Anda di halaman 1dari 16

ISU HAKCIPTA DALAM PRODUKSI MULTIMEDIA

Objektif
Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:

membincangkan undang-undang harta intelek, hakcipta dan paten dalam


pembangunan multimedia

mengisi borang permohonan penggunaan bahan dari pemegang hakcipta.

Pengenalan
Pembangunan sesebuah perisian multimedia biasanya melibatkan gabungan
pelbagai elemen dari berbagai punca. Ini secara tidak langsung menandakan betapa
pentingnya bagi seseorang pembangun perisian multimedia sedar dan tahu
mengenai undang-undang hakcipta berkenaan bahan-bahan yang ingin digunakan
dalam sesuatu proses pembangunan.
Bab ini akan memperkenalkan anda kepada beberapa isu mengenai undang-undang
hak intelek (intellectual property laws) seperti undang-undang hakcipta (copyright
law) dan undang-undang paten (patent law). Beberapa bahan dalam bentuk bercetak
dan elektronik telah dirujuk untuk memberi pendedahan awal kepada anda mengenai
isu serta undang-undang hak intelek yang perlu diberi perhatian yang sewajamya.
Isu ini sebenamya bukanlah semudah yang sering disangka-sangkakan. Ianya amat
kompleks dan memerlukan kefahaman yang mendalam bagi memastikan tidak
berlaku sebarang permasalahan yang berkaitan dengan hakcipta dalam penghasilan
perisian yang ingin diusahakan.
Cetak Rompak Dalam Industri Multimedia
Pembangunan perisian multimedia merupakan satu bidang industri yang berasaskan
teknologi maklumat serta menggunakan gabungan pelbagai media. Multimedia itu
sendiri merupakan satu bidang yang melibatkan pemiagaan dan boleh membawa
keuntungan yang bukan sedikit. Oleh yang demikian, kemudahan untuk ia ditiru,
didigitalkan atau dimanipulasikan untuk edaran semula menjadikan undang-undang
hakcipta amat penting dalam pembangunan sesebuah perisian multimedia. Di antara
contoh bagaimana cetak rompak boleh berlaku di dalam industri yang melibatkan
teknologi atau pembangunan perisian multimedia ialah :

Pita audio ataupun pita video yang disewa dan dimainkan dengan media tertentu;
misalnya pemain VCR atau pemacu cakera yang bersambung dengan komputer
dapat memerangkap imej dan memudahkan proses menterjemahkan ianya ke
dalam bentuk digital

Sekiranya sebuah televisyen disambungkan kepada sistem komputer, rancangan


yang ditayangkan akan dapat disimpan di dalam komputer dalam bentuk digital.
1

Bahan-bahan bercetak, gambar-gambar foto dan slaid boleh didigitalkan oleh


mesin pengimbas imej.

Komputer yang dilengkapkan dengan kad audio berupaya memerangkap dan


mendigitalkan muzik dan bunyi-bunyi lain dari CD atau kaset audio.

