Anda di halaman 1dari 8

FAKULTI SAINS SOSIAL

SEMESTER 2/2015

ABSA 1103
PRINSIP AQIDAH

NO. MATRIKULASI

930521016616001

NO. KAD PENGNEALAN

930521-01-6616

NO. TELEFON

012-6567572

E-MEL

norfarhana33@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM BATU PAHAT

Sejak zaman berzaman, musuh-musuh Islam mempunyai pelbagai cara


telah dilakukan untuk menjatuhkan kredibiliti Islam di mata dunia. Hal ini
juga dilakukan oleh musuh Islam untuk menghalang penyebaran Islam ke
seluruh pelosok dunia. Antaranya ialah orientalisme. Fahaman orientalis ini
merujuk kepada fahaman sekularisme yang memisahkan hal-hal agama
dengan urusan dunia dan beranggapan bahawa agama Islam yang dibawa
oleh Nabi Muhammad adalah agama yang penuh kepalsuan sehingga ia
perlu digantikan dengan

sebuah agama yang lebih terbuka dan fleksibel.

Definisi orientalisme menurut Edward W. Said

ialah berasal daripada

perkataan orient iaitu timur. Perkataan ini berasal daripada kosa kata
Perancis. Manakala oriental pula di dalam bahasa inggeris membawa
maksud hal-hal yang berkaitan dengan ketimuran. Seterusnya perkataan
isme pula ialah merujuk kepada sebuah ajaran, doktrin, sistem, aliran dan
sikap. Oleh itu, istilah orientalisme ini bermaksud sebuah fahaman atau
sistem pemikiran tentang masalah-masalah yang berkaitan dengan timur.
Namun

begitu,

pandangan

yang

dikeluarkan

oleh

Edward

Said

ini

merangkumi tiga hal yang berbeza namun ia saling mempunyai kaitan.


Antaranya ialah, orientalis merupakan individu yang mengajar, menulis
sebuah karya atau melakukan penyelidikan tentang dunia timur. Golongan ini
dipanggil sebagai ahli antropologi, sosiologi dan filologi. Antara nama-nama
yang terkenal sebagai sejarawan orientalis adalah A.J. Arberry, Alfred
Gullaume, P.H. Hitti dan lain-lain lagi (al- Bahi, 1981; h. 447-452).
Sejarah kemunculan orientalisme dikaitkan dengan kesungguhan
orang-orang Kristian untuk membuat kajian terhadap Islam hasil cetusan
ketidakpuasan hati mereka terhadap Islam selepas peperangan salib yang
berlaku dalam suatu tempoh yang sangat panjang. Peperangan salib ini
terjadi pada tahun 1096 sehingga 1291. Tujuan perang ini dilakukan ialah
untuk menaikkan moral tentera salib pada waktu itu. Pada waktu itu, umat
Islam telah dikenal sebagai bangsa yang ganas kerana mereka dikatakan
2

dahaga darah penganut Kristian. Sejarawan orientalis telah memberi


paparan yang negatif melalui cerita dongeng, mitos yang memberi
gambaran yang negatif tentang Islam. Dalam perenggan seterusnya saya
akan mengenal pasti empat dakwaan golongan terhadap persoalan tauhid
dalam Islam dan perenggan ketiga saya akan mengemukakan hujah untuk
menolak dakwaan golongan orientalis berkaitan persoalan tauhid. Selain itu,
mereka juga telah membuat penyelewengan terhadap terjemahan Al-Quran
sebelum terjadinya peperangan salib terjadi telah disalahtafsirkan oleh
golongan tersebut yang rata-ratanya tidak mampu menguasai bahasa Arab
dengan baik. Kesan daripada kejadian tersebut telah dinyatakan bahawa
Nabi Muhammad adalah manusia biasa dan bukan pesuruh Allah seperti
yang dinyatakan di dalam syahadah.
Terdapat pelbagai dakwaan yang dikeluarkan oleh golongan orientalis
untuk menghancurkan agama Islam. Antaranya ialah, golongan orientalis ini
mengatakan kata-kata Al-Quran ialah kata-kata Nabi Muhammad bukanlah
seperti yang umat Islam tahu bahawa Al-Quran adalah firman Allah buat
seluruh umatnya. Al-Quran adalah asas utama kepada Islam dan syariatnya.
Ia juga adalah sumber rujukan utama bagi merujuk segala permasalahan
yang dihadapi oleh umat Islam. Sikap golongan orientalis yang memusuhi
Islam terhadap Al-Quran adalah sama seperti sikap mereka terhadap
Baginda dan hadisnya. Bagi mereka, Al-Quran tidak sepatutnya menjadi
pegangan umat Islam. Oleh itu, golongan orientalis telah menimbulkan
pelbagai kekeliruan dan tuduhan yang tidak benar terhadap kedudukan AlQuran yang sebenarnya. Hal ini ditimbulkan untuk menafikan bahawa AlQuran itu adalah wahyu dari Allah. Antara pelbagai tuduhan yang dinyatakan
adalah bahawa Al-Quran itu adalah ciptaan Nabi Muhammad. Golongan
orientalis tidak setuju bahawa Al-Quran itu adalah wahyu suci daripada Allah
yang agung. Ini dikemukakan oleh para orientalis dalam pelbagai cara
antaranya ialah Goldizher dan lain-lain lagi. Namun begitu tuduhan ini sama
sekali tidak mempunyai sebarang alasan yang kukuh. Tuduhan itu tidak lebih

