Anda di halaman 1dari 19

ecutan Akhir SPM 2014 - Penulisan Dimensi Diri & Dimensi

Keluarga
Latihan 1 :

Pelbagai masalah yang timbul dalam keluarga seperti masalah

kewangan, masalah anak-anak dan masalah yang melibatkan ibu bapa itu sendiri.
Keadaan ini menimbulkan stres kepada setiap ahli keluarga.
Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dalam
menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia.
Pendahuluan : Tragedi-tragedi pelik seperti bapa mencurah asid ke muka anak, suami
membunuh isteri di tempat tidur, anak membunuh ahli keluarga dan pelbagai kerenah
dalam keluarga bagaikan menjadi suatu fenomena dalam masyarakat moden. Masyarakat
yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup melakukan
tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda keluarga telah menjadi anasir
peledak sehingga keharmonian dalam rumah tangga bertukar menjadi neraka kehidupan.
Pelbagai tekanan emosi mula melanda keluarga sehingga boleh menimbulkan kesan
kemurungan, halunisasi, dan gila. Memandangkan fenomena ini boleh mengancam
kesejahteraan institusi tertua di dunia itu, pelbagai langkah menanganinya harus diambil
dengan seberapa segera.
Isi 1 : Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan ilmu dan kemahiran yang
mencukupi sebelum anak-anak mengharungi alam berumah tangga anak-anak
sudah mempunyai persediaan yang cukup dapat menangani segala masalah dengan
tenang
Isi 2 : Ibu bapa hendaklah sedar bahawa tanggungjawab membahagiakan rumah
tangga adalah suatu amanah dan ibadah menjadi motivasi untuk melahirkan sebuah
keluarga yang harmoni dan sejahtera
Isi 3 : Memperlengkap ahli keluarga dengan imu pengetahuan dunia dan akhirat
ilmu dunia sebagai alat untuk kesenangan hidup sementara ilmu agama sebagai
pengimbang dan kedamaian batiniah
Isi

Menjalinkan

perasaan

mesra

dan

seronok

sesama

ahli

keluarga

mengetepikan perkara-perkara negatif yang boleh mencetuskan perasaan marah


menikmati kehidupan berkeluarga ibarat syurga

Isi 5 : Memilih pihak ketiga sebagai pendamai langkah penyelesaian terakhir


sekiranya masalah terlalu rumit semua pihak hendaklan mengetepikan ego masing-masing
menerima hakikat bahawa bukan semua masalah harus diselesaikan bersendirian
Kesimpulan : Fenomena semasa yang semakin mencabar secara tidak langsung boleh
mempengaruhi mod dan emosi seseorang. Oleh itu, jikalau darah sudah mengalir ke mata,
justeru padahnya terlalu besar. Jangan dibiarkan dendam yang membara, sebaliknya setiap
masalah hendaklah diselesaikan dengan hemah dan pemikiran yang positif. Tiada masalah
yang tidak boleh diselesaikan ibarat, hendak seribu daya tidak mau seribu helah.

Latihan 2 :

Perasaan saling menyayangi dan hormat-menghormati sesama ahli

keluarga dapat membentuk keluarga yang penyayang.


Berikan pandangan anda tentang peranan ahli keluarga dalam melahirkan
keluarga yang harmoni dan penyayang.
Pendahuluan : Kalangan bijaksana berpendapat bahawa, rumah ialah syurga kepada
kehidupan dan ada kalanya menjadi neraka. Pengertian daripada pendapat tersebut
menerangkan bahawa, rumahtangga menjadi nukleus utama yang dapat membentuk
keluarga yang bahagia mahupun di sebaliknya. Pelopor paling penting untuk melahirkan
sebuah keluarga harmoni dan bermawadah tentulah ibu bapa. Elok corak yang dilakari
nescaya eloklah keluarga yang dibina. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang amat
besar demi mencorakkan sebuah rumahtangga yang dilingkungi oleh rahmat dan kasih
sayang. Walau bagaimanapun, sokongan daripada anak-anak dan seluruh ahli keluarga amat
penting juga dalam melahirkan sebuah keluarga yang penyayang
Isi 1 : Menjadi insan yang bertakwa dan patuh pada hukum Allah insan seperti ini
sentiasa berfikiran positif dan mengetepikan perihal yang negatif sentiasa memupuk
kecenderungan untuk hidup yang diredai di dunia mahupun akhirat
Isi 2 : Mengutamakan pendidikan kekeluargaan dengan limpahan kasih sayang
kepada anak-anak anak-anak yang diajari erti berkasih sayang lebih cenderung untuk
saling hormat dan saling menyokong
Isi 3 : Berkomunikasi secara lembut dan sopan dengan anak-anak melahirkan
persekitaran rumah tangga yang harmoni, sepakat, dan memperoleh berkat
Isi 4 : Anak-anak perlu patuh kepada ibu bapa ibu bapa senang dengan sikap anakanak yang mudah ditunjuk ajar tidak wujud jurang komunikasi

Isi 5 : Memanjangkan jalinan persaudaraan dengan kaum keluarga dan jiran


tetangga mendedahi anak-anak tentang cara hidup yang bermasyarakat dengan jalinan
kasih sayang
Kesimpulan : Sesungguhnya keluarga menjadi markas utama untuk membentuk insan
penyayang lagi cemerlang. Keluarga yang porak peranda memberi impak negatif kepada
masyarakat setempat. Oleh itu, persefahaman yang wujud dalam kalangan ahli keluarga
dapat membentuk masyarakat madani yang kompeten dan harmoni.