Apabila sesuatu bahan telah disimpan di dalam bentuk digital, sebarang perubahan
boleh dilakukan terhadapnya. Apabila seseorang artis grafik membina sesuatu hasil
seni dari imej-imej yang didatangkan dari pelbagai sumber, ada kemungkinan
berlakunya pelanggaran hakcipta. Pencantuman di antara satu imej dengan satu
imej yang lain akan menimbulkan satu gambaran baru yang boleh menimbulkan
situasi yang benar-benar berlainan.
Misalnya ialah gambaran asal seorang ahli politik yang sedang berucap sambil
berdepang tangan, boleh dimanipulasikan dengan menjadikannya kelihatan sedang
menari dengan seorang wanita di sebuah parti. Perubahan mata, kombinasi muzik
dan pelbagai sumber berlainan dan perubahan latar belakang sesuatu peristiwa
boleh diubah menjadi suasana yang baru sepertimana yang dikehendaki.
Selama ini, industri penerbitan menyediakan perjanjian bayaran royalti kepada
pencipta terhadap setiap terbitan semula serta memberi lesen-lesen tertentu sebagai
langkah keselamatan, perlindungan terhadap setiap ciptaan baik dalam karya
sastera, muzik mahupun filem. Dalam dunia digital yang sangat luas, penciptapencipta mendapati sukar untuk mempertahankan hak terhadap ciptaan mereka
yang dengan mudah dan pantasnya disebarkan terutamanya melalui kemudahan
serta teknologi Internet. Terdapat beberapa alternatif yang dicadangkan kepada
pembangun perisian multimedia untuk melindungi hak mereka. Antaranya ialah
menuntut perlindungan hak cipta mereka atau memberikan kontrak kekal terhadap
hasil ciptaan asli mereka.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Hakcipta ?
Hakcipta merupakan hak ekslusif yang diberikan oleh undang-undang kepada
pencipta/penerima haknya bagi mengawal pengeluaran semula atau pelbagai bentuk
penggunaan hasil ciptaan berkenaan bagi sesuatu tempoh.
Hakcipta adalah berdasarkan premis bahawa pencipta mempunyai "hak kepunyaan"
terhadap ciptaan-ciptaan mereka. Sebarang peniruan dari hasil ciptaan asal mestilah
terlebih dahulu mendapat keizinan dari pencipta asalnya.
Memiliki hakcipta adalah berbeza daripada memiliki sesuatu benda atau harta secara
fizikal. Bila seseorang membeli sebuah buku atau satu pita rakaman, orang itu
memiliki benda tersebut secara fizikal. Memiliki sesuatu secara fizikal tidak memberi
hak kepada pembeli untuk menyalin, merakam semula atau membuat versi baru bagi
buku atau rakaman tersebut. Oleh itu, jika anda membeli pita video bagi sesuatu
filem, anda boleh menonton filem tersebut seberapa banyak kali yang anda stika.
Anda juga boleh memberikannya atau menjualnya kepada sesiapa sahaja untuk
menonton filem tersebut, tetapi anda tidak boleh menyalin gambar-gambar dalam
video tersebut ke dalam media-media lain dan menayangkannya dipanggung
2

wayang atau di mana-mana tempat umum tanpa kebenaran daripada individu atau
syarikat yang mempunyai hakcipta filem tersebut.
Tujuan utama undang-undang yang melibatkan hakcipta ialah bagi melindungi
pencipta dan ciptaannya. Pelindungan hakcipta boleh dibahagi kepada 2 kategori
utama iaitu hak ekonomi dan hak moral.
Hak Ekonomi
Undang-undang hakcipta mempunyai tujuan dan implikasi yang penting dari segi
ekonomi. Hak ekonomi ini adalah sesuatu yang bersifat kebendaan atau material.
Tujuan utamanya ialah bukan untuk melindungi hasil seni sesuatu ciptaan tetapi
memastikan supaya pencipta mendapat pulangan dalam bentuk kewangan atau
kebendaan. Kadang-kadang hakcipta memberi hak sepenuhnya kepada pencipta
membuat salinan ciptaan asal untuk disebar serta dijual bagi memperolehi
pendapatan darinya. Perlindungan hakcipta yang berkesan akan menjamin
pemberian royalti kepada pencipta dari hasil jualan dari ciptaannya. Sekiranya hasil
ciptaan ini diplagiat, pencipta tidak akan menerima apa-apa bayaran royalti dan ini
pastinya akan melemahkan semangatnya untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan baru.
Hak Moral
Undang-undang hakcipta memberikan insentif kepada pencipta untuk terus
menghasilkan ciptaan-ciptaan baru yang akan menyumbang kepada perkembangan
bidang ilmu, dan seterusnya perkembangan intelek dan budaya. Hak moral juga
menjamin pencipta mendapat pengiktirafan sebagai seorang perekacipta. Selain
tujuan kebendaan, rangsangan utama kepada pencipta untuk terus menghasilkan
ciptaan-ciptaan baru ialah minat, bakat dan cita-cita.
Hakcipta untuk diiktiraf sebagai perekacipta mernpakan hak moral yang tinggi dan
hak moral memberi kepuasan yang tinggi kepada pencipta. Ia juga memberinya hak
mutlak terhadap hasil ciptaan asal dari menga1ami apa-apa pernbahan .tanpa
persetujuan pencipta. Sebagai contoh, seseorang pencipta muzik mempunyai hak
moral untuk mengekalkan keaslian irama ciptaannya.
Sekiranya seseorang pereka bentuk perisian multimedia interaktif merekabentuk
suatu perisian yang membenarkan pengguna mengubah susunan irama muziknya
maka perbuatan ini telah melanggar hak moral pencipta lagu. Oleh itu penerbitpenerbit muzik akan mendapatkan hakcipta terpelihara dan tidak akan membenarkan
muzik-muzik ciptaan mereka dan digunakan di dalam mana-mana perisian
multimedia tanpa persetujuan mereka.
Undang-undang Hak Intelektual (Intellectual Property Laws)

