Anda di halaman 1dari 13

Pada 8Februari 2012 yang lalu, saya bersama 17 orang guru pelatih membuat

lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Lawatan kami diiring
oleh 2 orang pensyarah pembimbing iaitu Puan Rozila Bt Mohd Isa dan Dr. Munira binti
Mohsin dari jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Tujuan lawatan ilmiah ini adalah untuk melengkapi kursus PJM 3112. Disebabkan
kami mengambil kursus pendidikan khas, kami memilih untuk melawat para atlet yang
berada di bahagian Paralimpik di sana untuk melihat dengan lebih dekat golongan yang
berkelainan upaya tersebut. Sebelum membuat lawatan, kami membuat perbincangan dan
perjumpaan bersama 2 kelas untuk memilih ali jawatankuasa dan memilih tempat lawatan.
Pada mulanya, kami memilih untuk ke Stadium Hoki, Jalan Duta untuk bertemu para atlet
namun akibat jadual mereka yang padat, akhirnya kami memilih untuk ke Majlis Sukan
Negara yang terletak berhampiran dengan Stadium Putra Bukit Jalil.
Selama mengikuti lawatan ini, begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari
sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antara pengalaman yang diperoleh ialah
kami berpeluang melihat sendiri para atlet bertungkus-lumus berlatih untuk kejohanan
Olimpik pada tahun ini yang akan diadakan di London. Meskipun ada di antara mereka yang
tidak mempunyai sebahagian di antara anggota badan, mereka tetap berjuang berlatih untuk
menaikkan nama negara dalam sukan Paralimpik. Kami berpeluang melihat sendiri atlet
dalam acara tennis, ping-pong, renang, melontar lembing, larian dan bermacam-macammacam lagi.

Hati saya amat tersentuh apabila melihat seorang atlet renang yang tidak
mempunyai kaki dan hanya mempunyai satu tangan mampu berenang dengan pantas dan
beliau berusaha untuk menjuarai kejohanan renang di Olimpik di London nanti. Beliau
mempunyai semangat yang cekal dan sentiasa memotivasikan diri sendiri agar bersikap
positif dengan kekurangan yang dihadapinya. Hal ini membuatkan saya merenung sejenak
kemampuan saya sebagai seorang manusia yang mempunyai fizikal yang sempurna namun
tidak mempunyai semangat yang kental apabila sentiasa merungut kepada sesuatu
kesulitan hidup. Ia merupakan satu pengalaman yang berharga.
Tidak dilupakan juga ialah aspek kekuatan dan kelemahan yang amat penting di dalam
sesuatu refleksi. Kekuatan yang dapat saya kenal pasti semasa lawatan ialah kami banyak
bertanya soalan dan tekun mendengar pengenalan ringkas yang diberikan oleh jurulatih
bagi setiap jenis sukan yang sempat kami lawati. Kami juga tidak sombong beramah mesra
dengan atlet yang terdapat di sana. Perkara ini selari dengan sifat guru yang ringan mulut
dan tidak sombong dengan masyarakat sekeliling tanpa mengira taraf sosioekonomi
mahupun kesempurnaan fizikal seseorang

Pembangunan Sukan Paralimpik Di Malaysia


Sukan

Paralimpik

di

Malaysia:Pembangunan

sukan

bagi

atlet

paralimpik di Malaysia.

1.1.

Sejarah Sukan Paralimpik

Sejarah sukan paralimpik bermula di Burylesburg, England pada tahun


1948 yang mana disertai oleh orang yang mengalami kecederaan tulang spina.
Sukan tersebut diilhamkan semasa Sukan Olimpik berlangsung di London pada
ketika itu.Sukan paralimpik tersebut diadili oleh Sir Ludwing Guttman. Beliau
digelar Bapa Sukan Paralimpik atau Bapa Sukan Kurang Upaya. Sukan Paralimpik
yang pertama berlangsung di Kota Rome,Itali pada tahun 1960.Sebanyak 23
buah Negara telah mengambil bahagian dan lebih kurang 200 orang atlet yang
menyertai sukan tersebut.Sejak itu, Sukan

Olimpik dan Sukan Paralimpik

bergerak bersama iaitu diadakan setiap empat tahun sekali di bandar yang
sama.Sebelum tahun 1984, ia dikenali sebagai Olimpik untuk orang kurang

upaya dan selepas tahun 1984, namanya ditukar menjadi Sukan Paralimpik. Pada
tahun 2001,International Olympic Commite (IOC) dan International Paralympic
Commite (IPC) telah menandatangani satu perjanjian di mana setiap bandar
yang ingin menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2012, hendaklah juga bersedia
untuk menjadi tuan rumah Sukan Paralimpik.

