuntungan
menurut nisbah yang telah ditetapkan yang mana
kedua-dua pihak akan memperolehi sesuatu
keuntungan, misalnya:

secara usahasama, melibatkan beberapa rakan


kongsi.

Kepentingan bagi Syarikat Multimedia XYZ

secara kontrak kerjasarna seperti kontrak bagi


produksi, pengedaran dan sebagainya dengan
kumpulan perniagaan yang lebih kukuh.

Sumber perisian yang lebih terjamin dan sah


isi kandungannya.

geran pembiayaan dari kerajaan ataupun


institusi tertentu.

Pasaran yang lebih terjamin memandangkan


kumpulan pengguna sasarannya telahpun
ditetapkan.

Pembangunan Projek Multimedia Secara


Usahasama
Dalam usaha untuk membangunkan sesuatu
projek pembangunan perisian multimedia,
pilihan
pembiayaan
secara
usahasama
memerIukan banyak perancangan dan kerja asas.
Antara perancangan dan kerja asas yang
diperlukan ialah anggaran masa, daya usaha dan
wang ringgit yang diperIukan serta struktur
kewangan yang matang. Projek pembangunan
perisian multimedia secara usahasarna bukan
merupakan suatu kerja sama sehala tetapi
memerIukan kedua-dua pihak berfungsi dengan
lebih teratur, sistematik dan erat. Projek secara
usahasarna membolehkan pemasaran menjadi
lebih berkesan dan berjaya memandangkan

Sdn. Bhd.:

Promosi serta
syarikat.

meningkatkan

nama

baik

Kepentingan bagi Universiti ABC:


Media pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti bagi kegunaan pensyarah dan juga
pelajar yang terlibat.
Pembelian perisian pendidikan dengan harga
yang berpatutan (harga diskaun).

Penjimatan masa dan tenaga bagi tujuan


penghasilan
pembelajaran.

media

pengajaran

dan

Pembangunan Projek Multimedia dengan


Geran Pembiayaan
Pembiayaan projek pembangunan perisian
multimedia melalui geran biasanya melibatkan
pihak kerajaan mahupun institusi-institusi swasta
atau berkanun yang tertentu. Ini sering
dilaksanakan bagi kepentingan tertentu misalnya
bagi tujuan penyelidikan, pendidikan dan
sebagainya.Setiap pihak yang berminat biasanya
perlu menyediakan kertas cadangan atau
permohonan yang antara lain menyatakan:
Huraian Projek: penjelasan mengenai projek
tersebut serta huraian mengapa perlunya
pembiayaan. Kesan serta masalah yang berkaitan
dengan institusi atau organisasi serta bidang
tugas di mana projek akan dijalankan.
Matlamat dan objektif yang spesifik: penjelasan
mengenai matlamat dan objektif projek
dilaksanakan.
Kesan yang berkaitan dan berpotensi:
perbincangan mengenai kepentingan atau
kesan pelaksanaan projek. Jelaskan mengapa
kerajaan atau institusi yang berkenaan perlu
membiayainya. Sebagai contoh, jelaskan
mungkin projek tersebut dapat meningkatkan

proses pengajaran dan


universiti dan sebagainya.

pembelajaran

Kaedah dan Prosedur: penjelasan menegenai


bagaimana objektif dan matlamat akan dicapai.
Jelaskan juga pengalaman dan kebolehan anda
(atau kumpulan) dalam mengendalikan projek
tersebut.
Hasil: Jelaskan semua bahan yang akan atau
boleh dituntut dari projek yang terhasil.
Penilaian: penjelasan mengenai bagaimana
produk atau basil dari projek tersebut akan
dinilai. Perbincangan juga dilakukan bagi
menentukan kriteria yang akan digunakan
sekiranya matlamat dan objektif telah dicapai.

Perkongsian

Bijak: penjelasan mengenai


bagaimana keputusan yang terhasil boleh
dikongsi dengan yang kumpulan kerja yang
lain.

Anggaran Perbelanjaan: Senaraikan semua


perbelanjaan
seperti
yuran,
peralatan,
perbelanjaan pengendalian dan sebagainya.

2.

Berdasarkan petikan yang anda baca, senaraikan bidang pengurusan


utama yang berkaitan dengan proses pembangunan multimedia.

3.

Jadual yang diberi di bawah merupakan panduan bagi menentukan kos


buruh dalam suatu projek pembangunan multimedia.
Jawatan

Rendah
(RM per jam)
50

Sederhana
(RM per jam)
75

RM100 setiap jam

Pakar Isi kandungan

30

50

RM75 setiap jam

Jurugambar

15

25

RM50 setiap jam

Artis grafik

20

40

RM60 setiap jam

Narator

15

30

RM40 setiap jam

Ahli Muzik

15

25

RM75 setiap minit

Pakar Video

15

30

RM200 setiap hari

Pakar Audio

15

30

RM75 setiap minit

Pengaturcara

20

35

RM50 setiap jam

Arkitek Multimedia

15

30

RM40 setiap jam

Juruanimasi Komputer

20

30

RM500 setiap model siap

Pengurus Projek

di

Tinggi

Sekiranya sebuah syarikat melibatkan semua ahli pasukan berjawatan tinggi


dalam satu projek multimedia yang dilaksanakan selama 20 jam kerja,
kirakan jumlah kos buruh yang digunakan.
Penutup
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi pada abad
ke 21 ini, pelbagai perubahan semakin pesat dibangunkan demi keselesaan dan
kemudahan dalam kehidupan manusia. Antara aspek yang semakin mendapat
tempat dan perhatian ialah penggunaan pendekatan berasaskan multimedia dalam
pelbagai aspek kehidupan.
Pembangunan perisian multimedia bagi pelbagai tujuan semakin dititikberatkan bagi
memperkembangkan dan mencungkil kepelbagaian ketrampilan atau bakat yang
selama ini dipinggirkan. Maka untuk memastikan keberkesanan dan mutu perisian
multimedia yang dibangunkan adalah berkualiti, pengurusan perbelanjaan atau
kewangan dalam pembangunan perisian multimedia adalah mustahak dan
diharapkan perbincangan yang telah dilakukan di dalam bab ini dapat sedikit
sebanyak membantu anda dalam urusan pengendalian proses pembangunan dan
juga pengurusan perbelanjaan dalam projek pembangunan yang dirancangkan.

10