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah wujud kesedaran yang semakin
meluas di kalangan negara membangun termasuklah Malaysia mengenai
kepentingan menyediakan perlindungan kepada pemunya hak intelek atau harta
intelektual. Malaysia misalnya mengakui bahawa perlindungan harta intelektual
adalah kritikal kepada pembangunan koridor raya multimedianya (MSC) di mana
teknologi-teknologi baru yang berkaitan dengan multimedia digunakan untuk
mengeluarkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada pasaran
global. Sehubungan dengan itu juga, kerajaan mengambil keputusan untuk
menggubal undang-undang khas untuk melindungi pemiagaan-pemiagaan yang
berasaskan komputer/teknologi maklumat dan lain-lain yang beroperasi di MSC. Ini
adalah sebagai tambahan kepada undang-undang harta intelektual yang sedia ada
di negara ini yang meliputi hak rekacipta, paten, cap dagangan dan rahsia
pemiagaan.
Apakah Harta atau Hak Intelektual ?
Undang-undang Harta Intelektual (IP) atau Hak Harta Intelektual menyediakan
perlindungan monopoli secara sah kepada mereka yang mencipta idea atau
pengetahuan. Undang-undang IP memberi kuasa monopoli secara eksklusif kepada
pencipta atau pemunya harta intelektual, yang diberikan hak secara sah dari segi
undang-undang terhadap ciptaan mereka untuk mengelakkan orang lain dari
membuat atau menggunakan ciptaan yang telah dilindungi tanpa kebenaran mereka.
Terdapat empat undang-undang hak intelek yang perlu diketahui oleh seseorang
pembangun perisian multimedia iaitu :

Undang-undang hakcipta (copyright law) iaitu bagi mengawal ketulenan kerja


seseorang.

Undang-undang paten (patent law) iaitu bagi mengawal penemuan baru dari
berguna dan juga proses penemuan.

Undang-undang tanda perdagangan (trademark law) iaitu bagi mengawal


perkataan, nama dan simbol yang digunakan oleh pengusaha yang terlibat dalam
pembuatan untuk mengenalpasti produk dan perkhidmatan mereka.

Undang-undang rahsia perdagangan (trade secret law) iaitu bagi mengawal


maklumat penting yang tidak diketahui umum tetapi dirahsiakan oleh empunya.

Sebelum dibincangkan setiap-satunya dengan lebih mendalam, satu persoalan ingin


dikemukakan di sini. Bolehkah seseorang pembangun perisian multimedia
memasukkan gambar kartun yang dikenali ramai seperti "Donald Duck" ke dalam
perisian yang dihasilkan? Cuba fikirkan jawapannya berdasarkan pengalaman yang
dialami di Amerika Syarikat. Sebagai contoh, sebuah syarikat di sana terpaksa
menarik balik pengedaran salah satu "screen saver" yang telah dihasilkan olehnya.
"Screen saver" tersebut menggambarkan kartun yang dihasilkan oleh sebuah
syarikat lain. Oleh yang demikian, syarikat empunya kartun tersebut telah menyaman
4

syarikat pembuat "screen saver" berasaskan kepada undang-undang hakcipta dan


undang-undang hak perdagangan. Akibatnya, syarikat yang disaman terpaksa
membatalkan semua "screen saver" yang telah dipasarkan dan secara tidak
langsung melibatkan kerugian yang bukan sedikit.
Undang-undang Hakcipta
Pembangun perisian multimedia perlu memahami prinsip asas undang-undang
hakcipta. Kerja pembangunan perisian multimeda melibatkan penggabungan isi
kandungan, teks, grafik, gambar, video, audio dan sebagainya. Pembangunan
perisian multimedia yang asli adalah dikawal di bawah undang-undang hakcipta.
Undang-undang hakcipta akan memberi hak kepada pembangun agar perisian
multimedia yang dihasilkan tidak boleh disalin dan diedarkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab tanpa kebenaran dari perekacipta atau kumpulan pembangunan
yang terbabit.