1.2.

Sukan Paralimpik di Malaysia dan Majlis Paralimpik Malaysia.

Sukan paralimpik di Malaysia bernaung di bawah kelolaan Majlis Paralimpik


Malaysia (MPM). Sebelum itu, Majlis Sukan Malaysia bagi orang kurang upaya
telah ditubuhkan pada tahun 1989.Pada tahun 1996,nama majlis ini ditukar
kepada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM). Majlis ini merupakan sebuah badan
bukan

berasaskan

keuntungan

yang

mengawal

dan

mengelola

sukan

kebangsaan untuk semua golongan kurang upaya.MPM juga adalah ahli kepada
Jawatankuasa

Paralimpik

Antarabangsa

(IPC)

yang

beribu

pejabat

di

Bonn,Jerman serta ahli kepada Far East and South Pacific (FESPIC) yang beribu
pejabat di Oita, Jepun. Selain itu,MPM juga menerajui dua badan sukan
paralimpik Asia iaitu Asean Para Sports Federation (APSF) dan IPC East Asia
Paralympic Game Commite (IPC-EAPC).MPM ialah sebuah badan yang diiktiraf
dan disokong penuh oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat serta Kementerian Belia dan Sukan.Selain itu, MPM juga merupakan
badan yang sah untuk mewakili Negara dalam kejohanan Sukan Paralimpik dan
FESPIC serta semua aktiviti sukan yang berkaitan dengan dua badan induk
tersebut. MPM juga berupaya mewujudkan peluang kepada semua OKU dalam
bidang Sukan untuk Semua dan Sukan Cemerlang pada peringkat kebangsaan
dan antarabangsa di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat, aktif dan
berkualiti

dalam

kalangan

OKU.Majlis

Paralimpik

Malaysia

diwakili

oleh

Pertubuhan Sukan Kebangsaan OKU yang meliputi 6 kategori kurang upaya iaitu,
cacat penglihatan, cacat pendengaran, cacat anggota, terencat akal, spastik dan
orang kerdil.

1.3 Penglibatan dan Pencapaian Atlet Paralimpik Negara.

Seperti atlet-atlet normal yang lain,atlet paralimpik Negara kita juga menyertai
kejohanan

sukan

yang

diadakan

di

dalam

Negara

mahupun

peringkat

antarabangsa. Negara kita, melalui Majlis Paralimpik Malaysia akan menghantar


atlet paralimpik untuk bersaing dalam kejohanan sukan seperti Sukan Para
ASEAN, Sukan Para Asia dan Sukan Paralimpik yang diadakan 4 tahun sekali.
Pencapaian

atlet

negara

kita

dalam

sukan-sukan

tersebut

juga

amat

membanggakan kerana atlet negara boleh mendapat kutipan pingat yang tinggi
serta mampu berada di rangking yang baik berbanding dengan atlet normal.
Sebagai contoh, dalam kejohanan Sukan Para ASEAN V pada tahun 2009,atlet
negara kita berjaya memperoleh 94 pingat emas,81 pingat perak dan 71 pingat
gangsa dan berada pada kedudukan kedua dalam senarai negara ASEAN yang
menyertainya. Atlet Negara juga cemerlang pada edisi pertama Sukan Para Asia
di Guangzhou, China apabila berjaya memperoleh 9 pingat emas,13 pingat perak
dan 23 pingat gangsa. Ini menunjukkan bahawa atlet paralimpik juga mampu
memberikan sumbangan berharga kepada negara serta telah mengharumkan
nama negara di persada dunia.

