Anda di halaman 1dari 23

LEFTENAN ADNAN

WIRA BANGSA

Hasil karya : Abdul Latip Talib

Disediakan oleh:
Michelle Soo Yen Yee
Nur Syahirah Afiqah Binti Zainal
Nor Ezzati Emira Binti Mustapha Padzir
Nur Hazwani binti Norjoshukurudin

Nilai

Keberanian
Cinta Akan Negara
Berpendirian teguh
Kasih Sayang
Amanah dan tanggungjawab
Kerajinan
Rasional
Keprihatinan
Ketabahan
Redha

keberanian
CONTOHNYA
Leftenan Adnan merupakan anggota
tentera yang mempunyai sifat keberanian
yang luar biasa. Beliau bersama-sama
dengan askar Melayu yang lain berjuang
menentang Jepun hingga ketitisan darah
yang terakhir

cinta akan negara


CONTOHNYA
Demi cinta akan negara, Leftenan Adnan
sanggup melepaskan jawatan sebagai
guru pelatih dan memohon jawatan
tentera.

berpendirian teguh
CONTOHNYA
Jepun menghantar wakilnya untuk
meminta Leftenan Adnan dan anak-anak
buahnya untuk menyerah kalah namun
permintaan itu ditolah mentah-mentah
oleh Leftenan Adnan.

kasih sayang
CONTOHNYA
Leftenan Adnan amat menyayangi
isterinya, Sophia dan dua orang
anaknya iaitu Mokhtar dan Zainuddin.

amanah dan tanggungjawab


CONTOHNYA
Leftenan Adnan bekerja keras bukan
untuk pagkat tetapi sudah menjadi
kewajipan baginya sebagai anggota
tentera untuk menjalankan tanggungjawab
dan amanah sebaik-baik mungkin.

kerajinan
CONTOHNYA
Semasa di sekolah rendah lagi, Adnan
rajin membantu ibu dan bapanya. Dia
membantu Pak Saidi menoreh getah,
bersawah dan menjaga kebun durian.

rasional
CONTOHNYA
Pak Saidi mampu menilai perkara
yang betul dan perkara yang salah.
Beliau yakin tindakannya menghantar
anak-anaknya ke sekolah aliran
Inggeris merupakan langkah yang
tepat.

keprihatinan
CONTOHNYA
Pak Saidi sekeluarga pergi ke tempat
berlangsungnya pertandingan pidato
bahasa Inggeris untuk memberi sokongan
dan dorongan kepada Adnan.

ketabahan
CONTOHNYA
Sophia tabah memelihara anak-anaknya
setelah suaminya, iaitu Leftenan Adnan
gugur di medan pertemparan.

redha
CONTOHNYA
Pak Saidi redha apabila mengetahui
anaknya Ahmad terkorban setelah
kapalnya ditenggelamkan oleh tentera
Jepun. Beliau juga redha akan pemergian
Adnan yang tewas dalam pertempuran
dengan Jepun di Bukit Candu.

PENGAJARA
N

Kita perlulah mempunyai semangat


cinta akan negara yang tinggi.
Contohnya, perjuangan Leftenan
Adnan dan askar Melayu
membuktikan bahawa mereka
memiliki semangat cinta akan negara
yang tinggi.

Kita perlulah bernai mempertahankan


negara . Contohnya, keberanian
Leftenan Adnan dan askar Melayu
yang lain mempertahankan negara
menjadi buah mulut pihak rakan dan
pihak musuh

Kita perlulah memiliki wawasan dan


berpandangan jauh. Contohnya, Pak Saidi
memilih sekolah aliran Inggeris untuk
anak-anaknya kerana beliau sedar banyak
ilmu pengetahuan yang dapat ditimba di
sana.

Kita perlulah melengkapkan diri dengan


ilmu pengetahuan. Contohnya, Pak Saidi
rajin membaca hasil penulisan Syed
Syeikh al Hadi dalam majalah Al Imam
dan risalah yang diterbitkannya.

Kita tidak sewajarnya mengabaikan


pelajaran anak-anak. COntohnya,
setiap malam, Pak Saidi mengjara
anak-anaknya mengaji Al-Quran.
Beliau mahu anak-anaknya mendapat
ilmu dunia dan akhirat.

Kita mestilah menjalankan tanggungjawab


yang diamanahkan. Contohnya, Leftenan
Adnan bertanggungjawab memberikan
kata-kata semangat kepada anak-anak
buahnya dalam medan pertempuran
walaupun bilangan mereka sedikit dan
mereka telah kehabisan peluru.

Kita perlulah redha menerima ketentuan


takdir. Contohnya, Pak Saidi dan Mak
Milah redha akan kehilangan dua orang
anak mereka yang mati dalam
pertempuran dengan tentera Jepun.

Janganlah kita menjadi pengkhianat


kepada bangsa dan negara. Contohnya,
tindakan Samad menjadi ejen perisik
untuk tentera Jepun merupakan suatu
perbuatan khianat kepada agama, bangsa
dan negara.

Kita hendaklah berfikiran rasional.


Contohnya Pak Saidi sedar akidah anakanaknya tidak akan berubah walaupun
mereka mendapat pendidikan Inggeris,

Kita hendaklah memiliki kemahiran dan


disiplin yang tinggi, Contohnyam kejayaan
tentera Jepun mengalahkan British
disebabkan mereka telah cukup terlatih
dan berkemahiran dari segi taktikal
peperangan. Selain itu, mereka
menunjukkan disiplin yang tinggi.