Bahan Hakcipta
Berikut merupakan antara bahan yang dikawal di bawah undang-undang hakcipta:

Bahan bercetak seperti novel, puisi, surat khabar, artikel dalam majalah dan
manual perisian

Muzik atau kesan audio seperti lagu iklan dan lagu instrumental.

Pantomin seperti tarian moden, tarian jazz dan sebagainya.

Gambar dan grafIk seperti gambar toto, poster, peta, lukisan, kartun, lukisan dari
sebagainya.

Audio visual seperti tayangan filem, filem latihan, rancangan televisyen, iklan
televisyen dan multimedia interaktif.

Rakaman suara seperti rakaman muzik, bunyi dan perkataan.

Mendapatkan Hakcipta
Pendaftaran di pejabat hakcipta adalah tidak wajib. Walau bagaimanapun,
pembangun perisian multimedia perlu mendaftar dan seterusnya yuran akan
dikenakan sebelum tindakan boleh diambil.
Hak Eksklusif
Pembangun perisian multimedia yang mendapat hakcipta mempunyai lima hak
eksklusif seperti yang berikut :

Hak re-produksi (reproduction right) iaitu hak untuk menyalin atau meniru bahan.

Hak ubahsuai (modification right) iaitu hak untuk mengubahsuaikan sesuatu kerja
kepada kerja yang baru.

Hak pengedaran (distribution right) iaitu hak untuk mengedarkan salinan sesuatu
kerja kepada khalayak Tarnai dengan menjual, menyewa atau meminjam.

Hak persembahan di khalayak rarnai (public performance) iaitu hak untuk


mempersembahkan serta mempamerkan hasil kerja secara terbuka.

Oleh yang demikian, sesiapa yang menggunakan bahan yang mempunyai hakcipta
dalarn penghasilan perisian multimedia tanpa izin dikatakan telah melucutkan hak
eksklusif pemegang hakcipta. Mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Sebagai contoh, jika seseorang menyalin gambar yang mempunyai hakcipta dengan
mengunakan pengimbas, menyuntingnya menggunakan perisian grafik dan
menjualnya tanpa kebenaran, beliau boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Beliau boleh dikenakan tindakan kerana melanggar hak re-produksi (mengimbas
gambar), hak ubah suai (mengubah suai garnbar) dan hak pengedaran (menjual
gambar yang telah diubahsuai).
Terdapat beberapa andaian yang sering kali dipercayai oleh pembangun perisian
multimedia. Di antaranya adalah seperti berikut:

"Produk yang saya akan gunakan tidak mempunyai hakcipta. Jadi sara boleh
gunakan tanpa dikenakan tindakan undang-undang".
Mulai 1 Mac, 1989, bahan kerja yang dihasilkan tidak perlu meletakkan notis
hakcipta. Produk tanpa notis hakcipta tidak bermakna bahawa produk tersebut
tidak dikawal oleh undang-undang hakcipta.

"Memandangkan saya akan memberi kredit ke atas semua orang yang saya tiru
kerja mereka, saya tidak perlu memohon kebenaran".
6

Sekiranya seseorang itu memberi kredit, ia bukan melakukan plagiat. Walau


bagaiwanapun, proses mendapatkan kebenaran mesti dilakukan terlebih dahulu.
Undang-undang Hak Intelektual di Malaysia
Di Malaysia, hakcipta ke atas produk yang dihasilkan, dikawal oleh Akta Hakcipta
1987 (Copyright Act 1987). Akta tersebut menggariskan proses dan produk yang
dibolehkan untuk mendapat hakcipta. lni termasuk perisian komputer. Akta Hakcipta
Pengubahsuaian (Copyright Amendment Act) yang mengubahsuaikan Akta Hakcipta
1987 (Copyright Act 1987) telah berkuatkuasa pada 1 April, 1999. Tujuan akta ini
ialah untuk menghasilkan undang-undang hakcipta yang terkini sesuai dengan
perkembagan teknologi terkini dan persekitaran semasa.
Terdapat beberapa cara mengawal hakcipta penemuan atau produk baru di
Malaysia. Yang pertama, pembangun perisian multimedia perlu mengisi borang
untuk memohon hakcipta sesuatu penemuan atau produk baru yang dihasilkan.
Disamping. itu, satu kumpulan khas di bawah Bahagian Penguatkuasaan yang
dilantik oleh Kementerian (Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs), selain
daripada pihak polis, akan mencari dan merampas bahan cetak rompak yang
berleluasa di Malaysia. Ini merupakan usaha kerajaan untuk mengawal hak intelek
perseorangan dan syarikat yang melabur dalam bidang teknologi maklumat dan
multimedia di Malaysia.
Sekiranya seseorang ingin melaporkan mengenai hak intelektual yang telah
diganggu, mereka boleh melaporkan kepada:
Intellectual Property Division,
Ministry of Domestic and Consumer Affairs,
22nd Floor, Menara Maybank,
50050 Kuala Lumpur
Telefon : 603-2329955 atau 603-2002938
Faks : 603-2012618
Keterangan lanjut mengenai undang-undang hak intelek di Malaysia boleh juga
didapati di halaman web yang berikut :
http://www.lawyerment.com.my/intellectuallcopyright.shtml
Undang-undang Paten (Patent Law)
Paten merupakan hak monopoli yang sah di sisi undang-undang. Sesuatu ciptaan
boleh dipatenkan sekiranya ia merupakan sesuatu yang baru ataupun menggunakan
pendekatan baru, boleh digunakan secara industri (contohnya boleh dibuat atau
digunakan dalam apa-apa industri dan mempunyai aplikasi komersil). .
7