Latihan

Aktiviti

riadah

dan

rekreasi

bersama-sama

keluarga

sangat

digalakkan kerana dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan selain dapat


menyihatkan badan.
Ulas pernyataan di atas.
Pendahuluan : Kehidupan pada hari ini sungguh mencabar. Pelbagai cabaran yang
mewarnai kehidupan kita. Bermula dengan cabaran di dalam rumah tangga hinggalah
cabaran di tempat kerja. Pelbagai masalah yang kadang-kadang boleh memisahkan insaninsan tersayang. Memandangkan kesibukan telah menjadi penghalang ikatan kasih sayang
dalam keluarga, justeru kesempatan mengadakan aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama
keluarga amatlah digalakkan. Hal demikian bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan
keluarga semula, malahan dapat mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Oleh
hal yang demikian, setiap peluang keemasan untuk bersama-sama keluarga beriadah dan
berekreasi hendaklah diisi dengan sebaik mungkin.
Isi 1 : Dapat mengikat tautan keluarga agar lebih rapat wujud sikap saling
menolong dan saling menyokong.
Isi 2 : Dapat bertukar-tukar fikiran dan berbincang secara santai melupakan
sejenak masalah dalam rumah tangga dan masalah di tempat kerja menyihatkan minda
dan mengembalikan tenaga
Isi 3 : Dapat menikmati keindahan dan kesaujanaan alam secara bersama
bersama-sama mensyukuri akan rahmat Tuhan saling bermuhasabah dan membuat koreksi
peribadi

Isi 4 : Berkongsi pendapat menyelesaikan masalah apabila berhadapan dengan


cabaran dalam masa aktiviti (dalam aktiviti riadah) saling menguji ketahanan, kekuatan
dan ketabahan
Isi 5 : Aktiviti yang dapat meningkatkan kualiti hidup kesihatan fizikal dan mental
ketenangan dan keseimbangan emosi melahirkan zuriat yang sihat cergas fizikal dan
cerdas minda
Kesimpulan : Keluarga ialah harta dan dalam masa yang sama menjadi teman penghibur
serta menyejukkan jiwa yang lara. Oleh itu, kesinambungan keluarga yang sihat, aktif dan
harmoni hendaklah dilestarikan agar hidup sentiasa riang dilingkungi oleh keluarga yang
bahagia dan harmoni.

Latihan 4 :

Peranan membentuk keluarga bahagia tidak hanya terletak di atas

bahu ibu bapa sahaja, sebaliknya menjadi tanggungjawab semua ahli keluarga.
Tulis pendapat anda tentang peranan ahli keluarga untuk membentuk keluarga
yang bahagia.
Pendahuluan : Air dicencang tidak akan putus, dan carik-carik bulu ayam lama-lama
bercantum semula. Dua ungkapan daripada peribahasa Melayu itu menjelaskan kepada kita
bahawa hubungan rapat yang berpaksikan darah daging tidak akan dapat dileraikan.
Walaupun pernah terpisah akibat salah faham, namun perpecahan tersebut tidak akan ke
mana-mana malah akan bercantum semula. Menghayati isi kandung daripada pengajaran
peribahasa tersebut, jelaslah kepada kita bahawa tugas membentuk keluarga yang bahagia
adalah menjadi tanggungjawab semua anggota dalam keluarga.
Isi 1 : Sentiasa mengutamakan jalinan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga
- keluarga sebagai punca utama lahirnya kehidupan yang bahagia - tidak bersikap
mementingkan diri sendiri sentiasa bertolak ansur dan bermusyawarah
Isi 2 : Menjadi contoh teladan dan sumber inspirasi - setiap ahli keluarga yang sudah
besar dan berjaya sama ada dalam pelajaran atau kerjaya hendaklah menunjukkan contoh

teladan yang baik - membimbing dan memandu adik-adik untuk berjaya terutama dalam
pelajaran - meletakkan asas akhlak yang terpuji dengan mengamalkan tingkah laku yang
baik - mengutamakan prinsip yang muda disayangi dan yang tua dihormati
isi 3 : Menyokong keluarga dalam bentuk material dan moral - tidak boleh bersikap
mementingkan diri sendiri membantu meringankan bebanan ibu bapa untuk menanggung
keluarga - sebagai langkah membalas budi ibu bapa/tidak bersikap seperti kacang lupakan
kulit - mempererat jalinan kasih dalam kalangan adik-beradik
Isi 4: Menjalinkan hubungan yang erat dengan keluarga induk walaupun selepas
berkahwin - tidak terputus silaturahim dengan keluarga - mewujudkan keluarga besar yang
harmoni, produktif, dan toleran
Kesimpulan : Berdasarkan maksud sepotong ayat al-Quran dalam Surah Ali Imron yang
bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah. Dan
berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatlah akan
nikmat Allah kepada kamu dengan sebanyak-banyaknya. Dengan yang demikian, jalinlah
kasih syang dan silaturahim demi membentuk sebuah keluarga yang bahagia.
* jika soalan berkaitan peranan anda (dimensi diri), gunalah kata ganti diri saya.

Latihan 5 :

Ke manakah tumpahnya kuah jikalau tidak ke nasi.

Tulis sebuah karangan berhubung dengan peribahasa tersebut.


Pendahuluan : Kehidupan berkeluarga telah mendominasi dunia sejak dari manusia mula
mengenal keperluan terhadap pasangannya. Institusi keluarga merupakan komuniti sosial
yang paling tua di dunia dan mampu bertahan hingga ke hari ini. Daripada sebuah keluarga
akhirnya berkembanglah zuriat. Zuriat yang lahir akan meneruskan tradisi warisan keluarga
dan keturunan. Atas faktor hubungan darah dan baka, anak-anak biasanya akan mewarisi
tampang fizikal serta bakat daripada ibu bapa mereka. Daripada pewarisan zuriat yang
turun-temurun itulah lahirnya peribahasa yang menyatakan, ke manakah tumpahnya kuah
jikalau tidak ke nasi.
Isi 1 :

