Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
TEMA: MEMBACA.
TAJUK KARANGAN: AMALAN MEMBACA
PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN ANAKANAK.
Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting
dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus
menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha
untuk mewujudkan keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam
kalangan anak-anak. (38)
Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat
membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke
perpustakaan. Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang
akan buku. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke
perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini,
anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan
gemar membaca buku seumur hidup. (64)
Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan
ini dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi
tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah
dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak
untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dan surat khabar. Ruang
perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran itu, ibu bapalah
memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar
gemar membaca buku ketika berada di rumah.. (70)
Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik untuk
dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik
dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap
gemar membaca surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan
oleh ibu bapa dalam mengisi masa lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi
ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu bagaimana acuan, begitulah
kuihnya. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik
untuk dicontohi anak-anak.(69)
Seterusnya, ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak. Ibu bapa
perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak
berjaya dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa
gembira kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk
buku lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan buku berbentuk
pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya
diterapkan sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak. Bersesuaian dengan
peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. (73)
Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk
minat membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca jambatan ilmu. Oleh
itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal pemimpin pada
masa akan datang. (33 )
Latihan
Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan Anak-Anak.
Lengkapkan tempat kosong dalam karangan di bawah.
Amalan ____________(1) merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting
dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus
menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha
untuk _______________(2) keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam
kalangan anak-anak.
Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat
membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke
________________(3). Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan
sayang akan buku. Sebagai contoh, _______________(4)boleh membawa anak-anak
mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti
sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas,
anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup.
Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan__________(8) teladan yang baik
untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang
baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap
gemar____________(9) suratkhabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah
diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi ________(10) lapang. Lama-kelamaan, tabiat
ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu ___________
(11)acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu
menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.
Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk
minat membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca ___________ (19) ilmu.
Oleh itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal pemimpin
pada masa akan datang.
Jawapan
Membaca
mewujudkan
perpustakaan
ibu bapa
mini
menyimpan
selesa
contoh
membaca
masa
bagaimana
membawa
pergi
mempelajari
budaya
menghadiahkan
seronok
diterapkan
jambatan