Paten menyediakan perlindungan undang-undang yang eksklusif dalam bentuk


monopoli kepada pemegang paten. Dengan yang demikian, sesiapa yang mahu
menggunakan ciptaan yang telah dipatenkan perlu meminta kebenaran daripada
pemunya paten dan kebiasaanya memerlukan pembayaran royalti atau imbuhan
yang bersesuaian.
Sistem Paten Malaysia
Malaysia memberikan kawalan yang berpatutan terhadap hak industri untuk pelabur
tempatan dan luar negara. Undang-undang paten (patent laws) di Malaysia
diselaraskan oleh Akta Paten 1983 (Patents Act 1983) dan Peraturan-Peraturan
Paten 1986, yang mula digunakan pada 1 Oktober 1986.
Ia kemudiannya ditukar sebagai Akta Paten (Pindaan) 1993 dan PeraturanPeraturan
Paten (Pindaan) 1995.
Di bawah Akta Paten 1983 (Patents Act 1983), permohonan untuk mempatenkan
produk boleh dilakukan di Malaysia dan pendaftaran adalah berkuatkuasa di seluruh
negara. Seperti di negara lain, sesuatu penemuan boleh dipatenkan sekiranya
penemuan itu baru, mempunyai langkah yang sistematik dan boleh diaplikasikan ke
dalam industri. Di Malaysia, SIRIM telah dilantik sebagai badan pemeriksaan paten
sejak 1986 dan seterusnya ditukarkan ke Bahagian Harta Intelektual, Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada tahun 1990.
Di Malaysia, tempoh penguatkuasaan sesuatu paten ialah selama 15 tahun
(bergantung kepada jenis paten yang dimiliki) daripada tarikh paten berkenaan
diperolehi, dan tertakluk kepada bayaran yuran tahunan yang perlu diperbaharui.
Pemegang paten mempunyai hak untuk mengeksploitasikan ciptaan berkenaan,
menyerahkan atau memberi hak paten, dan ( atau) memberikan lesen kontrak
(eksklusif atau tidak eksklusif) kepada sesiapa yang dikehendaki. Satu paten atau
sijil inovasi utiliti memberi hak kepada pemunya untuk tidak membenarkan orang lain
dari menggunakan ciptaan tersebut di Malaysia.
Untuk mendapatk:an keterangan lanjut mengenai undang-undang paten di Malaysia,
pembangan perisian multimedia perlu melayari halaman web di alamat berikut:
http://www.lawyermentcom.my/intellectuallpatentshtml
Undang-undang Tanda Perdagangan (trademark law)
Tanda atau cap perdagangan adalah salah satu bentuk: harta intelektual yang
digunakan berkaitan dengan barang-barang, bagi tujuan menunjukkan hubungan
antara barang-barang yang diniagakan dan seseorang yang mempunyai hak untuk
menggunakan tanda atau cap berkenaan. Tanda perdagangan menyediakan
monopoli terhadap alat-alat, jenama, label, tiket, nama, tandatangan, perkataan,
huruf, nombor atau apa-apa kombinasi yang berkenaan.
Misalnya, tanda perdagangan seperti "Wordperfect TM" digunakan oleh syarikat
Wordperfect Corporation untuk: membezakan perisiannya dengan perisian
8