1.4

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk membangunkan Sukan

Paralimpik di Malaysia.
Kejayaan atlet-atlet paralimpik negara dalam sukan yang disertai telah
mengharumkan nama Malaysia dalam sukan itu di peringkat antarabangsa
haruslah dihargai dan dibanggakan oleh masyarakat. Oleh itu,untuk meneruskan
kecemerlangan atlet-atlet paralimpik negara di samping menghargai kejayaan
mereka,kerajaan

haruslah

mengambil

langkah-langkah

tertentu

untuk

membangunkan lagi sukan paralimpik di negara ini. Antara langkah langkah


yang boleh diambil ialah:
I.
Membina Pusat Pembangunan Sukan Paralimpik.

Kerajaan hendaklah menyediakan satu pusat pembangunan yang dikhaskan


untuk OKU supaya mereka mempunyai tempat untuk berlatih sukan serta tempat
untuk beriadah.Pusat pembangunan ini hendaklah lengkap dengan kemudahan
sukan, terutama kemudahan yang diperlukan oleh OKU semasa berlatih ataupun

beriadah. Contohnya, pada tahun 2009,kerajaan telah memulakan pembinaan


sebuah Pusat Pembangunan Sukan Paralimpik yang lengkap dengan kemudahan
seperti asrama dan kemudahan gelanggang untuk OKU.Pusat Pembangunan
Sukan Paralimpik yang bernilai RM40 juta itu dibina berhampiran dengan
Kompleks Sukan Kg.Pandan.

II.

Melantik

jurulatih

itu,untuk

melahirkan

bertauliah

untuk

melatih

atlet-atlet

paralimpik.

Sementara

seorang

atlet

paralimpik

yang

berjaya,

Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Paralimpik Malaysia hendaklah


melantik jurulatih yang benar-benar mampu dan layak untuk melatih OKU untuk
menjadi seorang atlet yang berjaya. Jurulatih yang bertauliah diperlukan kerana
bukan senang untuk melatih seorang OKU untuk menjadi atlet kerana
ketidaksempurnaan fizikalnya. Dengan adanya jurulatih yang bertauliah maka
tidak mustahil untuk melahirkan atlet paralimpik yang berdaya saing di peringkat
antarabangsa.

III.

Mewujudkan Pusat Kecemerlangan Atlet Paralimpik di setiap

negeri.

Selain itu,kerajaan juga perlu mewujudkan satu pusat kecemerlangan atlet


paralimpik di setiap negeri supaya program sukan yang dirancang untuk OKU
dapat dijalankan dengan lebih sistematik. Dengan adanya pusat kecemerlangan
ini maka setiap program sukan untuk OKU di peringkat negeri masing-masing
dapat dijalankan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah pemilihan atlet
untuk

mewakili

negeri

masing-masing

ke

sukan

paralimpik

peringkat

kebangsaan. Majlis Paralimpik Malaysia juga boleh mengadakan ceramah dan


seminar untuk membentuk jati diri para OKU di pusat kecemerlangan ini.

IV.

Mengiktiraf sumbangan atau kejayaan yang diraih oleh atlet

paralimpik.

Pihak kerajaan juga boleh memberikan pengiktirafan kepada semua atlet


paralimpik

yang

Paralimpik,Sukan

berjaya
Para

memperolehi

Asia,Sukan

Para

pingat
ASEAN

dalam
melalui

dalam
skim

Sukan
imbuhan

kemenangan, rumah, peluang pekerjaan dan sebagainya.Kerajaan juga boleh


mewujudkan program kebajikan demi kesejahteraan dan kesentosaan atlit dan
pegawai termasuk latihan dan pendidikan dan penambahan pendapatan.
Pengiktirafan seperti ini pasti akan membakar lagi semangat para atlet
paralimpik untuk bersaing dalam sukan yang mereka sertai.

V.

Memantapkan dan memperkasa struktur sukan paralimpik

Malaysia.

Membangun
peringkat

dan

memperkasakan

negeri,kebangsaan

struktur

dan

sukan

paralimpik

antarabangsa

dengan

Malaysia

di

masing-masing

mengambil peranan dan tanggungjawab secara jelas, fokus, relevan dan


berkesan bagi kepentingan dan kemajuan OKU,masyarakat,bangsa dan negara.

VI.

Memberikan lebih banyak ruang dan peluang kepada OKU.