Anak sudah pasti mewarisi pembawaan serta bentuk rupa paras

daripada ibu bapa -

sekiranya ibu bapa memiliki ciri-ciri personaliti yang baik, justeru anak-anak pun demikian anak-anak dikatakan pancaran daripada ibu bapa - anak-anak perlu menuruti semua acuan
yang baik yang ditunjukkan oleh ibu bapa
Isi 2 : Pembentukan sahsiah dan perwatakan anak-anak akan bermula di rumah
- anak-anak akan mewarisi segala tingkah laku dan tindak tanduk ibu bapa - budaya dan
iklim dalam keluarga bakal mewarnai setiap tindakan anak-anak
Isi 3 : Bakat besar yang ada kepada bapa atau ibu hendaklah diwarisi oleh anakanak anak-anak hendaklah menjadi ikon baik ibu bapa teladan daripada ramai pemimpin
dunia yang bakat mereka diwarisi oleh anak-anak anak-anak mesti mempertahankan imej
baik yang telah ditunjukkan oleh ibu bapa
Isi 3 : Anak-anak hendaklah bersikap terbuka untuk menerima segala bimbingan
daripada ibu bapa - anak diibaratkan seperti sehelai kain putih semasa lahirnya,
terletaklah kepada ibu bapa untuk menentukan corak dan warnanya - amalkan sikap
melentur buluh biarlah semasa rebungnya ibu bapa telah lama hidup dan banyak
pengalaman yang sewajarnya dituruti oleh anak-anak
Isi 5 : Turunan bakat yang dimiliki oleh ibu bapa perlu diwarisi oleh anak-anak
anak-anak wajar berbangga kerana bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh ibu bapa
cuba suburkan turunan bakat (seni kraftangan, bidang seni lukis, seni tari. memasak dan
ketukangan) yang diwarisi secara turunan generasi peribahasa ke mana tumpah kuah
kalau tidak ke nasi

Kesimpulan : Baka dan keturunan adalah suatu kejadian Allah yang paling unik. Tiada
sesiapapun yang mampu mengubah suai ciptaan Tuhan yang sungguh agung itu. Oleh yang
demikian, kita sewajarnya menjaga zuriat dan keturunan daripada tercemar daripada
pelbagai anasir luar yang boleh merosakkan darah daging sendiri. Wujudkan hubungan yang
rapat antara ibu bapa dan anak-anak agar tradisi keluarga dan baka keturunan yang baik
terus produktif, ibarat benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.

Latihan 6 :

Harapan ibu bapa terhadap anak-anak amatlah besar. Walau

bagaimanapun terdapat kes-kes seperti kacang melupakan kulit.

Pada pendapat anda, mengapakah wujud anak-anak yang bersikap demikian.


Pendahuluan : Alam berumah tangga menjadi cukup berseri dengan kehadiran cahaya
mata. Si ibu dan si ayah akan segera mencapai kematangan dan mula mengambil
tanggungjawab untuk menyempurnakan si anugerah daripada Tuhan itu. Itulah anak yang
menjadi harapan kepada ibu bapa sama ada di dunia mahupun di akhirat. Berbahagialah
kedua-dua ibu bapa sekiranya anak yang dilahirkan menjadi insan soleh, cemerlang dan
tidak tersasar daripada asal usul. Walau bagaimanapun, tidak kurang juga ibu bapa yang
terpaksa menempuh hari-hari emas mereka akibat dipinggirkan oleh anak-anak yang tidak
berhati perut umpama kacang lupakan kulit. Sebenarnya, banyak faktor yang boleh
dijustifikasikan sehingga wujud anak-anak seumpama itu.
Isi 1 : Anak-anak yang cepat lupa daratan lupa asal usul lalu menjadi anak derhaka
tidak mahu berkorban untuk ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk mereka
Isi 2 : Anak-anak tidak mempedulikan halal haram jahil agama tidak menghayati
balasan syurga adalah dengan reda ibu bapa
Isi 3 : Anak

pascamoden yang

terlalu leka dengan kebendaan mengejar

keselesaan dunia menganggap ibu bapa sebagai beban sengaja membiarkan ibu bapa
menderita di desa pedalaman yang daif
Isi 4 : Sikap ibu bapa sendiri segelintir ibu bapa yang tidak mempedulikan
tanggungjawab terhadap anak-anak lalai dengan keseronokan tidak sedar akan nasib
pada hari itua
Isi 5 : Masalah kebobrokan dan rumah tangga ibu bapa yang berantakan berlaku
perceraian anak-anak hidup terbiar dan melarat anak-anak membawa haluan masingmasing hilang mawaddah terhadap ibu bapa.
Kesimpulan : Sudah menjadi resam dunia, hidup ibarat putaran roda. Demikianlah tentang
hubungan ibu bapa dengan anak-anak. Andai ibu bapa melaksanakan tanggungjawab
dengan penuh ikhlas terhadap anak-anak, insya-Allah balasnya akan baik juga. Malang
sekali keadaan yang berlaku adalah amat berbeza. Oleh itu, antara ibu bapa dan anak-anak
seyogia laksanakan tanggungjawab masing-masing semoga hidup memperoleh rahmat
daripada Allah SWT.

Soalan 7 :