pemproses perkataan yang lain. Tanda perdagangan menerangkan sesuatu produk


dan bukan bagi membezakan produk yang tidak dapat dikawal. Misalnya, perkataan
'perisian multimedia' tidak boleh dikawal. Terdapat banyak syarikat yang
mengeluarkan 'perisian multimedia' maka adalah agak sukar untuk: ianya
dipatenkan.
Undang-undang Rahsia Perdagangan (Trade Secret Law)
Rahsia perdagangan merupakan satu bentuk: hak intelektual yang digunakan
apabila pelabur-pelabur tidak berminat untuk: mendapatkan paten untuk melindungi
diri mereka dari pesaing-pesaing. Rahsia perdagangan boleh meliputi apa-apa
formula, paten, alat-alat atau kompilasi maklumat, yang digunakan dalam perniagaan
seseorang, dan yang memberikannya peluang untuk: mendapatkan kelebihan dari
pesaing lain yang tidak tahu atau tidak menggunakannya. Ianya boleh jadi satu
formula untuk: sebatian kimia, proses pembuatan, pembaikan atau pengawetan
bahan-bahan, paten kepada mesin atau alat-alat lain, atau senarai pelanggan. Tidak
seperti paten, seseorang pelabur tidak diperlukan untuk: menerbitkan ciptaannya dan
tidak mempunyai masa yang terhad.
Berikut merupakan antara jenis rahsia perdagangan yang boleh dikawa oleh undangundang rahsia perdagangan (trade secret law):

Kaedah pengajaran
Proses pembuatan
Kaedah memindahkan video analog ke video digital

Penemuan yang tidak boleh dipatenkan boleh dikawal di bawah undang-undang


rahsia perdagangan. Pembangun perisian multimedia yang sedang menunggu
keputusan permohonan paten selalunya bergantung kepada undang - undang rahsia
perdagangan.
Isu-Isu Pemilikan Hakcipta
Menurut undang-undang serantau, hakcipta diaplikasikan kepada kerja-kerja karya
asal, termasuk karya sastera, muzik, drama, grafIk pengukiran, gambar, audio-visual
dan rakaman suara atau bunyi, yang disebarkan melalui sebarang media yang nyata.
Jika seorang individu menghasilkan satu karya untuk dirinya dengan pemyataan
ideanya yang asli, maka hakcipta untuk hasil kerja tersebut dipunyai oleh individu
tersebut. Dalam keadaan di mana sesuatu pihak mengupah pihak yang lain untuk
menyediakan suatu hasil kerja, maka pihak yang mengupah dianggap sebagai
'pengarang' (author) untuk hasil kerja tersebut dan dialah yang memegang hakcipta
hasil kerja itu, bukannya pencipta tersebut. Ini adalah benar sekiranya tiada
sebarang perjanjian atau persetujuan yang lain antara di antara pekerja dan
pengupah dalam hal-hal yang berkaitan dengan hakcipta. Ini juga bennakna bahawa
pengupah mempunyai hak eksklusifke atas hasil kerja tersebut dan bukannya
pencipta.
9

Bilakah Anda Boleh Menggunakan Hasil Kerja Seseorang?


Terdapat beberapa pilihan untuk memperolehi bahan-bahan untuk pembangunan
perisian multimedia:

Mendapatkan hak untuk menggunakan bahan-bahan yang telah mempunyai


hakcipta.

Menggunakan bahan-bahan yang tidak nempunyai status hakcipta yang tepat


atau 'public domain material'.

Membina atau mencipta bahan itu sendiri .

Mendapatkan kontrak atau perjanjian untuk menggunakan bahan asal.