Kerajaan juga harus memberikan perhatian penuh kepada golongan OKU ini
dengan

memberikan

memanfaatkan

bakat

mereka
mereka

ruang

dan

peluang

terutamanya

untuk

dalam

bidang

mengasah

dan

sukan.Sebagai

contoh,kerajaan boleh mengadakan karnival sukan untuk OKU bagi menarik


minat

para

OKU

untuk

melibatkan

diri

dalam

program

tersebut.Selain

itu,golongan OKU yang layak juga boleh diberikan peluang untuk menerajui atau
memimpin badan-badan tertentu yang berkaitan dengan hal ehwal OKU.

VII.

Memberikan pendidikan percuma kepada OKU yang terlibat

dalam sukan.

Bagi menghargai lagi golongan OKU ini,pihak kerajaan boleh memberikan


pendidikan secara percuma kepada OKU yang terlibat dalam sukan.Antara
pendidikan yang boleh diajar ialah pengetahuan Sains Sukan. Pengetahuan atlet
dalam sains sukan akan membantu mereka dalam mengembangkan prestasi
mereka. Sementara itu,bagi atlet yang berjaya memenangi pingat dalam
kejohanan sukan antarabangsa,kerajaan boleh memberikan biasiswa kepada
anak anak atlet OKU untuk membiayai pelajaran mereka.

VIII. Memberikan sokongan dan galakan kepada golongan OKU dalam


usaha mereka menonjolkan kebolehan masing-masing.

Selain

daripada

bantuan

dan

intensif

dalam

bentuk

kewangan

dan

material,mereka juga amat memerlukan sokongan moral serta galakan daripada


masyarakat.Justeru itu,kita sebagai masyarakat haruslah memberikan sokongan
serta galakan berterusan kepada golongan OKU ini agar mereka berani tampil
untuk menonjolkan bakat mereka.Persepsi buruk masyarakat terhadap golongan
OKU memberikan kesan negatif kepada mereka,menyebabkan mereka malu
untuk menunjukkan kebolehan mereka.

Cabaran atlet paralimpik di Malaysia.

Pada pandangan saya,antara cabaran yang dihadapi oleh para atlet paralimpik
negara ialah,mereka masih kekurangan tempat untuk berlatih, berbanding
dengan atlet biasa.Ini merupakan satu cabaran bagi mereka kerana kekurangan
tempat latihan mengakibatkan mereka tidak dapat dapat membuat persediaan
dengan cukup. Saya juga melihat golongan OKU di negara ini masih belum
berani untuk menonjolkan kebolehan mereka.Maksudnya,mereka masih malu
untuk keluar kerana takut pada persepsi masyarakat terhadap keadaan fizikal
dan kemampuan mereka.Ini merupakan cabaran utama golongan tersebut untuk
memajukan diri mereka dalam bidang sukan dan seterusnya menjadi atlet
kebangsaan. Selain itu,tanggapan golongan OKU yang mengatakan bahawa
mereka tidak perlu bersukan kerana keadaan fizikal yang tidak mengizinkan juga
merupakan cabaran kerana kerana mereka juga patut bersukan untuk kesihatan

badan dan seterusnya berpeluang untuk menjadi atlet paralimpik. Selain itu,
kekurangan jurulatih bertauliah untuk atlet paralimpik juga merupakan satu
cabaran bagi atlet-atlet paralimpik kerana mereka tidak dapat mendapat latihan
yang cukup dan teratur sebelum menyertai sesuatu kejohanan sukan.Jadi,adalah
cabaran bagi para atlet paralimpik untuk berlatih dengan cukup walaupun
kekurangan jurulatih.

Kesimpulan.