Ramai remaja pada hari ini yang bertindak di luar batasan sehingga

memalukan ibu bapa. Perbuatan tersebut telah menimbulkan pelbagai kesan


buruk kepada ibu bapa.
Bincangkan.
Pendahuluan : Belakangan ini, pelbagai isu yang melibatkan remaja sering menjadi topik
perdebatan utama. Sama ada di dada-dada akhbar mahupun yang terpancar melalui kaca
televisyen, isu panas yang berkaitan tingkah laku remaja tetap menjadi sajian yang
meloyakan. Cerita-cerita tentang pergaulan bebas, merempit dan melepak, menagih dan
jenayah semakin meningkat hari demi hari. Sementara itu, ibu bapa terpaksa menanggung
malu akibat tidak tertahan dengan gelagat anak-anak. Adakah mereka tidak dididik dengan
sempurna? Ke manakah pergi ibu bapa mereka? Sebenarnya, soalan-soalan seumpama itu
terlalu acap kita dengar. Walau bagaimanapun, amatlah tidak adil untuk menyalahkan ibu
bapa semata-mata kerana tindakan keji anak-anak muda hari ini sudah keterlaluan dan turut
memalukan induk sendiri.
Isi 1 : Ibu bapa menderita dan sedih kerana menanggung malu kecewa apabila
anak yang dididik dan dibelai semasa kecil telah menconteng arang ke muka mereka
melakukan pelbagai perbuatan keji dan lupa daratan
Isi 2 : Ibu bapa disisih dan dipandang serong oleh masyarakat berdepan dengan
pelbagai tuduhan (tidak pandai mengajar anak dan menyusahkan masyarakat) mengalami
masalah untuk berinteraksi dan bercampur gaul dalam masyarakat
Isi 3 : Ibu bapa mengalami kesan trauma dan fobia dengan tindakan ganas oleh
anak-anak berlaku kes anak yang menagih dadah mencekik dan memukul ibu takut
situasi sama berulang
Isi 4 : Ibu bapa dipanggil ke balai polis diminta mengikat jamin anak yang terlibat
dengan perbuatan jenayah mengalami tekanan perasaan dan malu
Isi 5 : Hilang tempat bergantung menghadapi hari-hari tua yang hambar, takut dan
mengecewakan menghembuskan nafas yang terakhir dalam kekecewaan (ditamsilkan mati
pejam tidak rapat)
Kesimpulan : Alangkah bahagianya bagi seseorang ibu atau bapa yang pada saat-saat
akhir perjalanan mereka dikelilingi oleh anak-anak dan cucu. Ada bacaan ayat-ayat suci
mahupun doa yang ditiupkan di sisi telinga oleh anak-anak yang soleh. Namun, malang
sekali nasib sebilangan ibu bapa yang terpaksa manelan kepahitan akibat perbuatan anak-

anak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, wahai para remaja andai sesat di hujung jalan
baliklah ke pangkal jalan.

Latihan

8 : Anak-anak remaja hari ini dikatakan sangat liat untuk masuk ke

dapur sedangkan amalan ke dapur telah menjadi warisan turun-temurun.


Bincangkan pendapat anda tentang peranan ibu bapa untuk memperkasakan
budaya ke dapur dalam kalangan anak-anak.
Pendahuluan : Menghayati lirik lagu klasik yang berbunyi, Anak dara kalau menyanyi di
dapur, alamat mendapat suami tua. Walaupun kata-kata tersebut agak sinis untuk
menasihati anak-anak gadis supaya lebih bersopan, namun di sebalik kata-kata tersebut
mengandung hakikat bahawa anak-anak perempuan sangat sinonim dengan kerja-kerja di
dapur terutama memasak. Sejak fasa silam lagi nilai diri seseorang turut diukur berdasarkan
kecekapannya menguruskan hal-hal di dapur. Sebaliknya, selepas melalui beberapa
peringkat pemodenan, anak remaja sama ada perempuan atau lelaki amat liat untuk ke
dapur. Fenomena ini jelas menunjukkan gejala ketandusan budaya tradisional. Oleh itu,
sebelum warisan turun-temurun ini pupus ditelan arus pemodenan, ibu bapa hendaklah
memainkan peranan hakiki untuk melatih anak-anak agar mesra ke dapur.
Isi 1 : Mengamalkan pendidikan bermula di rumah rumah sebagai paksi membentuk
peribadi anak-anak - ibu bapa hendaklah membudayakan amalan tradisional membiasakan
anak-anak dengan latihan memasak, mengemas rumah ibu bapa hendaklah menjadi role
model dan kepimpinan melalui teladan memanfaatkan cuti sekolah untuk melatih anakanak
Isi 2 : Kurangkan tabiat suka makan di luar anak-anak berasa tiada keperluan untuk
masuk ke dapur tiada peluang untuk mendidik anak-anak secara formal
Isi 3 : Mengambil kesempatan cuti hujung minggu dan cuti panjang ketika semua
ahli keluarga bertemu ibu hendaklah mengajak anak-anak masuk ke dapur anak-anak
perlu belajar dan membantu si ibu di dapur memberi peluang anak-anak mencuba resipi
mereka anggota keluarga hendaklah memberikan kerjasama dan memberi penghargaan
Isi 4 : Mendidik anak-anak supaya lebih berdisiplin dengan disiplin anak-anak mudah
menerima tunjuk ajar - setiap anak hendaklah diberikan tugas yang sepadan tidak wajar
ada yang terlalu berat tugasan dan ada yang berehat panjang (menunggu makanan
terhidang ke lutut

Isi 5 : Memberi motivasi kepada anak-anak anak-anak perlu diberikan semangat dan
dorongan dari awal - menyediakan bahan bacaan yang berkaitan dengan rumah tangga
(majalah Anjung Seri, Majalah Laman, Saji, Didik, Muslimah dan pelbagai bentuk perisian
CD/DVD) membuka minda anak-anak mengikuti teladan daripada ikon keluarga yang
berjaya
Kesimpulan : Pepatah Melayu yang menyatakan, anak gadis walau setinggi mana sekalipun
ilmunya akan ke dapur bukanlah membawa konotasi yang negatif. Sebaliknya, maksud yang
tersirat adalah untuk mengilhamkan setiap individu akan kepentingan menghidupkan
suasana kekeluargaan yang harmoni dan jannati. Seyogia, sebelum tradisi dan budaya
murni ini luput, wajarlah semua pihak terutama ibu bapa mendidik anak-anak semula ke
landasan yang betul.