Kebanyakan bahan atau hasil kerja yang ada biasanya dilindungi oleh hakcipta.
Terdapat beberapa cara bagaimana anda boleh mengguna dan memasukkan hasil
kerja seseorang ke dalam hasil kerja anda. Tanyakan diri anda sendiri beberapa
soalan seperti yang berikut :
Soalan 1
Adakah hasil keIja itu merupakan kepunyaan seseorang atau pun hakmilik umum
atau domain awam (public domain), yakni tiada siapa yang mempunyai hakcipta ke
atasnya. Terdapat bahan-bahan atau hasil kerja yang tidak dilindungi oleh hakcipta.
Bahan-bahan seperti ini dinamakan kepunyaan umum atau domain awam. Dalam
konteks hakcipta, domain awam bermakna tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk
menuntut hakcipta
terhadap bahan tersebut atau hasil kerja yang tempoh hakciptanya telah lupus. Oleh
yang demikian, sesiapa sahaja boleh menggunakan, meniru atau menghasilkan hasil
kerja terbitan daripada domain awam.
Sesuatu hasil kerja berhakcipta yang telah dimasukkan ke dalam domain awam akan
kekal sebagai domain awam. Walau bagaimanapun, seseorang . boleh mengambil
sesuatu hasil kerja dari domain awam, menambahkan pernyataan atau idea baru ke
dalamnya dan menuntut hakcipta bagi hasil kerja baru ini. Akan tetapi, hakcipta ini
akan hanya melindung pernyataan idea baru yang ditambahkan itu. Oleh yang
demikian, hasil asal akan tetap berada dalam domain awam.
Soalan 2
Jika hasil kerja tersebut bukan kepunyaan umum, yakni ada pihak yang mempunyai
hak ke atasnya, maka bolehkah anda memperolehi lesen untuk menggunakannya
atau membuat salinan hasil kerja tersebut ? Ada orang mengatakan bahawa 'adalah
10

lebih mudah untuk memohon kemaafan kemudian daripada meminta kebenaran


terIebih dahulu' . Walau bagaimanapun, bagi hasil kerja yang mempunyai hakcipta,
kebenaran mungkin mudah diperolehi dan melibatkan kos yang sedikit tetapi
kemaafan adalah tinggi harganya, sekurang-kurangnya kemaafan (termasuk kos
guaman, kos mahkamah dan ganti rugi) melibatkan kos yang jauh lebih tinggi
daripada proses memohon kebenaran.
Membeli pita video atau CD muzik tidak memberi hak kepada seseorang pembeli
untuk menyalin atau meniru klip video atau klip audio daripadanya.
Untuk menggunakan bahan-bahan berhakcipta tersebut, pembangun multimedia
perlu menentukan hak-hak yang diperIukan. Ini adalah satu perkara yang agak rumit.
Sebagai contoh, katakanlah anda mendapatkan hak untuk menggunakan suatu klip
video tetapi ini tidak semestinya bererti anda juga mempunyai hak untuk
menggunakan muzik atau watak tertentu dalam video tersebut. Juga tidak
semestinya anda menggunakan klip video tersebut dalam CD-ROM dan juga dalam
intemet. Semua ini mungkin memerlukan perjanjian atau lesen yang berlainan.
Tambahan lagi, mungkin terdapatnya sekatan-sekatan dalam pemberian kebenaran
untuk menggunakan bahan-bahan berhakcipta, misalnya hanya boleh digunakan
untuk aplikasi tanpa untung dan sebagainya (misalnya kebenaran cuma diberikan
bagi tujuan digunakan dalam bidang pendidikan dan latihan sahaja).
Bagaimana Mendapatkan Kebenaran Hakcipta ?
Hampir keseluruhan hasil ciptaan mendapat perIindungan hakcipta.
Perlindungan hak cipta diberikan setelah hasil ciptaan berada dalam bentuk yang
lengkap dan kekal. Kemudian, adalah menjadi tanggung jawab ketua penerbitan
untuk menentukan siapa pemegang hakcipta berkenaan untuk memberi kebenaran
ia digunakan.
Terdapat beberapa jenis borang tertentu untuk memohon penggunaan bahan yang
bertanda hakcipta. Sebagai contoh ialah seperti borang-borang yang ditunjukkan di
mukasurat berikutnya:
Borang A : Contoh borang permohonan
Borang B : Contoh borang pelepasan - dikeluarkan apabila permohonan telah
diluluskan

Soalan 3
Adakah salinan yang dibuat oleh anda ke atas hasil kerja asIi diiktiraf sebagai hasil
kerja terbitan. Seperti yang diketahui, sesuatu hasil kerja terbitan kekal sebagai hasil
kerja terbitan hanya selagi sesuatu bahagiannya masih diiktiratkan berasal dari
bekas empunya sesuatu hasil itu.
11

Soalan 4
Adakah hasil kerja itu menjejaskan hak-hak atau privasi seseorang ? Jika seseorang
itu boleh dikenali melalui rupanya, suara atau sifat-sifat tersendiri, beliau boleh
meminta gantirugi. Selagi anda mempunyai pelepasan dari setiap individu atau jika
seseorang yang anda telah berikan kuasa ke atas sesuatu hasil kerja mendapat
pelepasan, maka ini tidak akan menjadi satu isu.