Kesimpulanya, atlet paralimpik juga mampu mencapai kejayaan dalam sukan


walaupun tidak sempurna fizikalnya malah lebih berjaya daripada atlet-atlet
normal yang lain.Ini membuktikan bahawa atlet paralimpik juga mampu
mengangkat dan mengaharumkan nama negara dalam bidang sukan di
peringkat antarabangsa.Oleh itu,wajarlah kerajaan memberikan peruntukan
kewangan untuk membangunkan lagi industri sukan bagi golongan OKU.Selain
itu,Majlis Paralimpik Malaysia juga harus meningkatkan lagi usaha untuk menarik
minat golongan OKU untuk melibatkan diri dalam sukan serta membuka ruang
dan peluang yang luas untuk golongan ini mengasah bakat mereka dalam bidang
sukan.Sementara itu,atlet paralimpik juga harus mempunyai semangat dan
keyakinan diri yang tinggi untuk menangkis pandangan negatif

masyarakat

terhadap mereka. Akhir sekali,banyak lagi usaha yang boleh dilakukan untuk
membangunkan sukan untuk golongan OKU di negara ini. Usaha-usaha yang
telah dilakukan sebelum ini hendaklah diteruskan untuk kesinambungan usaha
yang bakal dilakukan. Masyarakat juga harus sedar dan peka terhadap
kemampuan dan bakat yang dimiliki oleh golongan OKU serta tidak memandang
rendah terhadap kebolehan golongan ini sebaliknya memberikan mereka
sokongan,galakan dan bantuan untuk memperbaiki kehidupan mereka.

DEFINISI PARALIMPIK

Paralimpik adalah temasya sukan bagi orang kelainan upaya ( OKU ) yang berprestij,sama
seperti sukan bagi orang-orang normal. Temaysa sukan Paralimpik diadakan pada peringkat
Kebangsaan dan Antarabangsa.
Sukan-sukan Paralimpik adalah:
1.

Olahraga

2.

Renang

3.

Perlumbaan Kerusi Roda ( Wheel Chair Race )

4.

Memanah

5.

Menembak

6.

Angkat Berat

7.

Badminton

8.

Bola Tampar Duduk

9.

Ping Pong

10.

Bowling padang

11.

Tenpin Bowling

12.

Goal Ball

13.

Bola Sepak 5 Sebelah

14.

Bola sepak 7 Sebelah

15.

Judo

16.

Boccia

17.

Equastrian

18.

Pelayaran

19.

Wheel Chair Tennis

20.

Wheel Chair Rugby

21.

Rowing

Acara-acara sukan Paralimpik diklasifikasikan mengikut kategori kecacatan atau keupayaan


seseorang atlit OKU,setiap pertandingan, persaingan adalah mengikut klasifikasi keupayaan
atlit paralimpik yang sama kategorinya.

Di peringkat Kebangsaan Paralimpik dilangsungkan secara Dwi tahunan,sama seperti


Sukan SUKMA,dan diperingkat Antarabangsa pula Kejohanan akan dilangsungkan selepas
Acara bagi Atlit normal di peringkat Antarabangsa. ( sukan SEA, OLIMPIK,DUNIA,dan
kejohanan terbuka peringkat antarabangsa ).
Pemilihan Atlit Paralimpik adalah berdasarkan keupayaan dan kesihatan mereka yang
diluluskan oleh doktor dan pakar fisioterapi,permilihan atlit di Malaysia adalah melalui,
Jabatan kebajikan Masyarakat dimana pendaftaran OKU di senaraikan dan Institusi-Institusi
bagi OKU,dimana kecenderungan dan kebolehan mereka dikesan di setiap daerah di
seluruh Malaysia..dengan acara-acara diperingkat daerah kemudian diserap ke peringkat
Kebangsaan seterusnya peringkat antarabangsa.

OBJEKTIF

1.

Untuk memperkenalkan atlet Paralimpik Malaysia dengan kaedah latihan


yang akan dijalankan semasa program latihan / fasa tidak berpusat.

2.

Bagi membolehkan persatuan sukan dan ahli-ahli masing-masing Majlis


Paralimpik Malaysia untuk melatih atlet mereka untuk mengadakan sebuah program
latihan tidak berpusat strategik untuk meningkatkan prestasi dan persediaan untuk
pertandingan mereka.

3.

Untuk memberi motivasi dan membangunkan watak atlet Paralimpik melalui


program kerjasama dengan punca alam sekitar melalui penanaman pokok. Aktiviti
penanaman pokok melambangkan keupayaan atlet untuk wujud bersama-sama dalam
persekitaran yang dengan cara yang benar-benar penting.