Latihan 9 : Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan amalan gaya hidup
sihat.
Beri pendapat anda.
Pendahuluan : Gejala serangan pelbagai penyakit yang menggerunkan dan luar biasa sejak belakangan
ini amat dibimbangi oleh warga dunia. Beberapa ancaman wabak seperti SARS, ILI, HINI, Aids dan
pelbagai penyakit benar-benar menggemparkan masyarakat dunia pada dekad-dekad belakangan ini.
Selain wabak yang bersekala besar seperti itu, ancaman kesihatan yang bersifat domestik seperti denggi,
barah, dan penyakit kronik masih membelenggu masyarakat. Tidak dinafikan pelbagai usaha telah
digemblengkan oleh WHO dan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia untuk menangani ancaman gejala
penyakit, namun usaha tersebut akan menjadi lebih berkesan apabila semua pihak sentiasa prihatin
untuk memilih amalan gaya hidup sihat sebagai keutamaan. Inisiatif seperti itu hendaklah turut
disokong oleh institusi keluarga selaku penggerak utama pembentukan sesebuah masyarakat yang sihat.
Isi-isi cadangan : (Peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga)
Isi 1: Keluarga perlu menjadikan agenda kesihatan penting setanding dengan keperluan asas yang lain
kesihatan diambil sebagai suatu budaya dalam hidup dalam konteks mencegah adalah lebih baik
daripada mengubati.
Isi 2: Memantapkan kedudukan ekonomi rumah tangga kesihatan amat berkait rapat dengan
kedudukan kewangan untuk menangani segala keperluan asas
Isi 3: Mengamalkan pendidikan kesihatan dalam keluarga keutamaan kepada maklumat dan sumbersumber kesihatan bahan bacaan, kempen, dan amalan harian

Isi 4: Mengutamakan makanan untuk kesihatan daripada makan untuk kepuasan memberi perhatian
serius terhadap nasihat dan panduan dalam piramid makanan memilih makanan yang berkhasiat,
bersih dan halal (berpegang kepada falsafah pembentukan peribadi bermula daripada pemakanan yang
baik dan berkhasiat)
Isi 5: Mengamalkan rutin kesihatan tidur yang cukup. Senaman yang sempurna, amalan kebersihan,
dan peka terhadapa segala serangan penyakit.
Isi 6: Peka terhadap kejahteraan dan kebersihan alam sekitar berpegang kepada kesejahteraan alam
sebagai penjanan hidup sihat.
Isi 7: Peka terhadap keperluan masyarakat dan negara masyarakat yang harmoni negara dan jaya dan
hidup sejahtera..
Kesimpulan : Mafhum daripada sepotong Hadith Nabi yang bermaksud, Jagalah masa sihatmu
sebelum datang masa sakit benar-benar menyedarkan kita bahawa kesihatan merupakan aset besar
untuk sesuatu bangsa itu mempertahankan tamadun. Dalam merealisasikan matlamat hidup sihat secara
universal, keluarga hendaklah menjadi paksi utama melaksanakan segala program amalan gaya hidup
sihat yang sentiasa dicanang-canangkan.

Latihan 10 : Keluarga sepatutnya menjadi institusi yang selamat. Namun begitu kejadian
penderaan kanak-kanak oleh ahli keluarga masih berleluasa.
Berikan saranan anda tentang peranan institusi keluarga bagi membanteras gejala ini.
Pendahuluan : Anak sebagai amanah Allah. Anak juga sebagai anugerah kerana terdapat orang yang
tertentu yang terlalu berhajatkan kepada anak tidak diberikan zuriat, sebaliknya ada pula yang memiliki
terlalu ramai anak sehingga tidak terjaga. Anak-anak yang dibela jaga dengan baik akan menjadi penyeri
dalam kebahagiaan rumah tangga. Anak juga menjadi sumber motivasi untuk ibu dan bapa berusaha
dengan lebih gigih untuk membahagiakan rumah tangga yang dibina. Alangkah rukun damainya
sesebuah rumah tangga apabila dikurniakan anak. Namun belakangan ini entah apalah yang telah
merasuk sebahagian kecil manusia sehingga mereka tergamak mendera, mencederakan, malah ada yang
sanggup membunuh darah daging sendiri. Seandainya fenomena ini tidak ditangani segera, dibimbangi
banyak lagi insiden yang di luar jangkaan akan berlaku. Dalam hal ini institusi keluargalah yang lebih
diberikan peranan untuk membanteras gejala pagan seperti itu agar tidak melarat.
(langkah-langkah membanteras)

Isi 1: Mengutamakan agenda kasih sayang dalam keluarga kasih sayang dijadikan kunci dan
matlamat membina sesebuah keluarga
Isi 2: Membina kesedaran yang tinggi dalam kalangan anggota keluarga bahawa mereka
memikul amanah untuk menjaga anak-anak kecil menjadikan kehadiran seseorang bayi sebagai
penambat kasih sayang setiap anggota dalam keluarga faham akan tanggungjawab masing-masing
Isi 3: Mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan setiap pasangan dikehendaki menghayati
betul-betul kemahiran tersebut sebelum boleh mendirikan rumahtangga ilmu yang meliputi persediaan
mental, emosi dan psikologi untuk berhadapan dengan insan kecil
Isi 4: Menghayati ilmu agama dan pendidikan moral yang sempurna kesedaran terhadap
tanggunjawab agama dan ketuhanan boleh mencegah manusia mudah dirasuk syaitan penghayatan
moral membolehkan seseorang menghayati unsur-unsur nilai kemanusiaan dan nilai sejagat
Isi 5: Mendidik sifat prihatin dan sensitif ahli keluarga terhadap keselamatan kanakkanak tidak memberikan kesempatan ahli keluarga yang lain terus menerus mendera mengambil
tindakan pantas mencegah, melapor, dan menyelamatkan kanak-kanak yang didera.
Isi 6: Memperkukuh jalinan kejiranan setiap anggota keluarga hendaklah dididik supaya
menghormati jiran jiran yang rapat dapat membantu dalam segala tindakan sama ada susah atau
senang.
Kesimpulan : Sesungguhnya keluarga merupakan nukleus untuk melahirkan insan madani yang
mampu memberikan sumbangan berguna kepada masyarakat dan negara. Kejayaan sesebuah negara
adalah bergantung penuh kepada modal insan yang cemerlang sama ada dalam aspek mental mahupun
fizikal. Oleh yang demikian, keluarga amatlah bertanggungjawab untuk menghalang segala anasir yang
mendorong kepada gejala penderaan agar masyarakat terus harmoni dan negara sejahtera.