seperti tuduhan yang dilemparkan oleh kaum kafir Quraisy dahulu seperti
yang dinyatakan di dalam ayat 4&5 surah al-Furqan dan tuduhan itu telah
dijawab pada ayat ke 6.
Menurut Mazlan Zainal(2003), pelbagai keraguan dan syak wasangka
ditimbulkan khusus tentang asas dan sumber ajaran Islam iaitu Al-Quran dan
sunah. Seorang orientalis bernama Joseph Schacht berpendapat bahawa
sunah

tidak

semestinya

dikaitkan

dengan

Baginda

malah

ia

juga

dimaksudkan juga tradisi dan pembawaan hidup masyarakat. Beliau


bersama para orientalis yang lain mempertikaikan autoriti hadis dan
menganggapnya

hanya

rekaan

semata.

Menurut

Joseph

juga

hadis

berkenaan adalah undang-undang yang hanyalah direka dan dianggap sahih


pada mulai pertengahan abad kedua hijrah ke atas sahaja. Tambahan pula
Goldziher yang dianggap sebagai seorang tokoh orientalis yang paling
terkemuka dalam bidang hadis serta paling berbahaya telah menyatakan
pandangannya bahawa sebahagaian besar hadis adalah lahir daripada
perkembangan semasa dalam agama Islam, sama ada dari segi agama,
sejarah dan sosial pada abad pertama dan kedua hijrah. Menurutnya, ini
bererti kebanyakan hadis bukanlah hadis sahih yang datang daripada Nabi
Muhammad sebaliknya ia merupakan ciptaan umat Islam pada zaman
kegemilangnnya. Oleh itu, hadis pada pandangannya tidak boleh dijadikan
sebagai sumber asas dalam agama Islam tetapi hanya sebagai bahan untuk
kepentingan-kepentingan

perkembangan

sejarah

dari

pelbagai

aspek

kebudayaan zaman kemudian di bawah pengaruh bukan Islam. Fahaman


yang salah dan mengelirukan ini turut mempengaruhi umat Islam sehingga
muncul beberapa gerakan dan kumpulan anti-hadis yang menjadi keresahan
di dalam masyarakat.
Konsep tauhid yang diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran dan
umat Islam dapat memahaminya dengan mudah, sebagaimana yang
diterangkan oleh Allah dala surah Al-Ikhlas bahawa Allah adalah Esa, Dia
akan menjadi tumpuan semua makhluk, Dia tidak beranak dan diperanakkan
4

dan tiada seseorang pun yang menjadi sekutu Nya sebagai tuhan. Menurut
Zwemer

seorang

orientalis

menyatakan

bahawa

konsep

Allah

yang

dinyatakan dalam Al-Quran sebagai konsep pengesaan Allah yang mandul.


Anderson pula menyatakan bahawa konsep tauhid yang ada pada orangorang Islam sesuai difahami di padang pasir. Ia terlalu luas, agung , tiada
belas kasihan dan diselubungi misteri. ( Mohammad Khalifa, 1993,h. 114).
Menurut Goldziher pernah menyatakan bahawa aqidah tauhid yang dipegang
oleh umat Islam mengalami proses pengembangan dari satu peringkat ke
satu peringkat dan ia bukannya satu proses yang tetap. Hal ini bermaksud
bahawa Islam ini tidak didatangkan dengan aqidah yang satu akan tetapi
pegangan kepercayaan dibentuk oleh beberapa generasi yang terawal.
Dalam iktikad umat Islam , mereka percaya bahawa Islam adalah
agama tauhid yang mengajarkan penganutnya supaya mengesakan Allah.
Dia adalah Tuhan yang Esa, tiada anak dan tiada siapa pun yang menyekutu
Nya dan pegangan iktikad ini jauh berbeza dengan apa yang dipegang oleh
orang Kristian. Sebaliknya, para orientalis cuba menggambarkan kepada
umat Islam bahawa bukan agama yang datang dari Allah, di mana Nabi
Muhammad hanya insan biasa yang mencipta Al-Quran dan juga dikatakan
mencipta dakwaan palsu tentang kebenaran Islam dan kedudukannya
sebagai pembawa risalah dari Allah ( al-Bahi,1981;h,484-485).

