Anda di halaman 1dari 2

PENGENDALIAN STRES

Hubungan di antara stres dengan penyakit selalu tidak dihiraukan oleh pengamal perubatan atau orang ramai. Ini tidak
sepatutnya berlaku kerana kajian terkini mendapati 70% hingga 80% dari semua penyakit dalam amalan perubatan adalah
sama ada disebabkan atau bertambah teruk dengan stres.
Selalunya stres, ketakutan atau keresahan akan berlaku apabila anda mendapat satu bentuk ugutan atau perkara yang tidak
diingini seperti dimarahi oleh ketua anda, kehilangan duit dan sebagainya. Tanda-tanda klinikal adalah seperti:
Anak mata membesar
Pendengaran bertambah peka
Pernafasan bertambah laju
Jantung akan berdegup dengan lebih laju
Pucat
Merasa kurang sihat dan mengalami senak perut
Kuat berpeluh
Menggeletar atau menggigil
KESAN-KESAN STRES
Stres akan membebaskan asid lemak dan glukos ke dalam aliran darah. Ini boleh ditukarkan kepada lemak semula jadi
dan kolesterol dan melekat pada dinding arteri. Lekatan (deposit) ini akan menyebabkan resistan (halangan) kepada aliran
darah yang melalui salur darah tersebut dan ini akan menyebabkan peningkatan tekanan darah.
Stres yang kronik akan menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kolesterol dan seterusnya menyebabkan darah tinggi
(hipertensi) yang kronik
Stres akan menambahkan kemungkinan untuk seseorang merokok dan mengamalkan pemakanan dan minuman yang
mengandungi kafein. Merokok seterusnya akan meningkatkan denyutan jantung pada kadar purata sebanyak 14 denyut
seminit. Kesan ini apabila bergabung dengan stres akan menyebabkan denyutan jantung meningkat pada kadar purata
sebanyak 38 denyut seminit. Kesan kafein adalah sama dengan kesan merokok (Kajian dari Universiti Maryland)
Dalam individu yang mengalami stres yang kronik, sistem penyembuhan dan pembaikan akan terganggu dan ini
menyebabkan kerosakan pada kecederaan di jantung dan badan bertambah, serta proses pembaikan menjadi lambat
Stres akan meningkatkan risiko serangan sakit jantung dan kematian akibat darinya.
PENGENDALIAN STRES
Setiap orang, pada berbagai peringkat di dalam kehidupan mereka akan mengalami stres. Apa yang penting adalah cara
mereka mengendalikan stres di mana bagi mereka yang gagal, stres boleh menyebabkan penyakit dan akhirnya kematian
kepada mereka. Salah satu pendekatan untuk mengendalikan stres adalah dengan:
Mengembalikan ketenangan perasaan; seperti mengambil cuti di hujung minggu, menonton wayang, bersenam atau
berbual-bual dengan rakan
Luangkanlah masa untuk berfikir tentang apa yang berlaku dan mengenal pasti perasaan anda yang sebenarnya
Dapatkan rehat yang secukupnya, makan makanan yang seimbang dengan cara yang betul, jauhi alkohol dan rokok dan
sentiasa berhubungan dengan keluarga dan rakan tersayang.
Apabila anda di dalam keadaan stres, ELAKKAN perkara di bawah iaitu:
Merokok
Pengambilan alkohol
Pengambilan kafein
Pengambilan gula berlebihan
Ubat-ubatan yang merbahaya seperti ubat tidur dan sebagainya
MENENANGKAN EMOSI DAN FIZIKAL
Ketenangan adalah kunci kepada pengendalian stres yang berkesan. Kedua-dua teknik menenangkan emosi dan fizikal
adalah penting untuk mengendalikan stres dengan jayanya.
TEKNIK MENENANGKAN EMOSI
1. Sembahyang
2. Berzikir
3. Membaca kitab agama atau lain-lain buku
4. Berbual-bual dengan rakan
5. Meriangkan/Menghiburkan hati
6. Menangis/Meluahkan perasaan
7. Mendengar muzik
8. Mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kemarahan
9. Pelajari cara atau teknik untuk meredakan kemarahan atau stres

TEKNIK MENENANGKAN FIZIKAL


1. Bernafas dengan dalam
2. Bersenam
3. Melakukan regangan otot
4. Mandi air panas
5. Makanan yang seimbang
6. Berurut
7. Menjadi lebih aktif setiap hari
Anda seharusnya ingat bahawa teknik untuk mendapatkan ketenangan bukan dapat dipelajari semalaman dan haruslah
diikuti dan dipelajari secara beransur-ansur. Ambil masa untuk merehatkan diri untuk memberikan kesegaran baru kepada
minda dan badan anda.
<Pencegahan.htm> <Pencegahan.htm>
Kembali Ke
Pencegahan