Latihan 11 : Anak-anak boleh membantu ibu bapa dalam usaha mengurangkan bebanan
ekonomi dalam rumah tangga.
Tulis pendapat anda tentang langkah-langkah hemat berbelanja yang boleh dibantu
oleh anak-anak.
Pendahuluan : Semua pihak telah maklum, bahawa sepanjang tahun 2008 hingga hari ini kos sara
hidup keluarga terlalu getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana ekonomi dunia yang suram.
Peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan
cukup menakutkan banyak pihak. Hingga ke hari ini suasana ekonomi dunia masih dalam suasana yang

tidak menentu. Banjir besar yang melanda negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India,
dan Cina amat menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun amaran seperti
itu perlu diambil serius agar dapat menyediakan payung sebelum hujan. Bagi mendepani keadaan darurat
seperti itu, setiap ahli keluarga haruslah mempunyai pelan tersendiri untuk menyelamatkan diri daripada
menjadi mangsa krisis seperti itu.
Isi 1 : Mengamalkan latihan berjimat cermat - amalan yang harus dipupuk sejak kecil - memupuk
nilai-nilai murni dalam keluarga seperti menyayangi harta benda, berbelanja secara berhemat, dan
menjauhi amalan boros
Isi 2 : Mengamalkan latihan menabung dan menyimpan - penyimpanan melalui institusi
kewangan dan pelaburan saham - berjimat cermat sewaktu senang dengan memperuntukkan lebihan
belanja untuk simpanan hayati budaya masyarakat silam menyimpan wang di dalam tabung buluh
Isi 3 : Anak-anak hendaklah memahami kemampuan ibu bapa - tidak meminta-minta sesuatu
yang berlebih-lebihan - tidak melampau dan meniru cara hidup rakan-rakan di luar
Isi 4 : Tidak terlalu terpengaruh dengan umpan kebendaan dan berbelanja di luar
kemampuan - keinginan untuk hidup bergaya melebihi kemampuan - cepat terpengaruh dengan
pelbagai iklan dan pujukan atau tawaran jualan
Isi 5 : Tidak terpengaruh dengan sikap ingin bersaing dan menunjuk-nunjuk -elakkan sifat
meninggi diri mahu bersaing dengan jiran dan tetangga
Sampel kesimpulan : Pendidikan daripada peribahasa ingat sementara belum kena, jimat sementara
belum habis amatlah tepat diamalkan dalam situasi seperti ini. Janganlah disebabkan sikap yang terlalu
berkehendakkan sesuatu sehingga di luar kemampuan, kita terpaksa menanggung beban terutama dalam
krisis gawat seperti ini. Janganlah sudah terhantuk baru hendak menengadah. Oleh itu, rancanglah
strategi perbelanjaan secara berhemat dalam erti kata hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur
urai.

Latihan 12 : Setiap anak menjadi harapan keluarga. Menyedari hakikat tersebut, anakanak harus mempersiapkan diri untuk menggalas tanggungjawab terhadap keluarga.
Tulis persediaan-persediaan yang perlu anak-anak lakukan.
Pendahuluan : Anak-anak ialah cahaya mata yang menjadi buah hati pengarang jantung kepada
kedua-dua ibu dan ayah. Dengan kelahiran seseorang anak, kehidupan ibu dan bapa menjadi lengkap dan
sempurna. Apatah lagi apabila anak yang dilahirkan dapat membesar dengan sempurna serta menjadi

insan yang berguna. Sebagai anak-anak yang menjadi harapan ibu bapa, mereka hendaklah bersedia
untuk menggalas harapan ibu bapa yang tinggi menggunung. Elakkan daripada menjadi anak-anak yang
membawa masalah kepada ibu bapa kerana dosa yang paling besar ialah menderhakai ibu bapa. Oleh
yang demikian, setiap anak dituntut membuat persediaan sama ada mental, fizikal dan sahsiah yang baik
agar harapan ibu bapa terutama apabila menjelang usia emas mereka tidak dikecewakan.
Isi 1 : Menjadi anak yang patuh dan taat kepada perintah Allah SWT insan yang bertakwa
sentiasa melakukan kerja-kerja yang baik seperti menghormati ibu bapa tidak melakukan kerja-kerja
yang terkutuk yang boleh menjejaskan maruah ibu bapa
Isi 2 : Menjadi anak yang luhur pekerti dan bermoral tinggi pekerti dan moral menjadi piawai
seseorang itu dipandang mulia tidak mudah terjebak dalam angkara yang merosakkan masa depan
menjadi imej (pancaran) hati nurani ibu bapa
Isi 3 : Berusaha dengan gigih demi jaminan masa depan mengisi dada dengan ilmu,
mempelajari pelbagai kemahiran sebagai jaminan memperoleh kerjaya yang baik bercita-cita membalas
budi ibu bapa
Isi 4 : Menjalinkan hubungan mesra dan mawaddah dengan adik-beradik dan kaum
keluarga mewujudkan keluarga harmoni membantu dengan ikhlas tanpa mengira aspek material
mahupun moral
Isi 5 : Bercita-cita menjaga ibu bapa apabila tiba saat-saat akhir mereka maksud daripada
firman Allah, Akan gugur dosa seseorang anak apabila dia dengan ikhlas menjaga ibu dan bapanya
hingga ke akhir hayat - tindakan membalas budi ibu bapa yang amat besar nilainya di sisi Tuhan.
Kesimpulan : Meminjam kata-kata daripada orang-orang lama bahawa, betapa kasihnya seseorang ibu
kepada anaknya hatta seekor lalat pun tidak dibenarkan hinggap ke tubuh si anak. Demikianlah
pengorbanan besar ibu bapa terhadap seseorang anak. Oleh itu, sikap yang sama wajar dikembalikan oleh
anak-anak terhadap kedua-dua ibu bapa. Jasa ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan anak-anak
tidak terbalas walaupun galang gantinya sebatang sungai emas sekalipun. Dengan hal yang demikian,
bersedialah untuk menjadi seorang anak yang boleh diharapkan oleh ibu bapa sebagai tempat mereka
bergantung.

