Anda di halaman 1dari 16

Tirani

Latar
Latar Masa
Latar Tempat
Latar Masyarakat

LATAR TEMPAT
~Rumah Fadhil- Tempat Fadhil, Raidah
dan anak-anaknya, Ghazi dan
Waheeda serta cucunya, Izzati
tinggal.
~Rumah Bazilah di Yishun Street. Tempat
Waheeda menumpang tinggal sementara
dia menjalani rawatan pembedahan mata
dan hidungnya di SIngapura.

~Rumah Haji Abdul Aziz Imran,


Damansara Heights. Tempat
pertemuan dan perbincangan antara
Haji Abdul Aziz dengan Waheeda dan
Ghazi berkaitan dengan penjualan
Chalet Iwana-Iwani di Cameron
Highlands.
~Hospital Kuching. Tempat Waheeda
menerima rawatan akibat kecederaan
pada muka dan hidungnya yang
digigit dan dicakara oleh monyet
Belanda

~Silicon Medical Centre (SMC) di


SIngapura. Tempat Waheeda menjalani
pembedahan plastik pada mata dan
hidungnya.
~Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala
Lumpur. Tempat Waheeda mendapatkan
rawatan lanjut dan khidmat kaunseling
daripada Dr. Qamariah berkaitan
dengan masalah kemurungan yang
dihadapinya selepas kegagalan dalam
rumah tangga bersama Zahid.

~Chalet Tajau Emas. Tempat Waheeda


mengalami kecederaan pada muka
dan hidung akibat digigit dan dicakar
oleh monyet Belanda yang meluru
masuk secara tiba-tiba.
~Hotel Flamingo de La Rossa. Tempat
pertemuan pertama kali antara
Waheeda dengan Zahid.

LATAR MASA
~Waktu Siang. Contohnya, peristiwa
Waheeda yang dikejarkan ke hospital
oleh Fadhil dan Raidah akibat
kecederaan pada muka dan hidungnya
akibat dicakar dan digigit oleh monyet
Belanda yang meluru masuk secara
tiba-tiba ke bilik pejabat kecil mereka
di tepi anjung hadapan.

~Waktu awal pagi. Contohnya, peristiwa


Waheeda yang baru sedarkan diri
setelah ditidurkan dengan ubat bius
yang disuntik ke dalam tubuhnya
berlaku pada waktu awal pagi.
~Waktu pagi. Contohnya, peristiwa
Fatimah yang mengeja sambil
membetulkan sebutan Kamri yang silap
menyebut ejaan "coconut" dengan
memanggilnya "konat-konat".

~Waktu tengah hari. Contohnya, peristiwa


Fatimah dan ahli rombongan MATTA dari Kuala
Lumpur yang disajikan hidangan ketupat pulut
periuk kera oleh masyarakat Dayak Bidayuh
ketika mereka mengikuti Pesta Bung Bratak.
~Waktu petang. Contohnya, peristiwa Waheeda
yang duduk sambil menikmati minum petang
di Restoran Genki Sushi yang terletak di Aras
4, Terminal 1, Lapangan Terbang
Antarabangsa Changi, Singapura.

Waktu Malam. Contohnya, Peristiwa


Fadhil yang teringat akan tindakannya
menyanggah hasrat anak gadisnya,
Waheeda untuk melakukan
pembedahan plastik pada hidungnya
yang pesek sewaktu dia berjalan
melintasi bilik tidur anaknya itu.

LATAR MASYARAKAT
~Masyarakat yang mengamalkan nilai
kasih sayang dalam kehidupan.
Contohnya Rainah amat sayang akan
suami dan anak-anaknya. Rainah
berusaha dan sanggup terbang ke
Singapura semata-mata untuk bersamasama dengan Waheeda pada hari
pembedahan mata dan hidung anaknya
itu.

~Masyarakat yang tekun dan rajin


menimba ilmu. Contohnya, watak
Waheeda Nurlyana, Bazilah, Fatimah,
Izzati dan Zahid digambarkan sebagai
masyarakat yang tekun dan rajin
menimba ilmu sehingga berjaya
memperoleh ijazah sarjana dalam
bidang pengkhususan masing-masing.

~Masyarakat yang gigih mengahadapi


cabaran dan dugaan hidup. Contohnya,
Waheeda Nurlyana gigih berdepan
dengan berbagai-bagai cabaran seperti
peristiwa pembedahan mata dan
hidungnya, peristiwa keretakan dan
kemusnahan rumah tangganya dan
kegigihan dia mengusahakan chalet
penginapan untuk kemudahan pelancong.

~Masyarakat yang menceburi kegiatan


ekonomi berasaskan pelancongan
negara. Contohnya, Fadhil, Rainah,
Datuk Yaser Arief, Waheeda dan
Fatimah mengusahakan chalet untuk
penginapan para pelancongan
sebagai sumber pendapatan mereka.

~Masyarakat yang tabah mengahadapi


cabaran keruntuhan rumah tangga.
Contohnya, sebagai ibu tunggal,
Waheeda tabah mendidik dan
membesarkan anak perempuannya,
Izzati setelah diceraikan oleh
suaminya Zahid.

~Masyarakat yang bertanggungjawab


terhadap kesihatan keluarga.
Contohnya, sebagai seorang ayah,
Fadhl membawa Waheeda yang
mengalami pendarahan akibat
kecederaan ayng teruk angkara
diserang monyet Belanda ke hospital
dengan segera bagi mendapatkan
rawatan

Sekian terima
kasih :)