Seterusnya, saya akan memberikan hujah-hujah untuk menolak


dakwaan golongan orientalisme berkaitan persoalan tauhid. Kecenderungan
awal dalam kalangan orientalis ialah berusaha membuktikan Al-Quran
bukannya wahyu Allah sebaliknya ia adalah ciptaan Nabi Muhammad sendiri.
Namun usaha mereka tidak berjaya kerana kesahihannya disokong oleh
fakta sejarah dan ia dijamin oleh sendiri oleh Allah untuk memeliharanya dari
segala

penyelewengan dan

penipuan.

Selepas

usaha

mereka

bagi

menimbulkan keraguan terhadap Al-Quran sebagai sumber yang utama dan

pertama gagal, mereka beralih pula kepada sumber yang kedua iaitu hadis.
Mereka beranggapan bahawa hadis adalah rekaan umat Islam yang
terkemudian dan tiada hubung kait dengan Nabi Muhammad. Pandanganpandangan yang diutarakan oleh orientalis baik mengenai penulisan hadis
mahupun mengenai isnadnya telah ditolak oleh beberapa ulama` Islam.
Menerusi kajian-kajian ilmiah yang dilakukan, mereka dapat menolak segala
keraguan yang cuba ditimbulkan oleh golongan orientalis. Mereka telah
mengemukakan bukti kukuh bahawa hadis telah pun dicatat sebahagian
besarnya ketika Nabi Muhammad masih hidup. Walaupun pada peringkat
awal Baginda melarang para sahabatnya daripada menulis hadis semasa
hayat baginda kerana ditakuti bercampur dengan ayat Al-Quran. Ini
ditambah pula pada zaman Baginda terdapat ramai sahabat yang pandai
menulis hadis dengan keizinan Baginda. Selepas Baginda wafat, hadis yang
telah ditulis telah dikumpulkan dan ditulis semula. Proses ini berterusan
sehinggalah zaman Khalifah Umar Abd Al-Aziz.
Seterusnya, menurut orentalis barat bahawa hijrah adalah sebagai
suatu pelarian. Namun hal itu sama sekali salah dan bercanggah dengan
Islam. Hijrah bukanlah pelarian sebagaimana yang ditafsirkan oleh orientalis
barat. Hal ini kerana konsep hijrah dalam Islam dengan hijrah barat adalah
suatu yang berbeza. Nabi membuat keputusan untuk berhijrah adalah
kerana ia adalah sebuah jemputan orang Arab Madinah. Hal ini berlaku
ketika Nabi berhijrah bersama kaum Muhajirin dan telah disambut meriah
oleh kaum Ansar. Setibanya Nabi di Madinah, orang Islam Makkah yang
berhijrah bersama Nabi telah diberi tempat tinggal dan dijamin keselamatan
nya oleh penduduk Madinah. Penghijrahan Nabi ini adalah suatu strategi
dakwah untuk menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas.

Kesimpulannya, golongan orientalisme ini adalah golongan yang


menyesatkan umat Islam. Namun sebagai umat Islam yang tidak ingin
musuh-musuh Islam mencemari nama baik Nabi Muhammad dan Allah kita
haruslah mempertahan kan Islam dengan sebaik mungkin. Golongangolongan sebegini tidak akan pernah puas dalam menjatuhkan maruah
agama Islam sehingga mereka mendapatkan apa yang mereka inginkan.
Sebagai umat Islam, kita haruslah memperkuat benteng diri dengan
melakukan segala perintah Allah dan mendalami ilmu-ilmu agama.

(1403 PP)

RUJUKAN
`Abd al-Shukor Husin, (2003). al Nubuwwah bayn al- Mutakallimin wa alfalasifah. Kuala Lumpur: KUIM.
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi(2007). Definisi ahl al-Sunah wa alJemaah : satu analisis. Jurnal Usuluddin, bil 25: Jun 2007.
Mohamed Asin Dollah(1998). Persepsi orientalis terhadap Quran:
Rujukan khusus kepada pandangan George Sale(1697-1736)
dalam Islam dalam persepsi orientalisme. Bangi : Jabatan
Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Indriaty Ismail(1998). : Orientalisme Pengenalan Ringkas dalam Islam
dalam persepsi orientalisme. Bangi: Jabatan Usuluddin dan
Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Mohd Natsir Mahmud, Orientalisme, hlm, 52-55.