Soalan

13

: Sokongan

daripada

anak-anak

amat

penting

dalam

usaha

mewujudkan persekitaran keluarga yang bersih, sihat, dan ceria.


Bincangkan pendapat anda tentang sumbangan yang boleh anak-anak berikan
untuk mencapai matlamat di atas.

Pendahuluan : Keluarga bahagia adalah menjadi impian semua orang. Matlamat


Rumahku Syurgaku menjadi hasrat semua ibu bapa. Namun demikian, tidak semua hasrat
tersebut mencapai matlamat. Ada yang kecundang dan terbentur di tengah-tengah gelora
samudera. Semua orang sentiasa menyimpan hasrat yang amat tinggi agar anak-anak
menjadi insan mulia yang tahu membalas budi dan jasa induk mereka. Oleh yang demikian,
bagi merealisasikan matlamat keluarga yang bersih, sihat, dan ceria anak-anak hendaklah
berperanan penting untuk menyuburkan persekitaran rumah tangga yang bahagia dan
kondusif.
Isi 1 :

Patuh dan hormat kepada kedua-dua ibu bapa tidak melawan dan

menyanggah cakap ibu bapa tunaikan dan penuhi segala hasrat mereka tidak melakukan
aktiviti yang boleh menyekitkan hati ibu bapa
Isi 2 : Menjalinkan hubungan yang akrab sesama anggota keluarga bercakap
secara hormat dan lemah lembut sesama saudara mara tidak bersikap ego dan
mementingkan diri sendiri
Isi 3 : Merancangkan perjumpaan keluarga secara berkala bersama-sama pulang
ke induk kesempatan pada cuti hujung minggu, cuti am, dan musim perayaan
menganjurkan aktiviti mesra keluarga seperti makan bersama-sama
Isi 4 : Mengadakan program fizikal dan kerohanian secara bersama aktiviti riadah,
gotong royong dan solat berjemaah ziarah
Isi 5 : Menjalinkan hubungan persaudaraan dengan sanak saudara sama ada di
sebelah ibu mahupun bapa memperluas rangkaian kaum keluarga membantu yang
memerlukan dan menyokong usaha memajukan tabung ekonomi keluarga
Kesimpulan : Keluarga bahagia merupakan teras masyarakat yang maju dan harmoni.
Masyarakat yang harmoni dan dinamik bermula daripada sistem keluarga yang teratur dan
sejahtera. Oleh itu, setiap keluarga sama ada keluarga nukleus mahupun keluarga besar
hendaklah menjalinkan kehidupan yang saling menyokong dan bertoleransi.

Latihan 14 : Anda telah memenangi peraduan menulis esei yang dianjurkan oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat di tempat anda. Tajuk esei yang anda pilih ialah,
Permata Hatiku Sayang.
Tulis esei tentang siapakah anak yang dikatakan Permata Hati?

Pendahuluan : Anak adalah menjadi buah hati pengarang jantung kepada ibu bapa. Anak
sebagai anugerah yang bakal menyerikan kehidupan berumah tangga. Disebabkan
kehadiran mereka terlalu bermakna kepada kedua-dua ibu bapa, justeru anak digelar
cahaya mata. Anak yang dibelai dengan penuh kasih sayang serta diberikan ilmu
pengetahuan mampu menjadi insan yang berguna. Mereka pasti menjadi anak-anak yang
pandai membalas budi ibu bapa. Sebenarnya, inilah anak-anak yang menjadi impian ibu
bapa dan disebut permata hati.
Isi 1 : Anak yang patuh akan perintah Allah SWT dan menyayangi ibu bapa
- sentiasa taat akan perintah Allah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dan
melaksanakan segala perintah yang baik sntiasa berbakti kepada kedua-dua ibu bapa
Isi 2 : Anak-anak yang bermotivasi tinggi berazam mahu mencapai kejayaan di
hari muka gigih berusaha dan belajar ingin membalas jasa ibu bapa dengan
menghadiahi mereka kejayaan
Isi 3 : Anak yang cemerlang akhlak dan moralnya sentiasa menjaga nama baik
keluarga berhati-hati dalam sebarang tindakan dan kelakuan tidak mahu maruah ibu
bapa tercemar hormat akan orang tua, kaum keluarga dan jiran tetangga
Isi 4 : Anak yang ikhlas mahu mengambil tanggungjawab menjaga ibu bapa yang
telah tua dan uzur - mengambil peluang untuk membalas jasa ibu bapa ketika mereka
sangat memerlukan kehadiran anak-anak faham akan tuntutan bahawa semua dosa anak
terhadap ibu bapanya akan terhapus apabila si ibu atau bapa mati di bawah jagaan anak
tersebut
Kesimpulan : Mafhum daripada sepotong Hadith Rasulullah dengan maksudnya, Apabila
mati seseorang anak Adam itu, justeru terputuslah segala amal baiknya, kecuali tiga yang
masih tinggal. Ketiga-tiga yang tersebut ialah sedekah kepada golongan yang memerlukan,
ilmu yang bermanfaat yang diajarkan, dan anak-anak yang baik yang sentiasa mendoakan
kesejahteraan ibu bapa mereka. Demikianlah betapa besarnya erti kehadiran anak-anak
sama ada semasa hidup mahupun setelah mati.