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI DAN KEMAPANAN UNTUK ATLET


PARALIMPIK DAN PENGURUSAN PASUKAN

Komuniti atlet Paralimpik memerlukan program komprehensif bagi melengkapkan mereka


dengan keadaan seni program latihan tidak berpusat. Program ini adalah penting kerana
atlet Paralimpik memerlukan satu program menyeluruh yang akan melengkapkan program
latihan sepenuh masa berasaskan fasa yang sedang diamalkan. Atlet perlu dididik dan
dilatih untuk menjalankan program-program latihan berpusat bebas. Sebanyak empat sukan
hendaklah digunakan sebagai model untuk latihan pembangunan program yang tidak
berpusat. Empat sukan tersebut adalah atlet daripada sukan-sukan di Olimpik London
(2012) dan kebanyakan pakar sains sukan UPM dalam sukan ini. Program-program
hendaklah meliputi latihan sukan khusus, perubatan sukan, kejuruteraan sukan, latihan
mental dan pembangunan peribadi yang akan dibangunkan menggunakan kepakaran
spectrum yang luas dari UPM dalam bidang sains sukan, perubatan sukan, kejuruteraan
sukan dan pengurusan sukan. Sebagai pelengkap untuk komponen tersebut, karakter atlet
Paralimpik akan dibangunkan melalui dilibatkan dengan program Pertanian dan Lanskap
dari pakar UPM dan Lanskap Malaysia. Program ini melibatkan penanaman pokok di Taman
Olimpik Kuala Lumpur. Program ini membolehkan atlet Paralimpik terlibat dalam usaha
untuk menambah baik persekitaran dengan kaedah berkesan. Para atlet akan dilatih
menguruskan latihan harian selari dengan komitmen harian di tempat kerja dan pendidikan.
Justeru, memperkasakan para atlet dengan kebolehan bagi memastikan perubahan revolusi
kepada strategi-strategi persediaan sedia ada. Oleh itu, cara ini dapat memastikan
peningkatan prestasi atlet Paralimpik Malaysia dan kelestarian program.
Keistimewaan dan Kemudahan Kepada Golongan Orang Kurang Upaya
Sukan
Majlis Paralympik Malaysia telah ditubuhkan bagi menggalakkan sukan dan
rekreasi di kalangan orang kurang upaya. Jabatan dan NGOs bersama-sama
menganjur dan menggalakkan orang kurang upaya di dalam berbagai-bagai
bidang sukan dan riadah. Kejohanan Sukan Paralympik Malaysia bagi Orang
Kurang Upaya/ Jemputan ASEAN diadakan dua tahun sekali. Skim insentif bagi
ahli-ahli sukan orang kurang upaya dan hadiah-hadiah berbentuk kewangan

kepada pemenang atlit-atlit di Kejohanan-kejohanan

Sukan

Antarabangsa

disediakan.

Kegiatan Kesenian dan Kebudayaan


Untuk menggalakkan orang kurang upaya menyertai berbagai-bagai kegiatan
kesenian dan kebudayaan, satu kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya
ditubuhkan dan satu tabung juga dilancarkan bagi memudahkan kumpulan ini
menjalankan aktiviti dan latihan.

Kemudahan Pendidikan
Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas
khas kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah
pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan
melalui program integrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan
bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran
yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah
kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan
mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.
Kemudahan Akses di Bangunan Awam
Satu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan orang kurang upaya ada
akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan awam.
Akses orang kurang upaya kepada kemudahan-kemudahan dalam dan luar
bangunan telah dimasukkan dalam pindaan kepada Undang-undang Kecil
Bangunan Seragam 1984.
Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dan
memainkan peranan dalam menggalakkan berbagai kemudahan diwujudkan bagi
membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada
pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah
SIRIM telah merangka Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke

Bangunan Awam yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil


Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk
orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan
akses kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah ram dan railings,
laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang
sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.

Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai


Kerajaan juga memperluaskan potongan cukai berganda dalam tahun 1981
kepada majikan-majikan mengambil pekerja kurang upaya dan dalam tahun
1991. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi
ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan
juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas
bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang upaya;

Sebagai galakan berterusan bagi memelihara orang kurang upaya dan sebagai
pelepasan tambahan kepada potongan diri RM5,000 dan potongan untuk isteri
RM3,000, Kerajaan telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000
diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2,500 lagi
kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995.

Anda mungkin juga menyukai