Contoh: Borang A
12

Permohonan untuk mendapatkan kebenaran membuat salinan dan mengedar bahan


yang mempunyai Hakcipta
Tarikh

Kepada

Daripada

...

Saya/Kami ingin memohon kebenaran untuk menggunakan bahan seperti berikut:

Tajuk:
Daripada:

Media:
Tujuan:

Balasan:
Kebenaran:

______ Dibenarkan

______ Tidak dibenarkan

Keterangan:

Tandatangan:_______________________
Tarikh:

_______________________

Borang B
( Alamat pemberi kebenaran )

13


Borang Kebenaran (Lengkapkan borang kebenaran ini bagi setiap bahan yang telah
dipohon)
1.

Format Media
_________ "Slaid"

__________ Transparensi

_________ Klip Video/Filem

__________ Animasil Grafik Komputer

_________ Lain-lain (nyatakan).


2.

Tahun Ciptaan:

__________

3.

Keterangan (Tidak lebih dari 25 patah perkataan)


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

4.

Tarikh Pemulangan:
_____________________________________________

5.

Cadangan Untuk Penggunaan Bahan:


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

6.

Pengedar:
Nama & Alamat:
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

14

Telefon :

___________________

E-Mel : ______________________

Dengan ini pihak saya/kami membenarkan tuan/puan untuk meminjam dan


menggunakan bahan yang telah dinyatakan di atas di dalam perisian multimedia
yang hendak dibangunkan dengan syarat, bahan tersebut dijaga dan dipulangkan
dalam -jangka masa yang dipersetujui. Pihak saya/kami juga tahu bahawa bahan
yang digunakan ini akan dibuat salinan dan diedarkan di pasaran. Oleh itu kami
berhak untuk menuntut ganti rugi di atas sebarang kerosakan dan kehilangan bahanbahan tersebut. Kami juga masih memegang hakcipta bahan yang digunakan di
dalam perisian multimedia yang akan dibangunkan dan tidak bertanggung jawab di
atas segala tuntutan atau kos terhadap perisian yang akan dibangunkan.
T arikh :

___________________

Tandatangan :

_______________

Salinan kepada: 1) Penama 1


2) Penama 2

Tanda dan Simbol Bagi Hakcipta


Apabila suatu hasil ciptaan dilindungi di bawah perlindungan hak cipta, ia akan diberi
tanda hak cipta pada setiap salinan yang dipasarkan. Tanda peringatan ini akan
mengandungi 3 elemen penting iaitu:

Simbol @ atau perkataan "Copyright" atau "Hakcipta Terpelihara" .

Tahun pertama penerbitan .

Nama pemilik hakcipta tersebut

Tanda-tanda berkenaan akan diletakkan pada suatu sudut pada setiap salinan
hasil hakcipta untuk memudahkan pemilik menuntut hak mereka sekiranya
keadaan memerlukan mereka berbuat demikiannya.

Penutup
Adalah diharapkan agar pendedahan awal mengenai isu hakcipta ini mampu
membuka mata setiap pembangun perisian multimedia mengenai isu hakcipta atau
harta intelek. Sekiranya seseorang pembangun perisian multimedia menggunakan
sesuatu bahan hakcipta tanpa kebenaran, walaupun secara tidak disengajakan,
ianya akan mengakibatkan pelbagai masalah berbangkit seperti produk yang
15

dihasilkan tidak boleh diedarkan dan kemungkinan saman ke atas penggunaan


bahan tanpa kebenaran dan sebagainya.
Undang-undang hakcipta mengiktiraf dan melindungi usaha dan kreativiti dalam
penghasilan karya.. Ia memastikan usaha dan kreativiti seseorang mendapat
ganjaran yang sepatutnya. Seseorang pembangun multimedia perlu memahami dan
mematuhi undang-undang hakcipta. Mereka perlu memastikan kebenaran untuk
menggunakan bahan-bahan tertentu untuk pembangunan perisian telah diperolehi
untuk mengelakkan segala isu pencabulan hakcipta dan menjejaskan kerja
pembangunan, penerbitan atau penyebaran hasil kerja yang telah atau ingin
diusahakan.

16