Latihan 15
Keharmonian dalam rumah tangga dapat diwujudkan daripada sikap yang baik
dalam kalangan anak-anak.
Bincangkan sikap yang perlu ada kepada anak-anak bagi melahirkan sebuah
keluarga yang harmoni
ISI-ISI UTAMA (IU)

Anak-anak
Anak-anak
Anak-anak
Anak-anak
Anak-anak

yang
yang
yang
yang
yang

mulia budi pekerti dan bermoral tinggi


bersikap ringan tulang
patuh kepada perintah agama dan taat kepada ibu bapa
bersedia mengambil tanggungjawab
saling bertoleransi

Keluarga bahagia adalah menjadi impian semua orang. Matlamat Rumahku


Syurgaku menjadi hasrat semua keluarga. Mengimpikan sebuah keluarga yang
bahagia dan harmoni memanglah lunak dan muluk, namun tidak semudah seperti
yang dihasratkan. Realitinya, banyak institusi keluarga yang kecundang dan
terbentur ditelan gelombang. Oleh itu, selain ibu bapa, anak-anak turut berperanan
untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga. Oleh yang demikian, bagi
merealisasikan matlamat keluarga yang harmoni, anak-anak haruslah bersikap
positif dan turut memainkan peranan agar keluarga yang dibina menjadi keluarga
progresif, harmoni, dan sejahtera.
Prakarsa yang paling prima ialah anak-anak hendaklah menjadi seorang insan
yang patuh kepada agama dan taat kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana sikap
tersebut amat dituntut sama ada di sisi agama mahu pun budaya. Oleh itu, jadilah
anak-anak penawar hati dan pelunak perasaan kepada ibu dan ayah. Hormati dan
taatilah ibu bapa kerana kesejahteraan dunia dan akhirat adalah atas redha ibu
bapa. Apabila ibu bapa dipatuhi manakala perintah Tuhan ditaati nescaya lahirlah
insan sempurna sama ada peribadi mahupun nurani . Sesungguhnya, inilah watak
yang menjadi resepi lengkap untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga
selaras dengan slogan Rumahku Syurgaku.
Selain itu, anak-anak yang baik adalah yang mulia budi pekerti dan bermoral
tinggi. Budi pekerti dan moral sentiasa menjadi pakaian peribadi. Elok pekerti
nescaya terserlah nilai insani. Sewajarnya, anak-anak haruslah mencerminkan diri
dengan akhlak dan sopan santun, bak kata Imam al Ghazali, Hendak mengenal
diri lihatlah pada cermin, hendak mengenal peribadi bercerminlah pada
wajah. Oleh itu, hiasilah diri dengan kelembutan hati dan kesederhanaan sikap
sebagai penyuluh pekerti kita. Hormatilah setiap ahli keluarga dengan yang tua
dihormati, manakala yang muda disayangi. Seandainya, karektor seperti ini kekal
diperkasakan, insya-Allah lahirlah sebuah keluarga yang harmoni, ibarat di air yang
bening terpancar bayang yang jernih.

Sikap ringan tulang dan keletah yang ada pada sesetengah anak merupakan
kriteria yang amat baik untuk membentuk keluarga yang harmoni. Anak-anak
seperti ini tidak pernah berkira sama ada tenaga mahupun penat lelah dalam
memberi khidmat kepada keluarga. Mereka mudah mesra dan cepat peka terhadap
segala kerenah dalam keluarga. Ketiadaan mereka di rumah amat dirasa oleh
semua ahli keluarga. Malahan ada ketika wujud salah faham apabila anak-anak
seperti ini dianggap anak emas pula. Sepatutnya inilah sikap yang wajar
ditunjukkan oleh anak-anak sebagai tanda membalas budi ibu bapa di samping
mengikat hubungan mawaddah dengan ahli keluarga yang lain. Sebagai anak,
ingatlah akan kelahiran kita ke dunia adalah atas limpahan darah, peluh dan air
mata seorang ibu. Dengan hal yang demikian, balasi ibu bapa dengan sikap ringan
tulang demi sebuah keluarga yang harmoni dan prihatin.
Resam hidup, patah tumbuh hilang berganti. Sampai waktu ibu bapa akan
berlalu pergi, justeru anak-anak pula yang mengambil giliran. Memahami situasi
hukum alam itu, anak-anak wajar bersedia untuk mengambil tanggungjawab.
Tanggungjawab seperti menjaga rumah tangga, menghubungkan silaturahim
dengan adik beradik dan menjaga maruah serta nama keluarga amatlah dituntut
oleh mana-mana masyarakat pun. Seandainya, nilai-nilai murni ini boleh
diperkasakan sudah pasti keharmonian dalam rumah tangga akan terbentuk. Anakanak seyogia perlu berpandangan jauh kerana segala sikap mereka menjadi cermin
kepada ibu bapa kerana mengenal batang (perdu) lihatlah pada daunnya.
Janganlah terjadi seperti segelintir anak-anak yang lupa diri ibarat buah melayang
jauh, tampuk dilupakan. Oleh itu, sebagai anak yang baik bersedialah untuk
mengambil tanggungjawab untuk mengharmonikan keluarga.
Bertolak ansur dan saling memahami menjadi sebahagian resipi untuk
melahirkan sebuah keluarga yang harmoni. Oleh hal yang demikian, dalam
kalangan anak-anak wujudkan sikap saling bertoleransi supaya keluarga lebih aman
dan tenteram. Daripada sikap bertoleransi akan lahirlah perasaan saling
menyayangi dan saling menghargai antara satu sama lain. Tiada masalah salah
faham dan salah anggap kononnya ada yang lebih istimewa dan ada pula yang
terpinggir. Sesama adik-beradik jalinan hormat dan kasih ibarat isi dengan kuku.
Sebarang perbuatan yang boleh menyakiti darah daging sendiri tidak lebih
daripada cubit paha kiri paha kanan pun sakit juga. Seandainya wujud salah
faham pun, carilah jalan penyelesaian kerana perselisihan dalam kalangan adikberadik ibarat air dicencang tidak akan putus. Oleh itu, setiap ahli keluarga
bertanggungjawab untuk menjaga dan memupuk institusi yang tertua dalam
sejarah manusia ini agar terus subur dengan sifat kasih sayang, harmoni dan penuh
mawaddah.
Sesungguhnya, keluarga yang harmoni menjadi teras kepada masyarakat yang
dinamik. Sikap penyayang ibu bapa dan tingkah laku yang positif dalam kalangan
anak-anak menjadi wadah utama untuk membina keluarga yang harmoni. Oleh itu,
sebagai anak, berilah sumbangan yang terbaik agar keluarga memperoleh
kebahagiaan.
Ingatlah
pada
pesanan,
Keluarga
bahagia
penjana
kecemerlangan ummah.

Anda mungkin juga menyukai